You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Reka Bentuk Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Model-model reka bentuk pengajaran ini digunakan dan diaplikasikan bagi memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam menentukan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Model ASSURE ialah model pembelajaran yang membantu guru cara untuk merencanakan, mengidentifikasi, menentukan tujuan, memilih metode dan bahan. Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat meluas penggunaannya di kalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik. Proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganlisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu analisis pelajar, nyatakan objektif, pilih kaedah, media dan bahan, gunakan media dan bahan, dorong penglibatan pelajar dan nilai dan estika. Model ini dikembangkan untuk merancangkan aktiviti pembelajaran yang efektif, khususnya pada pembelajaran yang menggunakan media dan teknologi.

2.0 MERANCANG SESI PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

Mata pelajaran

: Sains dan Teknologi

Kelas

: Prasekolah Sri Mawar

Tarikh

: 20 JUN 2013 : 9.00 9.30 pagi

Masa

Bilangan Murid

: 12 orang

Objektif

: Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Topik yang telah saya pilih untuk merancang dalam sesi pengajaran yang berdasarkan model ASSURE ialah subjek Sains yang selama 30 minutes . Terdapat 12 orang murid dalam kelas prasekolah Sri Mawar. Objektifnya ialah murid dapat membezakan benda yang hiudp dan benda yang tidak hidup selepas P&P dijalankan.

LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN MODEL ASSURE A Analyze learners ( menganalisis pelajar )

Langkah pertama yang telah saya lakukan ialah menganalisis setiap murid di dalam kelas prasekolah Sri Mawar. Proses analisis ini dijalankan supaya saya dapat mengenali dan memahami tahap pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran mereka. Saya telah menganalisis ciriciri umum seperti jantina, bakat, gaya pembelajaran, budaya, latar belakang keluarga dan taraf ekonomi keluarga murid saya. Selain itu, maklumatmaklumat yang diperlukan juga boleh diperolehi melalui proses P&P, temubual dengan ibu bapa dan penjaga. Yang penting sekali guru hendaklah sentiasa membuat pemerhatian yang teliti semasa murid-murid di dalam bilik darjah dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memahami keistimewaan dan sifat setiap murid.

Ciri- ciri umun yang telah saya analisis ialah dari aspek tingkah laku dan emosi. Saya mendapati bahawa murid prasekolah ini cepat bosan terhadap pelajaran, malas, pasif dan terlalu merendah diri. Contohnya, murid-murid prasekolah Sri Mawar ini cepat merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan stail pengajaran guru yang sentiasa sama dan tidak berkreatif. Murid-murid tidak menumpukan perhatian dan mula bercakap atau bermain dengan kawan-kawan lain apabila mereka bosan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa subjek Sains diajar, murid pasekolah tidak suka duduk diam dan dengar apa yang guru ajar tapi mereka lebih suka pada aktiviti yang boleh mereka lakukan dan meneroka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contohnya mereka suka mencuba dan menyentuh BBM yang disediakan oleh guru semasa mengajar. Secara tidak langsung, ini akan membantu murid menumpukan perhatian dalam kelas kerana berjaya menarik perhatian mereka dalam proses P&P.

Dari aspek sosial pula, saya memerhati sebahagian murid dalam kelas selalu menunjukkan sikap pendiam dan pemalu. Murid-murid yang bersikap pendiam dan pemalu tidak berapa aktif apabila guru mengajar dan menbuat aktiviti dalam kelas. Mereka asyik duduk diri sendiri dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan lain. Dalam hal ini guru boleh cuba memberi galakkan dan pujian bagi murid-murid yang bersikap pemalu dan pendiam 3

supaya boleh meningkatkan keyakinan mereka dan guru boleh memberi peluang unutk mereka mencuba sesuatu.

