You are on page 1of 65

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 1

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

1.1

Sinopsis

Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu anda mengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih berkeyakinan dan kreatif.

1.2

Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif. 2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. 3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

1.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Perkembangan Kognitif Kanakkanak

Konsep Kognitif

Pengertian Perkembangan Kognitif

Teori-teori Perkembangan Kognitif

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1.4

Perkembangan Kognitif Kanak- kanak

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci.

Perkataan perkembangan kognitif kanak-kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.

1.4.1

Konsep Kognitif

Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif .

Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagaii perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004). 1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh,

memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka. (Hetherington & Parke ,1986) Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

1.4.3

Teori-teori Perkembangan Kognitif

1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p iaget

Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema). Skema Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabila kanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan pengalamannya menjadi skema menghisap puting getah dan skema menghisap jari tangan.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Asimilasi Merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang. Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung. Akomodasi Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba

mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema sedia ada yang sesuai yang dapat menolong kanak-kanak memahami pengalaman baru itu. Maka timbullah suatu situasi yang dinamakan (disequilibrium) ketidakseimbangan. Dengan itu kanak-kanak mempunyai dua pilihan:

Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru

Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.

Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada. Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau equilibrium.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tahap Perkembangan Kognitif

Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu:

1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)

Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)

Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang secara hafalan. Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu atau peristiwa. Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit), kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Perkataan operasi di sini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila menyelesaikan masalah.

Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan bukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan objek.

Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalah

sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau appearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan bilangan guli adalah sama. Contoh lain:

Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area. Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan). Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnya seriasi saiz, warna dan bentuk.

4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak. Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Menguji di samping meramal dan merancang sesuatu tindakan.

Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/ vygotsky

Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga dengan rakan sebaya.

Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan bantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah

berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.

Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). Amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.

Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi lebih banyak di awal pembelajaran dan dalam proses pembelajaran semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara kedua-dua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development.

Konsep ini ialah tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman.

Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi, menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan itu.

Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara yang kita boleh laksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah diberikan. Ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

diberi bantuan atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar bantuan yang berbeza.

Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya, cuba renungkan apakah perubahan yang perlu dilakukan.

Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh melakukannya

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html http://www.kolar.org/vygotsky http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html http://tip.psychology.org/vygotsky.html

10

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 2

Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah

2.1

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya memahami konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

2.2.1 Hasil Pembelajaran

1. Membezakan beberapa definisi Matematik 2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanakkanak.

3. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM dengan


pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.

2.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah

Pengertian Matematik

Kepentingan Pembelajaran Matematik

Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM

11

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

2.4

Pengertian Matematik

Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri dengan jawapan dalam nota di bawah ini. Matematik berasal dari perkataan mathema

yang bermaksud mempelajari, menimba,

sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal. Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens. Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada

membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Mengikut Arbak Othman (2005) dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu, Matematik bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.

12

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting? Bagaimana boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia? Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Apakah Matematik

pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimanakah guru boleh mendedahkan kanak-kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakutkan dan membosankan mereka?

Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990), menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah. Semasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan istilah-istilah matematik seperti lebih tinggi, lebih rendah, segitiga,bulat, tiga,dua, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan lain-lain juga berlaku semasa bermain.

Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak

memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian, mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan pembelajaran Matematik ialah:

a) b)

Melatih individu menaakul secara logik dan rasional. Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahli keluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)

c)

Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)

d)

Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.

e)

Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.

13

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

f)

Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimana kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)

g) h)

Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat. Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti kalkulator dan komputer)

i)

Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak.

2.6

National Council Teaching Mathematics (NCTM)

Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics (NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet (http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat bersama rakan-rakan.

NCTM President J. Michael Shaughnessy


The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa.

NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:

Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik. Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru. Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.

NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran

14

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan Principles and Standard for School Mathematic yang terkini.

NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip

(Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi) yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri, Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran). 2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan

pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah.

2.7.1

Perkongsian/keadilan (Equity)

Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain. Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik. 2.7.2 Kurikulum (Curiculum)

Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokus kepada kepentingan sebenar Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih

15

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan mereka. 2.7.3 Pengajaran (Teaching)

Sumber: www.scholastic.ca/teacher/

Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah.

Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkaraperkara berikut:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.

16

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

2.7.4

Pembelajaran (Learning)

Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm

Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomous learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah.

2.7.5

Pentaksiran (Assesment)

Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan,

mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid yang memerlukan latihan tambahan.

Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian bertulis dan lain-lain. Menurut The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsip pentaksiran(2000) yang diutarakan ialah Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid. Elemen-elemen berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:

17

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi sebahagian daripada arahan setiap hari. Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal. Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri.

2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran

i)

Pemerhatian untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan

Pemerhatian digunakan

sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlaku kanak-kanak yang ditulis dan direkodkan:

Contoh 1: Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh mengasing dan menyusun blok.

Contoh 2: Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia memahami konsep padanan satu dengan satu.

ii)

Perbualan Informal

Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56), mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang mereka fikirkan. Contoh: Beritahu saya lebih lanjut. Boleh tunjukkan saya cara yang lain.

18

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tolong fahamkan saya. Kenapa kamu...? Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini? Apa lagi yang kamu tahu...? Apa yang kamu fikir apabila kamu...?

iii)

Temubual

Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus. Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermula dengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh:

Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan konsep lebih daripada. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tiga tahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan tersebut.

iv)

Laporan

Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja

19

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh dimasukkan ke dalam portfolio: 2.7.6

Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya. Diagram,graf, data Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial. Contoh-contoh penyelesaian masalah Pita video jurnal Teknologi (Technology)

Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities _for.html

Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.

Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas.

20

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahankemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.

Dalam

melaksanakan

tugas

pengajaran, yang

guru

harus

berusaha

meningkatkan yang

keberkesanannya.

Pengajaran

berkesan

menghasilkan

pembelajaran

diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.

2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi

Press C 0

2 =

What do you see?_______________ Press = again What do you see?________________ What will the calculator show if you press = again?

____________ Do it. Were you correct?______________ Press = = =. Guest what the calculator will show each time. ________ _________ ____________ What happened? _________________________________ Complete the following. Then use your calculator to see if you are correct. Press c 0 + 3 = The calculator will show _________________ Press = _______________________ = _______________________ = _______________________ Press c 0 + 4 = Then calculator will show _______________ Press = ____________ = ____________ = ____________

21

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh melayari laman web http://www.noggin.com

Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal Matematik.

http://standards.nctm.org http://eprints.utm.my http://www.noggin.com http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html

22

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Unit 3

LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH

3.1

Sinopsis

PENGENALAN Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematik dan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentang kelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajaran dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan

proses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:

Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian

National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaitu enam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telah dibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai proses yang berikut:

1. Penyelesaian masalah (Problem solving) 2. Sebab/Akibat (Reasoning) 3. Komunikasi (Communication) 4. Hubungan/Hubungkait (Connection) 5. Gambaran (Representation) Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses

23

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan pengertian terbaik berdasarkan mengajar metematik menurut piawai NCTM. 3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan National Council Teaching Mathematics. 2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council Teaching Mathematics prasekolah dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak

3.3

Kerangka Konsep Tajuk ini

Piawai Proses NCTM

Penyelesaian masalah

Sebab/Akibat

Komunikasi

Hubungan/Hubungkait

Gambaran

3.4

Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM) Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas kelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah.

24

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

3.4.1

PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)

Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabila sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah serta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankan kemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah tradisional. Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk: Menggunakan bahan-bahan manipulasi Cuba-cuba Membuat senarai Melukis gambar rajah Mencari-cari pola Melakonkan masalah Teka dan semak

Sebilangan teknik penyelesaian masalah Strategi pendakian bukit Analisis cara dan hasil Bekerja cara terbalik Cuba-cuba Perah otak Kotak morfologi Kaedah objek focus Pemikiran lateral Teknik George Polya Penyelidikan Analogi Pengujian hipotesis Pemeriksaan kekangan Mengambil lebih banyak masa Pengeraman Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah Analisis punca masalah Terowong angin

25

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Set pandangan batin Rory OConnor

Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanakkanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaran bermakna. Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah: Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah. Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak. Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.

Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yang pertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untuk pencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah.

3.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING) Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala

pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakah dan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluang untuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah. Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahaman konsep. Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah mengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiran berkomunikasi dan bersosial.

Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:

Merangsang

murid-murid

untuk

meramal

dan

membina

pendapat

dalam

menyelesaikan masalah. Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi. Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.

26

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin cara anda ini berkesan? Beri justifikasi anda.

3.4.3.

KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)

Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur, menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalam

matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran yang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan idea kepada orang lain.

Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami konsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanakkanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja.

Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:

Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid. Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif. Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam. Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan seharian.

Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang tidak berkesan.

27

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

3.4.4.

HUBUNGAN / HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)

Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satu aspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep. Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya. Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain. Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial. Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.

Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid prasekolah:

Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian. Membina kemahiran berfikir murid-murid. Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk

pembelajaran yang bermakna.

Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yang menghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupan seharian.

28

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

3.4.5.

GAMBARAN (REPRESENTATIONS)

Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna, gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.

Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep matematik dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai matematik.

Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baik untuk mengambarkan konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang sangat berguna dalam menyampaikan konsep matematik kepada orang lain. Perubahan satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah pemahaman terhadap sesuatu konsep.

Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah: Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak Membantu proses penyelesaian masalah

Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran anda sebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat.

29

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

RUMUSAN

Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek

lima

proses yang terdiri dari penyelesaian

masalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaian masalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaian masalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selalu berpunca daripada rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanakkanak melakukan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan di sekeliling, mereka menyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran.

LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI 1. Rancangkan satu aktiviti matematik untuk kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan kelima-lima piawai proses NCTM . 2. Bagaimanakah pengintergrasian matematik dengan matapelajaran yang lain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia di sekelilingnya?

Selamat mencuba..........

30

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 4

Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah

4.1

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan konsep awal sains yang perlu didedahkan kepada kanakkanak sejak awal lagi supaya pemikiran dan pemahaman mereka boleh diasah dan potensi mereka dikembangkan. Aktiviti yang melibatkan pemerhatian, membanding beza, mengelas, membuat eksperimen dan inferens, menyoal dan berkomunikasi, meramal, dapat meningkatkan kebolehan kanak-kanak memperoleh konsep awal sains dan ini dapat meningkatkan pemikiran kritis kanak-kanak. Kemahiran berfikir merupakan satu kebolehan yang boleh membantu kanak-kanak berfikir, memberi alasan dan menilai. Akhirnya kanakkanak dapat membuat keputusan berasaskan sebab musabab yang boleh diterima. 4.2 Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Menyatakan pengertian sains serta kepentingan mempelajari sains Menerangkan dan merancang aktiviti-aktiviti inkuiri dalam pembelajaran sains Menghuraikan kemahiran-kemahiran proses sains

4.3

Kerangka Konsep Tajuk ini

Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah

Pengertian Sains

Kemahiran Proses Sains

Kepentingan pembelajaran Sains

Inkuiri dalam pembelajaran Sains

31

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

4.4

Pengertian Sains

Sains ialah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Ia melibatkan nilai-nilai bagi menentukan aplikasi pengetahuan saintifik. Pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan

mencorakkan alam sekeliling. Pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. (Abruscato,1982)

Menurut Gene Holt (1979) sains ialah pemikiran dan perbuatan yang berlaku seiring pada kanak-kanak. Sains merupakan perkara yang menghairankan, menakjubkan dan menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk meneroka.

