You are on page 1of 15

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

SEMESTER MEI / 2021

HBEC1203

PERKEMBANGAN KOGNITIF

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN 1...........................................................................................................................3
Pengenalan..............................................................................................................................3
2.0 Latar belakang Jean Piaget...............................................................................................4
2.1 Huraian teori kognitif Jean Piaget................................................................................5
3.0 Implikasi Teori Jean Piaget Dalam Perkembangan Kanak-Kanak...................................6
3.1 Peringkat sensorimotor (0 sehingga 2 tahun)..............................................................6
3.2 Peringkat praoperasi (sekitar 2 sehingga 7 tahun)........................................................7
3.3 Peringkat tahap operasi konkrit (7 tahun sehingga 11 tahun).......................................7
3.4 Peringkat operasi formal (11 tahun sehingga 15 tahun)...............................................8
4.0 Kesimpulan.......................................................................................................................8
Rujukan...................................................................................................................................9
BAHAGIAN 2.........................................................................................................................10
Laporan (Soalan 1)...............................................................................................................10
Laporan (soalan 2)................................................................................................................12
Kesimpulan...........................................................................................................................14
Rujukan.................................................................................................................................15

2
BAHAGIAN 1

Pengenalan

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-
perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti
ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta,
berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi
seseorang individu. Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk
perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-
kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.

Teori piaget telah diperkenalkan oleh seorang pakar yang bernama Jean Piaget iaitu
pakar biologi dan psikologi kanak-kanak yang berasal daripada Switzerland. Beliau
dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Neuchactel, Switzerland. Dalam sumbangan Jean Peiaget,
beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah laku kanak-kanak serta menghuraikan
bagaimana minda manusia melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina
ilmu. Selain itu, beliau juga mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak-
kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi semua budaya dan
masyarakat. Menurut Jean Piaget juga proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh
bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

Dengan itu, objektif bagi tugasan ini ada dua. Objektif pertama adalah untuk
mempelajari tentang teori-teori kognitif yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget. Manakala
pula, objektif yang kedua ialah untuk mengetahui hubungkait antara teori dan situasi sebenar
kehidupan manusia dalam pengasuhan kanak-kanak. Dalam tugasan ini, buku Perkembangan
Kognitif (HBEC1203) yang ditulis oleh Dr Rohani Abdullah terbitan Open University
Malaysia (OUM) telah digunakan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang telah
diberi. Selain itu juga video berdurasi 2 minit yang berjudul “ An early Chilldhood
Classroom Tour At the ETC Mentossori Showroom” serta laman sesawang telah digunakan
bagi memudahkan tugasan.

3
2.0 Latar belakang Jean Piaget

Gambar 1: Jean Piaget

Teori piaget telah diperkenalkan oleh Jean Piaget yang merupakan seorang ahli biologi
yang cukup terlatih. Beliau lahir di Neuchate, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Dia juga
merupakan anak sejarawan bernama Arthur Piaget yang merupakan seorang Profesor Sastera
dalam bidang sejarah. Ibunya pula bernama Rabecca Jackson. Jean Piaget semasa remajanya
amat berminat dalam bidang biologi dan epistemology yang berkaitan dengan perkembangan
pengetahuan manusia terutamanya perkembangan dalam kanak-kanak. Latar belakang beliau
ini telah memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh
Piaget. Semasa mengkaji perkembangan kanak-kanak, beliau tidak berminat untuk melihat
hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut tetapi beliau lebih berminat
untuk melihat pola-pola perlakukan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka
memberikan jawapan yang salah. Dalam hal ini kelihatan jelas bahawa Jean piaget amat teliti
dan rasional dalam kajiannya sendiri.

Selain itu Jean Piaget juga telah menerima gelaran kehormat dari Universiti Oxford dan
Havard kerana banyak menyumbangkan idea-idea tentang perkembangan dan cara belajar
kanak-kanak sehingga tergolong antara tokoh yang penting pada abad ke-20. Piaget juga
telah membuat penyelidikan di Institut Jacques Rosseau di Switzerland dan telah membina
kaedah klinikal dalam temubual. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmiah yang amat
dikagumi ramai sebagai pimikir ilmiah yang kreatif di Swiss.