Aspek yang seterusnya ialah kesediaan belajar pada murid. Sebahagian murid yang berasal dari keluarga yang tidak berpendapatan tinggi dan tidak berapa bersedia untuk belajar kerana mereka tidak diberi peluang untuk membaca bahan bacaan semasa mereka kecil dan sukar untuk membuat persediaan untuk membaca buku semasa masuk ke prasekolah. Mereka belum lagi menguasai 3M iaitu membaca, munulis dan mengira. Stail pembelajaran juga berbeza antara murid-murid yang berlainan. Murid-murid di prasekolah Sri mawar lebih suka pada aktiviti berkumpulan dan dapat menumpukan perhatian lebih apabila menggunakkan benda visual seperti video klip semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

S State objective ( menyatakan objektif pengajaran )

Langkah seterusnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Objektifnya ialah murid dapat mengenal pasti benda hidup dan bukan hidup dan juga sebutan untuk setiap benda yang diajar. Objektif pengajaran sangat penting dinyatakan supaya guru dapat menetapkan apa yang harus murid dapat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta dapat melihat perubahan tingkah laku yang akan berlaku sepanjang proses p&p. Saya telah menentukan objektif pengajaran iaitu murid saya harus dapat membezakan benda hidup dan benda yang tidak hidup selepas pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid saya dapat menjelaskan dengan contoh benda hidup dan bukan hidup ,menyatakan manusia, haiwan dan tumbuhan adalah benda hidup dan membuat kesimpulan tentang perbezaan benda hidup dan bukan hidup. Tambahan pula, objektif yang ditentukan juga hendak membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir. Murid-murid memerhatikan dengan menggunakan deria penglihatan untuk mengumpulkan maklumat tentang benda hidup dan boleh mengelaskan dengan menggunakan pemerhatian untuk mengasingkan benda hidup dan benda bukan hidup berdasarkan ciri yang sama.

S Select method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran )

Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar. Kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciriciri murid, gaya pembelajaran, pengetahuan sedia ada dan objektif. Tidak terkecuali faktor yang perlu diambil kira ialah keupayaan kumpulan murid. Pemilihan bahan sumber atau media yang merujuk kepada isi kandungan pelajaran juga harus saya hasil, pilih atau ubahsuai.

Pertama sekali guru boleh membawa murid-murid membuat lawatan di luar bilik darjah dan memberi arahan bagi murid-murid untuk memerhati benda-benda hidup atau benda tidak hidup di luar bilik darjah. Murid-murid disuruh mengingat 3 benda yang mereka telah perhatikan. Selepas ini guru akan menulis benda-benda yang telah disenaraikan oleh kanak-kanak di papan hitam. Di sini kaedah penyoalan boleh digunakan oleh guru. Guru boleh bertanya soalan adakah benda-benda tersebut adalah benda hidup atau benda tidak hidup. Selain itu, kaedah berkumpulan juga boleh dipakai dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas dibahagikan dalam 3 kumpulan. Kad gambar benda hidup dan benda tidak hidup telah disediakan oleh guru dan diedarkan kepada setiap kumpulan. Guru meminta murid-murid meletakkan kad-kad gambar di ruang yang disediakan mengikut benda hidup dan benda tidak hidup. U Utilize media and materials ( menggunakan media dan bahan ) Terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada murid.

Oleh itu saya menggunakan bahan maujud di mana murid saya dapat memegang dan menggunakan dengan baik. Melalui lawatan di luar bilik darjah murid berpeluang untuk mementuh benda hidup dan benda tidak hidup seperti daun dan batu. Ini adalah percuma dan tidak dibayar kos kerana alam sekitar merupakan hadiah daripada Tuhan.

Kad-kad gambar saya mempunyai warna yang terang, menarik perhatian, selamat dan mudah serta dapat digunakan secara optimum. Dengan ada bantuan BBM, murid murid saya dapat menikmati keseronokan dalam proses p&P dan belajar sesuatu dengan maujud. Penggunaan media perlu mengambil kira kos dan waktu pengajaran. Pembelajaran secara interaktif juga boleh saya gunakan sebagai alternatif dengan menggunakan media pengantarnya ialah komputer riba dan LCD yang telah dibekalkan bersama CD oleh kementerian. R Require learner participation ( memerlukan penglibatan pelajar )

Pembelajaran berpusatkan murid yang mampu merangsang minda dan tingkah laku murid merupakan pembelajaran yang kita haruslah dilaksanakan di bilik darjah. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid memerlukan tindakbalas murid seperti kuiz, latih tubi dan projek atau pembentangan di dalam bilik darjah.

