You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Marcapada ini, setiap pelajar di dunia ini mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan
tersendiri disebabkan mereka mempunyai personaliti yang berlainan. Perbezaan personaliti
ini menyebabkan wujudnya gaya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar yang
lain. Mengikut Kamus Linguistik (1997), gaya didefinisikan sebagai stail atau cara. Oleh itu,
gaya pembelajaran adalah satu cara yang diamalkan atau digunakan oleh seseorang siswa
untuk memahami sesuatu subjek dalam proses pembelajaran.

Menurut Dr Ragmbir Kaur Joginder Singh (2012) gaya pembelajaran merupakan


pendekatan atau cara bagaimana seseorang insan belajar dalam memperolehi
pengetahuan.( Eva Cheong,S.C. Chong,H.N.Ling). Gaya pembelajaran juga merujuk kepada
cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan
menganalisa maklumat di dalam otak untuk dijadikan maklumat. Gaya pembelajaran juga
ditakrifkan sebagai indikator yang stabil tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan
bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran. Di bawah konteks psikologi
pendidikan, gaya pembelajran membawa maksud tentang cara seseorang pelajar yang
memberi tumpuan dalam sesuatu tindakan bagi memproses maklumat untuk membentuk
konsep dan prinsip. Menurut Marriot (2002), mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai
cara seseorang untuk melakukan proses pembelajaran. Beliau berkata setiap pelajar
mempunyai cara belajar yang berbeza dan gaya pembelajaran yan ada boleh berubah
mengikut pengalam yang dialami. Secara rumusnya, apabila pelajar menggunakan gata
pembelajaran dalam cara yang betul maka mereka pasti dapat keputusan yang cemerlang.

2.0 GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

Berdasarkan model ILS (index of learning style) saya telah dapat mengenalpasti
gaya pembelajaran saya. ILS telah mengelaskan pelajar berdasarkan kecenderungan
mereka terhadap salah satu daripada dua kategori dalam setiap empat gaya pembelajaran,
iaitu dimensi pemprosesan, dimensi persepsi, dimensi input, dan dimensi pemahaman.
Dimensi pemprosesan menilai pelajar berdasarkan cara yang digunakan oleh pelajar untuk
memproses maklumat. Kemudian, dimensi persepsi ialah dimensi mengenai kaedah yang
digunakan oleh individu dalam melihat maklumat. Dimensi input membezakan pelajar
berdasarkan medium penyampaian maklumat yang lebih disukai sama ada secara visual
atau verbal. Akhirnya, dimensi pemahaman pula memerihalkan cara pelajar memahami
maklumat baharu iaitu darisegi berjujukan atau global. Mengikut keputusan soal selidik yang
telah saya isikan, saya diletakkan di bawah kategori visual yang merujuk kepada individu
yang memahami maklumat secara melihat, menggambar dan memerhati. Dengan ini saya
lebih menyukai maklumat disampai secara visual seperti ditunjukkan melalui gambar-
gambar, rajah, penggunaan multimedia iaitu powerpoint yang berwarna-warni, poster, jadual
dan demonstrasi. Hal ini demikian, melalui gaya pembelajaran ini saya dapat memudahkan
kefahaman saya dalam proses pembelajaran dan pengajaran tujuanya untuk mendapat
keputusan yang cemarlang pada akhir semester.

Selain itu, saya lebih cenderung untuk mempelajari sesuatu dengan melihat teks
yang sedia ada atau melalui deria penglihatan. Hal ini demikian, gaya pembelajaran ini
memerlukan tulisan nota apabila mengingati sesuatu perkara dan tidak perlu penerangan
secar lisan. Selanjutnya, saya boleh membuat nota-nota yang berwarna-warni untuk
meningkatkan kemahiran pembelajaran saya. Saya boleh menggunakan pen atau pensel
yang berwarna-warni dalam mencatat nota dan boleh melukis sesuatu yang berkaitan
dengan maklumat yang diajar dalam nota yang dibuat. Melalui nota-nota yang berwarna-
warni, saya yang mengamalkan gaya pembelajaran visual boleh mengingati sesuatu perkara
dengan mudah. Saya juga boleh melayari laman web seperti YouTube untuk mencari video-
video yang berkaitan dengan maklumat diajar untuk mendapat suatu gambaran tentang
maklumat tersebut.

