You are on page 1of 14

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

A)

KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS
TINGGI
(KBAT)

KBAT
0
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah
sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa
kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat
mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT?


Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau
membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991).

MENGAPA KBAT PENTING?


Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-
21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

DEFINISI KBAT
Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013)

APA ITU BERFIKIR


1. Berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat
penentuan. (Beyer, B.K., 1991) (kebolehan)
2. Berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang
individu. (Nickerson, Perkins dan Smith, 1985) (kemahiran)
3. Berfikir merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan
maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, J.R., 1980) (proses)
4. Berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau
sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. (Mayer, R.E.,
1977) (operasi)

KBAT
1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

APA YANG GURU PERLU UBAH? PERANAN GURU UNTUK KBAT

1. Ubah cara berfikir 1. Memastikan murid aktif dalam PdP


2. Ubah cara menyoal 2. beri peluang kepada murid berbincang,
3. Ubah cara memotivasi bertanya dan memberi pendapat
4. Menekankan aktiviti hands-on 3. Mempelbagaikan strategi
5. Ubah jenis tugasan 4. Mengemukakan soalan yang membina,
6. Ubah cara pentaksiran memimpin serta berfikir pada aras tinggi
7. Ubah cara berkomunikasi

KEMAHIRAN KRITIKAL YANG PERLU DIKUASAI OLEH MURID DI ABAD KE-21

BAGAIMANA KBAT DAPAT DITERAPKAN DALAM PDP SAINS?

1. Penglibatan Aktif Murid Membolehkan Berlakunya Pembelajaran Berkesan

a. Murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif ke arah KBAT.
b. Berinteraksi secara intelektual dan bersedia menerima pendapat.
c. Berani memberi pendapat dan berhujah.
d. Mempertahan pendapat.

KBAT
2
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

2. Penguasaan Pembelajaran Murid Selaras Dengan Objektif Yang Ditetapkan

a. Murid mengemukakan soalan aras tinggi.

Soalan yang dikemukakan untuk;


i. Memperoleh idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif (mencipta/
penilaian).
ii. Mendapatkan pertimbangan, keputusan dan justifikasi (menilai/ sintesis).
iii. Mendapatkan maklumat terperinci yang mendalam mengenai sesuatu
perkara (menganalisis/ analisis).
iv. Mendapatkan kepastian dalam melaksanakan sesuatu perkara dalam situasi
yang berlainan (mengaplikasi/ aplikasi).

b. Murid melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan aktif melibatkan KBAT.

i. Aktiviti berasaskan Taksonomi Bloom (dari aplikasi ke penilaian).


ii. Aktiviti berasaskan Taksonomi Anderson (dari mengaplikasi ke mencipta).
iii. Berhujah secara intelektual dan akademik.
iv. Bersedia menerima dan berkongsi pendapat.
v. Berani memberi pendapat.
vi. Mempertahan pendapat.

3. Hasil Kerja Murid Yang Berkualiti Dapat Mengukuhkan Pembelajaran

a. Hasil kerja murid yang mempamerkan KBAT.

i. Pembentangan/ persembahan/ idea/ pendapat dan hasil kerja yang kreatif,


Inovatif dan kritis.

4. Perancangan Dan Persediaan Yang Rapi Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran

a. Objektif pembelajaran dirancang sesuai dengan aras pemikiran murid.


i. Rekod Pengajaran Harian (RPH).
ii. Guru menyatakan unsur KBAT dalam penyediaan objektif PdP.

b. Aktiviti PdP dirancang sesuai untuk menjana pemikiran aras tinggi

i. Rekod Pengajaran Harian (RPH).


ii. Guru menyatakan unsur KBAT dalam penyediaan aktiviti PdP.
iii. Penggunaan alat berfikir.

KBAT
3
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

iv. Penggunaan sumber pembelajaran lain yang kreatif dan inovatif.

