You are on page 1of 5

Tugasan 1 EDUP 3023 | Afzalina Ilwani

1.0 Pengenalan

Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan


dengan orang lain. Manakala, menurut kamus Advanced Learner”s English-Malay (2001),
menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap seperti kasih, gembira,
benci, takut dan sebagainya. Danial Goleman (1998) telah mengatakan bahawa emosi
merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal
dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza untuk bertindak.Perkembangan emosi
juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengekspresikan dan menguruskan
perasaan.

Oleh itu, Erik Erikson adalah diantara para ahli yang mengkaji tentang sosio-emosi. Dari
perspektif psikologi ia menghuraikan manusia dari sudut perkembangannya sejak dari masa
0 tahun hingga usia lanjut. Beliau beraliran psikoanalisa dan pengembang teori Sigmund
Freud. Kelebihan yang kita dapati dari Erikson adalah bahawa beliau menghurai seluruh
proses hidup manusia, tidak seperti Freud yang hanya sampai remaja. Dalam pada itu,
Erikson memasukkan faktor-faktor sosial yang mempengaruhi perkembangan peringkat
kehidupan manusia, tidak hanya sekadar faktor seksual.

2.0 Teori sosio-emosi Erik Erikson

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam


jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan
asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan tertentu. Beliau percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang
perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori ini
menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri,
emosi dan sosial.

Teori Erik Erikson menekankan kepentingan hubungan individu-individu di persekitaran


kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti kanak-kanak dibentuk hasil daripada
perkembangan sosio-emosi ini. Dalam teori ini terdapat lapan peringkat perkembangan sosio-
emosi kanak-kanak. Antaranya ialah pringkat pertama ialah percaya lawan tidak percaya,
peringkat kedua ialah autonomi lawan rasa malu, peringkat ketiga ialah inisiatif lawan rasa
berslah, peringkat keempat ialah pencapaian lawan rasa rendah diri, manakala peringkat
kelima ialah identiti lawan kekeliruan identiti, peringkat keenam ialah keintiman lawan
keasingan, peringkat ketujuh pula ialah generativiti lawan kekakuan dan peringkat akhir sekali
ialah integriti lawan kekecewaan (Singgih D. Gunarsa, 1990).

Page | 1
Tugasan 1 EDUP 3023 | Afzalina Ilwani

Dalam setiap peringkat, Erikson percaya setiap orang akan mengalami konflik atau
krisis yang merupakan titik hitam dalam perkembangan. Menurut beliau, krisis-krisis ini
berpusat pada perkembangan kualiti psikologi atau kegagalan untuk mengembangkan kualiti
itu. Dalam pada potensi pertumbuhan peribadi mrningkat, begitu juga meningkatnya potensi
untuk gagal.

3.0 Peringkat perkembangan yang paling berpengaruh dalam alam persekolahan

Berdasarkan Erikson, beliau telah mencadangkan tiga peringkat utama yang berlaku
dalam tempoh persekolahan iaitu peringkat perkembangan inisiatif, pencapaian dan identiti.
Di antara ketiga-tiga peringkat tersebut terdapat satu peringkat perkembangan yang paling
berpengaruh dalam tempoh persekolahan murid.

Pertama, Ramlah Jantan dan Mahani razali (2004), menyatakan peringkat


perkembangan inisiatif lawan rasa bersalah berlaku kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 5
tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan
sesuatu sendiri dan sekiranya mereka gagal, mereka akan rasa bersalah terhadap kegagalan
mereka .

Peringkat seterusnya adalah pencapaian lawan rasa rendah diri untuk kanak-kanak
pada peringkat umur 6 hingga 11 tahun. Peringkat ini menyebabkan kanak-kanak perlu
menguasai kemahirantertentu di dalam persekolahan, kegagalan berbuat demikian akan
membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan serta keyakinan dalam diri murid tersebut.

Seterusnya peringkat terakhir ialah identiti lawan kekeliruan identiti. Peringkat ini berlaku
kepada golongan remaja yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini mereka akan
mencari identiti diri dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. Jika gagal akan timbul
kecelaruan identiti dan mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran.

