You are on page 1of 34

PENGENALAN

Setiap yang hidup akan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan.Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.Kognitif pula adalah merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan 1987). Dari segi bahasa bermaksud pemerolehan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui proses berfikir dan kesedaran mental. Kognitif merujuk kepada tingkah laku dan aktiviti mental, iaitu pengetahuan diperolehi dan diproses secara aktif sebagai pengalaman baru. Ianya melibatkan proses pemikiran iaitu menggunakan IQ atau otak dan proses

pembelajaran, persepsi, mengingat dan berfikir. Perkembangan kognitif pula merupakan proses peningkatan keupayaan

pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemapuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara

kanak- kanak belajar dan memproses maklumat iaitu bagaimana sel-sel dalam otak memproses untuk menginterpretasikan apa-apa maklumat yang diperolehi.

Perkembangan kanak-kanak .

kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur mental Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan,

penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak menyelaras berbagai cara berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah, adalah salah satu cara yang boleh digunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka. Proses kognitif pula melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan pola berfikir, kemahiran berbahasa dan cara individu memperoleh pengetahuan daripada lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal,

menyelesaikan permasalahan matematik dan menceritakan pengalaman merupakan proses kognitif dalam perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.
YZ720904035499

Page 1

Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Perkembangan intelek merupakan proses perkembangan pemikiran,

kemampuan berfikir dan menggunakan akal budi, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui di persekitarannya. Terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan pendapat mereka berkaitan dengan teori perkembangan kognatif ini seperti ahli psikologi Jean Piaget, David Ausubel, Jerome Bruner,Gestalt, Lewin, Robert Gagne dan Lev Vygotsky.Teori dan kajian mereka bertumpu kepada bagaimana maklumat diproses di dalam otak, bagaimana mendapatkannya semula, bagaimana pelajar melalui proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

YZ720904035499

Page 2

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1.

TEORI JEROME BRUNER

Pada

tahun

1996,

Jerome

Bruner

mendefinisikan

pembelajaran

penemuan ( Discover learning ) adalah satu daripada model kognatif yang sangat berpengaruh yang di asaskan daripada prinsip-prinsip konstruktivisme. Pembelajaran penemuan menggalakkan pelajar menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan. Pembelajaran dilihat sebagai satu proses yang aktif. Guru mestilah menyediakan panduan apabila diperlukan, tetapi bukan sebelum pelajar dibenarkan untuk menjelajah satu masalah dengan sendiri,

menggunakan pengetahuan dan pengalaman lepas, motivasi persenol dan eksperimen untuk sampai kepada sesuatu bidang yang berkaitan.

Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan

YZ720904035499

Page 3

perbezaan. Selain itu pengajaran didasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan pengetahuan sedia ada.

Bruner juga terlibat dalam pelbagai usaha pendidikan seperti pada tahun 1965 program perkembangan kanak-kanak yang memberi khidmat kepada kanak-kanak yang keluarganya berpendapatan rendah telah di wujudkan. Beliau adalah pengasas dan pengarah pusat kajian kognitif Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Saranan beliau ialah supaya kita membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda beraneka jenis dan rupa yang terdapat dalam persekitaran kita. Dengan membentuk konsep-konsep, kita dapat menyusun maklumat yang begitu banyak yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna menggalakkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau berpandu. Bruner menggalakkan kanak-kanak berfikir secara logik dan juga membuat tekaan, beliau juga mengutamakan pemikiran intuitif, kretif dan analitis. Dalam proses pembelajaran Bruner memberi tekanan kepada proses induksi iaitu kegiatan belajar yang bermula daripada pemerhatian yang umum membawa kepada pemerhatian yang khusus. Beliau juga mengutamakan pembelajaran konsep atau katogeri dan hubungannya dengan konsep-konsep yang lain.

Menurut Bruner perkembangan kognitif kanak-kanak normal terdapat tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Pada peringkat enaktif kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaiakan masalah. Peringkat ini melibatkan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah dimana mereka kerap bergerak menuju kearah sesuatu yang menarik perhatiannya.

Peringkat ikonik iaitu peringkat kedua melibatkan kanak-kanak yang biasanya berumur 2-4 tahun, mereka tidak lagi dibatasi dengan pergerakkan yang bersifat enaktif. Mereka juga sudah boleh menyimpan dan menggambarkan imej ke dalam fikiran mereka. Pada peringkat ketiga ( simbolik ) pula biasanya

YZ720904035499

Page 4

melibatkan kanak-kanak yang berumur 5-7 tahun, mereka sudah boleh berfikir dengan menggunakan bahasa.

Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mencapai tahap perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik, perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari sesuai dengan peringkat perkembangannya.

Teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat di berikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah yang disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan kesimpulan.

YZ720904035499

Page 5

Peringkat perkembangan kognitif Jerome Bruner

Peringkat Enaktif 0 - 2 tahun -serupa dengan peringkat deria motor Jean piaget -aktiviti berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri

Peringkat Ikonik 2 - 4 tahun -sudah boleh menggunakan otak untuk memikir sesuatu dan menggambarkan imej dalam fikiran

Peringkat Simbolik 5 - 7 tahun -sudah boleh berfikir dengan menggunakan bahasa --penggunaan bahasa dan konsep kian berkembang

Peringkat Perkembangan Kognitif Jerome Bruner

YZ720904035499

Page 6

2. TEORI DAVID AUSUBEL

Teori David Ausubel ada menerangkan tentang struktur kognitif atau penyusunan maklumat. Struktur kognitif ini merupakan sebuah organisasi yang berhierarki. Konsep yang tinggi dimasukkan di dalam konsep yang kurang tinggi, ini bermakna konsep baru tidak boleh dimasukkan di bawah satu struktur konsep, maka pembelajaran yang berlaku tidak akan bermakna. Konsep pelaja ran undi rahsia adalah contoh struktur kognatif. Untuk menjadikan pembelajaran undi rahsia lebih bermakna, Ausubel mencadangkan supaya pelajar tahu secara umum tentang proses pemilihan, kerajaan, rakyat dan demokrasi. Menurut Ausubel, penyusunan maklumat merupakan faktor utama dalam pembelajaran dan pengekalan pengajaran yang baru. Ausubel menyatakan , kalau penyusunan maklumat ( struktur kognitif ) yang ada itu jelas, stabil serta sesuai, maka ia memudahkan pembelajaran dan pengekalan sesuatu perkara yang baru. Kiranya tidak stabil, samar-samar, tidak tersusun atau kelam kabut, maka ia akan menghalang pembelajaran dan pengekalan. Jadi dengan mengukuhkan struktur kognitif pembelajaran baru dan pengekalan dapat di mudahkan. Bagi mencapai pembelajaran yang berkesan dan bermakna di dalam bilik darjah, Ausubel mengesyorkan supaya penyusunan konsep dibuat lebih awal. Sebelum
YZ720904035499

Page 7

memperkenalkan pelajaran baru, susunan konsep perlu dibentangkan. Dengan menggunakan teori Ausubel ini, pelajar akan mendapat satu hierarki konsep yang teratur dan dapat mengaitkanya dengan konsep yang baru. Untuk menghuraikan sesuatu, kita mulakan dengan memandang sesuatu bahagian. Kita perlu mengetahui setiap bahagian serta bagaimana bahagian itu berpasangan dengan bahagian yang lain yang boleh membantu kita membuat huraian. Teori Ausubel ini menggalakkan pembelajaran secara menghafal. Kesimpulaannya, Bruner dan Ausubel menumpukan perhatian kepada pentingnya struktur kognitif dalam menggalakan pembelajaran bermakna di bilik darjah. Namun begitu perbezaan berlaku apabila mereka mencadangkan cara membina struktur kognitif. Proses pemikiran yang disyorkan oleh Bruner menggunakan proses induktif bagi mendapatkan prinsip dan generalisasi manakala Ausubel pula

menggunakan proses deduktif.

YZ720904035499

Page 8

3. TEORI ROBERT M.GAGNE

Menurut Robert M.Gagne, dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abd Aziz Abd Shukor (2008), teori psikologi kognitif berbeza dengan teori pembelajaran behaviuris. Ahli-ahli rasionalis yang berpegang kepada teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Mereka menekankan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Perubahan-perubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalaman. Antara ahli psikologi yang bermazhabkan teori kognitif ini adalah Robert M.Gagne. Robert M.Gagne telah mengemukakan lapan fasa yang melibatkan proses pembelajaran. Fasa-fasa tersebut adalah fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa pemerolehan, fasa penahanan, fasa mengingat kembali, fasa generalisasi, fasa perlakuan dan fasa maklum balas (Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan & Abd Aziz Abd Shukor 2008),

YZ720904035499

Page 9

1) Fasa motivasi. Motivasi merupakan suatu dorongan semula jadi yang wujud dalam diri manusia. Ia mendorong individu melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu tujuan tertentu yang dapat memberikan kepuasa kepadanya. Motivasi seperti ini biasanya menjadikan manusia maju dan berkembang. Motivasi kerap dikaitkan dengan jangkaan atau harapan tertentu. Lazimnya, motivasi akan menjadi lebih berkesan dan lebih mudah digunakan apabila wujudnya jangkaan dan harapan.

