You are on page 1of 9

MODUL 6: TAMAN MINI

Murid didedahkan kepada asas bina bentuk taman mini. Aspek yang dipelajari meliputi pemilihan pokok dan
bahan yang sesuai, bina bentuk taman mini, penanaman, penyelengaraan dan penjualan hasil taman mini.

OBJEKTIF:
Modul ini membolehkan murid

•Memilih bahan dan tumbuhan-tumuhan yang bersesuaian.


•Mereka bentuk taman mini.
•Penanaman dan penjagaan

KANDUNGAN MODUL.
Unit 6.1: Pengenalan
Unit 6.2: Pemilihan bahan dan tumbuhan
Unit 6.3: Reka bentuk taman mini.
Unit 6.4: Penanaman
Unit 6.5: Penjagaan
Unit 6.6: Pemasaran
PENGENALAN.

Bumi yang menghijau sangat penting dalam kehidupan kita. Keadaan ini membolehkan kita hidup dalam
persekitaran yang indah dan menarik. Satu daripada cara untuk menghijaukan bumi adalah dengan
menanam tumbuhan hiasan. Tumbuhan hiasan juga boleh menambahkan keceriaaan sesuatu kawasan
dan mempunyai nilai komersil.
Perhatikan gambar di bawah adalah salah satu contoh taman mini. Taman mini boleh dibina di rumah atau
kawasan yang sempit. Taman mini boleh dikomersilkan sebagai sumber pendapatan.

REKA BENTUK TAMAN MINI

Terdapat tiga reka bentuk taman mini:

1. Terarium
2. Taman mini dalam bekas terbuka ( pasu atau bahan kitar semula)
3. Taman mini di kawasan terhad.
KATEGORI TAMAN MINI .

1. Terarium (Taman mini dalam bekas kaca, kayu, fiberglass)

Cadangan Alatan Cadangan bahan:

a.Sudip tangan a.Bekas dengan penutup.


b.Alatan yang diubah suai. b.Batu kerikil.
c.Penyembur tangan c.Serpihan arang.
d.Corong. d.Tumbuhan hiasan
e.Kertas. e.Tanah loam
f.Kad manila f.Bahan organic.
g.Pasir sungai.
1.2. Membina Terarium.

1. Sediakan pelan contoh .


2. Bersihkan bekas dan keringkan.
3. Masukkan satu lapisan batu kerikil yang telah dibersihkan.
4. Masukkan satu lapisan serpihan arang melalui corong.
5. Sediakan empat bahagian tanah loam, tiga bahagian bahan organik dan dua bahagian pasir sungai.
gaulkan ketiga-tiga bahan hingga rata.
6. Masukkan medium ke dalam bekas melalui corong hingga memenuhi sepertiga bekas.
7. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
8. Tanam tumbuhan hiasan dengan bantuan alatan yang diubah suai mengikut pelan.
9. Siram tumbuhan melalui bahagiantepi dalam bekas.
10. Lapkan dinding bahagian dalam bekas.
11. Tutup bekas apabila kelembapan medium stabil.
2. Taman mini dalam bekas terbuka.

Cadangan Alatan Cadangan bahan

a.Sudip tangan. a.Serpihan arang


b.Bekas leper dan bermulut terbuka.(pasu, ayan, kotak) b.Batu kerikil
c.Penyembur tangan (spray) c.Tanah loam.
d.Bahan organic.
e.Pasir sungai.
f.Tumbuhan hiasan.
g.Batu hiasan.
2.1 Membina Taman Mini Dalam bekas Terbuka.

1.Sediakan pelan reka bentuk taman mini terbuka.


2.Bersihkan bekas dan keringkan.
3.Masukkan satu lapisan batu kerikil ke dalam bekas.
4.Masukkan satu lapisan serpihan arang.
5.Sediakan medium (tiga bahagian tanah loam, dua bahagian bahan organic dan satu bahagian pasir)
6.Masukkan medium tanaman ke dalam bekas.
7.Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
8.Letak bahan hiasan di dalam bekas.
9.Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
10.Siram tumbuhan.
3. Taman Mini Di kawasan Terhad.