Brewer (1995) pula berpendapat bahawa sains ialah suatu proses memerhati, berfikir, dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan kejadian dan peristiwa. Ia juga merupakan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan kanak-kanak memperoleh pengetahuan fakta sains, menggalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat inferens. Fenomena yang berlaku di sekeliling kita membuka ruang bagi kanakkanak meneroka alam sekeliling dalam proses mendapatkan jawapan, membina kefahaman dan menguasai kemahiran. Melalui bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan. Kanak-kanak juga seperti saintis boleh membuat pemerhatian, ramalan, dan membina kesimpulan berdasarkan pengalaman dan interaksi mereka dengan alam sekitar.

Penerokaan adalah aspek penting dalam proses saintifik. Melalui penerokaan kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelaskan dan membina soalan (Johnston,1996). Interaksi dengan alam sekitar membantu kanak-kanak membina kefahaman konseptual saintifik di samping membentuk sikap dan minat dalam sains seperti ingin tahu, tabah, ikram dan jujur. Hasil kajian (Driver & Erickson,1983)

mendapati bahawa kanak-kanak membina kefahaman mengenai fenomena alam 32

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

semula jadi daripada pengalaman harian mereka. Idea atau kefahaman yang dibentuk melalui penerokaan dan pengalaman seharian biasanya tidak lengkap dan kadangkala bercanggah dengan konsep yang diketengahkan melalui pengajaran sains. Namun begitu idea awal yang terbentuk melalui pengalaman dan interaksi kanak-kanak dan alam sekeliling menjadi asas pembelajaran yang seterusnya. Melalui pengalaman ini, kanak- kanak membina satu set jangkaan dan kefahaman atau pemikiran intuitif bagi menjelaskan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku. Gilbert (1982) menyamakan kefahaman intuitif sebagai sains kanak-kanak.

4.5

Kepentingan Pembelajaran Sains

Menurut Piaget, kanak-kanak mula mengenal dunia mereka melalui deria pada peringkat awal kanak-kanak lagi. Mereka mempelajari ciri-ciri sesuatu objek seperti tenggelam timbul, melantun, berkecai melalui uji kaji yang dilakukan secara menghidu, merasa, memegang, mengetuk, menolak dan melihat kesan tindakan ke atas objek tersebut. Pada peringkat praoperasi mereka akan membina pengetahuan tentang nama dan ciri objek dalam persekitaran mereka yang digunakan bagi aktiviti olahan dalam peringkat seterusnya. Eliason & Jenkins (1990) berpendapat sifat ingin tahu kanak-kanak ini menjurus minat mereka mencuba dan melakukan uji kaji. Semakin banyak yang dicubai oleh mereka semakin banyak yang mereka pelajari tentang sains. Bagi kanak-kanak, pengalaman sains dapat:

Menolong dalam perkembangan intelek kanak-kanak. Ini adalah kerana sains melibatkan proses menyelidik, mengetahui perkara yang belum diketahui,

mencuba dan membuat eksperimen, memerhati, mengenal pasti, membanding, mengaitkan, mengelas, komunikasi dan meramal perkara yang baru. Mengembangkan bahasa dan kefahaman mereka semasa menerang dan merekodkan hasil pemerhatian di samping meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan mengelas. Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi. Dalam melaksanakan aktivitiaktiviti dalam proses sains, kanak-kanak digalakkan untuk berinteraksi, bekerja

dalam kumpulan dan ini secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan benda baru dan

33

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

penyelesaian masalah adalah suatu pengalaman yang

menyeronokkan. Kanak-

kanak dapat belajar dengan mudah dan berkesan pada perkara yang disukai dan menyeronokkan mereka. Memupuk sikap berhati-hati dan menyedarkan mereka tentang aspek yang berbahaya dalam sesuatu objek atau perkara yang dilakukan mereka. Hasilnya sains dapat mengurangkan rasa takut kanak-kanak pada suatu benda

4.6

Inkuiri Dalam Pembelajaran Sains

Inkuiri ialah proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis membuat eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Secara amnya inkuiri bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Melalui inkuiri, kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses, menyoal, menjalankan eksperimen, menjawab soalan dan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut :

Proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, menjalankan eksperimen, mengumpul data menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan proses mencari kebenaran, maklumat atau pengetahuan melalui kaedah menyoal

Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Merupakan teknik menyoal mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada persoalan yang diutarakan. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan

Mengikut National Science Education Standards (1996), inkuiri adalah aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan, meneliti buku-buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula apa yang sudah diketahui

berdasarkan bukti eksperimen menggunakan alat mencari dan menganalisis serta menginterpretasikan data, mencadangkan jawapan, penjelasan serta ramalan dan

34

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh.

