You are on page 1of 6

1.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH 1.

1 Falsafah Pendidikan Matematik KBSM Matematik KBSM dirancang berdasarkan prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur (JERI-jasmani, emosi, rohani dan intelek) yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran,

penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah (KPM,1990; Nik Azis, 992 ).

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:

1) Kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa; 2) Kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari; 3) Kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;

4) Kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:

1) Keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran; 2) Penggunaan matematik dalam situasi sebenar; 3) Kemahiran penyelesaian masalah; 4) Penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan 5) Pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi tumpuan kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Pembelajaran akademik dibahagikan kepada tiga peringkat yang berkaitan antara satu sama lain iaitu: (1) Pengalaman aktif (berasaskan dua prinsip iaitu prinsip penjelmaan pelbagai dan prinsip kebolehubahan kandungan); (2) Pembentukan struktur secara retroaktif dan; (3) Pembentukan asimilasi yang menyeluruh. Matlamat matematik KBSM Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan

bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Objektif 1. Mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang. 2. Memperkuuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi. 3. Menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu : Membuat anggaran dan penghampiran Mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar Mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik Mengumpul, merekod, mewakili perkaitan secara matematik Mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik

4. Menguasai kemahiran menjalankan algorithma. 5. Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah 6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian. 7. Memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik, bersistem, heuristic dan tepat. (NCTM =, 1980; KPM 1990)

1.2 Kurikulum Matematik Sekolah Menengah Membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan

mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Objektif Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Berkomunikasi secara matematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,

menguasai kemahiran dan selesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

Organisasi Kurikulum 3 bidang iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang dan Perkaitan. Seseorang individu memerlukan : 1. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan nombor seperti

membilang dan mengira. 2. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bentuk dan ruang

seperti mengenali sifat-sifat bentuk dan ukuran. 3. Pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pola, petua, prinsip am,

hukum, hubungan dan sebagainya untuk mengenali dan memahami perkaitan yang terdapat dalam nombor dan bentuk.

Kandungan Nombor Mengembangkan kebolehan murid dalam membuat pengiraan, anggaran dan penghampiran, analisis dan seterusnya selesaikan masalah yang berkaitan. Bentuk dan Ruang Selesaikan masalah berkaitan geometri dengan berkesan. Mengembangkan pemikiran secara visual dan menghayati nilai estetik yang terdapat pada bentuk dan ruang. Perkaitan Digambarkan atau dinyatakan dalam bentuk jadual, graf, rumus, persamaan dan ketaksamaan. pernyataan perkaitan - alat untuk selesaikan masalah dan berkomunikasi.

1.3 Kajian Hubungan Antara Topik Sekolah Rendah dan Menengah 1. KBSR mempunyai 4 bidang utama manakala KBSM mempunyai 3 bidang utama yang saling berkaitan antara satu sama lain. 2. Topik Nombor merupakan tajuk PERTAMA bagi kedua-dua kurikulum bagi menguasai kemahiran asas Matematik. 3. Kurikulum disusun bagi memudahkan guru melaksanakan pengajaran di dalam kelas. 4. Dalam KBSR tajuk Nombor diajar bagi meningkatkan kefahaman murid sebelum mempelajari tajuk lain manakala KBSM dapat mengembangkan kebolehan murid dalam asas Matematik. 5. Dalam KBSM sebahagian skop bagi bidang utama adalah kesinambungan daripada KBSR. Contohnya Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan dan sebagainya. 6. Bagi topik Nombor kedua-dua kurikulum ditekankan kerana halatuju tajuktajuk yang lain bergantung sejauh mana topik asas ini dikuasai oleh muridmurid. 7. Setiap Bidang Utama kedua-dua kurikulum diperincikan supaya murid dapat mengaplikasikan matematik yang di ajar digunakan dalam kehidupan seharian mereka. 8. Program baru seperti LINUS , KSSR dan sebagainya yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan masih menjadikan KBSR dan KBSM sebagai rujukan untuk menjadikan murid berpemikiran kreatif dan rasional.

You might also like