5. KOMUNIKASI BERKESAN MEMUDAHKAN PEMAHAMAN DAN MENGGALAKKAN


PEMBELAJARAN MURID

a. Komunikasi komuniti bilik darjah menggalakkan pemikiran murid

i. Guru mewujudkan hubungan yang harmonis.


ii. Guru bersikap empati dalam memahami tingkah laku murid.
iii. Guru mengenal pasti murid yang boleh dijadikan teladan oleh murid lain.
iv. Guru mengawal perbincangan yang tidak relevan dalam aktiviti
pembelajaran.
v. Guru membangunkan kecenderungan peribadi.

b. Guru menggalakkan murid mengemukakan soalan aras tinggi.

i. Mewujudkan situasi bagi mencetuskan perasaan ingin tahu. (cth:


Menimbulkan konflik/ prasangka/provokasi/luar jangka/luar kebiasaan).

ii. Menimbulkan permasalahan. (cth: Guru sengaja memberi


arahan/maklumat yang tidak lengkap).
iii. Soalan berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. (cth: Berdasarkan
video/gambar/keratan akhbar/dll).

6. KAEDAH PENYAMPAIAN YANG SESUAI MENINGKATKAN PENCAPAIAN OBJEKTIF


PELAJARAN

Pengajaran guru menjurus kepada aktiviti yang berpusatkan murid bersesuaian


keupayaan kognitif murid merangsang murid berfikir aras tinggi.
Pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan pelbagai pendekatan:

a. Pembelajaran Akses Kendiri.


b. Pembelajaran Inkuiri.
c. Pembelajaran Berasaskan Projek.
d. Pembelajaran Berasaskan Masalah.
e. Pembelajaran kolaboratif dan koperatif.
Inquiry Based Science Education (IBSE) (Sains Sekolah Menengah).

7. Teknik Penyoalan Yang Berkesan Meningkatkan Pemahaman Murid

a. Soalan guru merangsang murid ke arah pemikiran aras tinggi.

KBAT
4
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

b. Soalan berasaskan Taksonomi Bloom (dari aplikasi ke penilaian)


c. Soalan berasaskan Taksonomi Anderson (dari mengaplikasi ke mencipta)

8. Teknik Penyoalan Yang Berkesan Meningkatkan Pemahaman Murid

a. Kaedah penyoalan guru merangsang murid ke arah pemikiran aras tinggi.

a. Penyoalan berfikrah.
b. Mencetuskan daya pemikiran murid.
c. Teknik penyoalan mencungkil jawapan murid.

b. Guru memberi respons yang sesuai terhadap soalan murid untuk


menggalakkan mereka berfikir.

i. Memparafrasa soalan murid. (cth: Soalan yang dikemukakan ialah ............)


ii. Memperjelas soalan murid untuk memastikan maksud yang hendak disampaikan.
(cth: Adakah awak cuba nyatakan .............)
iii. Menyoal semula murid yang bertanya atau mengajukan soalan kepada murid lain.
(cth: Apakah pendapat anda .............)
iv. Menanyakan soalan susulan supaya murid berfikir dengan lebih mendalam.
v. Memberi beberapa petanda/isyarat terhadap soalan yang dikemukakan.

9. Penguasaan Isi Kandungan Yang Mendalam Membolehkan Pelajaran Disampaikan


Dengan Yakin, Jelas Dan Tepat

a. Penguasaan isi kandungan oleh guru menjurus ke arah KBAT.


b. Dikaitkan dengan isu semasa dan persekitaran.
c. Merentas kurikulum.
d. Pelbagai sumber.
e. Sesuai dengan KBAT.

CIRI-CIRI ITEM KBAT


(a) Stimulus:
Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar rajah, graf) untuk menjana
kemahiran inferens dan penaakulan kritis
(b) Pelbagai tahap / aras pemikiran:
Mentaksir pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih
besar
(c) Item tidak berulang:
KBAT
5
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan buku teks untuk mengujudkan situasi yang
baharu
(d) Konteks bukan lazim:
Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada murid. Bertujuan merangsang
murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

(e) Situasi sebenar dalam kehidupan harian:


Mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan
pembelajaran daripada pelbagai disiplin

TEKNIK PENYOALAN
Kenapa Perlu Penyoalan?

