You are on page 1of 1

Pemerhatian

Semasa menjalankan kajian, saya melakukan dua pemerhatian iaitu dan pemerhatian terhadap
pencapaian murid dan pemerhatian terhadap tingkah laku dan perkembangan murid.
Pemerhatian Terhadap Pencapaian Murid.
Pemerhatian terhadap pencapaian murid ini merujuk kepada bilangan jawapan betul murid
bagi setiap lembaran kerja yang dijawab iaitu lembaran kerja 1 (L1), lembaran kerja 2 (L2),
lembaran kerja 3 (L3) dan lembaran kerja 4 (L4). Perbandingan terhadap bilangan jawapan
betul yang diperoleh murid dalam setiap lembaran kerja dilakukan untuk melihat sama ada
berlaku ataupun tidak berlaku peningkatan terhadap bilangan jawapan betul murid selepas Kit
Petak Lutsinar diperkenalkan. Pemerhatian ini juga dilakukan bagi mengenalpasti bilangan
jawapan betul yang diperoleh murid apabila mereka tidak lagi menggunakan Kit Petak
Lutsinar.

You might also like