Alatan Cadangan Bahan


a.Pita pengukur a.Bahan hiasan
b.Cangkul b.Tumbuhan hiasan
c.Pongkes c.Bahan organik
d.Penyiram d.Tanah loam
e.Sudip tangan
f.Skop.

3.1 Membina Taman Mini Di luar Bangunan.

1.Sediakan pelan.
2.Ukur dan bersihkan kawasan.
3.Gemburkan tanah.
4.Campurkan tanah loam dengan bahan organic dalam nisbah 3:1
5.Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
6.Letakkan bahan hiasan.
7.Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
8.Siram tumbuhan hiasan.
9.Lakukan penjagaan.
3.2 Penjagaan.

1. Lakukan penyiraman jika didapati mediumnya kering


2. Keluarkan daun yang layu dan mati dari bekas..
3. Tumbuhan yang terlalu rimbun perlu dicantas.
4. Lapkan dinding sebelah dalam terarium sekiranya berkabus atau kotor
5. Gantikan tumbuhan yang telah layu atau mati.
6. Gemburkan medium dan buang rampai
7. Pembajaan perlu dilakukan dengan baja kimia atau baja organic.

4. PEMASARAN.

Jenis tanaman: dalam polibag, pasu, semaian, teriterium.

1.Membuat pengiklanan barangan .


2.Mempamerkan barangan di ruangan khas
3.Melabel tanda harga
4.Membuat lelongan.
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL PERTANIAN: TAMAN MINI

TAJUK PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI BBM /


CATATAN
1. PENGETAHUAN ASAS Pendedahan maksud taman Menerapkan pengetahuan dan kesedaran
TAMAN MINI mini. taman mini. Bahan maujud
Bunga hiasan
Contoh: P & P luar kelas
Terraterium, Taman Mini Dalam Bekas
Taman Mini di kawasan terhad.

Menama jenis tumbuhan di taman


sekolah

TAJUK PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI BBM /


CATATAN
2. TAMAN MINI Cara menyedia Taman Mini Membersihkan bekas pilihan Sudip
TERATERIUM Teraterium Corong
Memasukkan medium dan eksesori Penyembur
taman Bekas kaca
Kerikil
Menanam tumbuhan renik Medium
pasir
Penerangan penjagaan
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL PERTANIAN: TAMAN MINI

TAJUK PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI BBM /


CATATAN
3. KERJA PROJEK TAMAN Murid membina taman mini Memahami plan rekabentuk taman
MINI BEKAS TERBUKA terbuka mengikut rekabentuk Sudip
yang disarankan Membersihkan bekas pilihan Bekas
Penyembur
Menyediakan medium Arang
Kelikir
Menanam dan menghias taman dengan Pasir
tumbuhan renek. Medium
Tumbuhan renek

TAJUK PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI BBM /


CATATAN

4. KERJA PROJEK TAMAN Murid membina taman Memahami plan rekabentuk taman
DI KAWASAN TERHAD terbuka mengikut rekabentuk Sudip
yang disarankan Membersihkan tapak taman skop
Penyembur
Menyediakan medium Sistem pengairan
Kelikir
Menanam dan menghias taman dengan Pasir
tumbuhan dan batu hiasan Medium
Tumbuhan renek
TAJUK PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI BBM /
CATATAN
4. PENJAGAAN TAMAN Murid melakukan kerja rutin Membersihkan taman pongkes
MINI penjagaan taman, tumbuhan Sudip
dan pengairan. Penyelenggaraan taman, merumput, Pepaipan
sistem pengairan. Kelikir
Pasir
Memangkas dan mengubah pokok. Medium
Tumbuhan renek
Membaja. Baja bunga
Gunting
Penggalak akr

You might also like