You are on page 1of 31

PEMBELAJARAN DAN

PERKEMBANGAN PELAJAR
Topik 7:

Pembelajaran Melalui Kognitif, Psikomotor


dan Afektif Pelajar Remaja
HASIL PEMBELAJARAN
• Menghuraikan kemahiran pemprosesan maklumat.

• Menerangkan teori perkembangan kognitif Piaget.

• Mengaplikasikan teori Piaget – Satu renungan.

• Menerangkan teori sosiobudaya Vygotsky.

• Menghuraikan hubungan kognitif, afektif dan psikomotor


dalam
pembelajaran yang efektif.
PENGENALAN
• Pembelajaran melalui kognitif, afektif dan
psikomotor penting dalam konteks proses
mental.
• Kemahiran pemprosesan maklumat,
peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan
proses penyelesaian masalah.
• Perkembangan kognitif Piaget.
• Teori sosiobudaya Vygotsky.
• Hubungan kognitif, afektif dan psikomotor
dalam pembelajaran yang efektif.
7.1 Kemahiran Pemprosesan Maklumat
• Minda manusia dianggap suatu sistem yang kompleks
untuk storan.
• Dalam era remaja, kapasiti sistem pemprosesan
maklumat meningkat sehingga wujudnya pemikiran
yang kompleks dan canggih.
• Pelajar remaja dapat mengurus masalah pembelajaran
secara sistematik berbantukan kemahiran yang dimiliki
sekian lama.
• Fungsi kognitif dalam pemprosesan maklumat
mengutamakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian dengan pelajar remaja dalam mengurus
maklumat mengikut peredaran umur daripada struktur
psikologi dalaman.
• Menurut Sprinthall dan Collins (1995), tiga aspek dalam
pemprosesan maklumat memberi sumbangan kepada
perubahan fungsi:

a) Peningkatan ilmu pengetahuan

b) Perubahan dalam prosedur dan peraturan yang meningkatkan


kecekapan

c) Kapasiti dalam mengurus fungsi-fungsi mental secara serentak

• Ketiga-tiga aspek diperincikan seterusnya.


7.1.1 Peningkatan Dalam Ilmu Pengetahuan
• Sumbangan yang penting terhadap
perkembangan kognitif ialah keupayaan
pemprosesan.
• Pelajar remaja yang menghadapi tugasan
pembelajaran perlu dikerah untuk menguasai
ilmu pengetahuan ke arah tahap perkembangan,
keupayaan intelektual dan kepakaran.
• Ilmu pengetahuan sentiasa dianggap memberi
impak tinggi berbanding prestasi kognitif yang
dimiliki oleh pelajar remaja.
7.1.2 Perubahan dalam Prosedur dan Peraturan
• Pelajar remaja berupaya untuk menyelesaikan masalah
dalam cara-cara yang berbeza berbanding murid dan
kanak-kanak.

• Remaja juga menggunakan mnemonics untuk mengingat


pelbagai perkara (Kail, 1990). Sebagai contoh remaja
belajar untuk mengeneralisasikan peraturan kepada
situasi yang berbeza-beza.

• Mereka juga belajar mengenal situasi yang memang


tidak dapat mengaplikasikan peraturan yang telah
dikenal pasti sebelumnya.
7.1.2 Perubahan dalam Prosedur dan Peraturan
• Dalam konteks pembelajaran, remaja berjaya menilai dan
mengubah suai peraturan dengan tepat dan cekap.

• Semasa pembelajaran proses penyelesaian masalah,


pelajar seharusnya bersedia secara mental dan bagaimana
untuk mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan
masalah sehingga mereka memperkecilkan skop
mengikut bahagian untuk menguruskan dengan berkesan.

• Selepas itu, dapat menghubungkan dan mencantumkan


bahagian yang dipisahkan sebelumnya.
7.1.2 Perubahan dalam Prosedur dan Peraturan
• Remaja lebih dinamik dalam usaha untuk merancang
fungsi semasa mendekati masalah sehingga
menggunakan bahan bantu mengajar seperti nota,
gambar dan sebagainya sewaktu mengurus masalah.

• Menurut Flavell (1985), remaja adalah lebih baik dalam


mengingat informasi yang dicari semasa cuba
menyelesaikan masalah pembelajaran.

