You are on page 1of 22

1.

0 PENGENALAN

Statistik adalah suatu kaedah saintifik yang membantu untuk menggumpul, memproses,
menganalisis, menginterpretasi dan mempersembahkan data dalam suatu bentuk yang lebih
tepat dan tujuannya membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih berkesan

Menurut Pumadevi S., Nurul Shahhida Abu Bakar & Fatimah Rozihan Wan Muhammad
(2015) dalam buku Statistik Asas, data merupakan angka, maklumat atau cerapan yang
diperoleh hasil daripada suatu tinjauan, uji kaji atau pemerhatian.

Data statistik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data berangka (kuantitatif) dan
data bukan berangka (kualitatif). Data berangka (kuantitatif) merujuk kepada data yang
bersifat kuantitatif diperoleh melalui proses pengukuran, misalnya panjang, berat, suhu dan
ketinggian. Data bungkan berangka (kualitatif) pula ialah data kualitatif diperoleh dengan
cara pemerhatian atau temu bual, misalnya gred, jenis kasut, bilangan pelajar boleh
menggulung lidah dan bangsa.

Data statistik juga boleh dibahagikan kepada data primer dan data sekunder. Data primer
merupakan maklumat yang dikumpul oleh pengkaji sendiri, manakala data sekunder pula
ialah data yang dikumpul daripada sumber lain seperti laporan dan rekod rasmi.

Terdapat empat langkah-langkah asas dalam proses pengendalian data. Pertama,


pengumpulan data. Data boleh dikumpul oleh pengkaji melalui aktiviti soal selidik, tinjauan,
uji kaji dan pencerapan. Data yang dikumpul lazimnya berkaitan dengan seseuatu yang
terdapat dalam kehidupan. Kedua, penyusunan data. Data yang diperoleh daripada proses
pengumpulan perlu diatur dan disusun dalam bentuk jadual. Jadual tersebut dapat
menunjukkan butir-butir yang diperoleh dan kekerapannya. Ketiga, perwakilan data.
Perwakilan data boleh dilakukan dalam bentuk visual seperti graf, carta pai, historgam,
poligon dan sebagainya. Akhir sekali, proses pentafsiran data yang bertujuan untuk
membuat interpretasi tentang kajian yang telah dijalankan.

Berdasarkan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya, saya telah membuat kajian
tentang berat badan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Dalam
menjalankan tugasan ini, saya peroleh data-data tersebut melalui mengaplikasikan
penggunaan TMK iaitu Google form dalam pengendalian data dan ukuran berangka.
PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data terbahagi kepada dua, iaitu data tak terkumpul dan data terkumpul.
Kesemua data-data ini dipersembahkan melalui taburan kekerapan. Data tak terkumpul
merujuk kepada satu set data mentah yang tidak terkumpul dalam kelas. Nilai cerapan
dalam data tak terkumpul muncul secara individu.

BERAT BADAN
BIL JANTINA OPSYEN
(kg)
1 Perempuan TESL 48 - 52
2 Perempuan Matematik 58 - 62
3 leleaki RBT 58 - 62
4 lelaki RBT 58 - 62
5 Perempuan RBT 53- 57
6 Perempuan RBT 38 - 42
7 Perempuan RBT 53- 57
8 Perempuan RBT 53- 57
9 Perempuan RBT 53- 57
10 Perempuan RBT 48 - 52
11 Lelaki RBT 63 - 67
12 Perempuan Matematik 48 - 52
13 Perempuan RBT 63 - 67
14 Perempuan Matematik 53- 57
15 Perempuan Sains 48 - 52
16 Perempuan Sains 53- 57
17 Perempuan Matematik 43 - 47
18 Perempuan Sains 43 - 47
19 Perempuan RBT 58 - 62
20 Perempuan TESL 63 - 67
21 Perempuan Sains 58 - 62
22 Perempuan Matematik 53- 57
23 Lelaki TESL 53- 57
24 Perempuan RBT 53- 57
25 Perempuan RBT 43 - 47
26 Lelaki Sains 68 - 72
27 perempuan RBT 48 - 52
28 Lelaki Sains 48 - 52
29 Perempuan Sains 43 - 47
30 Perempuan RBT 53- 57
31 PEREMPUN Matematik 68 - 72
32 Perempuan RBT 38 - 42
33 Lelaki Sains 53- 57
34 Perempuan TESL 38 - 42
35 lelaki Matematik 43 - 47
36 Perempuan RBT 68 - 72
37 Perempuan Matematik 48 - 52
38 lelaki Matematik 38 - 42
39 Perempuan RBT 53- 57
40 Perempuan Matematik 53- 57
41 Perempuan RBT 53- 57
42 Perempuan RBT 53- 57
43 Perempuan RBT 53- 57
44 Perempuan RBT 53- 57
45 Perempuan RBT 53- 57
46 Perempuan RBT 53- 57
47 perempuan RBT