2) Fasa kefahaman. Dalam fasa ini, individu perlu didorong untuk memberikan perhatian kepada apa yang sedang dialami dan dipelajari. Dalam hal ini, ia harus dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu aspek atau peristiwa dan dapat pula memilih apa yang dilihat dan dirasainya itu secara berkesan. Untuk memastikan pemerhatiannya dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan sempurna, individu tersebut harus mempunyai kebolehan untuk mendiskriminasikan persepsinya. Individu itu harus berupaya membezakan sesuatu secara berkesan, walaupun yang dibezakannya hampir-hampir serupa.

3) Fasa pemerolehan. Fasa pemerolehan adalah segmen yang menyimpan segala ransangan yang telah dikodkan dalam stor jangka pendek. Biasanya terdapat juga rangsanganrangsangan yang telah dikodkan, dipanjangkan ke dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod seperti itu boleh disimpan lebih lama dan dikeluarkan semula pada masa hadapan apabila diperlukan.

4) Fasa penahanan Fasa penahanan adalah bahagian yang berkeupayaan menerima dan

menyimpan sebanyak mana maklumat atau data yang diperoleh. Kita tidak
YZ720904035499

Page 10

banyak mengetahui tentang stor ingatan jangka panjang dan kemampuannya menerima dan menyimpan maklumat. Kita tidak mengetahui had atau batasan kemampuannya, seperti mana yang dapat dilakukan oleh sebuah komputer. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang tentang belajar secara berlebihan kerana tidak pernah didengar sebelum ini stor ingatan jangka panjang seseorang mengalami muatan yang berlebihan.

5) Fasa mengingat kembali Bahagian ini melibatkan keupayaan mencari dan mengingat semula data-data yang telah tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Pengalamanpengalaman yang telah dikodkan boleh dikeluarkan semula melalui sesuatu ransangan, sama ada dari luar atau dalam. Isyarat-isyarat tertentu dari luar atau dalam itu boleh menyebabkan individu menghasilkan gerak balas tertentu. Ini bermakna sebarang maklumat atau data yang telah dikodkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika keadaan mengizinkan.

6) Fasa generalisasi. Generalisasi dalam konteks ini adalah keupayaan menggunakan pembelajaran yang tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang untuk keadaan atau konteks yang seakan-akan serupa, atau yang boleh dipersepsikan sebagai seakan-akan sama. Dalam hal ini, pembelajran boleh dipindahkan daripada keadaan khusus kepada keadaan umum melalui generalisasi tersebut.

7) Fasa perlakuan. Fasa ini menggambarkan keupayaan pelajar setelah berlakunya sesuatu pembelajaran. Biasanya, kadar keupayaan belajar dan tahap pembelajaran dapat diketahui melalui tingkah laku yang dicerminkan daripada kadar pembelajaran yang diperoleh. Dengan perkataan lain, prestasi pelajar dapat diukur dengan mudah dan ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara, umpamanya dengan menggunakan penilaian norma, criteria atau lain-lain cara
YZ720904035499

Page 11

pengukuran. Dengan melihat pencapaian mereka, prestasi pelajar dari segi keberkesanan pembelajaran mereka dapat ditentukan.

8) Fasa maklum balas. Maklum balas adalah pengetahuan yang menunjukkan prestasi seseorang sesudah melalui proses pembelajaran. Maklum balas seperti ini tidak sahaja menjadi pengukur kepada prestasi seseorang pelajar. Tetapi juga berfungsi sebagai peneguh yang menentukan darjah kepuasan yang dirasai oleh individu tersebut. Peneguhan ini penting kerana jangkaan individu terhadap proses pembelajaran mereka dapat ditentukan oleh hasil yang dicapai.

