You are on page 1of 2

SHAARMINI ARUMUGAM’

RBT 1

Sebagai seorang guru, beri cadangan perincian aktiviti yang anda boleh laksanakan
untuk mengajar nilai kejujuran dan toleransi untuk membantu murid-murid
memperoleh tahap penguasaan yang tinggi selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.

Cadangan perincian aktiviti yang saya boleh laksanakan untuk mengajar nilai kejujuran
ialah gallery walk. Dengan ini pertama sekali saya akan memaparkan teks cerita dan
murid diminta baca teks tersebut. Kemudian saya akan menggunakan thinking tool (Flow
Map) untuk memastikan kefahaman murid terhadap cerita tersebut.- Perbincangan
kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di kawasan perumahan sekolah dan
tempat awam dan kepentingan bersikap jujur. Selepas perbincangan Pelajar dibahagikan
kepada kumpulan kecil.

1. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan untuk menyenaraikan manfaat sikap


kejujuran
2. Murid diminta untuk berbincang didalam kumpulan masing dan seterusnya menulis
jawapan mereka pada kertas mahjung.
3. Semua kumpulan dikehendaki menampal kertas mahjung mereka agar mudah
dilihat.
4. Seorang murid akan dilantik dari setiap kumpulan. Beliau akan berperanan untuk
memberi penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya.
5. Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain.
Saya akan memastikan, wujudnya perkongsian/sesi soal jawab antara wakil
kumpulan dan kumpulan yang datang melawat.

Secara rumusan perbincangan dan aktiviti gallery walk dapat

 Melatih murid untuk berkomunikasi dengan berkesan melalui proses soal jawab.
 Melatih kemahiran mendengar murid.
 Membantu murid untuk mengaplikasi kemahiran aras tinggi seperti menganalisa,
menilai dan membuat sintesis.
 Memupuk semangat kerjasama, dan pembinaan sepasukan.
2. TOLERANSI

Cadangan aktiviti yang saya lakukan untuk mengajar nilai toleransi ialah simulasi.
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isuIa merupakan satu situasi yang diwujudkan
untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang
benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam
keadaan yang terkawal. Pada permulaaanya saya akan memberi penerangan dan arahan
berkaitan aktiviti simulasi mengikut kumpulan. Kemudian saya akan membahagikan
pelajar kepeda beberapa kumpulan. Selepas itu, saya akan menagarahkan setiap
kumpulan untuk menyediakan skrip lakonan berdasarkan situasi

Contoh aktiviti

Sekumpulan murid sedang berlatih bermain badminton di gelanggang dewan serbaguna.


Dua orang murid brmain terlebih dahulu sementara rakan yang lain menunggu untuk
bermain . Mereka telah menetapkan giliran untuk bermain.

Berdasarkan situasi ini murid-murid akan diarahkan untuk berlakon bagi mengaplikasikan
sikap toleransi. Selepas aktiviti tersebut, saya sebagai guru dan murid-murid juga
membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan. Kemudian saya akan mengemukakan
beberapa soalan

Contoh soalan

1. Bagaimanakah perasaan anda selepas melakukan aktiviti simualsi?


2. Apakah nilai yang telah kamu pelajari hari ini?

Penurup

Soal jawab dan refleksi akan diberi oleh murid tentang nilai yang telah dipelajari.

You might also like