You are on page 1of 2

TUTORIAL :

Pentaksiran berasaskan mesra budaya

Jawab soalan di bawah :

Senaraikan bagaimana guru melaksanakan pentaksiran berasaskan mesra budaya di dalam bilik darjah
pelbagai kaum berserta contoh yang sesuai

Merujuk Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010), guru perlu melaksanakan
penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan.
Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza. Penerapan nilai
bekerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

Dalam pelaksanaan penilaian berasaskan budaya guru perlu mengambil kira beberapa prinsip seperti
penilaian harus berasaskan pemahaman tentang cara murid belajar dalam bilik darjah. Guru harus
memainkan peranan untuk membentuk pengalaman pembelajaran murid. guru juga hendaklah peka
terhadap perbezaan kebolehahan individu dalam pembelajaran. Penilaian yang dilakukan oleh guru
perlulah mengambil kira budaya, latar belakang, dan bahasa utama murid. Tugasan yang diberi oleh
guru juga hendaklah bersifat koperatif, aktif, dan berasaskan inkuiri. Guru juga harus bersikap adil dalam
penilaian yang dilakukan. Ia perlu merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti bagi
mengelakkan bias dari segi gender, kaum, budaya, dan bahasa.

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holistik. Murid
boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta penaksiran. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan
semua murid dengan memberikan tugasan yang terdiri daripada pelbagai aktiviti (Noriati A. Rashid et. al,
2014).

Seterusnya, guru dapat melaksanakan aktiviti berasaskan projek kepada murid. Projek memberi peluang
murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai
budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap
kesediaan mereka. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai
budaya. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta
lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Contoh projek adalah
rekacipta artifak yang mewakili boneka kumpulan etnik dan murid boleh mereka cerita atau puisi
tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Selain itu, Penulisan jurnal. Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman
peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum,
memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang
jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang
mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan
untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.
Di samping itu, penilaian dan penaksiran seperti ini memberikan peluang kepada murid memilih sesuatu
tugasan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran masing-masing serta membina rasa
tanggungjawab yang tinggi. Dengan cara ini, murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada
mereka berdasarkan perbezaan latar belakang serta kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan
tersebut. Perbezaan tersebut menjadikan suasana bilik darjah ceria, bermakna dan menarik. Guru pula
perlu memaparkan sikap terbuka menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa dan
memaparkan penghargaan atas kerja murid yang bersungguh-sungguh. Sekiranya suasana ini dapat
diwujudkan di dalam bilik darjah, persekitaran bilik darjah pasti menjadi bertamabah ceria dan murid
akan berasa gembira menghadapi pembelajaran seharian.

You might also like