PENYUSUNAN DATA DAN PENGUMPULAN DATA

i) PENYUSUNAN DATA

OPSYEN KEKERAPAN

TESL 4

SAINS 8

RBT 25

MATEMATIK 10

Jadual di atas menujukkan data terkumpul bilangan responden bagi setiap opsyen

JANTINA KEKERAPAN
Lelaki 9
Perempuan 38

Jadual di atas menujukkan data terkumpul bilangan responden bagi jantina

BERAT BADAN PELAJAR IPGKPT KEKERAPAN


38 – 42 5
43 – 47 5
48 – 52 7
53 – 57 19
58 – 62 6
63 – 67 2
68 – 72 3

Jadual di atas menujukkan data terkumpul bilangan responden bagi berat badan pelajar

IPGKPT

PERWAKILAN DATA

i) Carta pai

Rajah 1 menujukkan penyusuanan data berdasarkan opsyen


Berdasarkan hasil kajian, daripada 47 orang jumlah responden yang disoal selidik di Institut
Pendidikan Guru kampus Pendidikan Teknik, seramai 4 orang responden adalah terdiri
daripada Opsyen TESL, dari segi peratusan pula ialah 8.5 peratus. Selain itu, seramai 8
orang responden yang disoal selidik ialah beopsyen Sains yang mewakili 17 peratus
daripada jumlah keseluruhan. Manakala seramai 10 orang responden yang disoal selidik
ialah responden dari opsyen Matematik yang mewakili 21.3 peratus daripada jumlah
keseluruhan.Akhirnya seramai 25 orang responden ialah dari opsyen Rbt yang mewakili
53.2 peratus. Situasi ini menunjukkan kebanyakannya pelajar yang menjawab soal selidik
saya ialah dari opsyen RBT Oleh itu, Opsyen responden yang diambil haruslah seimbang
supaya tidak wujud masalah ketidakadilan semasa memberi respon dalam borang soal
selidik agar jawapan yang diberi sentiasa seimbang.

Rajah 1 menunjukkan Demografi responden berdasarkan jantina

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 47 orang responden, seramai 9 orang


(19.1%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya iaitu sebanyak 38 orang
(80.9%) merupakan responden perempuan. Tidak terdapat jurang perbezaan yang agak
besar dalam pemilihan jantina. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat dalam rajah 2 yang
menunjukkan bahawa kajian ini adalah dengan membuat pemerhatian tentang berat badan
dalam kalangan pelajar-pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang. Oleh itu, jantina yang dipilih
perlulah seimbang agar keputusan jawapan yang diperolehi tidak memihak kepada satu
gender sahaja, kerana setiap gender dan individu mempunyai pandangan yang berbeza.