Ciri Model ASSURE yang saya gunakan seterusnya ialah dengan melibatkan murid saya dalam aktiviti secara kelas dan kumpulan iaitu aktiviti menampalkan kad gambargambar dalam kertas majong dalam kumpulan mengikut benda hidup dan benda tidak hidup. Aktiviti ini memerlukan murid saya berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dan menbahagikan mengikut kefahaman mereka. Secara automatiknya ini menanamkan sifat ingin berlumba antara satu sama lain dan meningkatkan daya keyakinan diri di kalangan murid selain dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing masing dalam kumpulan. Aktiviti yang seterusnya ialah murid diberi peluang untuk mewarnakan benda hidup dan benda tidak hidup. Ini memberi peluang bagi murid-murid untuk menunjukkan kreativiti mereka dan dapat melatih koornasi mata dan tangan mereka.

E evaluate and revise ( penilaian dan pengubahsuaian )

Penilaian boleh dilakukan setelah selesai pengajaran untuk mendapat maklum balas dari murid dan keberkesanan penggunaannya. Penilaian keberkesanan p&p dan tercapainya objektif pengajaran dapat saya perolehi semasa aktiviti sedang dijalankan dan hasil kerja serta latihan lembaran kerja yang diberi di mana murid saya dapat menjawab 6

dengan betul terhadap soalan soalan yang diberi samada secara lisan atau bertulis dan pemerhatian saya sepanjang p&p. Cotohnya guru menanya soalan kepada murid adakah benda benda yang telah disenaraikan adalah benda hiduo ataupun benda yang tidak hidup. Dengan melalui sesi menanya soalan, guru dapat memahami tahap kefahaman murid dalam sesuatu topik dan senang untuk membuat pembaikkan.

Murid-murid juga diberi peluang untuk menyampaikan hasil kerja mereka di depan kelas mengikut tahap kefahaman mereka. Pujian dan ganjaran diberi kepada murid-murid yang mencapai dengan cemerlang.

Dengan mengadakan sesi refleksi bersama murid dapat memastikan dan mengenalpasti kelemahan pengajaran atau media supaya dapat membuat penambahbaikan sesi p&p pada masa akan datang.

3.0 Proses merancang penerbitan bahan video untuk pengajaran

Perkembangan teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Dengan lain perkataan elemen-elemen yang terdapat dalam video mampu memberi satu pengalaman baru melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah.

Pelbagai pihak sudah menyedari hakikat ini dan menyediakan bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya merancang dengan menyusun strategi ke arah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran mereka. Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran, kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kirits dan kreatif, dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertima yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan..

Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mampu menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan kepada pelajarpelajar. Beberapa contoh aktiviti akan dibincangkan dalam penulisan seterusnya nanti.

Pertama sekali, tujuan dan juga objektif perlulah ditentukan terlebih dahulu untuk menghasilkan video tersebut. Dalam proses pembikinan, saya haruslah sangat jelas tentang apa yang saya hendak hasilkan dan tujuan saya untuk menghasilkan video klip ini. Tujuan saya membuat video ini adalah untuk menarik perhatian dan bersedia murid-murid saya untuk melibatkan diri sebelum suatu P&P dijalankan. Video klip ini berperanan sebagai set induksi. Video klip ini dicipta untuk kanak-kanak dan video ini haruslah dibuat dalam bentuk animasi ataupun kartun. Ini kerana kanak-kanak pada usia ini lebih cenderung pada kartun yang berwarna-warni. Dari segi penggunaannya pula, media video yang dirancang akan membantu guru untuk menunjukkan sesuatu dengan realiti dan bukan secara abstrak. Contohnya muridmurid boleh tahu warna dan bentuk batu dengan melalui video klip jika bandingkan dengan penulisan yanhg abstrak.

Proses pengumpulan bahan dan juga penyelidikan seharusnya dilakukan semasa atau sebelum proses penghasilan video. Pada peringkat awal, saya melakukan pembacaan secara intensif berkenaan dengan benda hidup dan benda tidak hidup. Segala bahan sama ada dalam bentuk gambar mahupun ilustrasi telah saya kumpulkan sebagai salah satu daya tarikan bagi video yang akan saya hasilkan. Proses ini pada peringkat awal adalah amat penting kerana ianya adalah merupakan salah satu langkah yang interaktif unutk menarik minat kanak-kanak ke arah video pembelajaran yang bakal dihasilkan. Seperti mana yang sedia maklum, kanakkanak pada peringkat prasekolah mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Justeru, saya yakin melalui gambar-gambar menarik yang dipilih mampu menarik minat kanak-kanak di samping merangsang mereka unutk berfikir dengan lebih proaktif.

