You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENGENALAN BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2.1 2.2 2.3 2.4 3.

0 Cara Penghasilan Prosedur Penggunaan Kelebihan Dan Kelemahan Cadangan Penambahbaikan

BAHAN MAUJUD 3.1 3.2 3.3 3.4 Cara Penghasilan Prosedur Penggunaan Kelebihan Dan Kelemahan Cadangan Penambahbaikan

4.0

BAHAN BERCETAK 4.1 4.2 4.3 4.4 Cara Penghasilan Prosedur Penggunaan Kelebihan Dan Kelemahan Cadangan Penambahbaikan

5.0

BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5.1 5.2 5.3 5.4 Cara Penghasilan Prosedur Penggunaan Kelebihan Dan Kelemahan Cadangan Penambahbaikan

6.0 7.0 8.0 9.0

PENUTUP REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN

1.0

PENGENALAN Penggunaan sumber amat penting terutamanya bagi subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bagi memastikan pengajaran pada hari berkenaan berkesan ke atas murid dan dapat memahamkan murid mengenai topik yang diajar. Sumber dianggap sebagai pembantu guru supaya guru dapat menyampaikan isi pelajaran. Secara tidak langsung, murid akan dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum yang diajar oleh guru. Selain daripada menjadi pembantu guru, alat atau bahan sumber ini juga berperanan sebagai penyokong penyampaian pelajaran. Alat atau sumber ini terbahagi kepada empat jenis iaitu bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, bahan maujud dan juga bahan teknologi pendidikan. Seperti yang diketahui, selain menjadi pembantu dan penyokong kepada seorang guru, sumber atau alat pengajaran ini juga berfungsi sebagai rangsangan pelbagai deria murid dan juga menambahkan kefahaman murid. Hal ini akan membolehkan murid mengintepretaskan maklumat dengan lebih berkesan dan efektif. Penggunaan sumber yang menarik juga akan dapat mengekalkan minat serta tumpuan murid di dalam kelas melalui pelbagai deria. Dengan pengekalan minat murid, secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan daya ingatan murid. Penggunaan sumber yang pelbagai juga dapat memberikan keseronokan dalam pembelajaran kepada murid. Tema yang dipilih bagi tugasan projek pada kali ini ialah Kenali Budaya Malaysia yang merupakan salah satu tema bagi subjek PSK Tahun 4. Tajuk-tajuk kecil yang terdapat di dalam tema ini ialah kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia dan kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia.

2.0

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Bahan teknologi maklumat ialah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,

menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi maklumat juga merupakan aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat serta amat diperlukan untuk memproses data. Bahan teknologi maklumat ini boleh digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai pakaian tradisional di bawah tajuk kecil kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia. 2.1 Cara Penghasilan Bagi penggunaan bahan teknologi maklumat di dalam kelas, guru perlu menghasilkan Microsoft Power Point berkenaan dengan tajuk yang diajar iaitu berkenaan dengan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia mengikut kaum. Selain itu juga, guru juga menyediakan gambar perbezaan jenis pakaian mengikut kaum menggunakan Microsoft Power Point. Lagu dan video mengenai pakaian tradisional serta perbezaan pakaian tradisional dihasilkan menggunakan perisian Movie Maker bagi memudahkan lagi murid memahami mengenai pakaian. 2.2 Prosedur Penggunaan Prosedur penggunaan bahan teknologi maklumat ini ialah pada permulaan atau set induksi, guru memaparkan gambar mengenai pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. Kemudian, maklumat mengenai pakaian tradisional diberikan kepada murid melalui paparan Microsoft Power Point bagi membolehkan murid mendapat input mengenai pakaian tradisional. Dan pada akhir pembelajaran, guru sekali lagi memainkan lagu dan video berkenaan dengan pakaian tradisional untuk mengukuhkan lagi pembelajaran pada hari itu. 2.3 Kelebihan Dan Kelemahan Kelebihan penggunaan bahan teknologi maklumat ialah dapat merangsang deria murid melalui visual dan pendengar dengan lebih efektif. Selain itu juga, penggunaan bahan teknologi maklumat ini juga dapat menambahkan lagi minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu kerana memperolehi pengalaman baru dengan penggunaan bahan tekologi maklumat oleh guru. Kelemahan bagi pemilihan bahan teknologi maklumat ini ialah kebanyakan di sekolah jarang menyediakan kemudahan projektor terutamanya bagi sekolahsekolah kampung. Selain itu juga, kelemahan kedua ialah kekangan masa. Hal ini kerana,

kebiasaannya guru tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan bersumberkan teknologi maklumat disebabkan oleh bebanan kerja lain. 2.4 Cadangan Penambahbaikan Bagi penambahbaikan, guru boleh mencari inisiatif dengan membeli sendiri projektor bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru perlu meluangkan sedikit masa untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid untuk mengikut proses pembelajaran yang akan dijalankan.