4
2.1 Huraian teori kognitif Jean Piaget

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menganalisis,


membentuk konsep serta menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan kognitif
merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu
seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang
dipelopori oleh ahli psikologi. Oleh itu kemahiran kognitif ini merupakan satu benda yang
penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu termasuklah kanak-kanak.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga seseorang itu mencapai kematangan dalam berfikir. Setiap invidu akan cuba
untuk memahami dan menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran
mereka. Jean Piaget juga ada menyatakan bahawa terdapat empat faktor yang saling berkait
rapat yang boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang iaitu kematangan biologi,
interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman hidup dan juga keseimbangan.

Dalam teori kognitif Jean Piaget juga ada menyatakan bahawa pemikiran kanak-kanak
terbentuk melalui proses asimilasi dan juga akomodasi. Asimilasi merupakan proses kognitif
di mana seseorang individu menyatukan maklumat baru atau pengalaman yang baru
dimasukkan ke dalam skema pemikiran sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana
manusia sentiasa melalui pelbagai pengalaman dan juga maklumat yang baru dalam hidup.
Sebagai contoh, kanak-kanak diajar tentang haiwan yang boleh dipelihara oleh guru di kelas.
Maklumat ini akan diterima dan disimpan ke dalam skema pemikiran sedia ada di mana
mereka mungkin telah mengetahui haiwan peliharaan yang sering dilihat seperti kucing,
anjing dan juga arnab.

Seterusnya ialah akomodasi. Proses akomodasi ini merupakan suatu proses di mana
struktur kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam skema kognitif kanak-kanak.
Contohnya, kanak-kanak yang baru berusia dua tahun pertama kali melihat arnab akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
haiwan yang dilihatnya. Sebagai kesimpulan, proses asimilasi menggunakan skema
pemikiran yang sudah diketahui oleh seseorang individu manakala pula proses akomodasi
merupakan cara baharu untuk melakukan sesuatu.

5
3.0 Implikasi Teori Jean Piaget Dalam Perkembangan Kanak-Kanak

Dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia
di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
Tanpa pengalaman tersebut kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang baik. Oleh demikian beliau telah membahagikan perkembangan
kognitif kepada empat tahap mengikut turutan umur. Piaget juga percaya bahawa semua
kanak-kanak melalui peringkat ini dalam susunan yang sama. Walau bagaimana pun kanak-
kanak yang dianggap berbeza mungkin menjalaninya dengan agak sedikit berbeza daripada
kanak-kanak normal.

Gambar 2: peringkat perkembangan kognitif teori piaget

3.1 Peringkat sensorimotor (0 sehingga 2 tahun)

Pada peringkat ini iaitu ketika fasa awal perkembangan, kanak-kanak menggunakan
kemahiran dan kebolehan mereka selepas dilahirkan seperti mencari, menghisap, serta
menggenggam untuk meneroka atau mengetahui lebih banyak tentang persekitaran di
sekeliling agar kanak-kanak lebih mudah untuk mengamati dunia dan mendapat pengetahuan
tentang dunia persekitaran mereka. Jean Piaget memilih untuk memanggil peringkat ini
sebagai sensorimotor kerana melalui pancaindera serta kebolehan motor mereka dengan
mendengar, melihat, merangkak dan sebagainya ketika bayi menjangkau usia 2 tahun. Ini

6
adalah termasuk menyentuh, menggenggam, merasa dan membolehkan bayi berinteraksi
dengan benda di sekeliling mereka disamping dapat mengembangkan kebolehan fizikal
kanak-kanak. Sebagai contoh, ketika seorang ibu meletakkan puting susu di bahagian mulut
bayi secara tidak langsung akan memberi tindak balas segera dengan terus menghisap putting
tersebut.

3.2 Peringkat praoperasi (sekitar 2 sehingga 7 tahun)

Tahap praoperasi adalah tahap kedua dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget.
Tahap ini bermula pada usisa 2 tahun sehingga 7 tahun. Semasa peringkat ini kanak-kanak
mula terlibat dalam bermain simbolik dan lebih kerap menggunakan imaginasi mereka walau
bagaimana pun Jean Piaget menyatakan mereka masih belum memahami logik konkrit.
Perkembangan bahasa adalah salah satu ciri utama dari peringkat praoperasi. Semasa
peringkat ini, kanak-kanak menjadi semakin mahir dan lebih peka tentang simbol dan
imaginasi seperti berpura-pura bermain “role play” memainkan peranan ayah atau ibu serta
menjadikan sofa atau barangan lain sebagai rumah dan istana. Seperti yang dinyatakan diatas
kanak-kanak pada peringkat ini belum memahami logik konkrit iaitu tidak dapat memahami
maklumat secara mental dan tidak dapat mengambil pandangan orang lain. Oleh itu, Piaget
telah mengambil inisiatif dengan menggunakan beberapa teknik kreatif dan bijak untuk
mempelajari kebolehan mental kanak-kanak. Dengan ini, setiap guru hendaklah membina
satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memberi tunjuk ajar kepada kanak-
kanak sesuai dengan umur agar pemahaman mereka lebih luas.