Penyampaian maklumat melalui carta, diagram, rajah, lakaran, gambar, carta alir
atau peta minda dapat memudahkan pemahaman diri saya terhadap maklumat tersebut.
Antara alat berfikir yang sesuai untuk memenuhi syarat saya sebagai seorang yang visual
ialah penggunaan peta minda. Peta minda biasanya digunakan untuk tujuan pembelajaran,
percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah. Bagi saya,
penggunaan peta minda dapat membantu saya dalam mengingati maklumat dengan mudah
seperti mudah dibaca, mudah memahami sesuatu konsep dan dapat membantu membentuk
gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

3.0 MODEL GAYA PEMBELAJARAN

Pada pandangan saya, gaya pembelajaran saya amat bersesuian dengan model
gaya pembelajaran Dune dan Dune. Model ini menyatakan bahawa kaedah pembelajaran
merupakan kaedah seseorang menumpu perhatian, memproses, menyerap dan mengingat
sesuatu maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model gaya pembelajaran Dune
dan Dune adalah berdasarkan prinsip- prinsip berikut. Pertamanya ialah, kebanyakkan
individu mampu dan boleh belajar. Keduanya ialah, setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran yang tertentu dalam melakukan proses pembelajaran. Kemudianya, gaya
pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran. Dune dan
Dune (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada lima bahagian iaitu persekitaran,
emosional, sosiologi, fizikal dan psikologi. Beliau mendapati bahawa kaedah, sumber, dan
program, dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar
dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan juga membawa
individu mencapai tahap yang cemerlang. (Aneeza bt Baharum, 2012 ).

3.1 JUSTIFIKASI MODEL GAYA PEMBELAJARAN

Justifikasi yang dapat saya berikan atas gaya pembelajaran Dune dan Dune dengan
menggunakan alat berfikir CoRT 1:CAF- Consider All Factors(Ambil kira semua perkara).
Tujuan saya menggunakan alat CAF adalah untuk melatih diri saya berfikir dan meninjau
semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh.

Berikut dibincangakan aspek pembelajaran dari segi persekitaran yang telah


dikemukakan oleh Dune dan Dune iaitu cahaya, bunyi, suhu dan rekabentuk. Dari segi
cahaya Dune dan Dune mendapati terdapat individu memerlukan cahaya terang semasa
belajar. Terdapat sebilangan pelajar yang gemar cahaya terang kerana pencahayaan yang
samar akan membuatkan mata mereka letih atau mengantuk. Tambahan pula, cahaya yang
terang akan menunjukkan gambar dan rajah yang berwarna- warni dengan lebih terang. Hal
ini demikian pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran visual seperti saya suka melihat
gambar dan rajah dengan lebih terang bagi meyerap maklumat fakta atau teori dengan
lebih mudah. Selain itu, dari sudut bunyi, Dune dan Dune mengatakan terdapat individu
yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka semasa belajar(terutamanya
ketika larut malam) kerana bunyi radio atau televisyen dapat mengatasi suasana yang sunyi
dan memberi lebih konsentrasi terhadap pelajaran mereka.

Seterusnya, dibincangkan pula aspek pembelajaran daripada rangsangan emosional


yang telah dikemukakan oleh Dune dan Dune. Rangsangan emosional terdiri daripada
elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur. Motivasi
seseorang yang merupakan daya penggerak utama untuk menjamin kejayaan seseorang.
Sebagai contohnya apabila sesorang mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan
yang kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat. Sebagai contohnya, apabila
seseorang memberi motivasi dengan mengatakan ‘jika kita membaca buku-buku yang
mengandungi gamabar dan rajah yang berwarana- warni maka pemikiran
penngecepan kita menjadi tinggi’. Dengan ini kita boleh memahami tajuk subjek kita
dengan mudah. Perkara ini menunjukkan, motivasi ini telah menjdi suatu yang berpositif
kepada pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran visual.