3.0

BAHAN MAUJUD Bahan maujud pula merupakan bahan konkrit ataupun bahan sebenar yang guru bawa

ke dalam kelas. Selain itu juga, bahan maujud ini dapat disentuh dan dipegang kerana ianya merupakan bahan nyata yang ada dalam lingkungan digunakan dalam keadaan hidup atau diawetkan. Penggunaan bahan maujud ini lebih kepada untuk memberi gambaran dan situasi yang sebenar kepada murid. Bahan maujud ini boleh digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai makanan tradisional di bawah tajuk kecil kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia.

3.1

Cara Penghasilan Bagi penggunaan bahan maujud pula, guru perlu menyediakan atau membeli makaan

makanan tradisional yang sebenar ke kelas bagi membolehkan murid merasa dan menyentuh sendiri makanan yang dibawa. Makanan tradisional yang dibawa perlulah makanan dari masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Guru juga menyediakan makanan tradisional yang dihasilkan daripada plastesin untuk dijadikan sebagai contoh kepada murid sebelum meminta mereka menghasilkan sendiri makanan tradisional menggunakan plastesin.

3.2

Prosedur Penggunaan Pada permulaan kelas, guru menunjukkan antara makanan tradisional yang sebenar

dari pelbagai kaum yang terdapat di negara ini. Guru memberi peluang kepada murid untuk merasa dan menyentuh sendiri makanan yang dibawa oleh guru. Guru meminta murid mengenalpasti antara makanan tradisional yang terdapat di negara ini. Kemudian, guru menunjukkan contoh makanan tradisional yang diperbuat daripada plastesin. Kemudian

meminta murid menghasilkan sendiri makanan tradisional menggunakan plastesin secara berkumpulan. 3.3 Kelebihan Dan Kelemahan Kelebihan menggunakan bahan maujud ini ialah murid dapat mengalami sendiri pengalaman tersebut sama ada dengan cara melihat bahan yang betul, merasa atau menyentuh bahan yang dibawa. Secara tidak langsung murid akan mendapat input yang lebih berkesan sekiranya mereka mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, murid juga dapat menjana idea mereka semasa mereka menghasilkan makanan tradisional dengan menggunakan plastesin. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan sekiranya menggunakan bahan maujud. Antaranya ialah guru terpaksa menggunakan perbelanjaan sendiri untuk membeli barang yang ingin digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, sekiranya guru memilih untuk menggunakan bahan maujud bagi tajuk makanan tradisional ini, berkemungkinan makanan yang dibawa kurang bersih dan akan menyebabkan murid keracunan sekiranya mereka makan makanan tersebut. 3.4 Cadangan Penambahbaikan

Bagi penambahbaikan masalah yang dinyatakan di atas, guru boleh menyediakan sendiri makanan yang ingin ditunjukkan kepada murid. Dengan menyediakan sendiri makanan tradisional yang ingin digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru akan dapat menjamin tahap kebersihan makanan tersebut dan secara tidak langsung guru dapat menjimatkan kos untuk membeli makanan. Selain itu, guru boleh menyediakan makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan semua murid merasa makanan tradisional yang dibawa.

4.0

BAHAN BERCETAK Bahan bercetak terdiri daripada buku, majalah, jurnal, ensklopedia, surat khabar, buku

teks dan sebagainya. Bahan bercetak banyak disimpan di pusat sumber ataupun arkib. Bahan bercetak merupakan hasil daripada penulis atau pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing. Bahan bercetak mempunyai banyak kelebihannya dari segi murah, kekal, senang untuk dirujuk, mudah alih disamping mudah untuk diakses. Walaubagaimanapun, sumber bahan bercetak masih mempunyai kelemahannya dari segi ketebalannya, berat untuk dibawa, tidak boleh disunting selepas diterbitkan, tidak terkini kerana bahan bercetak seperti buku mengambil masa untuk ditulis, disunting, dicetak dan diedarkan. Bahan bercetak ini boleh digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai adab makan di bawah tajuk kecil kenali dan apresiasi adab sosial budaya Malaysia. 4.1 Cara Penghasilan Guru menyediakan buku, majalah, jurnal atau surat khabar yang mempunyai maklumat mengenai adab makan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu juga, lembaran kerja mengenai adab makan juga disediakan oleh guru untuk meningkatkan lagi kefahaman murid selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

4.2

Prosedur Penggunaan Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengedarkan bahan-bahan

bercetak seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar kepada murid disamping meminta murid mengeluarkan buku teks masing-masing. Kemudian, guru menerangkan tentang adab makan mengikut pelbagai kaum di Malaysia. Selepas itu, guru meminta murid mencari maklumat tambahan yang terdapat di dalam bahan bercetak masing-masing dan mengisi maklumat tersebut di dalam lembaran kerja yang telah disediakan oleh guru secara berkumpulan.