6.25%
6.25%
Carta pai di atas menujukkan kajian tentang berat badan pelajar IPGKPT. Berdasarkan data
yang ditunjukkan melalui carta pai bahawa seramai 19

CARTA PALANG

Jumlah responden mengikut opsyen


30

25

20
Kekerapan

15

10

0
RBT TESL MATEMATIK SAINS

Opsyen

Carta palang jumlah responden mengikut opsyen

Berdasarkan rajah 1 carta palang ini menunjukkan bilangan responden mengikut opsyen di
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Antara Maklumat yang dapat diperoleh
daripada carta palang tersebut ialah bilangan kekerapan responden mengikut Opsyen yang
tertinggi ialah opsyen RBT iaitu sebanyak 25 responden. Seterusnya, bilangan kekerapan
yang terendah pula ialah opsyen TESL iaitu sebanyak 4 orang responden manakala jumlah
responden yang beropsyen Matematik ialah 10 orang, dan akhirnay opsyen Sains ialah 8
orang.

Jumlah responden mengikut jantina


Kekerapan
40
35
30
kekerapan

25
20
15
10
5
0
LELAKI PEREMPUAN

jantina

Carta palang jumlah responden mengikut jantina

Rajah 2 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina bagi 47 orang responden dari
IPGKPT. Berdasarkan carta palang di atas, antara maklumat yang dapat diperoleh daripada
carta palang tersebut ialah bilangan responden yang tertinggi adalah daripada kalangan
perempuan. Hal ini kerana kalangan perempuan mempunyai kekerapan tertinggi iaitu
sebanyak 38 orang. Seterusnya, bilangan responden yang terendah pula ialah daripada
pelajar kalangan lelaki kerana mempunyai nilai kekerapan yang paling rendah iaitu
sebanyak 9 orang sahaja. Hal ini kerana ramai pelajar lelaki tidak mengambil berat untuk
menjawab soal selidik malah mengingat ia sebagai perkara yang tidak penting untuk
mereka.

HISTOGRAM

Histogram adalah berbeza berbanding carta palang, kerana dilukis rapat antara antara satu
sama lain dan digunakan untuk suatu set data selanjar. Histogram adalah persembahan
tepat data berangka. Ia adalah anggaran taburan kebarangkalian pembolehubah berterusan
dan mula diperkenalkan oleh Kari Pearson. Ia berbeza daripada carta bar kerana carta bar
menghubungkan dua pembolehubah, tetapi histogram hanya berkaitan satu. Jika terdapat
ruang kosong antara kelas bermakna kekerapannya adalah sifar
Berat Badan pelajar IPGKPT (KG)
20
18
16 38 - 42
42 - 47
14
48 - 52
Kekerapan

12
53 - 57
10 58 - 62
8 63 - 67
6 68 - 72
4
2
0
Berat BADAN PELAJAR

Rajah 3 Histogram Berat badan pelajar institute Pendidikan Guru Kampus Pendidikan
Teknik

Berdasarkan rajah 3, histogram mewakili taburan kekerapan berat badan pelajar IPGKPT
bagi 47 orang responden berdasarkan kutipan data hasil soal selidik yang dijalankan.
Maklumat yang diperoleh ialah mod bagi kekerapan tertinggi dalam set data tersebut.
Secara umumnya, 53 – 57 Kg merupakan berat badan pelajar yang palaing kerap iaitu 19.
Ini merupakan mod bagi set data ini dan kebanyakkan pelajar ini tidak mengikut diet dan
senaman yang betul dalam kehidupan seharian. Seterusnya, kekerapan untuk berat badan
pelajar yang paling terendah adalah antara 63 – 67 iaitu dengan jumlah kekerapan 2.
Kemudian, berat badan pelajar anatara 38 – 42 pula ialah 6 orang. Berat badan yang
dimilliki oleh pelajar antara 38 – 42 menunjukkan mereke sentiasa menjalankan aktiviti luar
bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikkan badan. Walaupun berat ini menunjukkan
pelajar tersebut memiliki kesihatan yanag baik tetap secara keseluruhannya kekerapannya
kurang daripada berat antara 53 – 57. Seterusnya, diantara 42 -47 berat badan ialah 5
orang pelajar, diantara 48 -42 berat badan ialah 7 orang pelajar dan akhirnya diikuti dengan
berat bada 68 – 72 menunjukkan kekerapannya 3 orang pelajar. Secara keseluruhannya,
data di atas menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang mempunyai berat badan ideal dan
unggul dan terdapat pelajar yang mempunyai masalah lebihan berat badan.
OGIF
50