Ingin

tahu adalah sifat

semula jadi kanak-kanak

yang

perlu

dipupuk Mereka

sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa. Kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cubajaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri dan kunci peningkatan kognitif. Kanak-kanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen. Pendekatan hands-on dan minds-on ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Pelbagai konsep diperkenalkan kepada kanak-kanak

semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain.

Inkuiri berlaku apabila mereka: Mengemukakan soalan Meneroka dan menyiasat Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat Membuat penjelasan yang munasabah menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan, binaan, lukisan, lakonan dan bercerita Mengapakah Inkuiri digalakkan di Prasekolah? Pendekatan inkuiri membolehkan kanak-kanak menggabungkan kemahiran proses sains, taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung

konsep-konsep saintifik. Kanak-kanak yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai

pengetahuan dan proses penemuan dalam sains.

35

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Antara kelebihan pendekatan inkuiri: Meningkatkan prestasi kanak-kanak, terutama berkaitan dengan

kemahiran amali dan kemahiran melakar graf dan mentafsir data. Memupuk literasi saintifik dan pemahaman berhubung proses sains kosa kata dan pemahaman konseptual, pemikiran kritikal, sikap positif ke atas meningkatkan prestasi dalam ujian pengetahuan prosedur sains,

dan membina

pengetahuan logik-matematik.

Dalam inkuiri saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan, imaginasi taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubung pengetahuan sains secara aktif. Melalui inkuiri, kanak-kanak berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari bagi melakukan sesuatu dengan baik.

Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan, seperti berfikir, mengurus, prihatin dan sebagainya. Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik

dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains.

Contohnya, p e r i s t i w a kanak-kanak yang menjumpai cacing tanah semasa membantu ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Guru boleh

merangka aktiviti bagi mendedahkan kanak-kanak dengan fungsi dan peranan cacing tanah menyuburkan tanah untuk tanaman. Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak, mengesan habitat, pemakanan, bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. Eksperimen ringkas boleh dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai, pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal. Kanakkanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambar-gambar yang dilukis. Dalam contoh ini, kanak-kanak

menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah.

36

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. Inkuiri saintifik berlaku apabila: Kanak-kanak membina kefahaman melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yang menggalakkan penerokaan dan perbincangan Kanak-kanak membina, mengguna, dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan Kanak-kanak mempraktikkan amalan penyiasatan, penerokaan mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah

Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak secara aktif dengan aktiviti hands-on seperti menyiasat bagi menjawab persoalan dan

memenuhi naluri ingin tahu mereka.

Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan.

Inquiry-oriented instruction engages students in the investigative nature of science As Novak (1977) suggested, inquiry is a student behavior that involves activity and skills, but the focus is on the active search for knowledge or understanding to satisfy students curiosity. In inquiry, educators should not expect children to discover everything for themselves, rather, they should focus on relating new science knowledge both to previously learned knowledge and to experiential phenomena so students can build a consistent picture of the physical world. Science teachers can facilitate this process in several ways. For example, when children show an interest in learning more about a bean plant or a nearby tree, the teacher should ask questions to determine what each student already knows. In this way, teachers can modify learning experiences and classroom settings to best meet individual needs One way to involve students in inquiry is through problem solving, which is not as much a teaching strategy as it is a child behavior. As with inquiry, the driving force behind problem solving is curiosityan interest in finding out. The challenge for the teacher is to create an environment in which problem solving can occur.

37

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

4.7 4.7.1

Kemahiran Proses Sains Memerhati

Melihat dan memerhati adalah dua perkara yang berbeza. Memerhati melibatkan proses mental dan kadang-kala melibatkan penggunaan lebih daripada satu deria. Kanak-kanak perlu diberikan panduan dan pengalaman bagi membuat satu pemerhatian dengan menggalakkan mereka melihat dengan penuh teliti sesuatu peristiwa, tindakan atau maklumat. Pemerhatian bukan sekadar pada input visual, tetapi juga melibatkan deria lain seperti mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh

Sewaktu kanak-kanak memerhati, mereka belajar untuk menggunakan semua deria yang ada seperti melihat, mendengar, menghidu, merasa dan sentuhan. Forman & Kuschner (1977) mencadangkan empat peringkat yang perlu diikuti oleh kanak-kanak dalam melakukan pemerhatian:

1. 2. 3. 4.

Mengenal pasti bahagian-bahagian benda dan objek. Melihat sesuatu benda dari pelbagai sudut. Membandingkan benda yang dilihat dengan benda lain. Mengaitkan benda dengan fungsinya contoh: hidung ialah untuk menghidu bukan hanya berperanan untuk memberikan benda-benda

Guru dan orang dewasa

untuk diperhatikan tetapi juga memfokuskan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh kanak-kanak dan menghuraikan serta melabelkannya secara verbal. Pertuturan yang digunakan sewaktu pemerhatian membolehkan kanak-kanak mencari persamaan dan benda yang diperhatikan seterusnya berupaya membuat

perbezaan mengenai

kesimpulan dan membentuk konsep. Sewaktu kanak-kanak melakukan pemerhatian, guru perlu menolong kanak-kanak

supaya menfokuskan perhatian mereka terhadap sesuatu benda secara terperinci. Kanak-kanak boleh dibantu dengan mengemukakan soalan dan komen yang berfokus secara detail dan mereka perlu membuat pemerhatian menggunakan lebih daripada satu deria. Guru atau orang dewasa boleh cuba untuk menggalakkan kanak-kanak menggunakan masa yang lebih panjang untuk melakukan pemerhatian supaya dapat mencari perbezaan dan persamaan yang ada dengan lebih teliti lagi. Oleh yang demikian proses sains ini juga melatih kanak-kanak bersabar dan menjadi lebih teliti dalam pengalaman ini.