3.0.1 Peringkat pencapaian adalah yang paling berpengaruh

Berdasarkan ketiga-tiga peringkat utama tersebut, peringkat yang paling berpengaruh


dalam tempoh alam persekolahan ialah peringkat pencapaian lawan rasa rendah diri. Pada
tahap ini kanak-kanak akan memasuki alam persekolahan. Mereka perlu menguasai
kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Ketika ini tahap pemikiran mereka
mula mencapai operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Tambahan, mereka akan melakukan
sesuatu perkara dengan penuh minat, yakin dan tekun.

Pada peringkat ini emosi seseorang individu atau murid mempunyai keinginan igin tahu
dan ingin berjaya yang tinggi. Ketika ini mereka juga dalam proses menguasai kemahiran

Page | 2
Tugasan 1 EDUP 3023 | Afzalina Ilwani

asas fizikal dan sosial. Ini kerana, kanak-kanak mestilah menghadapi pembelajaran
kemahiran baru dan kemahiran berkenaan alam persekolahan, atau sebaliknya mereka akan
menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan atau tidak cekap.

Oleh itu, mereka memerlukan pujian, peneguhan positif atau penghargaan terhadap
tugas yang telah mereka sempurnakan untuk meningkatkan semangat inkuiri dalam diri
mereka (Lahey B.B, 2001) . Namun, apabila dikritik mereka akan merasa komplek dan rendah
diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan
merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja pencapaian akademik malah
hubungan sosial antara individu di persekitaran mereka.

Peringkat pencapaian ini adalah paling berpengaruh untuk masa depan kanak-kanak.
Peringkat ini penting unutk membina keyakinan dan keupayaan dalam diri kanak-kanak
tersebut. Jika mereka gagal pada peringkat ini, ia akan memberi kesan kepada peringkat
seterusnya iaitu mereka akan mempunyai masalah dalam menacari identiti mereka yang
sebenar. Apabila mereka berjaya, ia mudah bagi mereka untuk mengenalpasti kebolehan dan
kemampuan diri mereka yang sebenar.

4.0 Krisis dan peranan guru dalam membantu murid

Krisis yang terdapat dalam peringkat pencapaian lawan rasa rendah diri ialah apabila
kanak-kanak tersebut merasa rendah diri dan tidak berkeupayaan untuk mencuba sesutu
yang baru dan akan ketinggalan sedikit kebelakang berbanding rakan-rakan sebaya mereka
yang lain. Oleh itu, guru semestinya memainkan peranan yang penting dalam membantu
pelajar menyelesaikan krisis di peringkat ini.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam membantu pelajar mengatasi
krisis ini ialah dengan memberikan murid-murid aktiviti yang menarik dan mancabar tetapi
sesuai dengan keupayaan masing-masing (Rohaty Mohd Majzub, 1992). Hal ini supaya setiap
murid dapat input pembelajaran yang sama dan tidak ketinggalan kebelakang

Selain itu, guru mestilah memberikan pujian atau kata-kata semnagat kepada murid-
murid kepada setiap usaha yang dilakukan atau kejayaan yang dicapai walaupun kecil.
Malahan maklumbalas tersebut boleh dilakukan sama ada secara verbal atau bertulis.
Sebagai manusia, siapa sahaja yang tidak suka apabila dirinya dipuji oleh seseorang individu.
Jadi hal ini akan menyebabkan murid merasakan usaha mereka dihargai dan akan
meningkatkan semangat mereka untuk terus belajar dan terus meneroka perkara yang baru.
Dalam pada itu, digalakkan memberi peluang kepada murid-murid untuk berkongsi kejayaan
yang mereka lakukan. Pembentangan tentang usaha mereka untuk menghasilkan sesuatu
boleh dibuat

Page | 3
Tugasan 1 EDUP 3023 | Afzalina Ilwani

Di samping itu, peranan guru adalah untuk mengenalpasti kebolehan murid-murid dan
jenis kecerdasan mereka(Sarwita W Sarwono, 2002). Pada tahap ini, kanak-kanak lebih
cenderung untuk menonjolkan bakat mereka dan guru haruslah bertanggungjawab untuk
membantu mereka. Menurut Hordward Gardner, kecerdasan bukan hanya dalam akademik,
ia boleh merangkumi bidang lain seperti muzik, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal.