45

40

35

30
Kekerapan Longgokan

25

20

15

10

0
35 40 45 50 55 60 65 70 75

sempadan atas

Rajah 8 Graf Ogif

Rajah 8 menunjukkan taburan berat badan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik bagi 47 responden. Antara maklumat yang dapat ditafsir daripada graf
ogif di atas ialah tentang kekerapan berat badan pelajar . Seterusnya, Kuartil yang
memebahagi set data ini kepada empat bahagian juga dapat dikenalpasti, Garis mengufuk
dan mencancang dilukis melalui titik persilangan untuk mendapatkan kuartil pertama, kedua
dan ketiga. Selain itu, kuartil pertama juga boleh diperoleh daripada ogif tersebut dengan
membahagikan ¼ daripada jumlah longgokan. Kuartil pertama bagi ogif di atas ialah 11.5
yang ditunjukkan pada garisan selang seli yang berwarna hitam. Di samping itu kuartil ketiga
juga boleh diperoleh dengan membahagi ¾ daripada jumlah longgokan itu. Selepas mengira
kuartil ketiga adalah 35.25 yang ditunjukkan pada garisan selang seli yang berwarna merah

KUARTIL KEDUDUKAN KUARTIL NILAI CERAPAN


Kuartil Pertama, K1 1 Nilai cerapan – 11.5
Cerapan ke - (47)
4 K1 = 48.51
= Cerapan ke 11.5
Kuartil kedua atau Median, 1 Nilai cerapan – 23.5
Cerapan ke - (47)
K2 2 K2 = 53.55
= Cerapan ke 23.5

ANALISIS DATA
Setelah penjadualan data yang jelas dipersembahkan dalam pelbagai bentuk rajah dan
jadual, pengiraan data yang tepat penting dalam mencari pelbagai maklumat seperti mod,
median, min, julat, sisihan piawai dan varians.

I. MIN

Berat badan pelajar Kekerapan, Titik


f Tengah, X
38 – 42 5 40
43 – 47 5 45
48 – 52 7 50
53 – 57 19 55
58 – 62 6 60
63 – 67 2 65
68 – 72 3 70

jumlah (titik tengah x kekerapan)


Min=
jumlah kekerapan

( 40 x 5 ) + ( 45 x 5 ) + ( 50 x 7 )+ ( 55 x 19 )+ ( 60 x 6 ) + ( 65 x 2 ) +(70 x 3)
47
2520
= 47

= 53.617

II. MOD
Mod adalah nilai cerapan yang paling kerap dijumpai dalam sesuatu set data.
Walaubagaimanapun, bukan semua data mempunyai mod. Sebagai contoh, set data
yang mempunyai cerapan hanya muncul sekali sahaja
Mod bagi sesuatu data terkumpul dikira menggunakan rumus dibawah :

∆1
Mod=L+ ( )
∆1 + ∆2
∙c

L = sempadan bawah kelas mod


∆ 1 = perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas sebelumnya
∆ 2 = perbezaan kekerapan antara kelas mod dan kelas selepasnya
c = saiz kelas mod

Berat badan pelajar (kg) Kekerapan, f Sempadan bawah (L)


38 – 42 5 37.5
43 – 47 5 42.5
48 – 52 7 47.5
53 – 57 19 52.5
58 – 62 6 57.5
63 – 67 2 62.5
68 – 72 3 67.5