Penyoalan membantu murid berfikir secara kritis dengan memberi fokus secara eksplisit
terhadap proses pemikiran. Semasa soalan yang teratur dan berstrukutur, murid
memperlahankan proses pemikiran mereka dan meneliti proses tersebut. Penyoalan yang
berfikrah dan teratur di dalam kelas berupaya mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran:
Model saintifik amalan inkuiri
Menyokong pembelajaran secara aktif dan berpusatkan pelajar
Membantu pembelajaran berasaskan inkuiri
Membantu murid membina pengetahuan
Membantu membentuk kemahiran menyelesaikan masalah
Meningkatkan ingatan pengetahuan jangka masa panjang

TUJUAN MENYOAL
1. Untuk menilai pengetahuan sedia ada
2. Untuk menimbulkan minat
3. Untuk membina pemahaman
4. Untuk membina sikap dan penghayatan
5. Untuk mengukuhkan pembelajaran
6. Untuk merangsang pemikiran kritikal
7. Untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid
8. Untuk menjelaskan pemikiran
9. Untuk mencari sebab atau penjelasan
10. Untuk meneroka pandangan alternatif
11. Untuk menguji implikasi dan akibat
KBAT
6
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

SOALAN BERKESAN (Art Costa and Bena Kallick)


1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)
5. Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)
6. Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN


1. Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama
2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri
3. Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas
4. Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal
5. Tanya soalan yang tidak ada kaitan
6. Selalu tanya jenis soalan yang sama
7. Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan

TAHAP PEMIKIRAN BLOOM

SOALAN-SOALAN YANG MEMBANGUNKAN TAHAP PEMIKIRAN BLOOM

KBAT
7
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

PERUBAHAN PADA MURID

KBAT
8
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

KESAN POSITIF KBAT

o Murid:

1. Pengimplimentasian KBAT akan menjadikan PdP dalam kelas bertambah menarik

2. Bermotivasi untuk belajar - meneroka

3. Menjadikan murid lebih produktif & berdaya saing

4. Murid bebas untuk membanding, membeza, mengenal pasti sebab & akibat mengikut
pendapat & pandangan sendiri

5. Meningkatkan keupayaan & kebolehan sedia ada pada murid

o Guru:

1. Meningkatkan tahap kecekapan bagi membina item KBAT

2. Dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran

3. Dapat menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses PdP

4. Penggunaan inovasi dapat meningkatkan proses PdP

o Negara

1. Tahap pendidikan negara terus meningkat jika elemen KBAT diutamakan

2. Aspirasi pendidikan negara dapat dicapai

3. Melahirkan pelajar seperti yang digariskan dalam FPK

4. Dapat meningkatkan kedudukan negara dalam TIMSS & PISA

KBAT
9
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

LAMPIRAN AKTIVITI 1

KBAT
10
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

LAMPIRAN AKTIVITI 2

KATA TUGAS SOALAN YANG MEMBANGUNKAN ARAS PEMIKIRAN BLOOM


(SEMAKAN SEMULA)

ARAS PEMIKIRAN DAN PENERANGAN KATA TUGAS


PENYOALAN

Mencipta Gabungkan maklumat untuk


mencipta sesuatu yang baru

Menilai Membuat pertimbangan dan


penilaian untuk membuat
Soalan Kompleks

kesimpulan

Menganalisis Pecahkan kpd bahagian yg lebih


kecil utk memeriksa lebih
mendalam & memahami
perhubungannya

Mengaplikasi Mengaplikasikan pengetahuan


kepada situasi dan pengalaman
baharu

Memahami Mengungkap semula dan


mentafsir untuk menunjukkan
Soalan Mudah

pemahaman

Mengingat Jawapan fakta, mengingat dan


mengiktiraf

LAMPIRAN AKTIVITI 3

PEMBINAAN SOALAN: GAMBAR

KBAT
11
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

ARAS PEMIKIRAN SOALAN

MENGINGAT

MEMAHAMI

MENGAPLIKASI

MENGANALISIS

MENILAI

MENCIPTA

LAMPIRAN AKTIVITI 4

PEMBINAAN SOALAN: VIDEO

KBAT
12
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SAINS 2016 BIOLOGI

ARAS PEMIKIRAN SOALAN

MENGINGAT

MEMAHAMI

MENGAPLIKASI

MENGANALISIS

MENILAI

MENCIPTA

KBAT
13

You might also like