Seterusnya, galakkan daripada guru adalah sangat penting kepada mereka untuk
bersaing dengan keupayaan diri mereka sendiri dan bukan dengan orang lain. Seorang guru
mestilah membimbing dan membantu murid-muridnya untuk mencari kebolehan diri mereka
yang sebenar dan membawa mereka melihat dunia yang baru. Hal ini akan membantu mereka
untuk berjaya pada peringkat ini dan dapat menjalani peringkat seterusnya iaitu peringkat
identiti dengan lebih jayanya. Ini kerana identiti mereka telah diserlahkan dari peringkat ini lagi
melalui bimbingan guru.

Dalam pada itu, satu usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk bagi memastikan
murid tahun 1 menguasai asas membaca, mengira dan menulis pada akhir tahun 3. Program
ini dikenali sebagai LINUS iaitu program saringan literasi dan numerasi. Kementerian
pendidikan Malaysia berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap 1. Perkara
ini perlu diberi perhatian khusus kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M
merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi
keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Jadi, guru merupakan penggerak utama dalam program Linus ini bagi mencapai
hasrat yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan Malaysia. Guru mestilah memberi
komitmen dan perhatian dalam melaksanakan program ini demi membantu murid-murid agar
tidak ketinggalan kemahiran-kemahiran asas yang sangat penting untuk masa depan mereka.

5.0 Penutup

Erik Erikson telah mencadangkan setiap individu perlu berhadapan dengan kriteria
perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai
matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan
krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Dalam
tempoh persekolahan menunujukkan peringkat pencapaian ialah peringkat yang paling
berpengaruh kepada perkembangan murid-murid. Oleh itu, pelbagai pihak terutamanya guru
mestilah memainkan peranan yan penting supaya perkembangan murid pada tahap ini
berlaku dengan baik dan memberangsangkan dan seterusnya memberi kesan dan
pencapaian yang positif kepada peringkat perkembangan yang seterusnya.

(1322 patah perkataan)

Page | 4
Tugasan 1 EDUP 3023 | Afzalina Ilwani

RUJUKAN

Advanced Learner”s English-Malay .(2001). Advanced Learner”s English-Malay. Kuala


Lumpur : Oxford Fajar

Daniel Goleman .(1998). Kecerdasan emosional. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama

Kongkoh. (2010). Teori perkembangan psikososial Erik Erikson. Diakses pada 2018, 10 Ogos
daripada https://kongkoh.blogspot.com/2010/01/teori-perkembangan-psikososial-
erik.html

Lahey, B.B. (2001). Psychology : an introduction. (7th ed). Boston: McGraw HillCo.

Mya Afifi. (2009). Teori perkembangan sosial Erik Erikson. Diakses pada 2018, Ogos 10
daripada http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-sosial-erik-
erikson.html

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan : Pendekatan kotempori.
Kuala Lumpur : McGraw Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Rumizah Karim. (2013). Apa maksud program linus?. Diakses pada 2018, Ogos 10 daripada
http://cikguruzimah.blogspot.com/2013/01/apa-maksud-program-linus.html

Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.

Sarlito W Sarwono. (2002). Berkenalan dengan aliran-aliran dan tokoh psikologi. Jakarta :
Bulan bintang

Siti nurDiyana. (2009). Teori perkembangan psikososial Erik Erikson. Diakses pada 2018, Ogos 10
daripada https://www.scribd.com/doc/16874808/Teori-perkembangan-Psikososial-Erik-
Erikson
Singgih D. Gunarsa. (1990). Dasar dan Teori Perkembangan Anak.Jakarta: Gunung Mulia

Page | 5

You might also like