You are on page 1of 8

MODEL ASSURE

Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE
iaitu A - analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan
objektif), S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan
sumber), U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R - require
learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise
(melakukan penilaian dan pengubahsuaian).

A - analyze learners (menganalisis pelajar)


Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang
boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia
ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciriciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang

murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan,
budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi
suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru
daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar
berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan
unsur budaya etnik berkenaan.
Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam
bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang
bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan
dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum
beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru
menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan
secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui
ujian pra atau melalui soal jawab.
Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara
dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan
persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan
berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk
persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira
gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif)


Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru
perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan
kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada
pelajar. Objektif-objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas

bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin
serta menepati kehendak. Sebagai contoh :
i.

Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut?

ii.

Apa objektif yang hendak dicapai?

iii.

Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang
hendak dicapai.

S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber)
Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga
langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang
paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri
murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah
format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang
akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan
media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum
balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan
sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk
kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan)


Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting
adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru
dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan
sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkahlangkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber
sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang
penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun
bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara
optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
3

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar)


Bagi langkah kelima iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran, sesuatu
pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan
tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat
membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri,
video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan
penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat
latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian,
perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)


Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari
pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama
murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia
adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan
pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab
persoalan-persoalan seperti :
i.

Adakah objektif akan tercapai?

ii.

Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran?

iii.

Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul?

iv.

Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

Satu Contoh Aplikasi Model Ini Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.:

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan


Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri

Menganalisis Pelajar
Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara
yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman
sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi
tajuk Kesihatan Diri ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan petempatan / daerah /
kawasan. Guru bolehlah menganalisis tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri
pelajar lelaki dan perempuan melalui rupa dan pakaian mereka. Seandainya rupa dan
pakaian mereka kotor, maka dapat ditafsirkan bahawa tahap penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Selain itu, tahap penjagaan
kesihatan dan kebersihan diri juga boleh dilihat melalui taraf sosio ekonomi keluarga
murid-murid. Jika taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid adalah rendah, maka dapat
diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri murid-murid adalah rendah dan
begitulah sebaliknya. Seandainya murid tinggal di kawasan pedalaman, dapat
diandaikan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan diri mereka adalah rendah.
Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Kesihatan Diri
boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi
soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai tajuk
Kesihatan Diri bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut.
Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai cara
penjagaan kebersihan gigi. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah

memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji


tahap pengetahuan murid-murid.
Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk
Kesihatan Diri melalui penggunaan media bercetak seperti poster penyakit akibat tidak
menjaga kebersihan diri. Melalui penggunaan poster tersebut, murid-murid akan dapat
menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster
tersebut. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa sakit gigi atau
gigi berlubang dalah disebabkan tidak menggosok gigi. Mereka juga akan berinteraksi
bersama rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi
muka dan emosi yang takut akibat melihat penyakit disebabkan tidak menjaga
kebersihan diri.

Menyatakan Objektif
Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak
siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran
tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Kesihatan Diri, objektif pembelajaran
boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif
kognitif, murid-murid dapat menyatakan cara-cara penjagaan kebersihan gigi, rambut
dan badan dengan cara dan kaedah yang betul. Contoh bagi objektif afektif ialah muridmurid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan kebersihan dalam diri mereka.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber


Bagi tajuk Kesihatan Diri, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah
main peranan.Guru bolehlah memanggil beberapa orang murid ke depan bagi membuat
demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan cara dan
kaedah yang betul.

Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri
adalah seperti video mengenai cara-cara penjagaan kebersihan gigi serta cara-cara
memberus gigi yang betul. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih
memahami dan nampak dengan jelas cara perlakuan memberus gigi yang betul.
Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri
adalah bahan maujud seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi
dan model syampu rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi main
peranan di mana beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk membuat
demonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan betul.

Menggunakan Media dan Bahan


Bagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah mengkaji bahan sumber
seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampu
rambut sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelum
digunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup
untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang
penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam
sesi main peranan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai dengan
menyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaan
model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan.

Memerlukan Penglibatan Pelajar


Dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri, penggunaan bahan sumber seperti
model-model berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan syampu rambut dalam sesi main
peranan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar
dalam pembelajran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara memberus gigi serta
penggunaan sabun mandi dan sympu badan dengan cara yang betul.
7

Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Kesihatan Diri adalah
sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak dengan jelas
sesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat
menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Kesihatan Diri, guru boleh menayangkan
pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti video budak menggosok gigi, video
masalah gigi berlubang atau video cara menjaga kebersihan rambut. Media bercetak
seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk Kesihatan Diri dengan
menayangkan poster berkenaan masalah-masalah yang timbul akibat pengabaian
kesihatan diri.
Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Kesihatan Diri adalah
seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara menggosok gigi dan lakonan
budak berjumpa doctor akibat gigi berlubang. Selain itu, boleh diadakan sesi
pemerhatian video berkenaan kesihatan diri serta sesi perbincangan selepas selesai
proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang
melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid.
Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan
biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat muridmurid berasa bosan.

Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian


Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan
yang bertajuk Kesihatan Diri, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan
murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi
mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dijalankan. Sesi refleklsi ini juga dapat membantu guru menilai
kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya.

You might also like