You are on page 1of 1

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam
mengumpul maklumat. Data primer ialah sumber yang diperoleh secara langsung dari
sumber asli atau pihak pertama iaitu melalui pemerhatian dan temubual manakala data
sekunder ialah data yang diperoleh atau dikumpulkan dan disatukan oleh kajian-kajian
sebelum ini atau yang diterbitkan oleh pelbagai agensi-agensi lain dan pengkaji
menggunakan rujukan kepustakaan.

4.1 Data Primer

4.1.1 Pemerhatian

Bagi memperolehi data untuk menghasilkan kajian ini pengkaji bersama-


sama beberapa rakan lain membuat pemerhatian di lokasi kajian iaitu
pasar malam Mahang, Bukit Bertam, Perak. Melalui kaedah ini pengkaji
boleh melihat sendiri keadaan lokasi kajian tersebut dan memperolehi
segala data yang diperlukan.

4.1.2 Temubual

Kaedah temubual dijalankan dengan menemubual beberapa orang peniaga


dan pengunjung di lokasi kajian tersebut. Melalui kaedah ini pengkaji
boleh mengetahui isu-isu semasa berkaitan pasar malam Mahang, Bukit
Bertam, Perak iaitu lokasi kajian pengkaji. Pengkaji hanya memilih hanya
seramai 10 orang peniaga dan 10 orang pengunjung untuk ditemubual.

4.2 Data Sekunder

4.2.1 Rujukan Kepustakaan

Kaedah ini memerlukan pengkaji untuk merujuk beberapa buku yang


berkaitan dengan kajian ini di perpustakaan. Antara buku yang digunakan
oleh pengkaji ialah Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu mengenai
maksud pasar malam. Rujukan dibuat pada 19 Mei 2015.

You might also like