NAMA : SURIANA BT.
RASDIN SUBJEK : TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN (TPK2102W) MODEL ASSURE
PROGRAM : DPLI (BM)
Model ASSURE yang digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) merupakan ringkasan daripada beberapa perkataan iaitu Analyze Learners (Analisa Pelajar), State Objectives (Nyatakan Objektif), Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media), Utilize media and Materials (Menggunakan media), Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar) dan Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan). Model ini bertujuan untuk mempastikan keberkesanan pengajaran berasaskan media dan teknologi. Model ini memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah dan dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. 1. Analyze Learners (Analisa Pelajar) :
Iaitu menganalisis aspek-aspek ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dan gaya belajar. Ciri umum pelajar termasuk jantina, umur, tahun, kelas, aliran, penempatan, budaya dan sebagainya. Pengetahuan dan pengalaman sedia pelajar sendiri yang berkaitan dengan tajuk pelajaran boleh diketahui melalui soal jawab guru kepada pelajar dan sebagainya. Gaya belajar pelajar ialah aspek yang mempengaruhi cara memproses maklumat dan pembentukan persepsi pelajar. Ke semua aspek ini dapat memudahkan guru dalam menyediakan pengajaran pembelajaran berasaskan media. 2. State Objectives (Nyatakan Objektif) :
Objektif dalam pengajaran perlu spesifik. Kriteria yang termasuk ialah siapa yang mencapai objektif iaitu pelajar sebagai kumpulan sasaran, apa yang dicapai iaitu bentuk perlakuan baru pelajar, bagaimana hendak mencapai iaitu syarat perlakuan, dan tahap pencapaian minimum iaitu standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai. 3. Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah media dasumbern sumber)
Tiga langkah dalam pemilihan kaedah, media dan sumber ialah membuat keputusan kaedah yang paling sesuai dengan objektif, kenal pasti format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih serta mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pelajaran. 4. Utilize media and Materials (Menggunakan media dan sumber)
Guru perlu menyemak, pratonton atau mengkaji bahan sumber terlebih dahulu sama ada sesuai digunakan. Guru juga perlu menyediakan bahan untuk digunakan di dalam kelas. 5. Require Learner and Participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran untuk mempastikan proses pembelajaran lebih berkesan contohnya melalui kuiz, perbincangan, latih tubi dan sebagainya. 6. Evaluate and Revise (Nilai dan semak semula)
Setelah selesai pembelajaran, penilaian tentang keberkesanan bahan media dilakukan. Dalam penilaian itu soalan yang difikirkan ialah adakah objektif tercapai, adakah alat dan sumber media membantu dalam pembelajaran tesebut, apakah kelemahan pembelajaran dan puncanya serta tindakan susulan yang perlu diambil. Sebagai kesimpulannya model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dalam membangunkan pembelajaran dalam bilik darjah serta dapat mengelakkan pelajar daripada bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.