Hal ini demikian, secara langsungnya mereka akan berminat untuk belajar selepas
mendengar motivasi dan dorongan yang diberi.Tambahan pula dari sudut tanggungjawab
setiap individu yang ingin berjaya dalam pelajaran perlu tekun dan bertanggungjawab.
Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran akan sentiasa
melaksanakan tugasannya dengan insiatif sendiri. Dalam situasi ini saya akan
mengamalkan sikap tanggunjawab dengan membuat nota yang berwarna-warni serta
membuat carta yang bervariasi semasa proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana, nota-
nota ini akan membantu saya untuk mengulangkaji semasa peperikasaan bagi mengelakkan
kekeliruan tentang tajuk yang terkandung dalm suatu subjek. Selain itu, cara ini juga amat
penting bagi saya untuk mencari maklumat yang ingin saya dapat apabila membaca semula
bacaan itu. Hal ini demikian, apabila saya menduduki peperiksaan, saya akan mengingati
ayat-ayat ataupun perkataan yang saya telah tanda dengan warna dan ia juga membantu
saya untuk memberi penerangan yang secukupnya untuk menulis dalam peperiksaan.

Di samping itu, faktor fizikal dipengaruhi oleh persepsi pancaindera, makanan dan
minuman dan waktu atau tempoh belajar. Berdasarkan gaya pembelajaran saya persepsi
pencaindera amat bertepatan untuk proses pembelajaran saya. Seseorang itu akan
menggunakan kesemua pancaindera dalam proses mengingati maklumat. Disebabkan saya
merupakan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran visual, saya akan memilih
pancaindera visual. Hal ini demikian, belajar secara visual merupakan belajar melalui
pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat. Pelajar yang menggunakn kaedah visual
lebih cenderung untuk membaca buku-buku yang dipenuhi dengan ilustrasi dan gambar
yang bervariasi. Selain itu, saya juga belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks
berbentuk perkataan atau ayat dalam buku, papan hitam atau paparan komputer. Hal ini
kerana saya lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan
ayat-ayat teks yang berkenaan.

Elemen lain yang akan dibincangkan adalah rangsangan psikologi. Rangsangan


psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut, iaitu analitik, atau global, impulsif
atau reflektif dan dominan otak kiri atau otak kanan. Pelajar analitik melakukan tugasan
secara terperinci dan lebih fokus terhadap setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.
Golongan pelajar ini hanya melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa. Berlainan
pula, dengan pelajar yang global kerana pelajar ini akan melihat sesuatu gambaran itu
dengan lebih luas dan terbuka. Dengan ini, pelajar ini tidak semestinya belajar dalam satu
arah seperti membaca fakta yang terkandung dalam buku. Pelajar seperti ini boleh membuat
nota yang bervariasi untuk memahami suatu topik dengan cara yang mudah. Sebagai
tamsilnya, saya tidak akan akan menulis dan membaca fakta yang sedia ada dalam buku
malah saya akan menbuat nota tambahan untuk memudahkan pemahaman saya.

Pada masa yang sama, saya juga mengamalkan elemen dominan otak kiri dan dominan
otak kanan. Hal ini disebabkan elemen ini amat bertepatan dengan gaya pembelajaran
saya. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu otak kiri(HOKA). Fungsi otak yang
berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Otak kiri manusi mrngawal
tindakan manusia dari aspek Bahasa, matematik, logic, sekuens, linear, dan analisis,
Manakala otak kanan pula berfungsi dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik,
rentak, dan irama. Perkara ini menunjukkan bahawa saya tidak semestinya menggunakan
otak kiri semasa proses pembelajaran malah saya juga akan menggunakan otak kanan
untuk membuat pelbagai raja, bentuk yang berwarna-warni untuk proses pembelajaran.
Sebagai contohnya, saya akan menggunakan penggunaan multimedia seperti power point,
Words untuk menerangkan tentang topik perbentangan saya dalam kelas.