3.3 Peringkat tahap operasi konkrit (7 tahun sehingga 11 tahun)

Seterusnya ialah peringkat operasi konkrit merupakan tahap ketiga dalam teori
perkembangan kognitif Piaget. Tempoh ini termasuk masa zaman pertengahan kanak-kanak
yang bermula pada usia 7 sehingga sekitar umur 11 tahun. Tahap ini kanak-kanak
mempunyai pemikiran yang lebih cenderung menjadi sangat konkrit, lebih logik dan canggih.
Piaget juga menyatakan bahawa kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit mampu
memberi tindak balas menggunakan logik induktif iaitu melibatkan diri dari pengalaman
khusus dengan sesuatu benda atau keadaan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak melihat

7
gagak berwarna hitam dan menganggap semua burung gagak adalah berwarna hitam
sedangkan terdapat juga burung gagak yang berwarna putih. Tahap operasi konkrit juga telah
dikaitkan dengan penurunan egosentrisme iaitu kebolehan kanak-kanak mengambil perspektif
orang lain. Kanak-kanak pada ketika ini sedar bahawa orang lain juga mempunyai perspektif
atau pandangan yang berbeza, tetapi mereka mungkin tidak dapat meneka dengan betul
bagaimana atau apa yang sedang dialami oleh orang lain.

3.4 Peringkat operasi formal (11 tahun sehingga 15 tahun)

Tahap operasi formal adalah tahap terakhir teori perkembangan kognitif menurut Jean
Piaget. Peringkat ini bermula pada umur 11 tahun sehingga 15 tahun. Pada tahap ini juga,
kanak-kanak akan meningkat semakin dewasa diikuti dengan pemikiran mereka yang
menjadi lebih maju dan canggih. Kanak-kanak boleh berfikir tentang konsep abstrak dan
menggunakan logik akal untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif terhadap
seseuatu masalah. Kemahiran seperti pemikiran logik, pemikiran deduktif dan sistematik juga
akan muncul pada peringkat ini. Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah dengan
sistematik secara logik dan teratur. Mereka akan merancang dengan cepat mengenai
pendekatan yang teratur bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, apabila guru
bertanyakan sesuatu soalan yang berkaitan dengan pembelajaran pada ketika itu murid dapat
menjawabnya dengan tepat kerana mereka mampu berfikir secara rasional dan matang.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, teori perkembangan kognitif Jean Piaget telah banyak membantu


menambahkan pemahaman kita tentang pertumbuhan intelektual kanak-kanak seperti yang
dinyatakan di atas terdapat beberapa peringkat perkembangan kanak-kanak dari umur mereka
bayi sehingga menganjak umur remaja di mana mereka sudah mampu berfikiran lebih
rasional. Teori beliau juga ada menekankan bahawa kanak-kanak bukan sahaja penerima
pengetahuan yang pasif sebaliknya, kanak-kanak sentiasa menyiasat dan membuat
eksperimen sendiri ketika mereka membina pemahaman mereka tentang bagaimana dunia di
sekililing mereka berfungsi. Teori Jean Piaget telah mengubah cara para penyelidik berfikir

8
tentang anak-anak oleh itu, orang dewasa dapat mengetahui bahawa cara berfikir anak-anak
pada asasnya berbeza dari cara orang dewasa berfikir.

