You are on page 1of 7

Laporan Temu bual

Semasa PBS ini, saya telah menemubual salah seorang guru kelas tahun 6 Suria,
iaitu Cik Linda Banu untuk mendapatkan maklumat berkaitan aspek pembelajaran dan
pemudahcara, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah. Beliau
mengajar matapelajaran Bahasa Tamil bagi murid tahun 6 Suria yang mempunyai seramai
40 orang murid dalam kelas berkenaan. Aspek pertama yang dibincangkan dengan beliau
ialah tentang persediaan mengajar , jenis aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar
yang digunakan oleh beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali,
beliau telah merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcara dengan sistematik.
Contohnya, beliau telah menyediakan RPH dengan mengambil kira tahap penguasaan dan
keupayaan murid-murid memahami sesuatu topik. Beliau telah membahagikan katogeri
murid-murid kepada 3 kumpulan iaitu, murid pandai, sederhana dan lemah. Tujuan beliau
membahagikan mereka kepada kategori tersebut adalah untuk memudahkan beliau
memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka semasa proses pengajaran. Selain itu,
semasa aktiviti kumpulan, beliau akan melibatkankan semua kategori murid dalam setiap
kumpulan. Hal ini kerana, murid yang pandai akan membantu murid sederhana dan lemah
sama-sama menguasai atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang diberikan oleh guru. Beliau
juga menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar supaya murid-murid lebih
memahami topik yang diajar oleh beliau melalui visualisasi. Beliau juga tidak mengamalkan
kaedah ‘chalk and talk’ kerana kaedah tersebut membosankan murid-murid serta murid yang
lemah tidak memberi sepenuh perhatian semasa beliau mengamalkan konsep tersebut.
Seterusnya, beliau juga sering melaksanakan aktiviti kumpulan supaya semua murid dapat
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Contohnya, beliau akan
mengemukakan soalan dan setiap kumpulan perlu mencari dan menulis jawapan pada
kertas mahjung. Selepas itu, salah seorang murid daripada setiap kumpulan perlu
membentangkan hasil kumpulannya di hadapan kelas. Beliau juga sentiasa membimbing
murid lemah dengan memberi aktiviti yang berbeza daripada murid-murid yang lain seperti
penyusunan ayat dan sebagainya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam
pembelajaran. Semasa sesi soal jawab, murid-murid hyperaktif selalu menjawab soalan
yang dikemukakan oleh beliau dan murid-murid lain jarang menjawab soalan. Oleh itu, beliau
telah menetapkan satu kaedah dimana setiap hari satu kumpulan sahaja perlu menjawab
soalan yang diajukan dan keesokan harinya kumpulan lain akan menjawabnya dan
seterusnya. Selain itu, beliau juga memuat naik soalan-soalan berkaitan topik yang diajar
dalam laman Frog VLE pada setiap hari supaya semua murid dapat menjawab soalan di bilik
komputer sebelum pulang ke rumah.
Seterusnya, beliau juga menyatakan tentang kesan dan implikasi kepelbagaian
sosiobudaya di dalam bilik darjah. Pertamanya ialah, kelas beliau mempunyai murid-murid
daripada pelbagai kelas sosioekonomi seperti tinggi, sederhana dan rendah. Beliau juga
menyatakan bahawa murid-murid dari kelas tersebut kerap membandingkan kawan-kawan
mereka dengan melihat kelas ekonominya. Contohnya, murid-murid yang lemah akan
memberitahu kepada beliau bahawa mereka boleh menjawab soalan dengan betul kerana
ibubapa mereka dari golongan yang berada dan menghantar mereka ke kelas tuisyen tetapi
golongan yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke kelas
tuisyen. Oleh itu, beliau sentiasa memberitahu anak didiknya bahawa peluang mendapatkan
pendidikan lebih meluas berbanding dengan mereka yang berada dalam lingkungan taraf
sosioekonomi rendah. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa kepelbagaiaan
sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian bagi
membolehkan setiap murid mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.
Contohnya, beliau tidak pernah melayani anak didiknya sebagai satu kelompok kelas sosial
atau kelompok mengikut kaum etnik, tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan.
Dalam kelas tersebut, terdapat dua bangsa iaitu India dan Kristian. Beliau sentiasa
menasihati anak muridnya supaya menghormati kepercayaan dan amalan setiap bangsa
sebagai tanda penghormatannya. Beliau juga sentiasa melaksanakan pembelajaran
koperatif di dalam bilik darjah untuk merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Akhir
sekali, beliau mencadangkan bahawa setiap guru perlu memilih sumber pembelajaran yang
sesuai dengan pengetahuan dan budaya murid serta perlu memperbanyakkan aktiviti
kumpulan seperti gotong royong untuk mewujudkan perpaduan.

