You are on page 1of 18

Topik

Kanak-kanak
dan Seni

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Mengenal pasti keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dalam


proses perkembangan diri mereka;

2.

Menjelaskan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;

3.

Menerangkan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan

4.

Membincangkan tentang perkembangan diri kanak-kanak melalui


seni.

PENGENALAN

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanakkanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui
dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari
sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta
yang tersirat tetapi juga perlu mengetahui bagaimana idea-idea berhubung kait
antara satu sama lain. Dengan ini, mereka boleh mencipta satu pemahaman
tentang bagaimana menghubung kait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti
manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni
visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan
kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan
potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.1

21

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS


KANAK-KANAK

Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia akan
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isuisu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka
menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi
dan pemahaman terhadap persekitaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas
kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang
dijalankan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan
tanpa sebarang perbezaan.
Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak.
Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow (rujuk Rajah 2.1), pendidikan
boleh diumpamakan pada tahap fisiologi, iaitu tahap yang merupakan keperluan
asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas pendidikan ini perlu dipenuhi
sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri,
maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar
dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai objektif, guru perlulah
mempertimbangkan langkah-langkah berikut:
(a)

Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi termasuk keperluan fisiologi


seperti makanan, minuman dan pakaian.

(b)

Jadikan suasana bilik darjah kondusif.

(c)

Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.

(d)

Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi


motivasi dan peneguhan yang sesuai.

(e)

Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.

(f)

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami


diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.

22

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Rajah 2.1: Teori pembelajaran Maslow

Selain daripada itu, kanak-kanak juga memerlukan faktor-faktor seperti di dalam


Jadual 2.1 di bawah:
Jadual 2.1: Faktor-faktor Asas Kanak-kanak
Faktor-faktor

Penerangan

Jasmani dan fizikal


yang sihat

Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah


kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu, penyediaan
pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh
badan dan fizikal pelajar yang sihat.

Emosi yang stabil

Emosi pelajar perlulah stabil. Peranan ibu bapa dan guru


ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang
terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.

Kerohanian yang
membanggakan

Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi.

Kefahaman intelek
yang tinggi

Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat


berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

23

Perhubungan sosial
yang menggalakkan

Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah dalam keadaan


yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain
tanpa perbalahan.

Kefahaman tentang
nilai-nilai estetik

Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat


tentang nilai-nilai estetik yang terdapat dalam pendidikan seni
visual.

2.1.1

Jasmani

Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi.


Perubahan berlaku dari segi rupa atau wajah dan fizikal. Contohnya, bayi yang
baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa satu tahun,
kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan
berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak. Semakin kanak-kanak
meningkat usianya, pergerakan kordinasi otot kasar dan halus dan
perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat.
Kanak-kanak pada peringkat enam hingga 12 tahun merupakan kanak-kanak
yang aktif. Pada tahap ini, mereka perlu diberi peluang bersuara dan bergerak
untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan
pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak
kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang
dan ringan  misalnya menerusi pendidikan seni visual.
Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang
belum matang. Oleh yang demikian, latihan pergerakan dan seni visual yang
kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya. Contohnya, memegang
pensel dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ini memerlukan
latih tubi yang kerap.
Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan ketara
daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya
menggunakan sebelah tangan sahaja.

2.1.2

Emosi

Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap


sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan
perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang
dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang
yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini pula

24

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

akan mencetus perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan
pernyataan emosi setiap individu.
Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata
berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu, daya
pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah
disebabkan semakin usia meningkat, semakin matang pengawalan emosinya.
Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang
lain. Melalui seni juga dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaannya.
Ini kelihatan terutamanya ketika melukis dalam seni visual. Sekiranya emosinya
stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih
menyerlah. Begitu juga jika dalam permainan muzik, cara kanak-kanak itu
bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muziknya mungkin
menandakan terdapat gangguan emosi tetapi jika pukulannya stabil, besar
kemungkinan emosinya baik.
Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk
emosi yang diingini dengan tidak diingini.

AKTIVITI 2.1
Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan seni visual kanakkanak? Bincangkan.