38

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pemerhatian kanak-kanak: Melihat tumbesaran biji benih, ikan berenang, memerhatikan bentuk warna dan pergerakan awan setiap hari Menghidu buah cempedak, mangga, nenas dan sebagainya Menyentuh kulit nenas yang kasar, menyentuh tekstur objek yang berbeza seperti karpet, kulit beg, dinding, kulit kerang Merasa pelbagai jenis makanan Mendengar bunyi desiran angin, bunyi kenderaan di jalan raya , suara sendiri yang telah dirakam dan bunyi alam semula jadi di sekeliling

4.7.2

Membanding beza

Apabila kanak-kanak membanding beza bermaksud mereka mengkaji persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih daripada dua perkara berdasarkan aspek-aspek tertentu. Perkara yang dikaji boleh berbentuk objek, peristiwa, haiwan dan sebagainya.

Aktiviti ini dilaksanakan untuk menolong kanak-kanak memahami perkara-perkara yang dibandingkan dengan lebih mendalam. Selain itu apabila sesuatu itu dibanding bezakan ia akan mengelak daripada berlakunya kekeliruan tentang perkara yang seakan-akan sama. Kemahiran ini juga akan membantu dalam kemahiran yang lebih kompleks seperti mengelas dan memberi definisi. Setelah membuat banding beza kanak-kanak dapat membuat keputusan dengan bijak. Contohnya kanak-kanak diminta membuat banding

beza tentang haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia atau pekerjaan dan sebagainya. 4.7.3 Mengelas merupakan Dalam suatu proses objek kemahiran atau asas dalam menyusun sesuatu membuat

Mengelas maklumat.

mengelas

maklumat,

kanak-kanak akan

perbandingan mengenai persamaan dan perbezaan sesuatu objek. Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak berkebolehan melakukan pengkelasan berdasarkan warna, bentuk, saiz dan fungsi. Kanak-kanak yang lebih besar dapat mengelaskan berdasarkan pelbagai ciri.

Dalam melakukan pengkelasan, kanak-kanak bukan sahaja memerhati tetapi juga berfikir. Sebelum ke sekolah, kanak-kanak sebenarnya sudah mempunyai banyak

39

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

peluang untuk melakukan pengkelasan dan pemerhatian di dalam persekitaran mereka. Kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti pengkelasan melalui aktiviti di bawah: 4.7.4 Biji benih yang pelbagai saiz dan bentuk Jenis serangga, bersayap atau tidak bersayap Haiwan liar, jinak, habitat dan jenis haiwan Blok yang pelbagai warna, saiz dan bentuk Manik yang pelbagai saiz, bentuk dan warna Alatan di bilik darjah Mengukur dan Menggunakan Nombor

Kemampuan mengukur adalah penting dalam proses sains sebab kemahiran ini penting dalam mengutip data. Pengukuran dalam bentuk pranombor ialah kemampuan kanakkanak menggunakan istilah lebih dan kurang, tinggi dan rendah sebelum beralih kepada kemampuan menggunakan nombor seperti dalam kiraan bilangan sesuatu bahan atau objek. Contohnya kanak-kanak diberi tugas mencari berapakah cawan air diperlukan untuk memenuhi satu jag. Pada peringkat lebih tinggi, kanak-kanak belajar menggunakan inci dan sentimeter atau berat sesuatu objek.

4.7.5

Membuat Eksperimen

Sebenarnya kanak-kanak sudah terlibat dalam aktiviti ini sejak mereka kecil lagi. Semasa bayi mereka menggunakan mulut untuk merasai objek dalam genggaman mereka.

Selepas pengalaman ini mereka tahu objek apa yang boleh dihisap dan akan membawa kepuasan (kenyang atau hilang haus) dan objek yang membawa rasa tidak enak. Selepas itu mereka ada pula pengalaman bermain dengan buih sabun semasa mandi, balingan bola yang akan melantun balik kepada mereka. Semua yang dilakukan ini adalah secara tidak disengajakan. Pengalaman yang membawa keseronokan dan gelak ketawa ini sebenarnya ialah suatu eksperimen yang sedang mereka laksanakan tanpa disedari. Pendekatan inilah yang harus dimanfaatkan oleh guru dalam menggalakkan kanak-kanak membuat eksperimen. Hal ini dapat dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kelas bergantung kepada perancangan guru.

40

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Guru harus sedar bahawa semua bahan yang ada di persekitaran dapat dijadikan bahan eksperimen. Eksperimen tidak semestinya merujuk kepada aktiviti yang perlukan tabung uji, dan radas yang terdapat di dalam makmal sains. Contohnya cara kita mencairkan ais boleh dijadikan satu eksperimen. Perkara yang penting ialah memastikan setiap kanakkanak terlibat secara aktif serta kerap menanyakan soalan yang perlukan penaakulan. Contohnya guru boleh berbincang dengan kanak-kanak tentang ketulan ais mana yang akan cair dulu, yang besar atau yang kecil atau yang diletakkan dalam bilik atau di bawah cahaya matahari? Mengapa? Sekiranya kanak-kanak tidak dapat menjawab atau tidak memahaminya, maka mereka boleh dapatkan ketulan ais dan buat eksperimen itu sendiri. Guru boleh membincangkan cara untuk melambatkan proses pencairan ais dan kaitkan pembelajaran ini dengan kehidupan harian mereka. 4.7.6 Membuat Ramalan