YZ720904035499

Page 12

FASA PEMBELAJARAN ROBERT M. GAGNE

Motivasi Maklum Balas Kefahaman

Perlakuan

PROSES PEMBELAJARAN

Pemerolehan

Generalisasi Mengingat Kembali

Penahanan

YZ720904035499

Page 13

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu Constructivism yang bermaksud falsafah membina. Teori ini mempunyai erti yang sama dengan Teori Konstruktivisme Kognitif atau Konstruktivisme. Teori konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi di bina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini di bina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Von Glaserfeld, konsep konstruktivisme berasaskan andaian berikut : 1. Ilmu pengetahuan adalah di bentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. 2. Tujuan membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya 3. Proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu. Idea konstruktivisme berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan tiori zon perkembanagn prokimal ( Zon of Prokimal Development, ZPD ) Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme pandangan Piaget terhadap sumber ilmu pengetahuan adalah proaktif, manakala Vygotsky merupakan penyokong konstruktivisme yang bersifat kolektif.

YZ720904035499

Page 14

Mengikut Vygotsky, idea zon perkembangan prokimal ( ZPD ) ialah prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakannya,menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang lebih tinggi. Ringkas kata, perbezaan perkembangan peringkat potensi individu ini adalah di dalam lingkungan zon perkembangan prokimal (ZPD ) tersebut.

YZ720904035499

Page 15

Mengikut teori konstruktivisme , ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pengajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Di samping proses kognitif, teori konstruktivisme pula menegaskan

perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi pemikiran yang mengarah dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna terutamanya operasi merancang, mengarah dan menilai

pemikirannya. Ini bermakna untuk mencapai keberkesanan pembelajaran pelajar perlu merancang strategi pembelajaran, berfikir tentang cara pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya. Yang penting sekali pelajar perlu menghubungkaitkan pengalamanya dengan maklumat baru dalam proses pembelajarannya. Ringkas kata, individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi, ia bukan tetap tetapi sering berubah. Di bawah konstruktivisme ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya ia digunakan sebagai

rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang di alami oleh seorang individu. Oleh itu di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan mengikut konstruktivisme yang di perolehi oleh setiap orang individu adalah berbeza.

YZ720904035499

Page 16

KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SAINS

Dalam pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme, pelajar tidak boleh pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau juga guru pula harus menjadi penyampai ataupun penyalur ilmu dan menguruskan kelas. Menurut Brooks & Brooks ( 1993 ), terdapat lima prinsip penting dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan memberi masalah yang releven dan menarik serta mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep sains yang perlu di pelajari sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh David Ausubel iaitu membuat penyusunan konsep lebih awal sebelum pembelajaran bermula. Dengan cara ini pelajar lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan. Ketiga, guru memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat, ini bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Jerome Bruner iaitu menggalakkan pembelajaran melalui penemuan bebas serta berfikir secara logik. Keempat, selepas mencukil idea awal pelajar guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan idea pelajar tersebut. Kelima, guru juga digalakkan membina soalan-soalan yang mencabar bagi menguji pemikiran pelajar pada aras kognatif yang sesuai. Teknik penyoalan ini akan merangsang pembelajaran dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku. Keadaan ini bersesuaian dengan proses pembelajaran yang dikemukakan oleh Robert M.Gagne dalam fasa

pembelajarannya yang kelapan iaitu fasa maklum balas. Sehubungan dengan itu, pendekatan pengajaran sains yang sesuai dengan perspektif konstruktivisme ini perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan seperti yang di syorkan oleh Bruner. Aktiviti yang sesuai adalah melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.
Page 17

YZ720904035499

Pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari. Guru perlu menggalakkan pelajar supaya berinteraksi dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Sebagai contoh, dalam menjalankan sesuatu eksperimen , guru meminta idea daripada murid bagi menjalankan eksperimen tersebut. Pelajar adalah digalakkan untik berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari. Keadaan ini adalah sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh Vygotsky dalam idea zon perkembangan prokimal ( ZPD ). Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen. Menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar dan kaedah ini juga adalah salah satu daripada ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains, Konstruktivisme adalah satu pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar ( learn how to learn ) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam minda masingmasing berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada, ini memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

YZ720904035499

Page 18

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Bidang Pelajaran Objektif Pelajaran

: : : : : : :

Sains Tahun 6 Cemerlang 25.8.2011 10.45-11.45 pagi 27 Orang Daya dan Gerakan Menganalisis Konsep Daya Di akhir sesi pembelajaran murid dapat :

Hasil Pembelajaran :

A) Menguasai isi kandungan Memberikan contoh kebaikan, keburukan dan kesan daya geseran dalam kehidupan. Membuat kesimpulan kesan jenis permukaan keatas gerakan objek. B) Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir. Mencipta idea dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan kesan jenis permukaan keatas gerakan objek. C) Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni Melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan.
YZ720904035499

Page 19

Menjalankan eksperimen mengikut masa yang telah di tetapkan dan sentiasa memberi tumpuan dalam menjalankan tugasan tersebut.