Hal ini demikian kerana, saya mengamalkan gaya pembelajaran visual untuk
menguasai sesutu topik dengan mudah untuk diri sendiri dan juga memudahkan kawan-
kawan saya untuk memahami topik yang saya bentang semasa kuliah. Dengan ini apabila
presentasi multimedia dipaparkan semua pelajar termasuk saya akan berasa seronok dan
memberi perhatian yang sepenuhnya kepada paparan tersebut

Seterusnya, aspek pembelajaran dari segi rangsangan sosiologi terdiri daripada


elemen-elemen seperti diri sendiri, berpasangan, rakan sebaya dan orang dewasa. Terdapat
individu yang lebih suka belajar bersendirian dan tidak mahu gangguan sewaktu belajar.
Mereka lebih selese bersendirian berbanding belajar bersama rakan sebaya. Perkara ini
amat bersesuain dengan gaya prmbelajaran saya. Hal ini kerana saya kurang gemar
membuang masa untuk bercakap sesama rakan sebaya yang menyebabnya tidak dapat
menumpukan perhatian. Sebagai contohnya pada masa lapang saya boleh belajar sendiri
dengan membuat pelbagai aktiviti seperti membuat nota, menyediakan ‘slide’ untuk
perbentangan dan sebagainya. Hal ini demikian saya boleh belajar di tempat yang senyap
jauh dari gangguan bunyi yang bising. Selain itu, apabila saya membaca sesuatu
perenggan, saya perlu membuat gambaran mental terhadap maklumat yang diterima untuk
membuat ingatan.Jika saya belajar bersama rakan, tentu saya tidak dapat memberi fokus
yang penuh. Dengan ini saya lebih suka belajar sendiri berbanding dengan rakan sebaya
tujuanya untuk menggunakan masa bagi aktiviti yang berfaedah.

4.0 RUMUSAN

Intihanya, gaya pembelajaran lelaki dan perempuan tidak sama atau berbeza, kerana
murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya
pembelajaran global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang tidak formal
manakala pelajar perempuan suka akan pembelajaran gaya visual seperti rajah, gambar
dan nota yang bervariasi untuk belajar. Hali ini demikian, gaya pembelajaran yang tetap
tentu memberi satu balasan yang berfaedah dalam keputusan peperiksaan.
5.0 RUJUKAN

Aneeza bt Baharum., (2012). Gaya Pembelajaran. Dimuat turun pada 21 Julai 2018,
daripada

http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-pembelajaran.html?m

Nurul Farhana Mazian., (2012). Kecenderungan gaya pembelajaran model dunn dan dunn

dan model honey dan mumford di kalangan pelajar ijazah sarjana muda fptp di uthm.
Dimuat turun pada 21 Julai 2018, daripada
http://eprints.uthm.edu.my/4244/1/NURUL_FARHANA_MAZIAN_JAMIAN.pdf

Unknown., (__). Gaya Pembelajaran. Dimuat turun pada 22 julai 2018, daripada

http://studentsrepo.um.edu.my/3983/4/BAB_1-5,_BIBLIOGRAFI,_LAMPIRAN.pdf

Eva Cheong,S.C. Chong,H.N.Ling., (2012). Konsep Gaya Pembelajaran. Dimuat turun pada

24 julai 2018, daripada http://dpliprasekolahsunshine.blogspot.com/2012/09/by-eva-

cheong-s.html?m=1

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon, (2010). Kemahiran Belajar. Malaysia,

Puchong: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Dunn, R. Dan Dunn, K.. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning
Styles.

  Virginia: Reston Publishing.

Marriott. (2002). “Beyond Self and Other: On the Neurosemiotic Emergence of

  Intersubjectivity.” Sign Systems Studies, 30, (1):57-100.


6.0 LAMPIRAN

You might also like