You are on page 1of 2

Tindakan pertama yang dilakukan oleh guru ialah, guru perlu mengkaji latar belakang

sosiobudaya murid agar dapat menggunakan Bahasa mudah selaras dengan keupayaan
minda dan Bahasa. Aspek bahasa harus diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru.
Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang
yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan. Penggunaan
bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang
sama, guru juga boleh mengalih komunikasi isi pelajaran berdasrkan teks ke dalam bentuk
grafik atau sebarang visual lain untuk memudahkan pemahaman. Hal keranan, pengajaran
dan pembelajaran dalam bentuk visual ini dapat meningkatkan kefahaman murid-murid yang
kurang faham malah  membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan mudah.

Tindakan kedua, yang boleh diambil oleh guru ialah guru boleh menggunakan
kaedah Team-Accelerated Instruction' (TAI) yang ada dalam pembelajaran Kooperatif. Ia
merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan
bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar
belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan
tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi.
Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

Tindakan ketiga, yang boleh diambil oleh guru ialah guru boleh menggunakan
kaedah Jigsaw. Dalam kaedah ini, Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk
kumpulan pakar. Ahliahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan
akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi
akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka
dengan rakan sekumpulan. Melalui perkongsian pengetahuan, maka murid-murid tertentu
yang mempunyai pemahaman yang kurang dalam memahami isi pelajaran buku teks
dengan cepat. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan
menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada
rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Cara pelaksanaan kaedah
Jigsaw ini dapat membantu untuk menggarapkan pengisian dalam buku teks oleh kumpulan
murid yang mempunyai pemahaman yang sedikit tentang topik tersebut. ini amat
bersesuaian dengan pelaksanaan PAK21 yang banyak menumpukan kepada para murid
yang perlu aktif dalam menguasai sesuatu pembelajaran dan banyak perbincangan antara
ahli kumpulan. Seiring dengan PAK21, para murid memainkan peranan yang sangat penting
dalam mencari dan memperoleh ilmu pengetahuan di dalam kelas. Murid perlu bergerak
secara aktif dan berdisplin dalam mencari ilmu pengetahuan. Fungsi guru pula adalah
sebagai pembimbing dan pemudah cara dalam pembelajaran bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran tersebut. Selain itu, guru juga perlu memerhatikan dan
memastikan para murid mempunyai kefahaman yang betul sepanjang berada dalam sesi
pembelajaran. Perkara ini amat bertepatan dengan konsep kaedah pembelajaran koperatif
Jigsaw.

You might also like