You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Guru pendidikan awal kanak-kanak mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam


tentang pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan tentang perkembangan dapat mengelakkan daripada masalah
keciciran dalam kalangan murid di dalam kelas. Hal ini kerana, golongan tersebut akan
mendapat layanan yang bersesuaian dengan masalah perkembangan mereka.

Santrock dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008) mentafsirkan perkembangan
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Manakala menurut Mok Soon Sang
(2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga
peringkat kematangan. Manakala menurut Atan Long (1978) pula, perkembangan ialah
perubahan kualitatif, tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dengan jelas
perubahan yang berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.

1
2.0 Ketidaksempurnaan Perkembangan

Ketidaksempurnaan menurut Kamus Dewan edisi ke-4 (2010) bermaksud kekurangan,


tidak cukup, tidak mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan. Gesell (1949) menyatakan
walaupun tiada dua individu yang benar-benar serupa, secara keseluruhan semua kanak-kanak
yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa dilalui
oleh kanak-kanak. Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaanya
agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.
Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut
pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akan ketinggalan dalam
pelajarannya.

Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-


kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan
berkomunikasi. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Satu
bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain.
Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas. Menurut Jamila
(2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak
khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun
perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke
tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Menurut Abu Bakar (2003)
terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak istimewa
ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan
intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2.1 Perkembangan Kognitif

Ketidaksempurnaan kognitif akan menyebabkan masalah bahasa dan juga masalah


pembelajaran. Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan
kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Proses
berkomunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang
lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang
disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Pertuturan

2
ialah kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa
pula merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam
pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan.
Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun
keduanya sekali.

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,


pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi
yang betul secara sopan. Selain itu, penekanan juga diberikan pada keyakinan pelajar untuk
bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun
begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah dalam menggunakan bahasa. Masalah
pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan.
Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak
dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah
pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, dyspraxia dan masalah
pendengaran.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan,


kehendak dan perasaan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan
pembelajaran dan interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak
memahami apa yang mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya
menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah
pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana
tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan
bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang
untuk mereka berinteraksi terhad.

Masalah pembelajaran juga antara salah satu ketidaksempurnaan perkembangan


kognitif kanak-kanak. Antaranya ialah ‘disleksia’ perkembangan kognitif kanak-kanak autisme
dengan kanak-kanak normal adalah berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah,
terdapat juga sebahagian kecil yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat
yang mengkagumkan. Mereka juga mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak
pula berlaku pada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai
‘stimulusoverselectivity’ iaitu perkara atau ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

3
Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak
berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan dalam bentuk
yang asal (uncoded form). Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam
jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat
sebagaimana kebiasaan orang lain.

Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara
kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat
perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua perkara
menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan
seumpamanya. Namun terdapat juga individu autistik yang mempunyai kemahiran tertentu yang
tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa,
contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis.

2.2 Perkembangan Psikomotor

Ketidaksempurnaan perkembangan fizikal juga boleh berlaku pada kanak-kanak.


Disebabkan oleh, kekurangan dalam aspek perkembangan fizikal, kanak-kanak tersebut tidak
dapat melakukan aktiviti yang sama dengan kanak-kanak yang sebaya. Antara penyakit yang
boleh menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan fizikal adalah Cerebral Palsy. Cerebral
Palsy (CP) atau palsi serebrum merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan
kerana serebrum mengalami kerosakan. Ini bermaksud, pergerakan badan melibatkan
psikomotor major dan psikomotor minor terjejas. Bahagian otak serebrum yang mengalami
kerosakan itu tidak dapat disembuhkan, berkekalan dan bermaksud kanak-kanak “Cerebral
Palsy” mengalami ketidakupayaan perkembangan sepanjang hidup sehinga dia dewasa.
Kanak-kanak “Cerebral Palsy” menghadapi kesukaran melakukan semua aktiviti rutin harian
seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya. Walaupun demikian,
kerosakan serebrum itu tidak akan bertambah teruk. Gejala ini boleh berlaku semasa kanak-
kanak masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau selepas dia dilahirkan.