Rujukan

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), “Perkembangan Kognitif: Teori Jean Piaget”
Intelektual (2015)
Dr. Rohani Abdullah (2002), HBEC1203 Perkembangan Kognitif, Open University
Malaysia (OUM)
Ibda F. Perkembangan kognitif: teori jean piaget. Intelektualita. 2015 Jun 30;3(1).
Gelman, Rochel. "Cognitive development." Annual review of psychology 29.1 (1978):
297-332.
Rogoff, Barbara. Apprenticeship in thinking: Cognitive development in social context. Oxford
university press, 1990.
Soetjiningsih, Christiana Hari. Seri Psikologi Perkembangan: Perkembangan Anak Sejak
Pembuahan Sampai dengan Kanak-Kanak Akhir. Kencana, 2018.
Pembangunan perkembangan kognitif Jean Piaget dicapai dari : https://ms.reoveme.com/jean-
piaget-biografi-1896-1980/
Perkembangan kognitif kanak-kanak dicapai dari : https://silo.tips/download/memahami-
perkembangan-kanak-kanak
Teori pembelajaran kognitif dicapai dari : https://www.scribd.com/
document/261629634/TEORI-PEMBELAJARAN-KOGNITIF

9
BAHAGIAN 2

Laporan (Soalan 1)
Menurut Kadir, Hamdan Abdul, Mohamed Sharif Mustafa, dan Syed Shafeq Syed
Mansor (2004), persekitaran bermaksud kawasan sekeliling atau suasana sekitar sesuatu
tempat. Dalam konteks persekolahan, persekitaran lebih tertumpu kepada persekitaran
pembelajaran yang melibatkan persekitaran fizikal. Hal ini amat penting bagi meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak dengan lebih baik. Kaedah Montessori sering digunakan
oleh mana-mana tadika ataupun taska pada masa kini kerana model ini amat sesuai di mana
kanak-kanak dapat membuat pilihan kreatif dalam pembelajaran mereka. Kaedah ini telah
diasaskan oleh doktor dan pendidik dari Itali iatu Maria Montessori. Beliau telah
mengembangkan banyak idea semasa bekerja dengan kanak-kanak yang mencabar mental.
Sekolah pertamanya, Casa dei Cambini dibuka kepada anak kelas pekerja di kawasan
kejiranan miskin di Rom.

Dapat dilihat melalui video yang telah diberi penyusunan yang teratur, bersih dan rapi
jelas menyatakan kelas tersebut menggunakan kaedah Montessori. menurut Maria Motessori,
kanak-kanak belajar mengenal persekitaran mereka melalui penerokaan oleh itu, suasana
persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-
kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan alat permainan bagi mewujudkan
suasana yang ceria dan menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari dan juga
papan putih juga adalah sesuai dengan umur kanak-kanak bagi memudahkan mereka
menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan. Sebagai contoh almari dan meja yang diletakkan di kelas hendaklah sesuai
dengan keupayaan kanak-kanak supaya memudahkan mereka mencapai barang atau
permainan agar mereka tidak terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.

Tambahan lagi, melalui video yang telah diberi dapat dilihat juga susun aturnya yang
menunjukkan ciri-ciri kaedah Montessori kerana penyusunannya yang sangat sistematik
dengan setiap ruangannya mempunyai sudut yang berbeza seperti sudut bacaan, sudut tempat
bermain, sudut sains, sudut matematik dan sebagainya. Hal ini agar membolehkan mereka
lebih berminat melibatkan diri dalam sesi pembelajaran yang diakan oleh guru sekaligus

10
dapat mengembangkan daya kreatif dan perkembangan kognitif kanak-kanak. Bukan itu
sahaja tujuan penyusunan dengan mengasingkan sudut-sudut yang terdapat pada pusat
asuahan tersebut juga adalah bagi mengelakkan daripada bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran tidak dicampur aduk dengan permainan yang terdapat di situ agar memudahkan
guru mengendali kelas dengan lebih teratur.

Selain itu, dapat dilihat juga di dalam video yang telah diberi peralatan atau bahan-
bahan yang digunakan adalah sangat sesuai dan selamat. Semua perabot, alat permaian serta
alat-alat eletrik dalam keadaan yang bersih dan memuaskan. Barang mainan kanak-kanak dan
hiasan pusat asuhan juga selamat kerana tidak menggunakan bahan yang bersifat tajam dan
mengikut tahap umur. Hal ini membolehkan kanak-kanak dapat bermain tanpa ada keraguan
dari ibu bapa untuk memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada pihak asuhan untuk
menghantar anak mereka sementara tidak berada di bawah penjagaan mereka. Antara perkara
yang tidak diingini apabila menggunakan bahan mainan yang tidak sesuai adalah seperti
kanak-kanak boleh tercekik permainan yang bersaiz kecil atau sebagainya. Oleh itu, bagi
pusat asuhan yang mempunyai kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 bulan hendaklah
memilih mainan yang sesuai seperti mainan fabrik dan lego tetapi pastikan saiz lego tidak
terlalu kecil.