( 612 patah perkataan)


Bibliografi

Azmy Mohamed. (2014, Disember 22). Transformasi pendidikan Frog VLE. Utusan Online.
Dimuat turun pada April 3, 2018, daripada http://www.utusan.com.my/pendidikan/
sekolah/transformasi-pendidikan-frog-vle-1.39364

Boon, P.Y., Noriati Rashid, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Majid. (2017). Budaya dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Printpack Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Kuala Lumpur: Herald Printers Sdn.Bhd
Lampiran

Saya : Selamat pagi Cikgu. Saya pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang ingin menemubual dengan cikgu tentang tajuk aspek pembelajaran dan
pemudahcara, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik
darjah.

Guru : Selamat pagi Shalini. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke sekolah
ini dan terima kasih juga kerana anda memilih saya untuk berkongsi sedikit
maklumat tentang tugasannya.

Saya : Bolehkah cikgu perkenalkan serba sedikit tentang dirinya?

Guru : Saya Cik Linda Banu yang merupakan guru kelas tahun 6 Suria.Saya lahir dan
dibesarkan di Ipoh, Perak. Saya pernah belajar di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun selama 4 tahun. Saya berkhidmat di sekolah ini selama
6 tahun. Saya mengajar subjek Bahasa Tamil untuk kelas tahun 6 Suria.

Saya : Terima kasih cikgu atas perkongsian sedikit maklumat tentang dirinya. Cikgu
saya ingin mengemukakan beberapa asoalan kepada cikgu berkaitan tugasan
saya. Pertamanya ialah, apakah persediaan mengajar, jenis aktiviti yang
dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu semasa
proses pengajaran dan pembelajaran?

Guru : Saya akan merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcara dengan


sistematik. Contohnya, saya akan menyediakan RPH dengan mengambil kira
tahap penguasaan dan keupayaan murid-murid memahami sesuatu topik. Saya
juga membahagikan katogeri murid-murid kepada 3 kumpulan iaitu, murid
pandai, sederhana dan lemah. Tujuan saya membahagikan mereka kepada
kategori tersebut adalah untuk memudahkan saya memberikan perhatian
sepenuhnya kepada mereka semasa proses pengajaran. Selain itu, semasa
aktiviti kumpulan, saya akan melibatkankan semua kategori murid dalam setiap
kumpulan. Hal ini kerana, murid yang pandai akan membantu murid sederhana
dan lemah sama-sama menguasai atau melaksanakan sesuatu aktiviti yang
diberikan oleh saya semasa proses pengajaran.
Saya : Apakah alat bantu mengajar yang digunakan dan aktiviti yang akan
dilaksanakan oleh cikgu semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

Guru : Saya juga menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar supaya murid-
murid lebih memahami topik yang diajar oleh melalui visualisasi. Saya juga tidak
mengamalkan kaedah ‘chalk and talk’ kerana kaedah tersebut membosankan
murid-murid serta murid yang lemah tidak memberi sepenuh perhatian semasa
saya mengamalkan konsep tersebut. Seterusnya, saya juga sering
melaksanakan aktiviti kumpulan supaya semua murid dapat melibatkan diri
secara aktif dalam proses pembelajaran. Contohnya, saya akan
mengemukakan soalan dan setiap kumpulan perlu mencari dan menulis
jawapan pada kertas mahjung. Selepas itu, salah seorang murid daripada setiap
kumpulan perlu membentangkan hasil kumpulannya di hadapan kelas. Saya
juga sentiasa membimbing murid lemah dengan memberi aktiviti yang berbeza
daripada murid-murid yang lain seperti penyusunan ayat dan sebagainya untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam pembelajaran.

Saya : Cikgu bagaimana dengan respon murid-murid semasa aktiviti kumpulan


dijalankan dalam kelas?

Guru : Semasa sesi soal jawab, murid-murid hyperaktif selalu menjawab soalan yang
dikemukakan oleh saya dan murid-murid lain jarang menjawab soalan. Oleh itu,
saya telah menetapkan satu kaedah dimana setiap hari satu kumpulan sahaja
perlu menjawab soalan yang diajukan dan keesokan harinya kumpulan lain
akan menjawabnya dan seterusnya.

