You are on page 1of 3

1.

Afifa Nazeera Johari Abbie BP14161021

2. Rachel R.A Piong YR2017-1045

Jean Piaget

1.

a) Perkembangan Fizikal

Menurut Woolfolk dan Margetts 2007, perkembangan fizikal merujuk kepada kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, perubahan saiz fizikal, perawakan manusia dan fungsi anggota-anggota
badan. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam berat badan, ketinggian
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan
kognitif dan emosi. Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.

Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan
alam sekitar, psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Proses ini juga sering dikaitkan dengan
kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan
aktiviti sehari-hari.

b) Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif adalah berkaitan dengan keupayaan manusia untuk mengumpul


maklumat. Selain itu, perkembangan kognitif juga merupakan perkembangan proses pemikiran yang
merangkumi proses menghafal, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Perkembangan kognitif kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu pemikiran,
persepsi, penyelesaian masalah dan pembentukan konsep. Perkembangan kanak-kanak pada awal
tahun, mereka akan mula dengan proses peniruan, ingatan dan pemikiran semula.

Pada peringkat yang kedua, kanak-kanak melibatkan diri dalam perkembangan bahasa dan
pemikiran simbolik awal. Pada peringkat pra operasi, perkembangan kognitif kanak-kanak berfikir
dengan menggunakan simbol.

Tambahan pula, kanak-kanak ini akan mula berfikir secara egosentrik dan mereka mempunyai
andaian bahawa orang lain mempunyai perspektif sama dengan mereka maka pemikiran kanak-kanak
ini lebih berorientasikan konsep me,mine, dan I. Pada peringkat operasi konkrit mereka dapat
memikirkan tentang perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Akhir sekali, pada peringkat
operasi formal mereka memahami konsep-konsep yang abstrak seperti demokrasi, keadilan, dan
kezaliman.
2. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut Jean Piaget, tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir,
dengan ini tentu perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Jean Piaget menyatakan
bahawa terdapat empat peringkat perkembangan intelek. Iaitu:

i. Perkembangan semasa bayi (Peringkat Deria Motor)

Piaget percaya bahawa aktiviti kognitif pada masa ini didasarkan pada pengalaman
langsung anak melalui interaksi antara pancaindera dan alam sekitar. Semasa interaksi beberapa bulan
pertama kanak-kanak dapat mengawal persekitarannya dengan membuat gerakan fizikal. Apabila
kanak-kanak itu menendang kaki, ibu bapa bermain dengan anaknya. Oleh itu, kanak-kanak itu terus
menendang kakinya agar dapat bermain dengan orang tuanya. Ini dipanggil tindak balas circular.
Kemudian pada tahap ini (sekitar 18 bulan) kanak-kanak belajar bahawa objek tidak
terhenti wujud hanya kerana ia tidak dapat dilihat. Ini dikenali sebagai objek kekal. Kanak-kanak
belajar meniru individu. Menjelang akhir tempoh, bahasa sebenar mula berkembang, dan oleh
meniru orang lain, kanak-kanak membuat kemajuan yang pesat dalam penggunaan bahasa. Anak juga
dapat menggunakan kata-kata sederhana,contohnya katak melompat.

ii. Perkembangan semasa awal kanak-kanak (Peringkat Pra Operasi)

Persekitaran deria tidak lagi mengikat kualiti pemikiran pada tahap ini. Perbendaharaan kata
meningkat pesat termasuk keupayaan untuk memahami dan menggunakan kata-kata. Adalah
dipercayai bahawa, kanak-kanak berusia 2 tahun memahami antara 200 - 300 perkataan. Menjelang
akhir 5 tahun mereka mampu memahami kira-kira 2,000 perkataan.

Perkembangan bahasa kanak-kanak pada tahap ini berkembang lebih cepat jika orang dewasa
berkomunikasi dengan mereka. Ini boleh dilakukan melalui ceramah, membaca cerita, nyanyian lagu,
atau lagu-lagu dodoi. Belajar pada peringkat ini adalah intuitif dengan kanak-kanak yang bergantung
banyak pada impuls dalaman, iaitu mereka didedahkan dalam monologi - kanak-kanak bercakap
dengan diri dan melakukan perbuatan. Mereka berpura-pura banyak dan bermain dengan kawan-
kawan khayalan dan menceritakan cerita liar daripada imaginasi.

Kemudian pada peringkat ini (empat) kanak-kanak belajar untuk mengumpul objek ke dalam
kelas pada asas saiz, bentuk atau warna. Anak-anak kini dapat membuat perbandingan seperti "tinggi"
berbanding "pendek".Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak mampu pada peringkat ini untuk
mengendalikan konsep abstrak. Mereka hanya boleh perkara-perkara yang wujud secara fizikal atau
yang ada di hadapan mata mereka.
iii. Peringkat Operasi Konkrit

Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai umur 7 hingga 11
tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula faham dengan menggunakan konsep dan idea. Walau
bagaimanapun, keupayaan kanak-kanak mempunyai limitasi untuk memanipulasi konsep dan idea
pada tahap ni dan ia bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh sahaja. Contohnya,
kanak-kanak pada tahap ini tidak mampu untuk berfikir tentang konsep-konsep yang abstrak seperti
demokrasi, keadilan dan seumpamanya. Namun begitu, mereka mula menerima pendapat orang lain
sekali gus berupaya memberi perhatian kepada semua aspek. Tambahan pula, kanak-kanak juga dapat
memperoleh konsep ruang, kelajuan dan masa.

iv. Peringkat Operasi Formal

Peringkat Operasi Formal ini bermula apabila kanak-kanak berumur 12 tahun dan terus
berlangsung sehingga remaja akhirnya mencapai ke tahap dewasa. Pada tahap ini kanak-kanak
berupaya untuk berfikir secara abstrak serta mampu memikirkan sesuatu secara simbolik. Di samping
itu, pada tahap ini remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik sekali gus memikirkan bahawa
kesemua kemungkinan yang berlaku secara sistematik untuk memecahkan masalah. Namun begitu,
kelakuan remaja adalah ke arah lebih negatif, contoh yang paling ketara ialah remaja mempunyai
ketidakstabilan emosi dan mereka sering menunjukkan sikap yang memberontak dalam diri mereka.

You might also like