You are on page 1of 11

1.

0 LAPORAN PROSES MENGHASILKAN KIT PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.

PENGENALAN
Kit pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang berupa sama dengan bahan bantu
mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan untuk menjadikan proses PdP dijalankan dengan
lebih lancar dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Kit pembelajaran juga disediakan
dengan berpandukan psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan
mereka dengan kemahiran yang berbeza.

Sebagai pembuka tirai, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah kit
pembelajaran bagi mengajar kanak-kanak prasekolah tentang pengetahuan fisiologi
manusia. Kami telah dibahagikan dalam kumpulan bagi menghasilkan kit tersebut.
Kumpulan saya telah berbincang dan kami telah membuat kit untuk kanak-kanak bagi
mengenali anggota – anggota badan. Kit kami berjudul “ anggota badan saya “.Pelbagai
proses telah dilalui oleh kami bagi menghasilkan kit tersebut.

PROSES PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN KIT

Pertama sekali, saya dan ahli kumpulan saya telah mengumpul bahan-bahan seperti
kadbod, pembalut, gam, gunting, bola dan bakul bagi kit kami tersebut. Kami telah
berbincang untuk membuat permainan menggunakan muzik dan bola bagi menarik
perhatian kanak-kanak. Seterusnya, kami telah mencari gambar anggota badan dan
mencetaknya dalam saiz A3 supaya ia dapat dilihat dengan jelas oleh kanak-kanak.

( Lampiran 1 )

Kami juga menyediakan sebuah bakul yang berisi dengan resit yang berlabel dengan
nama anggota badan. Ini adalah untuk menyenangkan kanak-kanak memilih resit. Kami
telah melukis garisan putih di kadbod supaya kanak-kanak dapat melekat gambar anggota –
anggota badan dengan betul. Langkah pelaksanaan yang seterusnya ialah, saya telah
membuat label nama bagi setiap anggota badan supaya kanak-kanak dapat mengenali dan
melekatnya dengan betul pada gambar dalam kadbod yang disediakan. Kanak-kanak harus
melekatkan label nama yang pada kadbod mengikut label dalam resit yang telah diambil.

( Lampiran 2 )

1
Selepas itu, kami telah menyediakan latihan “isi tempat kosong” dalam kadbod yang
baru bagi kanak-kanak supaya mereka dapat mengingat dan menulis anggota dengan betul.
Pada akhirnya, kami telah menyediakan lembaran kerja tentang anggota badan manusia
untuk kanak-kanak. Ini merupakan aktiviti pengukuhan bagi mereka.

( Lampiran 3 )

DISEDIAKAN OLEH,
A.SREEDARSHINI
970221-10-5752

2
3.0 CIRI-CIRI KIT PEMBELAJARAN YANG BOLEH MEMBANTU MENGENDALIKAN

PENDIDIKAN SEKSUALITI DALAM PAKK.

Kit pembelajaran ialah kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Bagi membantu
pengajaran tentang seksualiti di kelas, saya dan ahli kumpulan saya telah menghasilkan
sebuah kit untuk kanak-kanak prasekolah tentang pengetahuan fisiologi manusia. Kami
telah menghasilkan kit yang bertajuk “ anggota badan saya “. Terdapat pelbagai ciri-ciri
dalam kit pembelajaran tersebut yang boleh membantu mengendalikan pendidikan seksualiti
dalam PAKK.

Sebagai pembuka tirai, kit yang telah dihasilkan adalah ringan dan mudah dibawa ke
pelbagai tempat. Bahan penting yang telah digunakan bagi penghasilan kit ini ialah kadbod.
Kadbod telah digunakan supaya ia tidak membahayakan kanak-kanak serta mudah dibawa
ke mana-mana tempat bagi melaksanakan PdP tentang pengenalan anggota badan.

Selain itu, gambar-gambar yang digunakan harus berada dalam saiz yang besar
supaya kanak-kanak melihatnya dengan jelas. Kit yang telah dihasilkan tentang anggota
badan manusia mempunyai gambar yang besar supaya kanak-kanak tidak mempunyai
kekeliruan dan dapat lihat dengan jelas. Melalui gambar, kanak-kanak dapat mengenali dan
membezakan kedudukan setiap anggota badan dalam diri mereka sendiri.

