You are on page 1of 6

BAHAGIAN 1

1.0 Pengenalan

Menurut Martorell (2015), perkembangan kognitif merujuk kepada perkembangan


mental yang melibatkan kemataangan mental seperti keupayaan intelektual dan
pemprosesan maklumat sera perkembangan pertuturan dan perolehan sesautu
bahasa.Perkembangan kognitif adalah suatu proses membina atau pembinaan
pemikiran keupayaan untuk meyelesaikan masalah , ingatan dan membuat keputusan.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi tumpuan kepada kanak-kanak belajar
dan memproses maklumat. Ia adalah untuk membangunkan pemikiran kanak-kanak
dan mengatur sistem minda kanak-kanak.
Teori kognitif telah diperkenalkan oleh seorang tokoh ilmuan iaitu Jean Piaget
yang dilahirkan di Neuchatel,Switzerland pada ogos 1896. Beliau merupakan salah
seorang ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal. Paiget telah menjalankan banyak
kajian tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan
pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dalam bentuk tahap yang berlainan.
Oleh hal yang demikian, teori perkembanagn kognitif Piaget ini dikenali sebagai satu
teori yang bertahap. Dalam teorinya , beliau menyatakan bahawan kanak-kanak
perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat
mengikut umur.
Oleh itu, terdapat 2 objektif yang ingin diperolehi dalam tugasan ini. Objektif
pertama adalah untuk mempelajari tentang teori-teori kognitif yang telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh kognitif terutamanya teori Jean Piaget. Manakala,
objektif kedua ialah untuk mengetahui hubungkait anatara teori dan situasi sebenar
dalam kehidupan manusia. Dalam tugasan ini, buku Perkembangan Kognitif
(HBEC1203) yang ditulis oleh Dr Rohani Abdullah yang diterbitkan oleh OUM
digunakan pakai untuk rujukan primer. Selain itu juga video berdurasi 2 minit yang
berjudul “ An early Chilldhood Classroom Tour At the ETC Mentossori Showroom”
juga digunakan sebagai rujukan.
2.0 Latar Belakang Jean Piaget

Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.


Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan tentang pembinaan
pemikiran kanak-kanak. Perkara ini berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-
kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembanagan kepada peringkat
perkembangan seterusnya. Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan
struktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imiginasi, mental
perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan serta kebolehan mereka
untuk menggunakan kemahiran mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Teori
perkembangan Jean Piaget memainkan peranan penting dalam membantu memahami
cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam
membantu perkembanagan kognitif kanak-kanak.
Jean piaget merupakan pegasas kepada Teori Kognitif Piaget dan padangan
sama-sama dipanggil “ Epistemologi genteik”. Beliau merupakan seorang ahli
psikologi switzerland yang sangat disegani kerana kajiannya terhadap perkembangan
kanak-kanak dan beliau juga digelar sebagai “ Bapa Psikologi”. Beliau dilahirkan
pada 9 ogos 1896. Piaget sangat mementingkan pendidikan kanak-kanak. Sebagai
Pengarah Biro Pendidikan Antarabangsa, pada tahun 1934, beliau mengatakan dalam
ucapan beliau bahawa “ hanya pendidikan yang mampu menyelamatkan masyarakat
kita daripada runtuh.
Gambar 1 : Jean Piaget
2.1 Huraian Teori Kognitif Jean Piaget

Dalam teori kognitif piaget, Jean piaget ada menekankan bahawa setiap
manusia lahir dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir
persekitarannya. Seorang bayi mengenal sesuatu objek melalui skema. Skema ialah
struktur kognitif yang terkumpul lebih daripada satu akan membentuk skemata.
Skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi pula bermakusd
individu mencantum skemata yang sedia ada untuk membentuk skemata yang
kompleks. Adaptasi pula ialah perubahan semata-semata menemui sesuatu objek.
Jean piaget juga menyatakan pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses
akomodasi dan asimilasi. Proses asimilasi ialah satu proses di mana pengetahuan
baharu yang diterima oleh kanak-kanak dimasukkan kedalam skema pemikiran yang
ada dalam kanak-kanak. Proses ini dikaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan
lepas. Sebagai contoh, guru menerangkan tentang burung-burung yang boleh terbang
kepada murid-muridnya. Maklumat ini akan diterima dan akan masuk ke dalam
skema pemikiran kanak-kanak yang mungkin sudah mempelajari tentang haiwan-
haiwan lain.
Berbeza dengan proses akomodasi. Proses akomodasi ialah satu proses di
mana kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skema
pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baharu diterima tidak sepadan
dengan skema pemikiran yang lama. Sebagai contoh, guru menerangkan kepada murd
bahawa ayam dan itik termasuk dalam keluarga burung namun ayam dan itik tidak
mempunyai kebolehan untuk terbang seperti burung. Dalam hal ini, murid terpaksa
modifikasikan maklumat yang ada dalam skema pemikiran sebelum ini iaitu anggapan
umunya semua burung boleh terbang namun terdapat juga jenis-jenis haiwan yang
tidak boleh terbang. Piaget menyatakan bahawa proses akomodasi dan asimilasi
berfungsi bersama. Kesimpulannya, proses asimilasi menggunakan skema pemikira
yang sudah diketahui dan proses akomodasi erupakan cara baharu untuk melakukan
sesuatu.
3.0 Implikasi Teori Jean Piaget Dalam Perkembangan Kanak-Kanak

Dalam teori perkembangan kognitif teori Jean Piaget terdapat empat peringkat
yang harus difahami. Anatara empat peringkat perkembangan tersebut ialah pertama
peringkat motor sensori (0 hingga 2 tahun), peringkat kedua ialah peringkat
praoperasi (2 hingga 7 tahun), peringkat ketiga ialah peringkat operasi yang konkrit (7
hingga 11 tahun) dan yang terakhir ialah peringkat operasi formal (12 tahun keatas).

