You are on page 1of 25

Pengurusan Pengajaran Pembelajaran

dan

Pengenalan
Pembinaan persekitaran bilik darjah mesra budaya banyak bergantung kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan yang berkesan dapat mencapai matlamat dan hasil pembelajaran. Setiap guru perlu menyedari bahawa pengurusan P&P bukan semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mencapai hasil pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, sebaliknya guru perlu sedar dengan hasil pembelajaran kemahiran insaniah yang sama sekali tidak boleh diabaikan.

Pengurusan P&P dalam kalangan murid pelbagai etnik perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Kepelbagaian aktiviti P&P yang berasaskan perbezaan budaya murid Pemupukan nilai dan budaya Malaysia Pengurusan sumber P&P mesra budaya Susun atur bilik darjah Kemudahan dan peralatan P&P Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar

Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berasaskan Perbezaan Budaya Murid

Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003), sejak dua dekad yang lalu kajian emperikal menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan P&P, ontologikal dan epistomologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak. Contohnya:
Perbezaan jangkaan pembelajaran antara murid Melayu dengan murid bukan Melayu. Kalangan anak orang asli tidak memiliki motivasi untuk mencapai prestasi cemerlang dalam akademik mereka.

Guru perlu sentiasa mengambil kira faktor ini dalam merancang dan mengurus P&P bagi memastikan murid daripada kelompok etnik yang berbeza-beza menerima peluang pembelajaran yang sama.

Jadi, antara tindakan guru yang boleh dicontohi:


Memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat. Melayan kerenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid. Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran. Mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyingkap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke muzium, perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya. Memberikan contoh negara yang musnah akibat daripada persengketaan dan perpecahan etnik seperti menayakangkan dokumentari dan filem.

Pemupukan Nilai dan Budaya Malaysia

Malaysia menjunjung Rukun Negara yang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun pertama. Nilai-nilai agama yang sejagat yang menekankan baik hati, amanah, bertanggungjawab dan berbaik-baik antara satu sama lain perlu ditonjolkan oleh guru. Murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan permusuhan. Walaupun murid menganuti agama yang berbeza-beza tetapi murid perlu diasuh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh semua agama. Murid perlu dinasihati sekiranya mempersendakan agama kawan yang lain.

Murid perlu diasuhkan agar menumpahkan taat setia kepada raja dan agama. Semua murid tanpa mengira etnik menerima system beraja sebagai suatu sistem yang menyeluruh dan kesetiaan perlu ditumpahkan kepada raja dan negara. Murid juga perlu ditegaskan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Contoh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar. Murid perlu diasuh dan dibimbing agar menghormati dan mematuhi undangundang negara. Misalnya bermula dengan hubungan social di dalam kelas, murid-murid perlu diasuh dan dipupuk untuk menjaga undang-undang dan peraturan.

Seperkara yang kerap dipertikaikan adalah apabila terdapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan budaya hidup yang penuh kesopanan dan kesusilaan sedangkan hal ini merupakan Rukun Negara yang kelima. Murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun, mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat.

Sekiranya rakyat Malaysia mematuhi dan mentaati Rukun Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat dibina dan diwujudkan. Perkara ini perlu disedari oleh semua guru dan guru perlu berusaha mencari pendekatan mendekatkan murid dengan pemahaman terhadap Rukun Negara dan mengamalkan Rukun Negara dengan penuh penghayatan.

Pengurusan sumber P&P Mesra Budaya

Guru sepatutnya menyediakan pelbagai sumber P&P melalui pelbagai budaya dan etniknya muridnya supaya suasana lebih menyeronokan. Contohnya seperti sumber yang berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza. Selain menjadikan proses belajar menyeronokan, murid diasuh untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama.

Antara tindakan guru ialah: i) Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya.

ii) Menggalakkan murid mencari bahan seperti ceritacerita rakyat, lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi semasa pembelajaran. Selain itu, murid digalakkan menyanyikan lagu hari raya pada setiap kali musim perayaan. iii) Memilih sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik.

Susun Atur Bilik Darjah

Ia melibatkan kerusi meja tempat duduk murid.

Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik.
Oleh itu, penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan yang relevan dengan aktiviti P&P. Guru harus bersifat adil terhadap semua muridnya.

Kemudahan dan Peralatan Pengajaran dan Pembelajaran

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kemudahan peralatan pembelajaran yang mencukupi dapat gunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu padu.

Kemudahan dan peralatan dapat merangsang pembelajaran koperatif dalam kalangan murid dan hal ini menggalakkan pengembangan idea, kreativiti dan pemikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan yang akhirnya mendorong persefahaman dan persepakatan. Penggunaan internet dan komputer menawarkan aktiviti pembelajaran interaktif yang menyatukan elemen pergerakan, visual serta bunyi-bunyian selain objek.

Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran. Murid boleh menunjukkan bakat mereka dengan pembinaan showcase yang menterjemahkan kebolehan, bakat serta kelebihan murid.

Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid dengan memberikan tugasan seperti membuat kolaj, poster, persembahan power point, temu bual, menulis laporan dan membentangkan laporan, menyediakan brosur, syarahan, bercerita dan pelbagai tugasan lain yang terdiri daripada pelbagai aktiviti. Semua aktiviti ini dapat dinilai secara berterusan oleh guru. Dalam hal ini, guru perlu menyediakan rubrik pemarkahan bagi memastikan setiap yang dinilai dan ditafsirkan menepati hasil pembelajaran yang mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Penilaian dan penaksiran seperti ini memberikan peluang kepada murid memilih sesuatu tugasan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran masing-masing serta membina rasa tanggungjawab yang tinggi. Dengan cara ini, murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarkan perbezaan latar belakang serta kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan tersebut. Perbezaan tersebut menjadikan suasana bilik darjah ceria, bermakna dan menarik.

Guru perlu memaparkan sikap terbuka, menerima perbezaan murid sebagai sesuatu yang istimewa, memaparkan penghargaan atas kerja murid yang bersungguh-sungguh, mengajak murid meningkatkan kualiti tugasan dengan mengambil tugasan atau persembahan murid yang terbaik sebagai contoh untuk murid yang sedikit lemah sebagai usaha memperbaiki kekurangan mereka. Sekiranya suasana ini dapat diwujudkan di dalam bilik darjah, persekitaran bilik darjah pasti menjadi bertambah ceria dan murid akan berasa gembira menghadapi pembelajaran seharian.

Sekian, Terima Kasih

You might also like