11
Laporan (soalan 2)

Menurut Noor Hanim binti Harun (2007), pengurusan bermaksud mengurus sesuatu
manakala ruang pula ialah ruang rumah atau bangunan yang bersekat dengan dinding dan
berpintu. Dalam konteks prasekolah, pengurusan ruang dan persekitaran merujuk kepada
kurikulum Prasekolah Kebangasaan adalah tempat untuk murid bergerak bebas dan
berinteraksi dengan bahan yang disedikan serta meliputi ruang pembelajaran iaitu ruang
dalam kelas, ruang luar dan ruang penyediaan makanan termasuk dapur dan bilik air. Oleh
itu, persekitaran dalaman dan luaran sesebuah tadika atau pusat asuhan amat penting bagi
perkembangan kognitif kanak-kanak kerana ia mempengaruhi pembelajaran mereka. Bagi
ruang dalaman, pihak asuhan hendaklah peka terhadap setiap sudut ataupun ruangan yang
ingin dibuat dengan memastikan ruangan tersebut dapat membantu kanak-kanak meluaskan
minda serta dapat bermain dengan lebih selamat. Segala benda yang boleh menyebabkan
kecederaan hendaklah dihindarkan dan diletakkan di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-
kanak. Barang-barang lain seperti perhiasan, perabot dan kemudahan lain mestilah diperiksa
dengan lebih teliti sebelum digunakan oleh kanak-kanak di bawah jagaan pengasuh. Dengan
keadaan yang teratur ini, guru atau pengasuh dapat mengawal keadaan ruangan tersebut di
samping kanak-kanak juga selesa untuk berinteraksi dan meluaskan minda di susana
persekitaran mereka.

Selain itu bagi kemudahan ruangan dalaman juga pihak asuhan hendaklah membina
sekurang-kurangnya dua buah tandas kanak-kanak iaitu tandas cangkung atau tandas duduk.
Tandas tersebut haruslah mudah digunakan dengan meletakkan tandas saiz kanak-kanak
namun bagi mengelakkan sesuatu kemalangan berlaku sebaiknya awasi mereka. Bukan itu
sahaja, tandas yang disediakan mestilah sentiasa bersih dan kering agar kanak-kanak tidak
terjatuh. Bahan-bahan pencuci juga diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-
kanak dan yang paling penting ialah mengasingkan tandas lelaki dan perempuan bagi
mengajar mereka dari awal tentang batas-batas yang tertentu. Melalui konteks ini juga, wujud
kemahiran emosi dan sosial dalam kalangan kanak-kanak bukan itu sahaja malah kemahiran
komunikasi antara kanak-kanak dan pembantu taska dapat dibentuk sebagai contoh, pendidik
atau pembantu taska akan menentukan bahasa yang akan digunakan oleh kanak-kanak untuk

12
ke tandas dan mengekalkan penggunaan bahasa ini. Contohnya penetapan menggunakan
bahasa inggeris bagi meminta kebenaran ke tandas. Oleh hal yang demikian kanak-kanak
dapat mengembangkan kemahiran berbahasa seawal usia mereka yang masih kecil.

Bukan itu sahaja malah ruang luaran pusat asuhan juga merupakan aspek yang penting
bagi perkembangan kognitif kanak-kanak. Program pembelajaran luar bilik darjah ini atau
dipanggil PLDB telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000
lagi agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih kontekstual. PLDB digunakan
adalah bertujuan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari ataupun satu proses
mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Ruang luar adalah kawasan kanak-kanak boleh
terlibat dan melakukan aktiviti fizikal. Ia juga dapat dijadikan tempat rekreasi, pusat
pemerhatian dan penerokaan. Antara contoh yang terdapat di kawasan luaran tadika ataupun
pusat asuhan adalah seperti taman permainan, pondok kecil, mainan pasir dan sebagainya.
Ruang luar adalah satu ruang lain yang juga merupakan ruangan pembelajaran. Oleh itu,
kebersihan persekitaran tempat bermain adalah sangat penting agar kanak-kanak dapat
meneroka dunia luar dengan lebih bersemangat. Guru juga dapat mengaitkan persekitaran
mereka dengan sesi pembelajaran sebagai contoh, konsep pembelajaran pada hari itu adalah
mengenai kebersihan alam sekitar. Dengan ini, Guru boleh memberi contoh kepada kawasan
sekeliling pusat asuhan yang bersih agar kanak-kanak lebih memahami dan terbuka tentang
pentingnya menjaga alam sekitar.