2.1.3

Rohani

Melalui Seni Dalam Pendidikan, aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan
banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan
moral. Antara aktiviti ini termasuk memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh
meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral melalui penggunaan seni
kata lagu yang baik. Selain itu guru juga boleh:
(a)

Mengucap terima kasih, budak baik dan tahniah seberapa kerap


yang boleh;

(b)

Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji;


dan

(c)

Mengelak daripada mengutuk kanak-kanak, sebaliknya perbanyakkan


kata-kata memuji dan menghormati kanak-kanak.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.1.4

25

Intelek

Pada peringkat ini, kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan


tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini
membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda
dengan pelbagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses
pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini
kerana mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus
belajar.
Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar
membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang
sesuatu hal. Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh
itu, situasi yang dibina dapat membantu dalam interaksi bermasyarakat agar
dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan
mencari jawapan sendiri.
Pada peringkat 11 ke 12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara
konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak
masih terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Selain itu, suasana yang
baru akan wujud dan pelajar akan banyak bertanya. Ini akan memberi peluang
kepada mereka menerangkan pemikiran mereka.

2.1.5

Sosial

Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk


sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan atau
ibu bapa akan dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak
dapat diperkembangkan. Oleh itu, peranan guru sangat penting dalam
membantu kanak-kanak untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam
perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Menurut Teori Pembelajaran
Sosial oleh Albert Bandura, elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran
akan diperoleh berdasarkan kepada:
(a)

Penglihatan;

(b)

Peniruan; dan

(c)

Pemerhatian tingkah laku orang lain.

Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai teori
pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya, aspek yang penting dalam
teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau

26

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku
jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang tinggi.
Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:
(a)

(b)

Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung


(i)

Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model


semasa mengajar.

(ii)

Proses ini berlaku secara tidak langsung dan berlaku semasa:


x

Melihat gambar

Menonton filem

Menonton video

Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan


(i)

Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi


tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.

(ii)

Pada masa ini, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak
sesuai ditiru dalam situasi tertentu.

(iii) Dalam proses taksekat lakuan, seseorang individu akan terus


mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.
(c)

Peniruan Melalui Elistasi


(i)

Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia
sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut.

(ii)

Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas


yang dilakukan oleh orang lain.

2.1.6

Estetik

Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, di mana mereka
telah boleh menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan.
Untuk itu latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat
mempelajari konsep penghargaan terhadap apa yang dilihat atau dilakukan.
Kanak-kanak akan dididik untuk memperoleh konsep hak kita adalah hak
semua. Ini bermakna, konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila
konsep ini dapat diterapkan ke dalam minda kanak-kanak, maka konsep estetik
dapat ditanam seterusnya.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.1.7

27

Ekspresi

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi


peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan,
bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti
seni. Ini akan membantu para pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan
melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa
yang dialami dan difahami oleh orang lain.
Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau
bunyi. Apabila ia digabungkan secara harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik.
Bentuk Ekspresi
Terdapat pelbagai bentuk atau cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia
untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 2.2 di bawah:

Rajah 2.2: Bentuk atau cara ekspresi manusia

28

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Sekarang, mari kita bincang bentuk atau cara tersebut satu persatu.
(a)

Perasaan
Perasaan merupakan hasil luahan hati. Ia merangkumi perasaan sedih,
riang, dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap
umur dan pengalaman seseorang. Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab
seorang guru dalam membantu pelajar supaya dapat mengawal
perasaannya apabila melakukan sesuatu perkara. Beberapa latihan dan
kemahiran juga perlu diadakan untuk mengawal perasaan. Terutama
ketika sedang bermain, memang menjadi adat pertandingan ada yang
menang dan ada yang kalah. Yang menang akan berperasaan gembira,
manakala yang tewas akan merasa kecewa. Untuk latihan menahan
kesabaran dan penerapan, nilai-nilai murni perlu ditekankan dalam
sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus ke perlawanan yang sebenar.

(b)

Lisan
Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik
mungkin agar dapat difahami dengan jelas dan tidak disalahertikan.
Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku kerana arahan yang
diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima.

(c)

Reaksi
Apabila melihat sesuatu masalah, pelajar akan dapat membuat tindakan
yang tepat hasil daripada latihan dan pengalaman yang telah dilalui.
Reaksi pelajar perlulah pada tahap sentiasa bersedia dan segala tindakan
yang dibuat hendaklah tepat dan betul.