Kelas mod = 53 – 57

L = 52.5

∆ 1 = 19 -7

= 12

∆ 2 = 19 – 6

= 13

c =5
Mod=52.5+
12
( 12+13 ) ∙5¿ 52.5+ 1225 ¿ 54.9 kg

III. MEDIAN

Median ialah nilai data yang berada di pertengahan antara set data yang telah disusun
mengikut tertib menaik dan menurun. Median ialah nilai yang membahagikan satu set
data kepada dua bahagian yang sama. Jika bilangan data, n adalah genap median

n+1
dikira dengan formula ( ). Jika bilangan data, n adalah ganjil nilai yang berada di
2
tengah set data perlu diambil

Untuk menghitung nilai median daripada sebuah jadual kekerapan longgokan, kelas
median perlu ditentukan dahulu. Kemudian,formula pengkiraan median adalah seperti
berikut:

N
Median=L+
2
−F
fm( )
∙c

L = sempadan bawah kelas median

N = jumlah cerapan (atau ∑ f )


F = kekerapan longgokan bagi kelas sebelum kelas median
fm = kekerapan kelas median
c = saiz kelas median

Berat badan pelajar Kekerapan, Kekerapan Sempadan bawah


(kg) f longgokan (L)
38 – 42 5 5 37.5
43 – 47 5 10 42.5
48 – 52 7 17 47.5
53 – 57 19 36 52.5
58 – 62 6 42 57.5
63 – 67 2 44 62.5
68 – 72 3 47 67.5
47+1
Median =
2

= 24

= cerapan ke – 24

Kelas median ialah kelas 53 – 57

dimana L = 52.5, N = 47, F = 17, fm = 36 dan c = 5

47
Median=52.5+
2
( )
−17
36
∙5

= 53.40

IV. JULAT
Julat ialah ukuran serakan yang paling mudah dihitung dan bergantung pada dua skor
sahaja. Jika nilai julat kecil, maka data adalah tertumpu. Jika nilai julat besar, maka
data lebih tersebar. Julat tidak memberikan suktan yang memuaskan kerana ia hanya
ditentukan dengan menggunakan nilai tertinggi dan nilai terendah haja

Berat badan pelajar (kg) Titik tengah, x


38 – 42 40
43 – 47 45
48 – 52 50
53 – 57 55
58 – 62 60
63 – 67 65
68 – 72 70

Dengan menggunakan rumus


Julat=Nilai titiik tengahkelas tertinggi−Nilai titik tengah kelasterendah

= 70 – 40

= 20

V. VARIANS

Varians merupakan satu ukuran serakan data daripada nilai min. Data dikatakan
bertabur di sekitar nilai min sekiranya nilai varians yang diambil adalah rendah.
Sebaliknya, nilai varians yang tinggi menunjukkan bahawa data tersebut bertabur jauh
daripada nilai min.

Berat badan pelajar Kekerapan Titik tengah, fx X2 fx2

(kg) , x

f
38 – 42 5 40 200 1600 40000
43 – 47 5 45 315 2025 99225
48 – 52 7 50 350 2500 122500
53 – 57 19 55 1045 3025 1092025
58 – 62 6 60 360 3600 129600
63 – 67 2 65 130 4225 16900
68 – 72 3 70 210 4900 44100

min=
∑ fx
∑f
( 40 x 5 ) + ( 45 x 5 ) + ( 50 x 7 )+ ( 55 x 19 )+ ( 60 x 6 ) + ( 65 x 2 ) +(70 x 3)
= 47
2520
= 47