Proses pembikinan video perlulah mengutamakan beberapa aspek yang penting. Sebagai contoh dari segi kesesuaian. Bahan-bahan yang dipilih perlulah ditapis terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan segala bahan yang dipilih bersesuaian atau selari dengan kandungan pembelajaran yang dirancang dan juga pengetahuna sedia ada murid. Guru haruslah bijak dalam memilih bahan-bahan dan juga gambar yang sesuai sebelum diserap dalam video klip.

Penulisan skrip adalah merupakan salah satu aspek yang penting sewaktu penghasilan video. Kebiasaannya, video yang melibatkan penulisan skrip adalah merupakan adegan atau aksi yang dilakonkan oleh individu itu sendiri atau melibatkan beberapa individu yang lain . Dalam konteks video pembelajaran, skrip yang ditulis perlulah ringkas dan juga mudah difahami terutamanya dari sudut bahasa. Gunakan bahasa yang ringkas dan mampu menunjukkan identiti kita sebagai penutur jati bahasa tersebut. Dilarang sama sekali mencampur adukkan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain. Hal ini bakal menimbulkan kesukaran kepada pelajar unutk memahami apa kandungan yang cuba disampaikan oleh guru melalui video yang ditayangkan. Skrip yang dihasilkan juga perlulah selari dengan kandungan pembelajaran yang dirancang agar objektif pengajaran dapat dicapai.

Penghasilan skrip dan juga video mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Dalam konteks ini, penghasilan sarikata adalah merupakan salah satu langkah yang intertaktif dalam usaha untuk mengukuhkan kefahaman murid. Setiap kanak-kanak mempunyai cara pemerolehan ilmu yang berlainan. Ada dalam kalangan mereka yang lebih jelas atau faham tentang sesuatu konsep melalui perlakuan ataupun ragam, manakala ada segelintir yang mudah faham melalui lisan. Sebagai contoh, sewaktu kanak-kanak menonton televisyen di 9

rumah, kadang kala rancangan yang ditonton itu adalah rancangan yang menggunakkan bahasa selain daripada bahasa ibunda. Hal ini mungkin menyukarkan kanak-kanak itu unutk memahami kandungan atau mesej yang cuba untuk disampaikan melalui rancangan itu tadi. Justeru dengan adanya sarikata di dalam video, ianya secara tidak langsung akan membantu kanak-kanak untuk memahami dengan lebih jelas akan kandungan video yang cuba disampaikan. Proses penaakulan dapat dilakukan oleh pelajar dengan sendirinya tanpa ada sebarang permasalahan. Selain itu, penulisan skrip juga adalah amat penting kepada guru itu sendiri. Melalui skrip yang telah disediakan ianya memudahkan guru untuk memberi penerangan kepada murid dengan lebih jelas tentang kandungan video yang ditayangkan.

Dengan adanya skrip, bolehlah kita menyediakan bahan-bahan grafik dan bersedia untuk membuat penggambaran. Grafik merupakan kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, atau perkataan yang menjadi satu media pengajaran unutk memberikan dan menterjemahkan konsep serta idea kepada penerima maklumat dalam situasi tersebut. Bahan-bahan grafik bagi penggambaran perlu disediakan terlebih dahulu sebelum penggambarran dimulakan. Ini membantu proses penggambaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Semasa proses menyediakan bahan-bahan garfik, prinsip CASPER dipakai sebagai panduan dalam proses penyediaan bahan-bahan grafik.