4.3

Kelebihan Dan Kelemahan Kelebihan yang ada sekiranya guru memilih untuk menggunakan bahan bercetak ini

ialah murid dapat menambahkan lagi mengetahuan mereka dengan lebih mendalam kerana memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber dan bukan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja. Selain itu juga, murid akan dapat mempelajari cara-cara untuk menginterpretasi maklumat daripada bahan bercetak kepada lembaran kerja. Walaubagaimanapun, kelemahan menggunakan bahan bercetak ini ialah guru terpaksa membawa beban yang berat untuk

mengajar di dalam kelas. Kelemahan seterusnya ialah, berkemungkinan terdapat beberapa orang murid yang kurang berkemahiran dalam menggunakan bahan bercetak yang mempunyai terlalu banyak maklumat seperti jurnal. Hal ini kerana, tahap pengetahuan mereka masih rendah untuk menginterpretasi maklumat yang berada pada tahap yang tinggi.

4.4

Cadangan Penambahbaikan Untuk memberi penambahbaikan kepada kelemahan membawa beban yang berat, guru

boleh mengasingkan terlebih dahulu maklumat yang ada di dalam bahan bercetak dan hanya mengambil maklumat yang diperlukan sahaja. Dengan cara seperti ini akan dapat mengurangkan beban guru untuk membawa beban yang berat. Dan secara tidak langsung, murid juga dapat memfokuskan kepada maklumat yang ingin diambil sahaja tanpa perlu memberi fokus kepada maklumat lain yang terdapat di dalam bahan bercetak berkenaan. 5.0 BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Bahan teknologi pendidikan merupakan gabungan manusia, teknik, peralatan dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Ianya juga merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan teknologi pendidikan ini amat penting bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu juga, sumber ini dapat membantu dari segi mengekalkan minat murid serta merangsang deria murid dan membolehkan murid mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dalam masa yang minimum. Bahan teknologi pendidikan ini boleh digunakan oleh guru ketika mengajar mengenai adab makan di bawah tajuk kecil kenali dan apresiasi adab sosial budaya Malaysia. 5.1 Cara Penghasilan Guru perlu mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan adab perbualan sama ada daripada majalah, jurnal, buku ataupun daripada surat khabar. Hasil daripada maklumat yang dikumpul juga boleh dijadikan sebagai buku skrap untuk ditunjukkan sebagai contoh kepada murid. Berdasarkan buku skrap tersebut, guru boleh menerapkan nilai dan juga adab perbualan yang sopan kepada murid-murid.

5.2

Prosedur Penggunaan Pada permulaan, guru menunjukkan buku skrap yang telah dihasilkan yang mempunyai

maklumat mengenai adab makan bagi masyarakat Malaysia. Berdasarkan buku skrap berkenaan, guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk yang diajar. Selepas itu, guru meminta murid menyediakan buku skrap dengan menggunakan maklumat yang disediakan oleh guru iaitu surat khabar, buku dan juga jurnal. 5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Kelebihan bahan bercetak ini ialah murid dapat menyimpan dalam tempoh yang lama untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Selain itu, buku skrap juga dapat menarik minat murid untuk membaca kerana ianya dihasilkan oleh murid itu sendiri. Murid juga boleh menghasilkan buku skrap mereka dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri dan secara tidak langsung akan dapat menjana idea mereka untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Kelemahan menggunakan bahan bercetak ini ialah sekiranya bahan yang dihasilkan tebal, maka akan memberi bebanan kepada murid untuk membawanya. Buku skrap juga memerlukan masa untuk dihasilkan dan akan menyebabkan sesetengah murid tidak berminat untuk mencari maklumat mengenai bahan yang diperlukan.

5.4

Cadangan Penambahbaikan Bagi penambahbaikan untuk menggunakan bahan bercetak ini ialah, guru melimitkan

muka surat yang perlu dihasilkan oleh murid untuk mengelakkan mereka menghasilkan buku skrap yang terlalu tebal sehingga membebankan mereka sendiri. Untuk mengurangkan masa murid menyiapkan buku skrap pula, guru boleh menyediakan bahan untuk menghasilkan buku skrap. Murid hanya memilih tajuk atau bahan yang sesuai. Secara tidak langsung, murid akan dapat menghasilkan buku skrap dengan lebih lancar. 6.0 7.0 8.0 9.0 PENUTUP REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN

You might also like