You are on page 1of 5

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SURVEI SOSIAL.

•Umumnya terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan apabila pengkaji memilih kaedah
tinjauan, antaranya ialah:.

• Kebaikan:

• Amat berguna khasnya dalam menghuraikan ciri-ciri bagi satu populasi yang besar

• Kajian melalui soalselidik dapat mengendalikan kajian yang sangat besar.

•Kelemahan:

•Kelemahan dalam kesahihan sesuatu maklumat

•Tidak boleh mengukur tindakan atau perbuatan sosial, mereka hanya dapat mengumpul
laporan yang dibuat

TEMUBUAL INDIVIDU

Kebaikan

Kadar respons yang tinggi

Boleh melihat persekitaran

Boleh tanya soalan tambahan untuk

memperjelaskan soalan/jawapan

Keburukan

Kos yang agak tinggi untuk melatih seseorang

untuk menjadi penemubual yang baik.

Kos yang tinggi untuk pengangkutan

Kemungkinan berlaku bias penemubual

(interviewer bias) paling tinggi


TINJAUAN BERASASKAN INTERNET

Kebaikan

Satu kaedah yang dapat dilaksanakan dengan cepat.

Merangkumi kawasan yang sangat besar

Dapat digunakan dengan imej dan bunyi

Dapat mengurangkan kerja-kerja memasukkan data.

Keburukan

Masalah persampelan – tidak merangkumi orang yang tidak mempunyai kemudahan internet.

Privacy responden – ada banyak kes maklumat ‘dicuri’ daripada laman web. Penyelidik
perlu menggunakan ‘secure server’

Rekabentuk tinjauan dan soalselidik menjadi lebih kompleks

PERBINCANGAN PENYELIDIKAN TINJAUAN

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan
bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya
dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan.
Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu
ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel
dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat
populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh
memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu,
salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum
(generalization) tentang sesuatu populasi.

Penyelidikan tinjauan mempunyai sejarah yang lama (Babbie, 1990, Jackson, 2002)
dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti politik, perniagaan, sosiologi dan
juga pendidikan. Contohnya, seorang ahli politik mungkin mengupah orang lain menjalankan
tinjauan bagi menilai peluangnya memenangi pilihan raya atau sebuah firma mungkin
menjalankan tinjauan bagi menaksir penerimaan produknya di kalangan pengguna. Kerajaan
di seluruh dunia juga menggunakan penyelidikan tinjauan untuk pelbagai tujuan seperti
menggubal dasar, menaksir impak dasar, menaksir reaksi rakyat pada sesuatu projek dan
sebagainya. Satu sebab kepopularan penyelidikan tinjauan adalah kos menjalankannya adalah
rendah secara perbandingan dan pelbagai maklumat dapat dipungut daripada ramai individu
dengan agak pantas.

Menurut Sapsford (1999), tinjauan ialah huraian terperinci dalam bentuk kuantiti
berkenaan suatu populasi (contohnya, 85 peratus guru tidak bersetuju murid dibenarkan
membawa telefon bimbit ke sekolah). Penyelidikan tinjauan bertujuan memperoleh maklumat
sebegini. Ia tergolong bawah penyelidikan kuantitatif berbentuk bukan eksperimen dan popular
di kalangan penyelidik. Ini bermakna tiada pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah
yang disiasat ialah pembolehubah yang sedia ada dalam persekitaran semula jadi.

Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa
bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu
bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan
dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat
mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk
item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah, selaras dengan responden,
elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden, elakkan
soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur, elakkan
mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang
negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala
likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman (Gay & Airasian, 2000).

Kekuatan penggunaan kaedah tinjauan dapat ditunjukkan seperti cara yang sering
digunakan bagi memperoleh maklumat masa lampau subjek salah satu daripada beberapa
teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi dapat
digunakan ke atas populasi manusia normal kecuali pada kanak-kanak, kaedah yang efisien
bagi mengutip data dalam jumlah yang banyak pada kos yang rendah dalam tempoh yang
singkat tinjauan yang berstruktur dan bersesuaian dengan analisis stastik.