4
Rajah 1: Seorang kanak-kanak ‘cerebral palsy’ sedang memanjat tangga

2.3 Perkembangan Afektif

Ketidaksempurnaan perkembangan afektif berkaitan dengan moral dan perilaku seorang


kanak-kanak yang tidak sempurna mengikut tahap umur kanak-kanak tersebut. ADHD
(attention deficit hyperactive disorder) merupakan salah satu ketidakupayaan dalam
pembelajaran. Kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak, tidak mendengar cakap dan
hiperaktiviti. Istilah gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan telah digunakan oleh
profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan
berpanjangan pada kanak-kanak yang berketidakupayaan ADHD. Pengambilan gula yang
berlebihan terutama oleh kanak-kanak ADHD yang boleh menyebabkan tindakbalas dan
rangsangan otak terhadap otot dan fungsi anggota badan.

5
3.0 Perkembangan Emosi

Sejak awal kelahiran, manusia akan sentiasa berkembang dari pelbagai sudut iaitu
pertumbuhan fizikal, psikologi, mental dan sebagainya. Emosi juga adalah suatu bentuk daya
kognitif yang terbentuk dan berkembang secara peringkat demi peringkat semenjak awal
kelahiran hingga kematian.

Emosi adalah perasaan, psikologikal (jiwa) dan fisiologikal (kehidupan), dalam tindak
balas seseorang terhadap sesuatu perkara yang berkaitan keperluan dan kehendak peribadi
seseorang individu. Di sini membawa maksud cara seseorang bereaksi atau memaparkan
reaksi emosi terhadap keperluan dan kehendak dirinya sendiri. Emosi Kegembiraan,
kemarahan, kerisauan, ketakutan dan tindak balas emosi yang lain memfokuskan kepada
tumpuan kanak- kanak terhadap aspek-aspek penting dalam kehidupan mereka dan membantu
kanak-kanak mengembangkan idea-idea baru, matlamat dan perancangan. Wujudnya emosi
dalam diri kanak-kanak menunjukkan mereka peka terhadap keadaan dan perubahan-
perubahan sekeliling. Kita dapat mengetahui ilustrasi emosi kanak-kanak dalam kehidupan
seharian. Contohnya bayi sedih apabila ibunya tidak memberi perhatian terhadapnya. Rasa
sedih timbul apabila keinginan tidak dipenuhi atau kehilangan sesuatu. Emosi boleh
diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu emosi positif contohnya rasa gembira, seronok, dan
bersemangat dan emosi negatif contohnya seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan
sebagainya.

Menurut Jamila (2005) emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
Antaranya adalah sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal
jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
Selain itu, kanak-kanak juga akan menyerang dan merosakkan apa saja berhampirannya jika
emosinya terganggu. Kanak-kanak tidak mempunyai rasa simpati, tidak memahami perasaan
orang lain dan ada kalanya mencederakan diri sendiri.

6
4.0 Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang


membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima
oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses
sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan
penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial
kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses
peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial, persahabatan,dan
perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari
tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga
mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial.
Misalnya, mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan
pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial
yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun
demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai
kumpulan etnik dan budaya. Salah satu teori perkembangan sosial yang penting telah
dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, teori
ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erik Erikson menerangkan
perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan
peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang
berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap
peringkat perkembangan ini. Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini, empat
peringkat yang pertama menerangkan perkembangan sosialisasi dalam kalangan bayi dan
kanak-kanak.

Interaksi sosial kanak-kanak ketidaksempurnaan perkembangan sepeti autism amat


terhad. Kanak-kanak tersebut kebiasaanya akan tidak menghiraukan orang lain, tidak mahu
bertentang mata apabila bercakap, dan tidak suka bermain dengan rakan sebaya seperti
menjauhkan diri daripada orang di sekeliling. Menurut Jamila (2005) perkembangan sosial

7
kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung pada pengalaman mereka, cara
layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri bagi
membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan memahami
perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri,
kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak amat penting


dalam kehidupan setiap individu di sekeliling kanak-kanak tersebut. Hal ini, adalah untuk
memastikan bahawa perkembangan kanak-kanak tersebut seiring dengan tahap umurnya.
Pengetahuan awal dapat menapis dan mencegah tanda-tanda awal kanak-kanak
ketidaksempurnaan perkembangan. Oleh itu, pihak ibu bapa, guru, sekolah dan juga komuniti
haruslah peka akan perkara ini. Hal ini agar kehidupan rakyat di dalam negara akan aman dan
harmoni.

You might also like