Prinsip/konsep/hukum/teori : Daya Geseran 1) Menghakis permukaan 2) Memperlahankan gerakan 3) Membantu gerakan 4) Dipengaruhi oleh jenis permukaan ( kasar dan licin )

Bahan, peralatan dan bahan sumber Blok kayu/ kotak kapur 6 unit Guli beberapa biji Gelang getah 6 unit Pembaris 6 batang Surat khabar lama 6 helai Kereta mainan 6 unit Kertas pasir 6 unit Beg plastic 6 unit Minyak masak 1 botol Slaid

Langkah keselamatan : Jangan biarkan minyak dan guli jatuh ke lantai kerana jika terpijak boleh menyebabkan jatuh.
YZ720904035499

Page 20

Pengetahuan sedia ada Murid telah mempelajari daya wujud apabila ada tolakan dan tarikan dan daya boleh mengubah bentuk dan arah gerakkan.

Langkah / Fasa Isi Kandungan

Aktiviti P & P Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Catatan / Nota

Permulaan / mencungkil idea ( 5 minit )

Interaksi yang melibatkan tolakan dan tarikan menghasilkan daya.Daya boleh mengubah bentuk dan arah gerakkan.

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal. Minta idea murid tentang kesan daya selain mengubah bentuk dan arah gerakkan.

Murid memberi respond dengan memberikan contoh kesan daya selain dari yang di nyatakan

Strategi / teknik : Penyoalan secara rawak dan juga seluruh kelas

Menstruktur Daya geseran semula ( 40 minit ) -menghakis permukaan -memperlahankan gerakaan. -membantu gerakan. -dipengaruhi oleh jenis permukaan

Bertanya kepada murid : Apakah kesan daya geseran keatas objek ? -tanya

Murid buat hipotesis,beri cadangan rekabentuk eksperimen serta

Strategi/ Teknik : Aktiviti inkuiri dalam kumpulan.

hipotesis,rekabentuk menyatakan eksperimen dan pembolehubah terlibat.

-sikap saintifik

pembolehubah. dan nilai murni Murid menjalankan -penglibatan aktif

YZ720904035499

Page 21

-uji kefahaman murid secara lisan. -murid yang telah menguasai terus ke fasa/langkah seterusnya manakala murid yang tidak dikumpulkan dalam satu kumpulan dan diberi penerangan.

eksperimen bagi menjawab persoalan.

-menghargai masa.

Aktiviti pemulihan : mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.

Aplikasi idea ( 10 minit )

a)Kesan tayar botak ketika di jalanraya b)Penggunaan roda bagi mengurangkan geseran.

Tunjuk masalah di slaid pengajaran ( rujuk lampiran )

Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan

Strategi : Perbincangan kumpulan diikuti dengan pembentangan

Pelajar bentang dapatan mereka.

hasil tugasan.

Refleksi/ Penutup ( 5 minit )

Daya geseran 1)menghkis permukaan

Uji kefahaman pelajar dengan member kuiz

Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk

Strategi : Penyoalan secara kelas

2)memperlahankan pendek. gerakan


YZ720904035499

Sumber
Page 22

3)membantu gerakkan 4)dipengaruhi oleh jenis permukaan ( licin dan kasar )

Adakan pertandingan antara kumpulan untuk menjawab kuiz tersebut ( slaid )

menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan

pelajaran : Slaid P&P.

Tunjuk ringkasan idea utama di slaid.

idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.

YZ720904035499

Page 23

REFLEKSI TENTANG PENGAJARAN YANG DILAKSANAKAN

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

telah

dilaksanakan

sebagaimana

perancangan yang telah dibuat. Saya memilih tajuk Daya dan Gerakkan. Sebelum aktiviti P&P dijalankan, saya telah menyediakan bahan bantu mengajar secukupnya. Pada hari yang telah dirancang, saya telah mengalami sedikit masalah kesihatan iaitu selesema. Namun begitu, oleh sebab persediaan telah dibuat dari awal , sesi P&P tetap diteruskan. Murid-murid Tahun 6 Cemerlang sedia menanti kedatangan saya kerana telah dimaklumkan oleh guru kelasnya sebelum itu. Sebaik sahaja saya masuk ke kelas untuk mengajar, murid-murid mula bertanya Cikgu nak mengajar apa?. Mereka begitu teruja apabila melihat bahan bantu mengajar yang di bawa bersama. Selepas membaca doa sebelum belajar, set induksi saya mulakan dengan

