You are on page 1of 4

Stail bergandingan ini adalah satu teknik pengajaran yang mewujudkan tiga hubungan penting

iaitu antara pelaku dan pemerhati serta guru. Peranan guru adalah untuk menjadikan semua
subjek menjadi subjek utama, mewujudkan kriteria dan membuat keputusan yang logik dan bagi
mewujudkan maklum balas kepada pemerhati. Pelaku dan pemerhati akan berkomunikasi dan
berinteraksi melalui maklum balas yang mereka peroleh sepanjang tempoh melakukan tugasan
tersebut. Manakala guru akan melihat pembelajaran yang sedang berlansung dan pemerhati
sahaja yang boleh berinteraksi dengan guru. Di sini menunjukkan guru hanya menjadi
pemerhati daripada jauh sahaja.
Objektif Stail C ini terbahagi kepada dua iaitu objektif berasaskan kepada kandungan isi
pembelajaran dan objektif instrinstik (tingkah laku pelajar). Objektif berasaskan kepada
kandungan isi pembelajaran ialah pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untuk melakukan
tugasan secara spesifik dengan pemerhatian secara peribadi, berlatih dengan pengawasan,
dapat membolehkan mengenal pasti persamaan dan perbezaan sesuatu langkah dan mengenal
pasti kesalahan dan membetulkannya. Manakala objektif instrinstik iaitu tingkah laku murid
adalah mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi, murid dapat melatih komunikasi
untuk mengembangkan hubungan reciprocal, belajar untuk mengkritik dan menerima pendapat
daripada rakan dan mengembangkan sikap sabar, toleransi dan menerima kekurangan orang
lain dalam perlakuan, mengembangkan empati, mempelajari perilaku sosial belajar
mempercayai orang lain dan merasai perasaan melihat rakan yang lain berjaya.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam stail C ini iaitu stail ini merupakan stail berpasangan iaitu
melibatkan pemerhati dan pelaku, pemerhati dapat menegur dan membaiki kesilapan pelaku,
stail ini berpusatkan kepada pelajar berdasarkan tugasan atau arahan berpadukan kepada kad
kriteria, guru berperanan sebagai fasilitator dan pelajar memainkan peranan sebagai pelaku
dan pemerhati masing-masing. Menerusi stail ini, peranan guru adalah memantau pemerhati,
menjawab soalan pemerhati, mengawal konflik yang wujud diantara pemerhati dan pelaku,
menerangkan tentang kad kriteria. Manakala, peranan pelaku adalah sebagai pelaku yang
melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru, pelaku mengikut arahan dalam kad kriteria,
menerima maklum balas daripada pemerhati serta boleh mengemukakan soalan dan
berkomunikasi dengan pemerhati sahaja. Pemerhati pula, berperanan untuk menilai prestasi
pelaku dan buat kesimpulan mengenai prestasi pelaku, memberi pendapat kepada pelaku, jika
perlu pemerhati perlu berkomunikasi dengan guru.
Seperti stail-stail yang lain, stail C juga mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri. Kekuatan stail C ini adalah guru menerima hubungan sosial antara pemerhati dan
pelaku, guru sedar kepentingan mengajar murid untuk memberi maklum balas antara satu
sama lain serta mencapai objektifnya, guru dapat mengembangkan perlakuan dan
menggunakan masa yang mencukupi terhadap pelajar dalam mengambil keputusan tambahan,
pelajar boleh mengembangkan nilai aktif mereka dalam proses pembelajaran dan pelajar boleh
meluangkan masa belajar dengan penggunaan kertas kriteria dalam hubungan reciprocal tanpa
kehadiran guru.
Kelemahan stail C ialah kesukaran pelajar untuk memilih pasangan yang sesuai. Mungkin ada
di antara mereka tidak mempunyai persefahaman yang selari. Hal ini boleh menyebabkan
ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Seterusnya, kemungkinan terjadinya konflik antara
pasangan. Stail ini juga hanya sesuai untuk mereka yang memerlukan bimbingan rakan sebaya.
Tidak semua individu memerlukan bimibingan rakan sebaya, ada individu yang lebih selesa
dengan pembelajaran secara kendiri atau pembelajaran terus daripada guru mereka sendiri.
Hal ini berkemungkinan, kepercayaan yang diletakkan kepada guru itu lebih tinggi berbanding
rakan sebaya. Selain itu, apabila guru menggunakan stail ini akan wujudnya tingkah laku yang
baru menyebabkan ketidak selesaan dan terdapat pelajar yang tidak suka apabila ditegur
semasa aktiviti. Kemungkinan perlakuan yang dilakukan itu adalah salah, tetapi ada individu
yang merasakan hanya dia sahaja yang betul dan mengabaikan pandangan rakan sebaya itu.
Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang
dapat dilihat dalam stail pembelajaran stail bergandingan ini. Namun begitu, ianya bergantung
kepada guru tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan.
Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap
kecerdasan murid tersebut. Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan hasil kerja yang
telah disempurnakan oleh saya dan rakan-rakan. Sekian, terima kasih.