(d)

Emosi
Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri pelajar.
Perasaan atau emosi yang ditonjolkan oleh pelajar kadangkala dapat
diterima dan kadangkala pula dicemuh oleh individu-individu lain. Oleh
itu, penting bagi guru untuk menggalakkan pelajar menyertai aktivitiaktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas
daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi
persaingan dan cabaran.
Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan
fizikal dan emosi. Oleh itu pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai
salah satu cara terbaik yang boleh dimanfaatkan untuk memantapkan ciriciri konsep kendiri yang unggul itu.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

29

(e)

Bukan Lisan
Segala arahan-arahan bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperoleh
perlu ditafsirkan dengan sebaik mungkin. Kebiasaannya, segala bentuk
arahan yang berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas dan si
penerima akan mengikut kehendak arahan tersebut.

(f)

Idea
Semua idea dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan dalam
melaksanakan ekspresi pelajar. Antara kebolehan yang perlu ditekankan
ialah kemahiran berfikir. Untuk meluahkan idea-idea yang bernas,
seseorang pelajar itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri-ciri
kemahiran berfikir adalah seperti berikut:
(i)

Membanding dan membeza;

(ii)

Merumus, membuat inferens dan meramal;

(iii) Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan;


(iv) Menentukan sumber, sama ada boleh dipercayai atau tidak;
(v)

Mengusul dan memeriksa andaian;

(vi) Menimbang dan membuat keputusan;


(vii) Mencipta metafora atau analogi;
(viii) Menganalisis dan menilai; dan
(ix) Menyelesaikan masalah.
(g)

Menggambar
Aktiviti menggambar adalah penting dan menjadi sebahagian daripada
cara untuk mengawal emosi pelajar. Dengan mengadakan aktiviti
menggambar, pelajar itu boleh mengalihkan tumpuannya kepada kertas
yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti menggambar, segala masalah
yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Setiap hasilan
menggambar itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkah
lakunya.

(h)

Menghasilkan
Setiap apa yang dihasilkan, baik berdasarkan aktiviti menggambar,
kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan atau perasaan adalah
merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

30

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.2

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN


KANAK-KANAK

Perkembangan merupakan satu proses di mana individu mencapai kematangan.


Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat
diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku
memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.
Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku dari peringkat
permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna
bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke
peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku secara berterusan.
Pertumbuhan pula adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap
ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuantiti yang dapat
dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti adalah seperti
ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh
didefinisikan sebagai perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang
individu dalam proses kematangan.

AKTIVITI 2.2
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain sembunyi-sembunyi,
cuba perhatikan perkara-perkara berikut:
(a)

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini?

(b)

Bagaimana mereka menyembunyikan diri mereka?

(c)

Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari?

(d)

Apakah ekspresi mereka apabila mereka ditemui?

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Nyatakan maksud perkembangan dan pertumbuhan dengan


ringkas.

2.

Bagaimanakah perkembangan dan pertumbuhan


membantu konsep kendiri seorang kanak-kanak?

dapat

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

2.2.1

31

Peringkat Perkembangan

Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak


adalah mengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini, kanak-kanak mempunyai
keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek
dan estetik.
Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak
Berikut dinyatakan beberapa ciri perkembangan kanak-kanak:
(a)

Perkembangan
dan
pertumbuhan
mempunyai
arah
tertentu.
Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat
dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir.
Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki
(cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).

(b)

Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu


jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

(c)

Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada


keadaan tertentu.

(d)

Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat
dilihat daripada perubahan sifat.

(e)

Proses perkembangan berterusan iaitu dari permulaan hingga akhir hayat,


iaitu peringkat matang.

(f)

Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan


pembelajaran.

(g)

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

2.2.2

Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi

Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan


pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk
bekerja dengan pelbagai bahan, kanak-kanak dapat meneroka dengan cara dan
teknik secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.
Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri
ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya
tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas,
menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru aksi untuk
mengenal sesuatu.

32

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum, permainan merupakan


satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain,
secara tidak langsung dia telah memperkembangkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosialnya. Oleh itu aktiviti seni juga mudah dilaksanakan
ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati
dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.