= 53.617

∑ f x2
2 2
Varians , σ = −x́
∑f

¿¿¿

432325
= – (53.617)2
47
= 9198.40 – 2874.78
= 6323.62 kg

VI. SISIHAN PIAWAI

Sisihan piawai juga merupakan satu ukuruan untuk mengukur serakan data.
Berbanding dengan varians, ukuran sisihan piawai adalah lebih sesuai untuk mengukur

serakan data. Sisihan piawai , σ=√ σ 2

∑ f x 2 − x́ 2
√ ∑f
¿ 7.952
¿
√ 432325
47
−2874.78¿ √ 6323.62

Berdasarkan nilai sisihan piawai yang saya hitungkan di atas, nilai sisihan piawai tersebut
dikirakan sebagai sisihan piawai yang tinggi. Hal ini demikian kerana nilainya melebihi
daripada 1. Oleh itu, taburan data yang saya kumpulkan adalah jauh daripada min.
RUMUSAN

Tinjauan ini adalah untuk mengkaji berat badan pelajardi IPG KPT. Hasil daripada analisis
tinjauan ini, jelas sekali bahawa majoriti pelajar ipgkpt mempunyai berat badan antara 53 –
57. Hal ini berpunca daripada sibuk dengan menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir dan
mesyuarat program atau aktiviti yang dilakukan di IPG KPT sehingga lewat malam
menyebabkan siswa- siswi IPGKPT tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman bagi
mengurangkan berat badan.

Penjagaan berat badan adalah penting untuk semua orang walaupun setiap orang
memiliki kemampuan yang berbeza. Sebagai seorang guru pelatih, pelajar IPGKPT
seharusnya bijak menguruskan masa mereka di kampus, mengimbangkan antara tugasan
yang perlu disiapkan bagi memberi tumpuan terhadap berat badan melaluinmelibatkan diri
dalam aktiviti luar. Selain itu, pelajar IPGKPT juga seharusnya mempertimbangkan impak
negatif yang akan diterima sekiranya selalu tidur pada waktu petang terutamanya selepas
makan tengah hari. Pakar-pakar perubatan telah mencadangkan bahawa tidur selepas
makan akan menyebabkan penyakit yang serius seperti, mudah lupa, tekanan dan kenaikan
berat badan dan sebagainya. Justeru, pelajar IPGKPT harus bijak membahagikan masa
dengan memberikan lebih tumpuan masa kepada senaman yang memberikan kesan positif.
RUJUKAN

Cik Syue. (2016). Mod, Median, Min dan Julat. http://nota-budak-ipg.blogspot.my/2016/10


/mod-median-min-dan-julat.html (Dimuat turun pada 28/2/2018)

Pendidikan Matematik. (2013). Histogram, Poligon dan Ogive. https://yos3prens


.wordpress.com/2013/08/18/histogram-poligon-dan-ogive/ (Dimuat turun pada
1/3/2018)

Pumadevi, et al. (2014). Spotlight Galaksi S SPM Matematik Tambahan. Subang Jaya: Pan
Asia Publications Sdn Bhd.

Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhiada Abu Bakar, Fatimah Rozihan Wan


Muhammad. (2015). Statistik Asas. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd

Matematik Tambahan SPM. (2016). 7.2a Julat. http://spmmatematiktambahan.blog


.onlinetuition.com.my/2016/05/72a-julat.html (Dimuat turun 1/3/2018)

Maths Is Fun. (2017). Mean, Median and Mode from Grouped Frequencies. https://www
.mathsisfun.com/data/frequency-grouped-mean-median-mode.html (Dimuat turun
pada 28/2/2018)

Miccaill Casparov. (2012). Statistik ppg Bab-2. https://www.slideshare.net/MiccaillCasparov


/statistik-ppg-bab2-hantar (Dimuat turun pada 27/2/2018)

Wazi Musa. (2014). 5 Maksud dan Jenis Perisian. https://www.slideshare.net/hirwazinasiff/5-


maksud-dan-jenis-perisian (Dimuat turun pada 1/3/2018)
Wikipedia. (2014). Median. https://ms.wikipedia.org/wiki/Median (Dimuat turun pada
28/2/2018)

Wikipedia. (2013). Varians. https://ms.wikipedia.org/wiki/Varians (Dimuat turun pada


28/2/2018)

You might also like