• Dengan itu, prosedur dan peraturan dimodifikasi dalam


penimbaan informasi oleh remaja dan proses
pembelajaran.
7.1.3 Perubahan dan Keupayaan Mental untuk
Pemprosesan
• Kebanyakan tugas kognitif memerlukan usaha mental
apabila dibuat pada kali pertama.
• Remaja dapat membuat banyak tugas dalam masa yang
singkat dan serentak.
• Remaja mempunyai keupayaan mental yang canggih
untuk berbuat demikian.
• Pengalaman dalam membuat sesuatu tugas yang
berkaitan dengan kemahiran memerlukan masa yang
lebih pada awalnya.
7.1.3 Perubahan dan Keupayaan Mental untuk
Pemprosesan
• Pelajar remaja dapat memproses penimbaan ilmu
pengetahuan dengan cepat apabila telah menguasai
kemahiran asas dengan cekap.
• Dalam pada itu, pelajar remaja dapat mengurus
kemahiran yang kompleks dan abstrak melalui
pembelajaran yang berterusan.
• Pemprosesan maklumat secara sistematik dapat dibuat
dengan cepat kerana pelajar remaja menimba kemahiran
membaca dan menganalisis maklumat yang releven
semasa mereka dalam perkembangan zaman remaja.
7.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

• Jean Piaget percaya bahawa semua kanak-kanak mengalami


tahap-tahap perkembangan intelektual.
• Kebanyakan idea muncul hasil pemerhatian daripada anak-
anaknya sendiri yang berjaya menyelesaikan masalah
pemikiran.
• Piaget dipengaruhi oleh dua proses yang membantu dalam
perkembangan intelek, iaitu asimilasi dan akomodasi.
• Menurut Santrock (2006), asimilasi berlaku apabila kanak-
kanak menggabungkan ilmu pengetahuan baru dalam ilmu
pengetahuan yang sedia ada.
• Akomodasi berlaku apabila kanak-kanak mengubah suai
skema kepada persekitaran. Suatu skema ialah konsep atau
kerangka yang wujud dalam minda individu untuk
mengorganisasi dan menginterpretasi maklumat.
7.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

• Piaget menyatakan bahawa, kanak-kanak mengorganisasikan


pengalaman mereka.
• Konsep yang digunakan oleh Piaget ialah organisasi.
• Kanak-kanak perlu menggunakan tingkah laku kepada tahap
tinggi untuk menjalankan sistem kognitif secara efektif.
• Pengubahsuaian organisasi adalah sebahagian daripada
perkembangan.
• Sekiranya kanak-kanak mempunyai idea yang kurang jelas
tentang sesuatu pembelajaran, maka hasilnya kanak-kanak
kurang berupaya dari segi penerimaan ilmu pengetahuan baru.
• Jadi, kanak-kanak harus mengintegrasikan cabang-cabang
ilmu pengetahuan yang berkembang secara bebas melalui
perkembangan organisasi yang berlaku pada tahap-tahap
perkembangan atau merentas tahap-tahap perkembangan.
7.2 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

• Menurut Santrock (2006), saranan istilah


penyeimbangan (equilibration) oleh Piaget adalah suatu
mekanisme untuk menerangkan bagaimana kanak-
kanak mengalih pemikiran daripada suatu tahap kepada
yang lain.
• Pengalihan pemikiran berlaku apabila kanak-kanak
mengalami konflik kognitif atau ketidak-penyeimbangan
(disequilibrium) dalam percubaan untuk memahami
dunia persekitaran.
• Seterusnya, mereka menyelesaikan konflik dan
memperoleh keseimbangan pemikiran.
• Dalam pemerhatian Piaget, terdapat empat tahap dalam
perkembangan kognitif seperti berikut:
7.2.1 Tahap Sensori Motor
(Sejak Lahir – 12 tahun)
 Pada tahap ini persepsi bayi adalah melalui dunia.
 Dalam usia ini, bayi cuba belajar mengkordinasikan
pengerakannya dengan
informasi daripada derianya.
 Pada tahap ini pengekalan objek (object permanence),
iaitu suatu
pemahaman objek wujud walaupun objek tersebut tidak
kelihatan di
depannya.
7.2.1 Tahap Praoperasi
(Sejak 2 tahun – 6 tahun/7 tahun)
 Pada tahap ini kanak-kanak mula mewakili dunia
dengan kata-kata dan imej.
 Dalam tahap ini, kanak-kanak mula menggunakan
bahasa dan memikir secara simbolik, tetapi kekal
intuitif dan egosentrisme.
 Egosentrisme adalah ketidakupayaan untuk
membezakan antara perspektif seseorang dangan orang
lain. Sebagai contohnya:

Father: Mary, is Mommy there?