Membuat ramalan ialah suatu proses kita membuat andaian berdasarkan beberapa fakta yang sedia ada. Kemahiran ini perlu diterapkan sejak kanak-kanak kecil lagi untuk melatih pemikiran kritis dan daya penaakulan mereka. Apabila kanak-kanak memperoleh kemahiran ini mereka boleh menjangka sesuatu yang akan berlaku berdasarkan kemampuan mereka menaakul sesuatu secara logik. Contohnya kanak-kanak boleh meneka berapa banyak air yang diperlukan bagi memenuhi ruang yang ditetapkan. Mereka juga boleh meramal

apakah yang akan berlaku jika mereka menggunakan penapis untuk menapis air yang diambil daripada perigi contohnya. 4.7.7 Membuat Inferens

Membuat inferens ialah kebolehan kanak-kanak mengenal pasti kaitan antara sebab musabab atau penerangan fenomena yang berlaku walaupun tidak dapat diperhatikan secara langsung oleh kanak-kanak itu. Contohnya suatu benda yang besar akan timbul dan air keluar lebih cepat melalui penapis daripada bekas yang mempunyai sedikit lubang. Melalui pemerhatian ini kanak-kanak akan membuat inferens yang semua benda besar akan timbul di dalam air. Hal ini dikukuhkan lagi apabila kanak-kanak pernah melihat kapal besar yang belayar di lautan. Kesimpulan yang dibuat oleh kanak-kanak adalah betul pada tahap itu dan berdasarkan pentafsiran kepada pemerhatian mereka.

41

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

4.7.8

Berkomunikasi

Kemahiran berkomunikasi tidak kurang pentingnya di dalam proses sains. Dapatan yang dihasilkan sekiranya tidak dikomunikasikan tidak akan membawa manfaat kepada sesiapapun. Oleh yang demikian kanak-kanak digalakkan untuk mengongsikan pengalaman mereka dengan pelbagai cara. Mereka yang sudah pandai menulis boleh membuat catatan, rekod bergambar, carta atau graf mudah bagi mengkomunikasikan dapatan mereka. Yang belum pandai menulis boleh menceritakan hasil pemerhatian mereka secara lisan. Proses ini adalah sangat penting supaya kanak-kanak faham cara pengetahuan sains diperoleh dan disebarkan.

42

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 5
5.1 Sinopsis

Perancangan Program Awal Sains Di Prasekolah

Unit ini akan membincangkan bagaimana anda dapat merancang program sains prasekolah serta amalan-amalan mewujudkan suasana yang selamat semasa

melaksanakan aktiviti-akiviti sains. Cara mengajar kanak-kanak menjelajah dan menyiasat juga akan disentuh selain cadangan menggalakkan kanak-kanak berseronok dengan sains. Unit ini juga menyentuh tentang cara mengajar konsep sains asas dan memupuk sikap sains yang merangkumi konservasi, menghormati benda hidup dan persekitaran. 5.2 Hasil Pembelajaran 1. 2. Merancang kandungan program sains prasekolah Menyatakan aktiviti menjelajah dan menyiasat dengan menerapkan ciri-ciri persekitaran yang selamat 3. Menyenaraikan cara menggalakkan kanak-kanak berseronok dengan sains serta cara mengajar konsep sains asas.

5.3

Kerangka Tajuk

Perancangan Program Awal Sains Di Prasekolah

Merancang kandungan program Sains prasekolah

Mengajar kanak-kanak menjelajah dan menyiasat dengan selamat

Menyediakan persekitaran yang selamat

Menggalakkan kanakkanak berseronok dengan Sains

Mengajar konsep asas dan sikap sains

Menghormati persekitaran

Konservasi

Menghormati benda hidup

43

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5.4

Merancang kandungan program Sains prasekolah

Program Sains prasekolah harus merangkumi tiga bidang iaitu Sains Biologi, Sains Fizikal dan Sains Kimia 5.4.1 Sains Biologi Sains biologi merupakan sains yang mengkaji benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. Sewaktu kanak-kanak menggunakan proses sains seperti pemerhatian, pengelasan, kesimpulan dan juga komunikasi mereka perlu berfikir, menyelesaikan masalah dan membina konsep tentang :

benda hidup dan bukan hidup menamakan dan menghuraikan kepelbagaian benda hidup di muka bumi ini mengkategori benda hidup mengapa dan bagaimana benda hidup membiak dan membesar kegunaan benda hidup dalam kehidupan manusia

Manusia, haiwan dan juga tumbuhan menyediakan banyak aktiviti menarik untuk diterokai oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai minat semula jadi dalam diri mereka akan merasa seronok sewaktu belajar mengenai kehidupan di sekeliling mereka. Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka berpeluang melakukan pemerhatian, berfikir dan menyelesaikan masalah terhadap hidupan yang terdapat di sekeliling mereka.

Bagi mengembangkan minat kanak-kanak terhadap sains biologi, mereka memerlukan pengalaman yang sebenar dengan benda hidup yang terdapat di sekeliling mereka. Guru boleh menggunakan banyak tumbuhan dan juga haiwan dalam persekitaran semula jadi untuk kajian kanak-kanak. Melalui interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan hidupan ini, mereka dapat mencari persamaan dan perbezaan antara hidupan tersebut dan juga dapat mengenal pasti sama ada hidupan tersebut berbahaya atau sebaliknya. Antara serangga yang berbahaya ialah nyamuk kerana penyakit yang dibawanya boleh membawa maut. Begitu juga tumbuhan yang mempunyai bahagaian tertentu yang beracun. Oleh yang demikian ada sesetengah tumbuhan yang boleh didekati dan ada juga tumbuhan yang cuma boleh diperhati dari jauh sahaja.

