You are on page 1of 11

LAPORAN PELAKSANAAN KIT PEMBELAJARAN ( NAMA KIT PEMBELAJARAN) PENGENALAN Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yangsebagai

bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunadan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikanpengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih mudah dandifahami oleh pelajar. kit ini disediakan denganberpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak

danmengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengankemahiran yang berbeza. Penyediaan kit pembelajaran NAMA KIT) ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan juga murid di dalam pembelajaran sains. Selain itu, dengan adanya kit pembelajaran ini dapat membantu murid untuk lebih memahami konsep-konsep sains yang telah dipilih. Kit pembelajaran yang dihasilkan ini adalah berkait dengan topik Sains Tahun 5 iaitu berkaitan dengan Tajuk Kemandirian Spesis. Melalui kit pembelajaran ini, guru-guru juga boleh menggunakan kit kotak kasut ini untuk mengajar tajuk Cara-Cara Penyebaran Biji Benih. Kit ini juga turut dilengkapi dengan manual penggunaan yang lengkap dengan cara-cara penyediaan dilengkapi dengan objekobjek maujud supaya murid lebih memahami penyiasatan yang akan mereka jalankan. Kit pembelajaran ini juga bertujuan untuk membantu untuk meningkatkan pemahaman serta penguasaan murid terhadap pembelajaran sains berpandukan kepada bahanbahan yang telah disediakan oleh guru. Kit pembelajaran ini memberikan peranan yang besar untuk membantu murid untuk memberikan kerjasama di dalam kumpulan dalam memberikan idea-idea serta sumbangan lain yang turut membantu untuk melancarkan proses pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, kehadiran kit pembelajaran ini juga mampu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas meskipun tanpa kehadiran guru kerana segala lembaran kerja dan juga bahan-bahan yang diperlukan telahpun disediakan didalam kit pembelajaran ini. Reka Bentuk pembinaan kit ini adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5 dan topik yang dipilih mengenai Kemandirian Spesis iaitu cara penyebaran biji benih.

PELAKSANAAN KIT PEMBELAJARAN DIDALAM KELAS Kit pembelajaran ini telah dilaksanakan bersama-sama murid Tahun 5. Beberapa orang murid telah dipilih secara rawak untuk melakukan aktiviti ini di dalam kelas secara berkumpulan. Kelas yang telah dipilih ialah Kelas yang pertama iaitu kelas 5 Akrab dan juga kelas pertengahan iaitu kelas 5 Dinamik. Satu kumpulan heterogenous dibentuk yang terdiri daripada 5 orang murid diperlukan untuk melaksanakan kit pembelajaran ini. Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas tentang aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Selepas itu, murid diedarkan dengan lembaran kerja ( Rujuk Lampiran) yang disertakan sekali bersama-sama dengan kit pembelajaran ini. Seterusnya, murid dibiarkan untuk membuat perbincangan dan juga penerokaan terhadap barang-barang yang telah disediakan untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Murid juga dikehendaki untuk melakukan pemerhatian keatas ciri-ciri setiap biji benih yang disediakan, melukis biji benih tersebut dan juga melengkapkan cara penyebaran setiap biji benih dalam lembaran kerja yang telah disediakan.Berikut merupakan laporan bergambar mengenai aktiviti pelaksanaan di dalam kelas : LAPORAN BERGAMBAR PELAKSANAAN KIT PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.

Murid sedang menyiapkan lembaran kerja yang disediakan

gambar 1

Murid melengkapkan soal selidik selepas menjalankan aktiviti

Murid-murid menyemak kembali jawapan yang ditulis melalui nota yang diberikan

Murid menjalankan pemerhatian terhadap sampel biji benih

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Murid melengkapkan soal selidik yang diberikan selepas selesai aktiviti

Murid darioada kelas 5 Dinamik membuat pemerhatian terhadap sampel yang diberikan

Murid memerhati sampel bunga lalang

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Murid berbincang mengenai ciri-ciri biji benih yang diberikan

Murid membuat pemerhatian dan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

Murid membuat pemerhatian dan membuat perbincangan

Murid mendengar penerangan guru

Murid membuat pemerhatian terhadap bunga lalang dan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan

DAPATAN PELAKSANAAN KIT PEMBELAJARAN Melalui kit pembelajaran ini, murid akan lebih memahami tentang cara-cara penyebaran biji benih. Kit pembelajaran ini akan dapat membantu untuk meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati, mengelaskan dan juga mencirikan disamping menjana beberapa kemahiran berfikir seperti menjana idea dan juga membandingbezakan. Melalui lembaran kerja yang dilakukan oleh murid, didapati murid lebih mudah untuk mengenalpasti ciri-ciri biji benih yang disebarkan melalui agen-agen tertentu seperti angin, haiwan, air dan juga mekanisme letupan. Didapati murid-murid lebih mudah untuk mengenal pasti ciri-ciri biji benih berdasarkan sampel pelbagai biji benih (objek maujud) yang telah disediakan. Penyediaan bahan maujud ini membolehkan sendiri murid-murid untuk memerhati dengan lebih teliti tentang ciri-ciri khas yang ada pada setiap biji benih. Pelbagai pilihan biji benih membolehkan murid untuk membanding bezakan ciri-ciri yang terdapat pada setiap biji benih, mengikut cara penyebaran masing-masing. Bahkan, kit ini juga membantu murid merasakan pengalaman sebenar melihat atau memegang secara nyata beberapa jenis bahan seperti bunga lalang dan juga angsana. Disamping itu juga, murid juga mempamerkan sikap yang baik iaitu sentiasa bekerjasama dalam menyiapkan lembaran atau tugasan yang diberi. Setiap soalan akan dijawab melalui perbincangan bersama rakan-rakan sekiranya terdapat soalan yang tidak difahami. Melalui kit pembelaran ini juga, murid berasa lebih teruja dan bersemangat untuk belajar setelah melihat pelbagai jenis sampel ataupun bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru.

KELEBIHAN PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN Kit pembelajaran ini dapat membantu guru untuk mengajar topik bagi tahun 5 iaitu kemandirian Spesis bagi tajuk penyebaran biji benih. Guru akan dapat menyampaikan dan menerangkan isi pengajaran dengan lebih baik lagi apabila mempunya bahan bantu mengajar yang telah disediakan dalam bentuk kit pembelajaran ini. Guru dapat menerangkan dan mengemukakan contoh yang terdiri daripada bahan maujud ini seperti sampel-sampel biji benih. Dalam pengajaran sesuatu topik terutamanya subjek Sains, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan maujud. Maka penerangan guru yang diiringi dengan sumber yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu murid untuk memahami perkara yang disampaikan oleh guru. Secara semulajadi, pembelajaran berlaku melalui perbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan juga bau. Menggunakan kit pembelajaran ini secara tidak langsung membantu murid untuk menggunakan deria penglihatan dan sentuhan mereka untuk mencirikan biji benih yang telah disediakan. Kajian juga telah menunjukkan bahawa manusia hanya mampu untuk mengingati 10 % daripada apa yang telah mereka dengar, 20% daripada mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengan dan lihat. Menerusi kajian yang telah dilakukan ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria yang dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, maka lebih teguh pula daya ingatan murid-murid. Oleh itu, bahan pengajaran seperti bahan maujud yang disediakan dalam kit ini mampu untuk memastikan segala yang dilakukan murid atau disampaikan oleh guru akan kekal lama dalam ingatan murid. Kit pembelajaran ini juga mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah daripada kawasan persekitaran sendiri seperti bunga lalang dan buah kelapa. Oleh itu, kos pembuatan kit ini juga menjadi rendah kerana bahan yang digunakan adalah merupakan sumber semulajadi sahaja. Disamping itu, lembaran kerja yang disertakan juga mampu untuk menambahkan lagi pengetahuan murid sewaktu membuat pemerhatian keatas biji benih tersebut,

Dilengkapi dengan manual pengguna, kit pembelajaran ini juga mampu untuk menjadi pengganti kepada guru sekiranya guru tidak dapat menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetap akan berlangsung walaupun tanpa kehadiran guru kerana didalam kit pembelajaran ini, segala bahan telah disediakan lengkap seperti nota, lembaran kerja dan juga sampel pembelajaran. Maka tiada lagi alasan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berlangsung disebabkan tiada guru yang mengajar sebaliknya proses tersebut tetap dapat dijalankan berbantukan kit pembelajaran ini. Tambahan lagi, murid juga akan dilatih untuk lebih berdikari terhadap pembelajaran diri sendiri kerana mereka hanya perlu bertindak mengikut arahan ataupun manual pengguna yang telah disisipkan didalam kit pembelajaran ini. Secara tidak langsung, kit pembelajaran ini juga bertindak sebagai pengganti guru untuk menerangkan topik Kemandirian Spesis bagi tahun 5 untuk tajuk cara penyebaran biji benih.

You might also like