Mary: (silently nods)
Father: Mary, can I speak to mommy?
Mary: (Nods again silently.
(Santrock, 2006:41)
 Respon Mary adalah egosentrik kerana dia gagal menyedari bahawa dia tidak
boleh melihat anggukannya.
 Apabila kanak-kanak mula menggunakan penaakulan primitif dan ingin
mengetahui jawapan kepada kesemua soalan baik yang mudah atau yang
kompleks.
 Piaget menyatakan intuitif kerana kanak-kanak menganggap ilmu pengetahuan
dan pemahaman mereka adalah betul tetapi mereka tidak sedar apa dan
bagaimana mereka mengetahuinya (Santrock, 2006).
 Dalam keadaan ini mereka menyatakan bahawa mereka mengetahuinya tetapi
tanpa menggunakan pemikiran rasional.
 Dalam pada itu, penumpuan pada sesuatu sifat sehingga mengabaikan yang
lain.
 Sifat ini adalah ciri kanak-kanak pada tahap praoperasi.
 Ciri-ciri sesuatu objek adalah sama walaupun objek mungkin bertukar sifatnya
apabila dilihat secara luaran dengan mata kasar.
 Piaget menyatakan istilah itu sebagai konservasi (conservation).
 Piaget menyatakan tugas konservasi cecair merumuskan bahawa kanak-kanak
adalah dalam tahap praoperasi dalam pemikiran.
 Sekiranya kanak-kanak menjawab dengan betul, maka mereka adalah dalam
tahap pemikiran operasi konkrit.
7.2.2 Tahap Operasi Konkrit
(umur 7 hingga 11 tahun)

 Suatu perkembangan dalam tahap ini ialah kanak-kanak menguasai


konservasi, iaitu konsep tentang berat, jisim dan bentuk objek yang
berubah.
 Menurut Coon dan Mitterer (2007), kanak-kanak telah mempelajari
konservasi apabila mereka memahami bahawa ”tanah liat dapat
dibentuk dalam bentuk ”ular” tidak akan meningkatkan berat tanah
liat”.
 Dalam pada itu, menuang air dalam gelas yang tinggi dan sempit ke
dalam piring yang cetek tidak akan mengurangkan jumlah kandungan
air.
 Semasa dalam tahap ini, kanak-kanak mula menggunakan konsep
masa, ruang dan nombor.
 Mereka dapat memikir secara logik tentang objek atau situasi yang
konkrit, kategori dan prinsip-prinsipnya.
7.2.3 Tahap Operasi Formal
(11 tahun dan ke atas)
 Pada tahap operasi formal, kanak-kanak mula memikir lebih
kepada prinsip abstrak, seperti demokrasi, pengiktirafan dan
pemikiran.
 Mereka mula keluar daripada memikir secara konkrit dan
contoh spesifik yang dilakukan dalam tahap operasi konkrit.
 Kanak-kanak dalam tahap ini juga boleh memikir tentang
pemikiran mereka dan menjadi kurang egosentrik.
 Dalam pada itu, keupayaan intelek dewasa adalah misi utama
dalam operasi formal ini.
 Menurut Coon dan Mitterer (2007), remaja tua adalah
berkeupayaan dalam penaakulan induktif dan deduktif.
 Mereka boleh memahami matematik, fizik, falsafah, psikologi
dan sistem abstrak yang lain.
 Kebanyakan remaja memikir secara formal tentang
beberapa tajuk, tetapi pemikiran mereka menjadi
konkrit apabila topiknya tidak popular.
 Ia memberi implikasi bahawa pemikiran formal adalah
hasil daripada budaya dan pembelajaran daripada aspek
matang.
 Dalam apa jua keadaan, apabila remaja mencapai usia
remaja tua, peningkatan dalam intelek adalah
berdasarkan pada memperoleh ilmu pengetahuan,
pengalaman dan berfikiran terbuka dalam menerima
maklumat dan penghujahan.
7.3 Aplikasi Teori Piaget - Satu Renungan
• Perkembangan intelek adalah dengan menyediakan pengalaman
pembelajaran yang mencabar.
• Menurut Coon dan Mitterer (2007), perkembangan intelek relajar
adalah melalui akomodasi.
• Menurut Heckhausen (1987), adalah baik jika guru mengikut strategi
satu langkah ke depan (one-step-ahead strategy), iaitu guru berusaha
mengajar lebih daripada pemahaman semasa kanak-kanak.
• Cara yang berkesan dalam memandu remaja, khususnya untuk
perkembangan intelek adalah dengan menyediakan pengalaman
pembelajaran yang mencabar.
• Menurut Coon dan Mitterer (2007), perkembangan intelek relajar
adalah melalui akomodasi.
• Menurut Heckhausen (1987), adalah baik jika guru mengikut strategi
satu langkah ke depan (one-step-ahead strategy), iaitu guru berusaha
mengajar lebih daripada pemahaman semasa kanak-kanak.
7.3 Aplikasi Teori Piaget - Satu Renungan