44

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

a) Manusia

Pada peringkat pra sekolah, pembelajaran sains mengenai manusia lebih menekankan bahagian anggota badan, meneroka kegunaan anggota badan, kemahiran dan kecekapan dalam pergerakan. Pada peringkat yang lebih tinggi, kesedaran mengenai bahagian anggota badan diperluaskan merangkumi organ dalaman seperti denyutan jantung menjadi pantas selepas melakukan aktiviti pantas seperti berlari atau melompat. Lama kelamaan kanak-kanak juga akan sedar tentang tumbesaran manusia iaitu bermula dari peringkat bayi, kanak-kanak hingga menjadi tua. Terdapat perbezaan antara seorang dengan seorang yang lain dari segi ketinggian, berat badan, warna kulit, jenis rambut dan sebagainya. Aktiviti berkaitan anggota badan
Konsep tumbesaran manusia

Had pergerakan anggota badan: bolehkah siku sentuh mata?

Teroka lima deria Aktiviti harian tentang kebersihan diri Hargai keunikan diri

b) Haiwan

Kehidupan kita dikelilingi oleh pelbagai jenis haiwan sama ada jinak atau liar. Kehidupan haiwan jinak boleh diperhatikan di persekitaran kelas. Kanak-kanak yang dibawa melawat ke zoo akan berpeluang memerhatikan tabiat hidup haiwan liar dan haiwan jinak. Kanakkanak digalakkan untuk memerhati, membuat kesimpulan dan berkomunikasi dengan orang lain mengenai pemerhatian yang dilakukan oleh mereka. Haiwan merupakan

sebahagian daripada sistem ekologi yang menyediakan pelbagai tajuk yang boleh dibincangkan dalam pembelajaran sains di prasekolah.

45

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Hargai haiwan : bercerita, melukis, mewarna Wujudkan sudut haiwan peliharaan di dalam kelas

Aktiviti berkaitan dengan haiwan

Tiru pergerakan dan bunyi haiwan dalam aktiviti fizikal

Lawatan ke zoo / persekitaran sekolah : lihat kehidupan haiwan

Aktiviti permainan : suai padan

c) Tumbuhan Kanak-kanak amat berminat jika didedahkan dengan proses percambahan biji benih seperti kekacang. Sewaktu mereka melakukan pemerhatian ke atas proses tersebut,

mereka juga boleh melakukan aktiviti seperti menamakan bahagian tumbuhan dan berbincang tentang perubahan yang berlaku sewaktu proses tumbesaran. Kanak-kanak pada peringkat awal biasanya masih keliru tentang bahagian tumbuhan seperti batang, akar, daun dan buah.

Guru boleh melakukan persediaan awal untuk proses penamaan biji benih dengan meminta kanak-kanak membawa benih sendiri. Kanak-kanak biasanya akan membawa biji benih yang mudah didapati di sekitar seperti kekacang, sawi dan kangkung. Bekas yang boleh digunakan seperti kotak, plastik dan pasu kecil boleh diisi dengan tanah.

Guru tidak digalakkan melakukan proses penanaman yang mengambil masa yang lama untuk membesar. Gunakan proses yang singkat seperti penanaman taugeh dan sawi. Sekiranya tumbuhan kelihatan layu dan kuning, guru boleh menyoal murid mengapakah ini berlaku, dan boleh memfokuskan perhatian murid kepada apakah yang diperlukan oleh tumbuhan membesar dan hidup.

46

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Kanak-kanak boleh meningkatkan pemahaman mereka mengenai dunia tumbuhan melalui pembelajaran mengenai fungsi, keperluan, nilai estetik dan pelbagai kepentingan lain. Berikut adalah aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap alam tumbuhan :
Menghargai tumbuhan : bercerita, pemerhatian, tanam tanaman

Pemerhatian biji benih bercambah dan rekodkan prosesnya

Aktiviti berkaitan tumbuhan

Aktiviti memasak / menyediakan makanan menggunakan sayursayuran

Lawatan ke kebun atau ladang

5.4.2 Sains Fizikal Sains fizikal merupakan sains mengkaji benda yang tidak bernyawa bagi membolehkan kanak-kanak mempelajari banyak konsep saintifik melalui aktiviti yang berkaitan. Kanakkanak menggunakan peraturan fizik yang mudah dengan mencari panjang blok yang sesuai untuk aktiviti membina jambatan. Begitu juga dengan menggunakan kaedah kimia yang mudah, kanak-kanak menghasilkan lumpur daripada aktiviti mencampur air dengan tanah. Melalui pengalaman sebegini, kanak-kanak membina pengetahuan mengenai dunia dan peraturan yang berkaitan dengannya.