Saya : Apakah aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan oleh cikgu untuk
meningkatkan lagi kefahaman murid-murid terhadap topik yang diajarnya?

Guru : Saya juga memuat naik soalan-soalan berkaitan topik yang diajar dalam laman
Frog VLE pada setiap hari supaya semua murid dapat menjawab soalan di bilik
komputer sebelum pulang ke rumah. Murid-murid yang tidak dapat menjawab
soalan di sekolah maka mereka boleh menjawab selepas pulang ke rumah.
Sekiranya, mana-mana murid yang tidak mempunyai komputer dan internet di
rumah, maka mereka boleh membuat kerja rumah yang diberikan oleh saya
pada keesokan hari di bilik komputer. Murid-murid yang tidak mempunyai
kemudahan komputer peru datang ke sekolah lebih awal untuk menjawab
soalannya.

Saya : Cikgu, apakah kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik
darjah?

Guru : Kelas saya mempunyai murid-murid daripada pelbagai kelas sosioekonomi


seperti tinggi, sederhana dan rendah. Murid-murid dari kelas saya kerap
membandingkan kawan-kawan mereka dengan melihat kelas ekonominya.
Contohnya, murid-murid yang lemah akan memberitahu kepada saya bahawa
mereka boleh menjawab soalan dengan betul kerana ibubapa mereka dari
golongan yang berada dan menghantar mereka ke kelas tuisyen tetapi
golongan yang kurang berkemampuan tidak dapat menghantar anak-anak
mereka ke kelas tuisyen.

Saya : Bagaimana cikgu mengatasi masalah seperti ini?

Guru : Saya sentiasa memberitahu anak didiknya bahawa peluang mendapatkan


pendidikan lebih meluas berbanding dengan mereka yang berada dalam
lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Selain itu, saya juga berpendapat
bahawa kepelbagaiaan sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah
memerlukan guru mengambil perhatian bagi membolehkan setiap murid
mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Saya tidak
pernah melayani anak didiknya sebagai satu kelompok kelas sosial atau
kelompok mengikut kaum etnik, tetapi sebagai individu yang mempunyai
keunikan.

Saya : Adakah kelas cikgu mempunyai murid-murid pelbagai bangsa?

Guru : Kelas saya hanya mempunyai dua bangsa iaitu India dan Kristian.

Saya : Apakah aktiviti yang dilaksanakan oleh cikgu bagi mereka?

Guru : Saya akan menyuruh semua murid menulis karangan dan mencari maklumat
berkaitan dengan perayaan ponggal, hari deepavali, hari krismas dan good
Friday samaada melalui internet atau suaratkhabar. Murid-murid kelas saya
sangat rajin dalam mencari maklumat melalui internet. Selepas itu, mereka akan
berkongsi maklumat yang dicari dengan kawan-kawanya. Saya juga sentiasa
menasihati anak muridnya supaya menghormati kepercayaan dan amalan
setiap bangsa sebagai tanda penghormatannya. Saya juga sentiasa
melaksanakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah untuk merapatkan
lagi hubungan antara satu sama lain.

Saya : Apakah jenis program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi murid-murid?

Guru : Pihak sekolah akan mengadakan kelas agama pada setiap hari Jumaat.
Contohnya, murid-murid India akan mengikuti kelas Thevaram yang akan
dibimbing oleh PK Pentadbiran manakala murid-murid Kristian akan mengikuti
kelas kepercayaan mereka yang dibimbing oleh PK Hem.

Saya : Akhir sekali, apakah cadangan yang ingin diberikan oleh cikgu untuk
memantapkan lagi kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah?

Guru : Saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu memilih sumber pembelajaran
yang sesuai dengan pengetahuan dan budaya murid serta perlu
memperbanyakkan aktiviti kumpulan seperti gotong royong untuk mewujudkan
perpaduan. Guru-guru juga perlu menerapkan nilai kerjasama dalam diri setiap
murid supaya setiap kerja yang dilaksanakan dapat memberi kebaikan kepada
setiap orang serta mencapai objektifnya.

Saya : Terima kasih cikgu atas perkongsian maklumat dengan lebih jelas dan
terperinci. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
cikgu meluangkan masa bersama saya walaupun cikgu sibuk dengan pelbagai
kerja dan pertandingan.

Guru : Sama-sama Shalini

You might also like