2.2.3

Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni

Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak


mengikut peringkat perkembangan mereka dan menerangkan bagaimana bahan,
kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut
peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanakkanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan
menyeluruh kanak-kanak.
Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan
melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak.
Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi
kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu.
Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan
berlaku secara semula jadi.
Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,
sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam
perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan
dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.
Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak.
Aktiviti seni yang terancang membolehkan mereka mendapat pengalaman dan
pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara
menyeluruh. Rajah 2.3 meringkaskan perkembangan diri kanak-kanak kepada tiga
faktor utama.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

33

Rajah 2.3: Perkembangan diri kanak-kanak melalui


pengertian kesedaran, pemahaman dan kreativiti

2.2.4

Kreativiti

Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanakkanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat
membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan
seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.
Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan
menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang
unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.
Proses kreativiti boleh melibatkan:
(a)

Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti;

(b)

Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil; dan

(c)

Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran


ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, menyedari
dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama.

34

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.


Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Rama-rama.
Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama
seperti rama-rama sedang terbang.
Seterusnya, kanak-kanak juga boleh menghasilkan gambar rama-rama. Ini
membantu pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka
membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk
mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung pada pengalaman
dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

2.2.5

Pemahaman dalam Kreativiti

Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam


dirinya? Kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah akan
dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk
menambahkan pemahaman, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti di dalam
Jadual 2.2 berikut:
Jadual 2.2: Aktiviti-aktiviti Pemahaman
Aktiviti Pemahaman

Penerangan

Aktiviti pergerakan

Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanak-kanak akan mendapat


lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan
ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.

Aktiviti bermain

Semasa bermain, kanak-kanak akan memperkembangkan konsep


pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi
emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.

Aktiviti nyanyian

Daripada lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan


keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo
dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatif dan menjadi seorang
yang bertanggungjawab.

Aktiviti lakonan

Semasa berlakon, kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu


konsep dengan lebih jelas lagi, di mana ketika berlakon dia akan
cuba memahami sesuatu watak. Secara tidak langsung ini akan
dapat menjadikannya sebagai seorang yang kreatif, inovatif,
bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih
baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan
berkeyakinan tinggi.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

35

Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, pemahaman tentang sesuatu


konsep atau perkara dapat dipertingkatkan.

2.2.6

Kesedaran Kendiri

Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah


penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.
Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan
cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan
yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang
yang beinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan
menghargai diri sendiri.
Sebaliknya, jika seseorang indidivdu merasa kurang mendapat penerimaan
daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami
perasaan penolakan kendiri. Penghargaan kendiri adalah timbul daripada
penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.
Dengan itu, seseorang itu akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran
kendiri melalui pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang
individu. Sekiranya seseorang pelajar ingin belajar dengan jayanya, dia
hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan
dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.
Di samping itu, guru memainkan peranan yang penting untuk membina konsep
kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah:
(a)

Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran.

(b)

Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar


dalam proses pembelajaran.

(c)

Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa


menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan
penghargaan kendiri dan keyakinan.

(d)

Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.

(e)

Meningkatkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.

(f)

Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.

(g)

Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

36

X TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

SEMAK KENDIRI 2.2


1.

Dengan ringkas, nyatakan maksud kreativiti.

2.

Bagaimanakah guru dapat mempertingkatkan kreativiti kanakkanak? Bincangkan.

Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak yang perlu dipenuhi adalah dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetik.

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berlaku secara berperingkatperingkat dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Aktiviti seni direka bersesuaian
dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Kreativiti kanak-kanak boleh melibatkan proses dalaman mereka yang


menggunakan imaginasi dan pengalaman mereka melalui interaksi.

Kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya melalui


aktiviti pergerakan, bermain, menyanyi dan berlakon.

Fisiologi

Perkembangan

Kendiri

Pertumbuhan

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

37

Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary


school children. New York: Macmillan Publishing Company.
Lowenfeld, & Brittain, (1970). Creative and mental growth. New York: Macmilan.
Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson
Delmar Learning.
Pica, R. (2000). Experiences in movement with music, activities & theory. New
York: Thomson Delmar Learning.

You might also like