You are on page 1of 11

EDUP 3073

7.7 Penilaian
Berasaskan Budaya
7.7.1 Konsep Penilaian Berasaskan Budaya
Penilaian berasaskan budaya merupakan fokus baharu
dalam penilaian dan pentaksiran sekiranya kurikulum telah
memasukkan elemen budaya sebagai bahan atau kandungan
dalam sesuatu subjek.

 Pandangan Hall (1959) berpendapat bahawa budaya


merupakan satu set pola yang dialami oleh individu- individu
sebagai cara bertindak, berasa dan melakukan sesuatu.

 Penilaian berasaskan budaya bermaksud penilaian yang


dilaksanakan oleh guru untuk mengumpulka maklumat bagi
membuat keputusan seharusnya mengambil kira kepelbagaian
budaya murid.
7.7.2 Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya
Mengumpulkan maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan
tindakan selanjutnya.

Menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan


alternatif.

Memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk


semua murid.

Mengumpulkan maklumat sama ada penilaian mengambil


kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya.

Menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian


formal.
7.7.3 Peranan Guru dalam Menyediakan
Penilaian Berasaskan Budaya
Guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran
penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran
murid di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang
untuk meningkatkan diri.

Guru berperanan mengangani isu- isu budaya setiap kali


mereka mengajar dan membina alat penilaian.

Budaya bukan sahaja melibatkan amalan- amalan harian


(pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga
cara murid memahami idea dan membina makna
terhadapnya setiap hari.
7.7.4 Prinsip-prinsip Penilaian Berasaskan Budaya

• penilaian autentik didapati memberikan


peluang kepada murid pelbagai budaya untuk
melibatkan diri dalam aktiviti dan tugasan
penilaian berasaskan situasi yang sebenarnya.
• antara prinsip yang perlu diambil kira oleh guru:
– penilaian harus berasaskan pemahaman tentang
cara murid belajar
– perbezaan individu murid dlm pembelajaran.
– bercorak adil kepada semua murid.
7.7.5 Ciri-ciri dalam Penilaian Berasaskan
Budaya
• Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara
formatif adalah penting.
• Penilaian terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi
format dan budaya.
• Penilaian perlu dalam konteks mesra budaya.
• Penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong
pengalaman pembelajaran.
• Bentuk format penilaian memerlukan gabungan
pelbagai jenis item.
7.7.6 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya
Jenis Penilaian Penerangan

Pemerhatian harian tingkah laku melalui senarai semak, catatan, atau kad fail
pembelajaran dan sosial murid untuk membolehkan guru merumuskan
dalam situasi bilik darjah. pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal
dan bermakna.

Penilaian Portfolio Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan


yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan
kebolehan murid untuk dinilai.

Penulisan Jurnal Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid


berkongsi pemahaman peribadi mengenai
perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks
budaya untuk memaklum, memperjelas dan
menerangkan tentang masyarakat majmuk.
7.7.6 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya
Jenis Penilaian Penerangan
Projek Projek memberi peluang murid menyumbang idea
mengikut kebolehan mereka. Projek sebegini baik
untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara
individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut
masa dan tahap kesediaan mereka.

Ujian buatan guru yang berkait Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif
rapat dengan program dan kemahiran akademik semua murid.
pengajaran

Penilaian kendiri murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan
mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam
konferens guru/murid.

Penilaian kendiri guru Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan
mengenai tingkah laku dan strategi-strategi
pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya
dalam pelajaran.
7.8 Ujian dan Program Pengajaran
• Perhatian utama harus diberikan kepada gaya kognitif dan
kemahiran akademik semua murid.
1. Ujian “Culturally Loaded”
• Guru boleh mereka bentuk ujian dengan meggubal item
soalan yang sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi
murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum
yang mesra budaya.
• Ujian yang diberi haruslah “culturally loaded” dengan
mengambil kira budaya semua kumpulan murid dan bahasa
yang digunakan haruslah difahami semua.
• Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor
linguistik sedia ada murid.
2. Penilaian Kendiri Murid dengan
menggunakan Portfolio
• Penilaian Kendiri Murid boleh memberi tindak
balas kepada soalan mengenai pembelajaran
mereka secara berkala dalam konferensi guru/
murid.
• Portfolio boleh digunakan semasa konferensi.
Sebagai contoh:
• Murid ditunjukkan kerja/tugasan mereka,
membincangkan hasil kerja dengan guru dan
menilai kemajuan sendiri.
3. Penilaian Kendiri Guru
• Penilaian Kendiri Guru merupakan bahagian penting
keberkesanan pengajaran guru.
• Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan
mengenai tingkah laku dan strategi-strategi
pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya
dalam pelajaran murid serta reaksi dan tindak balas
murid terhadap kepelbagaian budaya di dalam bilik
darjah yang boleh menyumbang kepada
perkembangan berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

You might also like