• Guru tidak seharusnya memaksa kanak-kanak belajar


membaca, membuat matematik, bermain gimnastik,
berenang atau bermain muzik dengan kadar cepat.
• Menurut Alvino et al., (1996), pengayaan intelek yang
sebenar menghormati keinginan kanak-kanak.
• Ia tidak akan memaksa kanak-kanak untuk belajar
dengan serius.
• Menurut Santrock (2006), terdapat beberapa strategi
mengajar untuk diaplikasikan teori Piaget dalam
pendidikan.
Strategi Mengajar dalam Pendidikan:
1. Wujudkan pendekatan konstruktivisme
• Piaget menekankan bahawa kanak-kanak belajar dengan baik apabila
mereka aktif dan mencari untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Dalam kesemua subjek, pelajar belajar dengan baik apabila meneroka,
merefleksi dan berdiskusi.
• Pelajar tidak dapat menerima ilmu pengetahuan dengan pasif tanpa
membuatnya sendiri.
2. Memudah cara daripada mengajar secara langsung
• Guru yang berkesan mereka situasi yang memberi laluan kepada
pelajar membuat.
• Keadaan ini membolehkan pelajar memikir dan meneroka ke arah
menyelesaikan maslah.
• Guru mendengar, memerhati dan bertanya soalan untuk membantu
pemahaman pelajar.
• Guru menyoal untuk merangsang pemikiran dan pelajar menerangkan

jawapannya secara terperinci.


3. Mengambil kira ilmu pengetahuan pelajar dan pemikiran
• Pelajar mempunyai banyak idea tentang dunia fizikal dan alam semula

jadi.
• Mereka mempunyai konsep ruang, masa, kuantiti dan kesan sebab-
musabab.
• Idea-ideanya berbeza-beza antara kanak-kanak dengan remaja.
• Guru perlu menginterpretasi dan memberi respons dalam bentuk
wacana perbincangan mengikut tahap perkembangan pelajar.
4. Menggunakan penilaian berterusan
• Makna yang dibentuk oleh pelajar tidak dapat diukur dengan ujian-
ujian standard.
• Portfolio seperti matematik dan bahasa yang mengandungi tugasan
pelajar boleh dijadikan aspek penilaian yang berterusan untuk
memaksimumkan kemahiran dan keupayaan pelajar.
5. Promosikan suasana intelek pelajar secara semula jadi
• Piaget menyatakan bahawa pembelajaran pelajar harus berlaku secara
semula jadi.
• Setelah bersedia secara kognitif, pelajar tidak seharusnya dipaksa
untuk mencapai tahap perkembangan yang tinggi lebih awal.
• Menurut Piaget, konsep menyegerakan perkembangan intelek
melibatkan pembelajaran pasif dan dianggap kurang berkesan.