C(contrast) adalah jika dua item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dengan warna putih. Saya akan menggunakan tulisan berwarna hitam dengan latar belakang yang berwarna biru cerah. A(alignment) adalah tiada sesuatu item perlu diletakkan di atas sesuatu muka surat secara sendiri. Setiap item sama ada teks, imej atau kedua-dua dan imej, harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada setiap paparan. Saya akan memasukkan perkataan-perkataan yang menujuk kepada gambar yang telah disampaikan dalam video klip. S(simplicity) merujuk kepada sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah. Saya akan mengurangkan grafik animasi supaya tumpuan pelajar tidak terganggu. P(proximity) adaah kumpulan item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya berdekatan antara satu sama lain supaya item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Saya akan mempertimbangkan jarak antara teks dengan grafik. E(emphasis) merujuk kepada reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja. Contohnya, kata kunci yang saya gunakan saiz huruf yang lebih besar supaya pelajar di

10

barisan belakang dapat melihat dengan jelas. Prinsip R(repitition) menyatakan bahawa harus ditekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Saya akan mengelakkan terlalu banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik dan tidak menyampaikan mesej asal yang hendak disampaikan.

Bahan dan peralatan penggambaran juga disediakan dan kemudiannya memulakan sesi penggambaran. Bahan-bahan yang diperlukan dalam video klip seperti benda hidup dan benda yang tidak hidup perlulah disediakan terlebih dahulu sebelum mula proses penggambaran. Kamera dan perakam video turut disediakan dan disemak oleh saya sama ada dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Kamera dan perakam video yang baik dapat merakamkan objek dengan jelas dan tidak kabur.

Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat. Suntingan ini dibuat kerana kadang kala dalam video yang kami rakam pada kali pertama hanya sebagai draft dan kebanyakan kandungan dalam video klip adalah tidak penting dan tidak diperlukan. Jadilah suntingan penting kerana kita hanya mengambil bahagian-bahagian yang penting yang boleh kita guna dalam video saja. Ini membolehkan murid-murid kita mefokuskan dengan lebih baik kerana isi kanduangan yang mereka lihat adalah isi kandungan yang penting dalam pembelajaran.

Selepas ini langkah membuat rakaman audio akan dijalankan. Langkah ini adalah memasukkan narasyen, kesan bunyi dan muzik latar. Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio. Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio yang tertentu. Objektif saya buat video ini adalah supaya murid saya boleh menyebut benda-benda hiduo dan benda-benda tidka hidup pada akhir pembelajaran. Oleh itu, audio merupakan aspek yang penting dalam video pembelajaran ini kerana dengan menggunaakkan deria pendengaran dan visual, murid-murid saya leboh senang untuk belajar sebutan kata-kata baru. Saya merakam setiap sebutan untuk setiap perkataan dan diserapkan dalam video kilp saya mengikut kata-kata yang ada dalam video pembelajaran ini. Langhkah seterusnya ialah prebiu (preview). Sebelum video klip yang dihasilkan ini ditayangkan kepada murid-murid, saya telah menonton video ini banyak kali supaya boleh mengelakkan kesalahan yang berlaku dalam video ini. Saya boleh membuat penambaikkan

11

dengan proses ini kerana dengan ada proses ini barulah saya dapat mengesan kelemahan yang terdapat dalam video klip ini. Saya telah membuat beberapa penambahbaikkan selepas proses ini.

Video yang berjaya dihasilkan akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Video ini telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak dalam P&P dan berjaya bersedia mereka unutuk melibatkan diri dalam P&P. Video klip ini mencapai objektif yang telah sata tentukan pada awalnya. Kanak-kanak dapat belajar sebutan dan mendapat konsep benda hidup dan benda tidak hidup melalui video pembelajaran ini.

Proses yang akhir sekali ialah penilaian dan penambahbaikan. Prinsip yang telah saya jalankan dalam penilaian ialah kandungan pembelajaran, penilaian murid dalam pembelajaran adakah murid melibatkan diri dalam sesi P&P ini dan adakah kesannay penggunnan video klip ini dalam P&P. Saya akan cuba untuk mempanjangkan atau memendekkan klip video supaya ia lebih sesuai dengan masa pengajaran jika perlu. Dengan adanya proses ini barulah saya dapat mengesan kelemahan yang terdapat dalam video ini dan membantu saya menghasilkan video yang lebih maju dan sesuai unutk kanak-kanak pada masa depan.

