You are on page 1of 2

PENGENALAN MODEL ASSURE Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai

media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh

mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Salah satu model yang boleh digunapakai ialah model ASSURE. Model ASSURE melibatkan enam langkah. Langkah pertama ialah Analyse learner (analisis pelajar). Sebelum merancang pengajaran guru hendaklah analisis dahulu murid yang akan diajar. Murid dapat analisis berdasar aspek seperti ciri-ciri umum, pengetahuan sedia ada gaya belajar. Langkah kedua ialah State objectives (nyatakan objektif). Objektif P&P perlu menyatakan dengan jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baru yang perlu dicapai pelajar. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Pernyataan objektif yang baik mengandungi kriteria seperti kumpulan sasaran, apakah bentuk perlakuan baru, apakah syarat perlakuan dan standard pencapaian yang sudah dikusai. Seterusnya ialah langkah Select methods, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan sumber). Proses pemilihan merangkumi tiga langkah. Pertama ialah kaedah paling sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. Kedua pilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Akhir sekali ialah pilih, ubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Langkah keempat ialah Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber). Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan guru. Pertama ialah guru semak sumber sebelum guna di kelas. Kedua sediakan bahan. Ketiga sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber. Keempat sediakan bahan untuk dapat manfaat daripada bahan sumber dan terakhir sekali ialah sediakan pengalaman pembelajaran pelajar. Seterusnya ialah Require learner participation (libatkan pelajar). Libatkan murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan murid berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku pelajar. Gambar,

slaid, gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktivi penyelesaian masalah. Langkah yang terakhir sekali ialah Evaluate and revise (nilai dan semak). Ia menyentuh dua aspek penilaian iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran seharusnya dibuat sepanjang proses P&P untuk memastikan pemilihan media, bahan dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian membolehkan guru membuat penambahbaikan dan tindakan susulan yang sesuai.

You might also like