Gambar 3: contoh kawasan pusat asuhan yang bersih dan kemas

13
Akhir sekali adalah merangkumi faktor keselamatan kawasan luar pusat asuhan. Hal ini
juga dapat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Jika kawasan persekitaran selamat
maka proses pembelajaran juga akan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang perkara yang
dapat menggangu pembelajaran dan penagajaran yang sedang berlangsung. Dalam hal ini,
persekitaran yang selamat membolehkan guru merancang aktiviti yang sesuai dengan konsep
ketika berada di ruang luar. Oleh itu, tempat pembinaan pusat asuhan adalah penting untuk
dititikberatkan kerana persekitaran yang tidak selamat akan mengganggu sesi pembelajaran.
Contohnya kawasan pusat asuhan dibina berdekatan dengan kawasan jalan raya atau sungai.
Jika perkara ini tidak dapat dielakkan maka guru terpaksa lebih peka dengan keadaan
sekeliling dan lebih mengawasi kanak-kanak di bawah jagaannya. Selain daripada
penempatan pusat asuhan, penggunaan alat atau bahan ketika pembelajaran di luar juga perlu
diutamakan iaitu dengan memastikan alat permainan luar seperti papan gelungsur, buaian dan
jongkang jongkit tahan lasak dan selamat digunakan. Kanak-kanak juga perlu dihindarkan
daripada tumbuh –tumbuhan yang bertoksi kerana kanak-kanak gemar untuk bermain dan
makan tumbuh-tumbuhan yang asing bagi mereka.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam menyiapkan tugasan ini pengkaji dapat mempelajari banyak


perkara termasuklah cara tetapan, susun atur dan penggunaan peralatan dan bahan-bahan
yang digunakan dalam sesebuah pusat asuhan iaitu dengan menggunakan kaedah Montessori.
Selain itu, pengkaji juga dapat mempelajari bahawa keselamatan adalah titik utama bagi
menubuhkan satu pusat asuhan yang baik bagi ibu bapa yakin untuk menempatkan anak
mereka ketika tidak berada di bawah penjagaan. Bukan itu sahaja malah kebersihan juga
merupakan aspek yang penting kerana hal ini sangat mepengaruhi proses pembelajaran serta
proses penerokaan lokomotor kanak-kanak. Dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran
amat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak oleh itu ibu bapa hendaklah
membuat pelbagai rujukan bagi mencari perkhidmatan taska atau pusat asuhan yang
berkualiti dari segi kebersihan mahupun keselamatan untuk kepentingan anak mereka sendiri.

(2,899 patah perkataan tidak termasuk rujukan)

14
Rujukan

Kadir, Hamdan Abdul, Mohamed Sharif Mustafa, and Syed Shafeq Syed Mansor. "Pola
Personaliti-Persekitaran (PE Fit) Dan Perbandingan Kongruen Personaliti Persekitaran
(EAT) Pelajar Universiti Teknologi Malaysia." Laporan Penyelidikan Tidak
Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia (2004).

Montessori, Maria. The Montessori method: the origins of an educational innovation:


including an abridged and annotated edition of Maria Montessori's The Montessori
method. Rowman & Littlefield, 2004.

Harun, Noor Hanim Binti, et al. "PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DALAM MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH." JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan 7.1 (2020): 66-76.

PENUBUHAN, GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN. "TADIKA DAN TASKA


2017."

Pendekatan susun atur mengikut model Montessori dicapai dari :


http://www.ukm.my/monline/pendidikan-montessori-dan-pengaplikasiannya-kepada-
pendidikan-awal-kanak-kanak.html

Kemudahan dan perkhidmatan pusat asuhan dicapai dari : https://adoc.pub/taman-asuhan-


kanak-kanak.html

Persekitaran pusat asuhan yang sesuai untuk kanak-kanak dicapai daripada :


https://preschool.klceducation.asia/ms/blogs/how-to-create-a-positive-learning-
environment-for-children

15

You might also like