6. Mengubah bilik darjah ke dalam suatu latar yang bercirikan penerokaan


• Guru harus mewujudkan bilik darjah yang berkonsepkan penerokaan.
• Guru meneliti keinginan dan penyertaan pelajar dalam aktiviti untuk
mengenal pasti tujuan pembelajaran.
• Guru hendaklah menggalakkan interaksi rakan sebaya semasa belajar
dan bermain untuk memberi ruang memikir dalam penyelesaian
masalah pembelajaran.
• Ada juga kritikan tentang teori Piaget bahawa beliau tidak memberi
tumpuan terhadap impak perkembangan budaya dan mental pelajar.
7.4 Teori Sosiobudaya Vygotsky
• Pengamatan Vygotsky tentang pemikiran pelajar adalah
melalui dialog dengan orang yang lebih berkeupayaan
(Vygotsky, 1962:1978).
• Kanak-kanak perlu belajar tentang kehidupan daripada
pelbagai tutor seperti ibu bapa, guru dan kanak-kanak
yang lebih tua daripadanya.
• Vygotsky menekankan penerokaan yang dibantu oleh
tutor yang berkemahiran.
• Menurut LeBlanc dan Bearison (2004), Vygotsky sedar
bahawa pada bila-bila, beberapa tugasan adalah lebih
susah atau kompleks untuk dibuat oleh kanak-kanak.
7.4 Teori Sosiobudaya Vygotsky
• Kanak-kanak mempunyai kemahiran mental yang hampir
dengan kemahiran yang diperlukan, tetapi adalah sedikit
kompleks untuk menguasainya.
• Kanak-kanak yang membuat dalam zon ini boleh maju jika
mereka menerima panduan daripada rakan atau guru yang
lebih berkemahiran. Zon ini disebut zon perkembangan
proksimal (ZPP). Proses yang digunakan disebut scaffolding,
iaitu suatu kerangka yang menyokong untuk sementara waktu.
• Dalam menjayakan konsep ZPP, guru perlu mengajar langkah
demi langkah untuk meneliti perubaran kemahiran ke arah
penyelesaian masalah pembelajaran, khususnya.
• Menurut Smith, Landry dan Swank (2000), kemahiran kognitif
daripada kanak-kanak yang berumur tiga hingga enam adalah
berkaitan kepada scaffolding yang diberikan oleh ibu bapa
mereka.
7.5 Hubungan Kognitif, Afektif dan Psikomotor
dalam Pembelajaran yang Efektif
• Domain kognitif melibatkan perubahan dalam penimbaan
ilmu pengetahuan.
• Manakala domain afektif terlibat dengan perubahan sikap
dan tingkah laku yang menjurus kepada pelajar dalam
pelbagai budaya hidup.
• Domain psikomotor berfokus kepada kemahiran fizikal
dan kinestetik termasuk penggunaan alatan sehingga
pelajar mahir dalam konteks pembelajaran.
• Dalam konteks domain kognitif, kategori analisis, sintesis
dan penilaian dianggap proses penyelesaian masalah.
• Domain kognitif adalah penyampaian ilmu pengetahuan
dalam konteks bilik darjah.
7.5 Hubungan Kognitif, Afektif dan Psikomotor
dalam Pembelajaran yang Efektif
• Guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan dianggap
menumpukan perhatian terhadap perkembangan
kognitif pelajar.
• Penyampaian ilmu pengetahuan berdasarkan subjek
amat bergantung kepada kategori dan penerangan
domain kognitif yang disarankan Benjamin Bloom.
• Suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius oleh
guru ialah domain afektif yang melibatkan perubahan
sikap dan tingkah laku.
• Guru perlu sedar dan mengaplikasi ilmu pengetahuan
dalam konteks afektif kerana pelajar terdiri daripada
pelbagai budaya dan bahasa.
7.5 Hubungan Kognitif, Afektif dan Psikomotor
dalam Pembelajaran yang Efektif
• Objektif psikomotor berfokus pada kemahiran fizikal dan
kinestetik yang membantu guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran.
• Domain psikomotor dicirikan oleh tahap tingkah laku yang
progresif daripada pemerhatian kepada masteri kemahiran
fizikal.
• Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung
pada cara guru mengajar dengan menghubungkan domain
kognitif, afektif dan psikomotor.
• Proses pengajaran yang berjaya amat bergantung pada guru.
• Dalam hal ini, guru harus menyediakan rancangan
pengajaran berpandukan ketiga-tiga domain untuk
memanfaatkan ilmu secara maksimum.
Lambaian
Malar Hijau
(Bersama Cikgu Jo dan Daneng)

You might also like