Gambar 2 : peringkat perkembangan kognitif teori piaget

3.1 Peringkat Motor Sensori (0 hingga 2 tahun)


Peringkat motor sensori bermual dari lahir dan berakhir sehingga kanak-kanak
mencecah 2 tahun. Pada peringkat ini bayi meneroka dan mengenal orang lain melalui
deria, aktiviti, dan pergerakan sendiri. Bayi menggunakan skema yang telah mereka
perkembangkan melalui cuba jaya. Sebagai contoh, bayi akan meneroka sesuatu objek
dengan menghisap. Fasa ini ialah proses pembelajaran untuk mengawal pergerakan.
Dalam hal ini, bermain mengandungi pelbagai pergerakan yang berulang-ulang utnuk
memperolehi lebih banyak pengawalan. Ketika kanak-kanak menjangka umur 2
tahun, ,mereka mula memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek di mana
mereka menyedari bahawa sesuatu objek itu akan terus wujud walaupun tidak dapat
dilihat atau disentuh. Selain itu, kanak-kanak juga mukla meniru sesuatu tindakan
melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang laian atau objek yang dapat dilihat dan
disentuh. Pada peringkat ini, penggunaan objek adalah penting untuk proses
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak ke peringkat yang abstrak.
3.2 Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 tahun)
Pada peringkat praoperasi, kanak-kanak menggunakan banyak simbol untuk
menggantikan pengalaman. Kanak-kanak mula menggunakan imiginasi mereka dalam
hidupan seharian contohnya seperti mereka akan menyusun kusyen sofa untuk
dijadikan rumah atau istana. Dalam peringkat inilah memori kanak-kanak mula
berkembang dan mereka mula bercakap tentang orang dan perkara yang tiada. Dalam
umur-umur ini kita dapat melihat ada kalanya kanak-kanak akan bermain sambil
berdialog dengan patung-patung atau alat permainan mereka yang mana mereka
menggunakan imiginasi mereka dalam bermain. Konsep selepas dan sebelum
perlahan-lahan wujud dan kanak-kanak juga turut berkongsi pengetahuan dan
pengelaman mereka dengan orang sekeliling mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak
sangat petah dalam bercakap. Namun pada peringkat ini, kanak-kanak mula
mengadali perkara yang dilihat mereka dan mereka tidak mempunyai kepintaran atau
keupayaan untuk berfikir secara logik. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru
tadika seharusnya menyediakan inisiatif pengajaran yang sesuai dengan peringkat
pemikiran kanak-kanak. Guru juga dinasihatkan agar mengurangkan memberi arahan
secara lisan tetapi lebih kepada memperbanyakkan tunjuk ajar kerana pada peringkat
ini kanak-kanak masih mempunyai ego mereka masing-masing untuk mengikut
arahan yang diberikan secara lisan.

3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 Hingga 11 Tahun)


Pada peringkat operasi konkrit yang mana kanak-kanak berumur 7 hingga 11
tahun mual berfikir dalam keadaan yang lebih rasional. Kanak-kanak mula memahami
konsep seperti penukaran, perwakilan banyak, nombor kawasan, isi padu, berat.
Mereka juga boleh menggunakan simbol untuk menulis, membaca, membaca not
muzik, melukis,membuat matematik, dan tarian. Pada peringkat ini juga kanak-kanak
cenderung berfikir dengan konsep abstrak dan hipotesis. Semasa peringkat ini juga,
kanak-kanak menjadi kurang egosentrik dan mula berfikir tentang bagaimana orang
lain boleh berfikir dan merasa. Kanak-kanak di peringkat operasi konkrit juga mula
memahami bahawa pemikiran mereka adalah unik dan tidak semua orang semestinya
berkongsi pendapat, perasaan mereka.
3.4 Operasi Formal (12 Keatas)
Tahap akhir teori piaget lebih melibatkan tentang logik kerana pada peringkat
ini kanak-kanak sudah besar dan mudah untuk menerima konsep abstrak dan
memahami bahawan realiti bukan satu-satunya kemungkinan. Pada peringkat ini,
individu dapat berdikir secara leih saintifik mengenaipersekitaran mereka. Keupayaan
untuk memikirkan idea-idea dan situasi abstrak merupakan ciri-ciri penting dalan
tahap operasi perkembangan kognitif formal. Keupayaan seseorang untuk merancang
secara sistematik untuk masa depan dan alasan mengenai situasi hipotetikal juga
merupakan kebolehan kritikal. Jean Piaget sangat menekankan bahawa beliau tidak
melihat perkembangan intelektual kanak-kanak sebagai proses kuantitatif iaiatu
anaka-anak hanya menambah lebih banyak maklumat dan pengetahuan mereka yang
ada ketika itu. Sebaliknya, Piaget percaya bahawa terdapat perubahan kualitatis
dalamm bagaimana kanak-kanak berfikir ketika mereka memproses secara beransur-
ansur melalui empat peringkat perkembangan.

You might also like