meminta dua orang murid kehadapan kelas untuk melakukan aksi tolak dan tarik. Aktiviti dalam langkah pertama ialah bersoal jawab. Saya telah mengajukan soalan dan meminta idea murid tentang kesan daya selain mengubah bentuk dan arah gerakkan. Di sini, saya telah menggunakan kaedah konstruktivisme kerana dengan cara ini akan dapat menarik minat mereka untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Kaedah yang digunakan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan aktiviti yang akan dilakukan nanti serta mencabar minda mereka. Murid begitu berminat serta memberi respond dengan memberikan contoh kesan daya selain dari yang dinyatakan. Untuk langkah kedua, saya telah mengingatkan balik tentang konsep ataupun prinsip daya geseran iaitu menghakis permukaan, memperlahankan gerakan, membantu gerakkan dan dipengaruhi oleh jenis permukaan. Saya juga telah bertanya kepada murid, Apakah kesan daya geseran keatas objek ?. Saya telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan meminta mereka berbincang dalam kumpulan tentang hipotesis, rekabentuk
Page 24

YZ720904035499

eksperimen dan pembolehubah yang terlibat. Mereka diberi masa tertentu untuk berbincang kemudian murid membuat hipotesis, memberi eksperimen cadangan rekabentuk

yang akan dijalankan serta menyatakan pembolehubah. Disini aktiviti

inkuiri dalam kumpulan telah terbentuk dan ini adalah salah satu ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. Saya juga telah menguji kefahaman murid secara lisan, murid yang telah faham diminta melakukan eksperimen dan yang belum menguasai dikumpulkan dalam satu kumpulan kecil dan diberi penerangan . Murid menjalankan eksperimen bagi menjawab persoalan yang dikemukan tadi. Dalam melakukan aktiviti ini , saya telah dapat melihat sikap saintifik, nilai murni seperti berkerjasama, penglibatan aktif serta sikap murid yang menghargai masa. Ciri-ciri yang ditunjukkan ini merupakan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. Langkah ketiga, saya telah mengemukakan dua masalah iaitu kesan tayar botak ketika dijalanraya dan penggunaan roda bagi mengurangkan geseran. Saya telah menggunakan slaid pengajaran untuk menunjukkan masalah tersebut kepada muridmurid. ( rujuk lampiran ). Murid-murid telah berbincang dalam kumpulan masing-masing dan membentangkan hasil dapatan mereka. Kaedah perbincangan dan pembentangan adalah satu kaedah yang memberi peluang kepada murid-murid mengemukakan idea dan dapatan mereka dalam satu-satu tajuk pembelajaran, ini adalah satu cara pembelajaran yang baik dan merupakan salah satu ciri pembelajaran konstruktivisme. Sebagai langkah penutup, saya telah menegaskan sekali lagi tentang konsep daya geseran dan menguji kefahaman pelajar dengan mengadakan kuiz pendek antara kumpulan. Sekali lagi saya menggunakan slaid untuk aktiviti ini,( rujuk lampiran ) muridmurid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal. Sebagai kesimpulan, kaedah pengajaran yang telah saya jalankan

sememangnya menggunakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme. Pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini memang sesuai kerana ianya menyokong pembelajaran secara berkumpulan, menggalakkan daya usaha pelajar,
YZ720904035499

Page 25

memberi peluang pelajar membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, menggalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

YZ720904035499

Page 26

LAMPIRAN

Bahan & Peralatan Untuk Menjalankan Eksperimen

Permukaan Mempengaruhi Pergerakan Objek

YZ720904035499

Page 27

Daya Boleh Mengubah Bentuk Sesuatu Objek

YZ720904035499

Page 28

Penggunaan Sesuatu Objek Bagi Membantu Gerakkan

YZ720904035499

Page 29

Tayar Botak Dan Licin

YZ720904035499

Page 30

Akibat Tayar Botak Dan Licin


YZ720904035499

Page 31

Penggunaan Roda Bagi Mengurangkan Geseran


YZ720904035499

Page 32

Soalan-Soalan Kuiz

YZ720904035499

Page 33

YZ720904035499

Page 34

You might also like