12

4.0 Refleksi

Dalam proses membuat kerja kursus ini, saya telah mencari banyak buku untuk mendapatkan maklumat sebagai rujukan dalam kerja kursus ini. Saya bersyukur kerana pusat sumber IPG Kampus Ipoh telah menyediakan banyak buku rujukan dan buku-buku yang sesuai dengan tajuk model ASSURE dan telah banyak membantu saya semasa saya membuat kerja kursus ini. Saya juga mencari maklumat yang berkaitan melalui laman web, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya semasa saya membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan ikhlas dari pihak-pihak ini, saya telah menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya belajar banyak ilmu baru dalam proses membuat kerja kursus ini termasuklah bagaimana mencari maklumat, langkah-langkah dalam model ASSURE, lebih memahami tentang proses mecipta sebuah video klip yang boleh digunakan dalam P&P dan cara untuk merancang satu RPH berdasarkan model ASSURE.

Tugasan ini merupakan satu cabaran yang bermakna kepada saya. Ini disebabkan inilah kali pertama saya belajar tentang model ASSURE dan apa yang saya belajar dalam model ini haruslah saya aplikasikan dalam kelas prasekolah. Saya telah menghadapi masalah semasa mencipta video klip dengan mengikut langkah-langkah merancang penerbitan bahan video untuk pengajaran. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah memahami setiap langkah dengan dalam supaya saya tahu bagaimana cara untuk mengaplikasikan 13 langkah ini dalam proses penerbitan video. Saya telah membaca banyak maklumat tentang proses penerbitan video dan juga menonton video pembelajaran yang terdapat dalam laman web yang sesuai unutk kanak-kanak prasekolah.

Dalam tugasan ini saya telah belajar tentang kpentingan dan peranan model ASSURE dalam sesuatu RPH. Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan 13

perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik. Saya mendapat ilmu baru dalam model ASSURE iaitu model ASSURE sebagai panduan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Guru yang mahir merancang RPH dengan panduan model ASSURE dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang harmonis dan terkawal. Guru dapat membantu dalam penyediaan disiplin yang positif dalam kalangan murid.

Saya telah mendapati bahawa reka bentuk pengajaran dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Dengan ada panduan model ASSURE, ia dapat membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid. Model ini juga membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan. Hal ini demikian akan mewujudkan pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan. Kepentingan model ASSURE juag merangkumi meningkatkan pencapaian pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur dan membantu dalam proses menbuat keputusan.

Walaupun banyak duit dan masa telah berkorban dalam kerja kursus ini, tetapi saya berasa gembira kerana saya telah mempelajari banyak ilmu yang baru dalam kerja kursus ini. Inilah pertama kali saya belajar lebih dalam tentang model ASSURE dan langkah mencipta video klip.

Proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Saya berharap ilmu yang telah saya belajar dalam kerja kursus ini boleh saya gunakan pada masa depan saya. Sekian, terima kasih.

14

Bibliografi
Ahmad M. Al-Huneidi, Schreurs,J. (2012). Constructivism based blended learning in higher education. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 7(1), 4-10. Retrieved from http://dx.doi.org/10.3991/ijet.v7il1.1792 Hamdy Ahmed Abdelaziz (2013). A four dimensions dynamic model to assure the quality of instructional activities in electronic and virtual learning environments. Turkish Online Journal of Distance Education, 14(2), 268-279. Retrieved from http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=904e69cb-807c-4a3c-bf55b5619fe0e291%40sessionmgr4&vid=2&hid=109 Helding, L. (2009). Howard gardners theory of multiple intelligences. Journal of Singing, 66(2), 193-199. Retrieved from http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=7b4cb8d0-1bf2-44d9-aa94f6b821445170%40sessionmgr13&vid=2&hid=6 Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media pengajaran penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang, Malaysia: Universiti Putra Malaysia. Murtaugh,M.C. (2012).Circle of life ASSURE lesson plan. Didapatkan daripada http://www.meganmurtaugh.com/assure-lesson.html Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nodira Atika AZIH. (2011). Konsep reka bentuk pengajaran. Didapatkan daripada

http://nadiraatika.edublogs.org/2011/07/18/bab-2-konsep-reka-bentuk-pengajaran-rp/

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rashidi Azizan, & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah. Kaedah dan strategi. Kajang, Malaysia: Masa Enterprise. WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI (2012). Model ASSURE. Didapatkan daripada http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/10/model-assure.html

15

You might also like