You are on page 1of 12

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA)

DIPLOMA PERGURUAN ASAS

KOHORT: 22

DAM 2013 PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DR RAMLAN HAMZAH

TAJUK: TEORI KOGNITIF DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. NAMA: NORJANNAH BINTI MOHD HIDZIR

NO PELAJAR: DPA202110(22)004

2. NAMA: NUR FARAH AFIQAH BINTI AWANG@AWANG NORDIN

NO PELAJAR: DPA202110PI(22)001
Pengenalan

Sebenarnya kita dapat melihat kanak-kanak pintar dan cerdas memiliki perkembangan yang
berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal dari segi kognitif dan fizikal. Hal ini kerana
perbezaan tersebut dapat diperhatikan dan dikenalpasti dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat
pelbagai ciri kognitif dan fizikal yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak namun berbeza bagi
setiap individu. Ciri-ciri ini dapat memberikan kesan yang positif dan negatif.
Walaubagaimanapun, pelaksanaan atau perancangan program yang bersesuaian dengan ciri-
ciri yang dimiliki penting supaya ciri yang memberi kesan negatif dapat dikurangkan atau
dihapuskan manakala ciri positif dapat dipertingkatkan. Pendekatan kognitif menekankan pada
proses mental dalaman iaitu maklumat yang diterima akan diproses melalui pemilihan, dan
penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini
kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental
dalaman tersebut. Otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan
menukarkan maklumat kepada info baru.

Konsep Perkembangan Kanak - Kanak

Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep perkembangan kanak - kanak
antaranya mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosio-emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Atan Long, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada
peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan.
Secara keseluruhannya, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih
awal.

Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Mok Soon Sang, perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat iaitu

Peringkat pra-lahir bayi: 0 hingga 9 bulan


Peringkat bayi: 0 hingga 2 tahun
Peringkat awal kanak–kanak: 2 hingga 3 tahun
Peringkat pertengahan kanak–kanak: 6 hingga 9 tahun
Peringkat akhir kanak–kanak: 9 hingga 11 tahun
Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan.
Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta
kualiti, Terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak,

Prinsip pertama adalah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Contohnya,


seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.
Prinsip kedua adalah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripada keadaan umum kepada keadaan yang lebih spesifik. Proses ini melibatkan
permulaan fungsi umum suatu anggota badan kepada yang lebih fungsi khusus.
Contohnya bayi akan mula memberi isyarat jari dengan hanya mengangkat tangan
namun apabila semakin membesar, bayi tersebut dapat memberi isyarat yang
bersesuaian seperti melambai, atau menunjuk sesuatu.
Prinsip ketiga adalah pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merupakan satu
proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan, kanak-kanak
akan menambah kemahiran yang sedia ada sebagai asas untuk mencapai kemahiran-
kemahiran baharu kelak. Contohnya, pada umur tiga tahun kanak-kanak akan belajar
cara untuk memegang pensil manakala pada umur lima tahun pula kanak-kanak tersebut
akan menggunakan kemahiran memegang pensil itu untuk belajar menulis. Hal ini
berterusan apabila kanak-kanak tersebut akan menggunakan kemahiran menulis untuk
belajar menulis beberapa patah perkataan dan kemahiran ini semakin diperkembangkan
seiring dengan meningkatnya umur.
Prinsip yang keempat adalah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi
kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh,
sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala terdapat
segelintir yang boleh berjalan pada usia 18 bulan. Hal ini sebenarnya menjejaskan
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini juga dapat dilihat ketika
kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip kelima adalah perkembangan hasil interaksi antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam
seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan berlari. Keadaan ini
dipengaruhi oleh faktor - faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan,
proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Selain itu, mereka menyatakan
bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembag potensi
yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan
yang sempurna memungkinkan seseorang itu berlari tetapi dia hanya boleh berlari
dengan baik jika berlatih atau meniru cara - cara berlari mengikut teknik yang betul.