Penyelidikan yang menggunakan strategi penyelidikan tinjauan (survey) lebih sesuai


sekiranya kajian itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang populasi melalui sample
atau tinjauan yang melibatkan elemen yang tidak banyak. Sampel yang dikumpul perlu
mempunyai kriteria atau sifat populasi tersebut. Perkara ini perlu agar maklumat yang
dikumpul melalui sampelan yang kecil itu dapat memberi pernyataan dan gambaran umum
tentang populasi secara keseluruhan.

Strategi tinjauan menekankan data yang lengkap, tuntas dan meliputi tajuk penyelidikan
yang diputuskan. Walaubagaimanapun, semasa mengumpul data, kawalan tidak dapat
dilakukan kecuali selepas data dikumpul iaitu melalui strategi statistik.

Seterusnya, strategi penyelidikan tinjauan sesuai untuk mendapatkan gambaran


deskriptif atau menentukan perkaitan sebab-akibat dan bagi kajian untuk meneroka. Ini sesuai
untuk membuat keumuman tentang populasi tertentu menurut kriteria keumuman.

Namun, strategi penyelidikan tinjauan didapati lemah daripada segi kriteria kawalan
dan sifat semula jadi, walaupun sesuai bagi penyelidikan bersifat deskriptif, penerokaan dan
sebab-akibat.

Penyelidikan tinjauan mempunyai beberapa had yang harus disedari oleh penyelidik
yang menggunakannya. Antara had-had itu adalah penyelidikan tinjauan dapat menentukan
sama ada terdapat hubungan antara dua pembolehubah tetapi tidak dapat menentukan sebab-
akibat. Contohnya, katakan suatu tinjauan mendapati terdapat korelasi yang signifikan antara
kekerapan pelajar berkelahi dengan tempoh masa mereka bermain permainan video (video
games). Namun bukti ini tidak semestinya bermakna bermain permainan video menyebabkan
tingkah laku agresif di kalangan pelajar kerana penjelasan berikut juga munasabah, iaitu pelajar
yang agresif lebih berkemungkinan menggunakan masa lapang mereka untuk bermain
permainan video.

Selain itu, penyelidikan tinjauan bergantung pada data laporan kendiri (self-report),
iaitu penyelidikan tinjauan bergantung pada kejujuran dan ketepatan responden melaporkan
sikap, pandangan, kepercayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka yang diminati
penyelidik. Hal ini tidak semestinya berlaku kerana responden boleh memberikan jawapan
yang tidak tepat, sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja (contohnya, mereka lupa,
keliru dan sebagainya).

Penyelidikan tinjauan juga terdedahkan kepada bias. Contohnya, oleh kerana responden
tahu sebab mereka dikaji ataupun mempunyai sedikit idea mengenainya, mereka mungkin
mengubah jawapan mereka, sama ada disedari ataupun tidak disedari, bagi membuat penyelidik
mendapat gambaran yang baik dan positif berkenaan mereka. Contohnya, mereka mungkin
memberikan jawapan yang mencerminkan mereka sebagai individu yang adil, munasabah,
bertimbang rasa, penyayang, rajin, berdedikasi dan sebagainya. Fenomena ini dinamakan
’social desirability’.

Apabila dilaksanakan dengan baik, penyelidikan tinjauan berupaya mewakili dengan


tepat sesuatu pandangan populasi individu yang dikaji. Namun ini tidak bermakna pandangan
itu betul. Oleh itu, walaupun data penyelidikan tinjauan dapat membantu dalam membuat
keputusan dan menggubal dasar awam, pertimbangan dan penganalisisan pakar masih
diperlukan. Ringkasnya data itu tidak boleh mengambil alih tempat pertimbangan dan
penganalisisan pakar.

Di samping itu, menjalankan penyelidikan tinjauan yang baik adalah tugas besar. Ia
memerlukan perancangan yang rapi dan memakan masa berbulan-bulan bagi merancang dan
melaksanakannya. Contohnya, menggubal soal selidik yang baik memakan masa dan usaha.
Begitu juga dengan menganalisis dan menginterpretasikan data.

You might also like