Tambahan pula, kit pembelajaran ‘anggota badan saya’ mempunyai saiz tulisan yang
berpatutan kepada kanak-kanak. Tulisan memainkan peranan yang penting dalam
mengenali nama anggota badan manusia. Oleh yang demikian, tulisan yang dihasilkan telah
mempunyai saiz yang besar dan jelas dilihat oleh kanak-kanak. Tulisan yang besar dan
berwarna-warni juga menarik minat kanak-kanak untuk membacanya dengan kuat. Label
nama kit pembelajaran kumpulan kami mempunyai tulisan yang berwarna merah dan hitam.
Ini adalah untuk mengenalkan kanak-kanak dengan sukukata serta membezakan tulisan.

Ciri-ciri yang seterusnya ialah, kit pembelajaran yang dihasilkan mempunyai aspek –
aspek teknikal yang baik. Penggunaan bahan memainkan peranan yang penting dalam
penghasilan kit dan perlu sesuai dengan kemudahan di bilik darjah. Alat yang dipilih bagi
penghasilan kit dalam kumpulan kami ialah kadbod. Kadbod telah dipilih kerana ia dapat
digantung di dalam kelas serta dapat dilekatkan pada dinding di dalam kelas. Ini akan
memudahkan kanak-kanak untuk melihatnya pada setiap hari dan mengenali nama anggota
badan dengan teliti dan mendalam.

3
Di samping itu, sesuatu bahan yang dihasilkan harus mempunyai ketahanan yang
lama. Dengan seirasnya, kit kumpulan kami mempunyai ketahanan jangka masa yang lebih
panjang. Ini adalah kerana, kadbod yang telah digunakan adalah kuat dan dibalut dengan
pembalut plastik supaya tidak mudah koyak. Kanak-kanak juga boleh menggunakan kit
tersebut bagi tujuan untuk pembelajaran sendiri.

Seterusnya, ciri-ciri kit yang telah dibuat adalah berdasarkan strategi pemusatan
bahan dan strategi pemusatan murid. Misalnya, pelaksanaan aktiviti seperti melekatkan
gambar anggota badan dan label nama, membolehkan kanak-kanak melibatkan diri secara
menyeluruh dalam aktiviti tersebut. Penggunaan kit akan menimbulkan minat dalam diri
kanak-kanak serta membuatkan mereka fokus terhadap PdP yang dilaksanakan di dalam
kelas. Penggunaan bahan seperti bola semasa permainan muzik juga menimbulkan
perasaan teruja dalam diri mereka dan inginkan fokus terhadap pembelajaran.

Akhirnya, kit pembelajaran adalah sebahagian daripada faktor yang membantu


sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamatnya. Dengan itu, kit yang
telah dihasilkan oleh kumpulan kami akan membantu kanak-kanak untuk memahami
anggota badan dengan lebih jelas. Ciri-ciri kit pembelajaran yang telah dijelaskan juga akan
membantu para guru dan kanak-kanak sewaktu menggunakannya di dalam kelas.

Ciri – ciri Kit


Pembelajaran.

Ringan dan Teori


mudah dibawa Humanistik

Gambar dan
tulisan dalam saiz
yang besar.

Aspek teknikal Bertahan lama


yang baik.

4
SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Biodata diri i

Halaman judul ii

Halaman Pengakuan iii

Penghargaan iv

Senarai kandungan v

1.0 Laporan proses menghasilkan kit pengajaran dan pembelajaran 1–2

2.0 Ciri-ciri kit pembelajaran yang boleh membantu pendidikan seksualiti 3–4
dalam PAKK.

3.0 Lampiran vii


Rujukan
https://www.academia.edu/4811813/BAHAN_BANTU_MENGAJAR_PENGENALAN_Menuru
t_Brown
http://bertatihbicara.blogspot.my/2012/07/definisi-bahan-bantu-mengajar.html
https://www.academia.edu/6296312/BAHAN_BANTU_MENGAJAR
Lampiran 1

Kami menyediakan bola untuk permainan


menggunakan muzik.

Kami menyediakan gambar anggota badan


bersaiz A3.
Lampiran 2

Kami menyediakan bakul untuk meletakkan resit


yang dilabel dengan nama anggota badan.

Kami melukis garisan putih pada kadbod.


Kami menggunting nama anggota badan untuk
dilekatkan pada kadbod.

Lampiran 3
Garisan putih yang dilukis pada kadbod hitam.
Latihan isi tempat kosong.

You might also like