Teori Kognitif
Secara umumnya, ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah
mudah dan merupakan proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. Proses dalaman
merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.
Teori kognitif ini juga menjelaskn bahawa pembelajaran adalah sebagai satu proses yang aktif
yang akan berlaku dalam diri setiap individu. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental
untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk
memperoleh satu makna yang baru dalam setiap pembelajaran baru yang berlaku dalam
kehidupannya. Hal ini juga membuatkan pelajar lebih kritis dan kreatif dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi. Sebenarnya di dalam setiap pembelajaran, pelajar akan
membentuk struktur kognitif dalam ingatannya iaitu setiap kali individu itu belajar, individu
tersebut akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan.
Teori ini telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh psikologi pendidikan yang terkemuka dan
berpengaruh terhadap teori pembelajaran kognitif iaitu Kurt Koffka, Wolfag Kohler, Max
Wertheimer, Bruner, Gagne dan Ausabel. Menurut mazhab Gestalt ini yang menyatakan
bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mengelola, menyusun, menyimpan dan
mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhati pertalian antara
pengalaman yang sedia ada ada dengan masalah yang dihadapi.

Berdasarkan fakta yang dinyatakan dalam teori Piaget iaitu sejak dari lahir kanak- kanak
menguasai kemahiran dan pengetahuan secara berperingkat seiring dengan pertumbuhan
fizikal. Kanak-kanak akan membina struktur pemikiran, skema, dan konsep yang berkaitan
untuk memahami alam persekitaran mereka. Piaget turut menegaskan bahawa struktur kognitif
semakin lama akan menjadi lebih kompleks. Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa
perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat turutan yang ketara.

Peringkat-peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


Piaget telah mengemukakan empat peringkat pekembangan kognitif yang utama, iaitu sensori
motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Semua kanak-kanak mesti melalui
kempat-empat peringkat ini dalam urutan yang sama akan tetapi pada kadar masa yang
diambil untuk mencapai setiap peringkat mungkin berbeza-beza dalam kalangan para pelajar
mengikut kemampuan masing-masing.

Perkembangan pemikiran kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:

Peringkat Umur Ciri-ciri


Sensori Motor 0 - 2 tahun  Dapat membezakan diri dan orang lain.

 Boleh meniru gaya orang sekeliling

 Dapat mengingat sesuatu

 Bersifat egosentrik iaitu kehendaknya


adalah perkara yang paling penting dan
mesti dilayani dengan serta merta.
 Belajar melalui asimilasi dan akomodasi.

 Rasa selamat di bahu ibu.

 Menyedari bahawa sesuatu objek masih


wujud walaupun telah disembunyikan.

Pra-Operasi 2 – 7 tahun  Memahami persekitaran melalui interaksi.

 Mula berfikir dalam bentuk simbolik.

 Dapat menggunakan patah perkataan


secara perlahan.
 Memerlukan bahan maujud untuk melihat
dan menyentuh.
 Boleh membuat klasifikasi mudah.

Operasi Konkrit 7 - 11 tahun  Lebih menggunakan fikiran akomodasi


daripada asimilasi.
 Memahami konsep pengekalan dan dapat
membuat klasifikasi.
 Dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
 Mula menggunakan logik untuk
memahami pengalaman fizikal.

Operasi Formal 11 tahun ke atas  Tidak perlu objek konkrit untuk memahami
sesuatu.
 Boleh menyelesaikan masalah abstrak
dengan menggunakan logik dan rasional.
 Membuat keputusan yang bijak.
 Berupaya untuk berfikir secara deduktif dan
membuat hipotesis.
 Mula menyoal diri tentang
aspek kerohanian.
 Berfikir secara dewasa.

Jadual: Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Konsep Piaget
Piaget telah mengemukakan konsep berkaitan dengan proses pembelajaran iaitu
skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.
(a) Skema:
Merupakan struktur mental yang digunakan untuk menyusun maklumat dan
pengalaman yang diperolehi daripada pesekitaranya.
Struktur mental berubah secara dinamik dan akan menyesuaikan diri kepada
mental dan pembelajaran yang diterima.

(b) Asimilasi:
Merupakan proses kognitif yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman
baru dalam skema kognitif yang sedia ada.
Skema kognitif akan berkembang dengan meningkatkan pengalaman baru,
tetapi struktur asasnya tidak berubah.
Asimilasi cuba menempatkan konsep-konsep baru dalam dengan bantuan
skema struktur kognitif yang yang tetap ada.

