You are on page 1of 3

EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KULIAH MINGGU 10
(8.3.20-12.3.20)

Sila jawab soalan berikut.

Soalan :
1. huraikan cabaran-cabaran kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia beserta contoh.

Antara cabaran-cabaran kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia adalah jurang


ekonomi atau pendapatan berdasarkan latar belakang setiap murid. Kebiasaannya, golongan yang
berpendapatan tinggi cenderung untuk menhantar anak-anak mereka ke sekolah di kawasan bandar
dan golongan yang berpendatan rendah di kawasan luar bandar. Oleh kerana itu, golongan yang
berpendapatan tinggi atau kaya mampu memperoleh akses pendidikan yang lebih melalui kelas
tambahan, alat peranti canggih beserta rangkaian internet yang laju. Manakala, golongan miskin dan
sederhana hanya bergantung kepada pendidikan percuma daripada kerajaan dan tiada akses
pendidikan yang luas.

Kedua, terdapat juga jurang antara murid normal dan murid keperluan khas. Murid normal
mampu memahami dan menyerap pengetahuan dengan lebih cepat berbanding murid berkeperluan
khas. Terdapat kanak-kanak keperluan khas yang tidak dihantar oleh penjaga mereka ke Sekolah
Pendidikan Khas lalu mengalami keciciran dan ketinggalan daripada perkembangan semasa. Terdapat
juga sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil peduli tentang pendidikan kepada anak mereka yang
kurang upaya. Dalam pada itu, pandangan masyarakat yang bias terhadap golongan kurang upaya ini
seperti mereka sudah tidak punya masa hadapan dan hanya menyusahkan.

Akhir sekali, wujudnya jurang antara bandar dan luar bandar. Persekitaran masyarakat yang
hidup di kawasan bandar lebih terdedah kepada perkembangan teknologi maklumat yang pesat serta
infrastruktur sekolah yang lengkap untuk memudahkan pembelajaran. Sebaliknya, masyarakat luar
bandar seperti kita ketahui, kebanyakannya berpendapatan rendah dan daif serta tiada kemudahan
asas teknologi maklumat menyukarkan pembelajaran formal. Tambahan, akses kepada jaringan
internet juga sukar untuk didapati di kawasan penempatan mereka. Oleh itu, terlalu besar jurang jika
dibandingkan antara masyarakat di bandar dan luar bandar dari aspek kemudahan dan persekitaran
mereka.
EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
KULIAH MINGGU 11
(15.3.20-19.3.20)

Jawab soalan dibawah:

Jelaskan konsep negara bangsa sebagai keperluan bagi memastikan keamanan dan keharmonian
rakyat adalah terjamin.

Sebuah negara bagi satu bangsa yangg berdaulat iaitu ‘bangsa Malaysia’ Merujuk kepada
rakyat yangg bersatu padu dan menyanjung masa hadapan bersama. Negara bangsa adalah semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang
sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa
berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun
mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Melalui negara bangsa, masyarakat perlu
menghayati idealisme satu bangsa, memanifestasikan diri dengan identiti yang sama dan berpegang
kepada nilai-nilai sosiobudaya yang unik.

Antara cara menerapkan konsep negara bangsa adalah dengan memperkasa bahasa
kebangsaan. Ini kerana bangsa yangg bersatu padu perlu ada satu bahasa rasmi sebagai alat
perpaduan seperti di malaysia, bahasa rasmi adalah bahasa Malaysia. Oleh itu, ianya perlu
dimartabatkan dan diperkasa sebagai bahasa ilmu dan bahasa rasmi perantaraan setiap kaum yg ada
di Malaysia. Perkara 152 (Perlembagaan Persekutuan) juga telah memperuntukkan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan.

Seterusnya, memantapkan integrasi nasional iaitu dengan melaksanakan sistem pendidikan


kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan yang selaras untuk semua sekolah. Tidak
terkecuali sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil. Sebagai contoh mata pelajaran Sejarah sebagai
wahana dalam membentuk peribadi setiap murid tentang kepentingan nasionalisme dan semangat
patriotisme terhadap negara kita walaupun mempunyai masyarakat majmuk.

Akhir sekali adalah memupuk kecintaan kepada seni, warisan dan budaya negara. Hal ini
kerana, ia dapat mempertingkatkan perpaduan dalam kalangna rakyat Malaysia. Dalam masa yang
sama, ia akan menjadi daya tarikan pelancing luar yang tertarik dengan keunikan kebudayaan di
Malaysia dan membawa kpd peningkatan ekonomi. Seterusnya, dapat melahirkan insan yang serba
boleh, berbakat dan minat dalam bidang seni.
EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
KULIAH MINGGU 12
(22.3.20-26.3.2020)

Jawab soalan dibawah:

1. Kemukakan bagaimana guru dapat membina integrasi nasional di sekolah. Beri contoh-contoh
yang releven untuk menyokong hujah anda.

Seseorang pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara
untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi
disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Justeru itu, bagi melaksanakan
garis panduan tersebut, guru perlulah menangani cabaran integrasi nasional dengan cara
menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru haruslah
mengutakan mencintai bahasa Malaysia serta menanamkan rasa cinta itu ke dalam jiwa pelajarnya.
Di antara cara untuk memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti
pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa
dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain-lain.

          Bagi menyempurnakan garis panduan yang kedua iaitu memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para
guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama
kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima
cabaran ini dan berusaha untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia.

          Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk semangat
patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke
dalam diri pelajar daripada aktiviti perbarisan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik
iaitu ‘Negaraku’. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu
juga, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di
sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-
lagu patriotik dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan
serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air  yang tercinta.

          Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri
daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu sama lain dan
melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan
mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur
Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, Perbarisan Badan
Beruniform dan lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan
kepada bangsa dan negara Malaysia.

You might also like