Stail penemuan terbimbing ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Guru akan membina soalan-soalan
turutan bagi menghasilkan maklum balas pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Pengajaran penemuan terbimbing ini merupakan stail pengajaran yang melibatkan pelajar
dalam proses penemuan. Oleh yang demikian, guru akan membimbing pelajar untuk
memahami konsep, idea atau prinsip-prinsip tertentu dan sekiranya ada masalah, guru akan
mengemukakan idea-idea yang membantu pelajar ke arah mendapatkan jawapan yang betul.
Objektif stail ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam proses penemuan ke arah proses
penumpuan. Stail ini digunakan untuk mendapatkan pengalaman yang melibatkan setiap
langkah di mana memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai pelbagai konsep secara
berterusan. Stail ini juga memberi peluang kepada pelajar dalam menemui konsep dan prinsip
yang melibatkan pemikiran tertumpu. Ciri-ciri yang terdapat dalam stail ini pula iaitu stail ini
berpusatkan guru dan murid, stail ini melibatkan komunikasi dua hala, pelajar membuat tugasan
yang diberikan oleh guru, guru perlu membuat turutan soalan bagi pelajar meneroka, proses
P&P berlaku perbincangan dan penerokaan, guru sebagai fasilitator sahaja dan keputusan akan
diambil oleh pelajar berbanding dengan guru.
Antara kekuatan menerusi stail ini adalah pelajar dapat mempelajari tindak balas fizikal yang
dirancang oleh guru. Hal ini kerana, mereka akan sentiasa dibimbing oleh guru supaya
memperoleh konsep atau lakuan yang betul mengenai sesuatu pelajaran. Pelajar juga dapat
memahami dengan lebih mendalam hubungan antara langkah yang telah dipelajari. Di sini guru
sangat memainkan peranan dalam memastikan pelajar mengikuti setiap pelajaran yang sedang
diajar. Kekuatan yang seterusnya iaitu pelajar juga dapat membina idea sendiri berdasarkan
aktiviti yang dirancang oleh guru dan pelajar dapat menerokai sesuatu yang baru dan semangat
ingin tahu akan meningkat. Hal ini membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan kritis serta
tidak terpesong daripada apa yang dipelajari itu.
Kelemahan yang terdapat dalam stail ini pula, stail ini hanya sesuai untuk pelajar yang matang
sahaja. Hal ini kerana ada diantara proses di dalam stail ini yang memerlukan penilaian dan
tahap pemikiran yang tinggi. Oleh itu, pelajar yan lemah berkemungkinan tidak dapat
memahami aktiviti yang dijalankan berdasarkan stail penemuan terbimbing ini. Hal ini
seterusnya membuatkan pelajar yang lemah terus bodan, tidak mengikuti pelajaran dan terus
mengganggu rakan lain yang ingin belajar.
Dengan adanya tugasan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana terdapat pelbagai kaedah
pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru, saya yakin dan percaya ianya akan memberikan
kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik
dan berkesan. Akhir kalam, saya berharap, pihak tuan dapat menerima tugasan yang telah
disiapkan oleh saya ini dengan hati yang terbuka. Segala silap dan salah yang terdapat dalam
tugasan ini saya dahului ribuan kemaafan. Sekian, terima kasih.

You might also like