(c) Akomodasi:
Proses mengubah struktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan
kefahaman dengan konsep baru.
Individu akan cuba mengasimilasikan kefahaman baru kepada sedia ada apabila
menghadapi sesuatu pengalaman baru.

(d) Adaptasi:
Keadaan dimana struktur skema kognitif membuat perubahan sehingga
mencapai tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan
persekitaran.
Keadaan stabil berlaku apabila kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang
difahami dan dan dipelajari dalam persekitaran mereka.
Perbandingan Aspek Perbezaan Fizikal, Psikomotor, Kognitif, Dan Emosi Kanak-Kanak

Kanak-kanak 1 Kanak-kanak 2
Nama: Muhammad Danish B. Abd Hamid Nama: Nur Amanda Bt. Ahmad Sofian
Umur: 7 tahun Umur: 12 tahun
Berat: 20 kilogram Berat: 36 kilogram
Tinggi: 111 sentimeter Tinggi: 145 sentimeter
Pinggan-kaki: 69 sentimeter Pinggan-kaki: 88 sentimeter
Perimeter kepala: 54 sentimeter Perimeter kepala: 57 sentimeter
Ukurlilit pinggang: 61 sentimeter Ukurlilit pinggang: 62 sentimeter

PERKEMBANGAN FIZIKAL
Kanak-kanak 1 Kanak-kanak 2
(7 tahun) (12 tahun)
 Saiz fizikal kanak-kanak berkembang  Perkembangan fizikal mengalami
seiring dengan peningkatan usianya. perubahan yang ketara iaitu saiz dan
 Boleh melontarkan objek dengan tepat beratnya semakin bertambah.
 Menangkap bola dengan baik  Tubuh badan kanak-kanak ini semakin
 Mampu melekatkan kertas menggunakan membesar dan meninggi.
gam.  Mampu berlari dengan pantas daripada
 Mampu melompat setempat kanak-kanak dibawah umurnya.
(menggunakan kedua-dua kaki)  Mampu mengangkat barang yang berat.
 Mampu menulis dan melukis dengan
lebih kemas

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Kanak-kanak 1 Kanak-kanak 2
(7 tahun) (12 tahun)
 Menggunakan tutur bahasa yang baik  Boleh menerima pendapat orang lain
 Mampu mengikut arahan yang diberikan  Mampu menyelesaikan masalah yang
oleh guru dihadapinya
 Mula mengetahui warna-warna  Mampu membuat keputusan dengan
 Boleh mengumpul dan menyusun objek bijak
dengan baik  Boleh menaakul sesuatu secara
 Dapat mengaitkan perkataan dengan menggunakan konsep abstrak
gambar yang diberikan kepadanya  Gemar menilai sesuatu yang terjadi
PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR

Kanak-kanak 1 Kanak-kanak 2
(7 tahun) (12 tahun)
 Mampu memegang pensil dengan betul  Pendengaran bertambah tajam
 Mampu melukis gambar yang mudah  Tubuh badan kanak-kanak ini mampu
 Boleh mengikat tali kasut atau reben menyelaras dan mengawal motor dengan
 Membentuk tanah liat dalam bentuk baik
mudah dan rumit  Mampu mengimbangkan badan dengan
 Dapat menggunting kertas mengikut baik apabila dipegang
garisan yang ditetapkan  Kanak-kanak ini sudah boleh menguasai
kemahiran dalam pergerakan asas

PERKEMBANGAN EMOSI

Kanak-kanak 1 Kanak-kanak 2
(7 tahun) (12 tahun)
 Banyak ketawa apabila bermain dengan  Banyak ketawa apabila bermain dengan
orang yang dikenali orang yang dikenali
 Tidak dendam kepada kanak-kanak lain  Mampu menunjukkan pelbagai corak
 Sangat senang dipujuk ketika menangis perasaan seperti ketawa, kemesraan,
 Tidak cemburu apabila guru/penjaga marah dan lain-lain dengan secara
memberi perhatian kepada kanak-kanak spontan
lain  Dapat mengawal diri apabila marah
 Suka menjerit  Hanya menangis apabila sakit/lapar/letih
Implikasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah

Perkembangan dan pertumbuhan yang berlaku terhadap kanak-kanak dapat dilihat dari aspek
iaitu fizikal, psikomotor, kognitif dan emosi sangat berkait rapat dengan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Antara implikasi yang diperoleh adalah
seperti,
(a) Guru perlu membimbing pelajar dengan menggunakan persepsi pelajar itu sendiri
untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Hal ini memerlukan
pelajar menjalankan ujikaji atau pemerhatian untuk mereka memahami dan melihat
sendiri perkaitan antara unsur-unsur yang relevan dalam sesuatu masalah.
(b) Menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai.
Hal ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat memahami secara mendalam
isi pengajaran yang hendak diajar. Selain itu, hal ini juga dapat memberikan
pengalaman yang bermakna kepada pelajar disamping menarik minat pelajar untuk
belajar. Malah kaedah ini sesuai digunakan bagi memastikan pelajar di taraf
sederhana dan lemah dapat mengikuti pengajaran dengan baik.
(c) Membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal. Hal ini dapat
membantu guru menjalankan pemerhatian bahawa pelajar memahami atau pun tidak
isi pengajaran yang disampaikan. Selain itu, pelajar juga dapat memproses maklumat
yang diterima dengan lebih cepat.
(d) Guru boleh menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing
pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau
generalisasi. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang
diberikan dengan lebih mudah. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi
selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu. Proses ini lebih berkesan
jika guru memberi banyak contoh yang khusus dan pelajar cuba membuat
generalisasi yang betul.
(e) Guru menggunakan strategi mengenai sesuatu pengajaran koperatif dan kolaboratif
serta pengajaran secara berkumpulan. Pembentukkan kumpulan dengan tahap
kemahiran yang pelbagai membolehkan pelajar yang kurang mahir dapat mempelajari
ilmu tersebut daripada pelajar yang mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan
dan sokongan daripada rakan - rakan yang sudah memahami konsep yang diajar
(f) Guru perlu mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan
pengalaman mereka. Guru juga boleh mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar
untuk membantu mengajarkan sesuatu yang baru. Sebagai contoh, pelajar yang
pernah melihat situasi kebakaran akan dapat menggambarkan keadaan ketika
situasi itu berlaku berbanding pelajar yang tidak pernah melaluinya. Namun begitu,
pengajaran yang ingin dijalankan perlu juga diukur dari segi kebolehan pelajar.
Sekiranya mengajar pelajar di tahap lemah perlulah menggunakan bahan
rangsangan yang bersesuaian berbanding mengajarkan pelajar di tahap sederhana.
(g) Membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Bahan bantu mengajar yang
bersesuaian adalah penting bagi memastikan proses berfikir dan celik akal murid
berlaku dengan teratur. Proses memahami juga akan berlaku dengan lebih mudah.

Kesimpulan
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi
jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.

Perkembangan dipengaruhi oleh plbgai aspek sehingga individu mencapai tahap


perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan
bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak - kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya. Dengan menggunakan teori kognitif ini, kita dapat mengenali dengan lebih
mendalam perihal kanak-kanak sekaligus memudahkan kita bagi memberikan didikan dan
pengajaran yang akan mmbawa seribu kebaikan kepada dirinya pada masa hadapan kelak.
BIBLIOGRAFI

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Psikologi
Pendidikan. Selangor. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ramlan Jantan, Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan. Tanjong Malim, Perak. Mc
Graw-Hill Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Psikologi pendidikan. Ipoh, Perak. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Mok Soon Sang. (2012). Pedagogi. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Azizah Abd Rahman. 6 Disember 2021. Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran


Di Dalam Kelas. (Temubual)

Muhammad Danish B. Abd Hamid. 13 Disember 2021. Perkembangan Kanak-kanak.


(Temubual dan Pemerhatian).

Nur Amanda Bt. Ahmad Sofian. 13 Disember 2021. . Perkembangan Kanak-kanak.


(Temubual dan Pemerhatian).
LAMPIRAN

Gambar: Sesi temu bual di platfom Google Meet bersama seorang guru, iaitu Puan Azizah
Abd Rahman untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak.

You might also like