Sains fizikal terdiri daripada:a) Astronomi

Kajian berkenaan kedudukan dan pergerakan cakerawala, array dan astronomi merupakan bidang yang digemari kanak-kanak kerana perkara ini kelihatan seolah-olah satu kajian yang tidak realistik. Kanak-kanak percaya bulan dan matahari dibuat oleh manusia dan ia tidak bernyawa atau hidup. Hakikatnya segala yang berada di langit adalah terlalu jauh

47

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

dari manusia dan kanak-kanak tidak mampu untuk mencapainya (Slavin, 1983). Walaupun begitu, sebagai seorang guru kita boleh menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan pemerhatian terhadap bulan, matahari dan bintang. Mereka bolehlah membuat

kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka sebagai asas pembelajaran. Kanak-kanak kecil berumur 4 dan 5 tahun boleh membuat pemerhatian terhadap perbezaan langit sewaktu malam dan siang. Mereka boleh melukis gambar yang menggambarkan perbezaan suasana di bilik atau rumah mereka sewaktu malam dan juga siang. Gambar yang dilukis boleh mengandungi benda yang biasa dilihat pada waktu malam dan juga siang.

Pemerhatian juga boleh dilakukan oleh kanak-kanak terhadap imej bayang mereka bagi menggambarkan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Kanak-kanak boleh menandakan kedudukan bayang mereka pada waktu yang berbeza seperti pagi, tengah hari dan petang. Selain bayang sendiri, lain-lain objek seperti bangunan, tiang boleh juga dijadikan penanda. Kanak-kanak akan memerhati, membuat kesimpulan awal dan menyatakan perbezaan berdasarkan pemahaman mereka untuk pembentukan konsep di masa akan datang.

b) Metereologi Sebagaimana kanak-kanak tidak dapat memahami konsep astronomi dengan jelas, mereka juga tidak dapat memahami konsep metereologi kerana keduanya hampir sama bagi mereka. Piaget (1964) menyatakan bahawa kanak-kanak berpendapat hujan dan juga salji dihasilkan oleh manusia. Bagaimanapun, mereka merasai perubahan dalam cuaca seperti panas dan sejuk. Perubahan ini boleh diperhati, dihuraikan dan dibincangkan bersama oleh kanak-kanak dan guru. Aktiviti dalam rajah di bawah boleh membantu kanakkanak memerhatikan perubahan cuaca berikut dan membuat kesimpulan mengenai kesannya terhadap mereka: c) Kimia Fenomena yang berlaku di sekeliling kita membuka ruang bagi kanak-kanak meneroka alam sekeliling dalam proses mendapatkan jawapan, membina kefahaman dan menguasai kemahiran. Melalui bantuan dan bimbingan orang dewasa , kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan. Kanak-kanak juga seperti saintis boleh membuat pemerhatian, ramalan, dan membina kesimpulan berdasarkan

pengalaman dan interaksi mereka dengan alam sekitar. Melalui pemerhatian yang dilakukan, kanak-kanak mampu membuat perbandingan mengenai perbezaan antara kayu

48

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

dan besi, kaca dan plastik. Mereka juga belajar campuran sabun dan air akan menghasilkan buih, campuran pasir dan air boleh menghasilkan bahan binaan dan apa yang perlu dicampur bagi mendapatkan coklat susu. Bagi kanak-kanak prasekolah aktiviti yang paling mudah bagi menunjukkan tindak balas kimia adalah memasak. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak mendapat banyak pengalaman kimia hasil campuran ramuan masakan dan bagaimana bahan ini berubah melalui aktiviti seperti memotong, mencampur, mengisar, pemanasan dan penyejukan. d) Fizik

Kanak-kanak menemui elemen fizik berkaitan dengan sesuatu perkara dan tenaga apabila mereka melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan pelbagai bahan. Pengalaman fizik kanak-kanak bermula melalui: melakukan atau membuat sesuatu (doing things). Apabila kanak-kanak bermain permainan luar seperti berbasikal, memanjat, bermain buaian mereka akan memfokuskan perhatian mereka terhadap perlakuan yang di lakukan seperti bagaimana membuat pergerakan supaya basikal itu laju atau perlahan. Persoalan sebegini membuat mereka berfikir untuk membuat kesimpulan atau mencari maklumat tentang pergerakan semula jadi menggunakan bahan-bahan sokongan atau sumbersumber lain. Persoalan yang sama akan timbul apabila kanak-kanak bermain bongkah. Oleh itu, perkenalkan kanak-kanak kepada tanjakan (ramp) supaya mereka dapat pengalaman perbezaan pergerakan objek seperti laju, perlahan ataupun ia tidak bergerak sama sekali. Oleh itu, bawa kanak-kanak untuk membincangkan mengapa sesuatu keadaan itu berlaku dan galakan mereka memberi keput membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menarik, menolak dan menggolek. menyalakan sesuatu (lighting things). Kanak-kanak boleh meneroka dengan melakukan aktiviti menyalakan lampu. Bagi menjalankan aktiviti ini, bahan dan peralatan yang perlu disediakan ialah seperti mentol, pemegang mentol, bateri dan seutas wayar. Melalui penggunaan bahan yang mudah ini, kanak-kanak akan cuba untuk memasang segala peralatan mengikut langkah-langkah yang diberikan. Apabila wayar dipasang kepada terminal bateri, didapati mentol akan menyala. Apabila kanak-kanak berjaya menyalakan mentol ini, mereka boleh menggunakan prinsip yang sama untuk membuat loceng berbunyi dan sebagainya.

49

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

mendengar sesuatu (listening to things). Kanak-kanak Kanak-kanak suka mendengar muzik, cerita, puisi dan lagu. Oleh itu, galakkan kanak-kanak untuk mengkaji bagaimana membuat sesuatu bunyi dan kaitkan pengalaman mereka dengan konsep getaran. Setiap bunyi akan melibatkan getaran tetapi apabila getaran tidak dapat dilihat, adalah sukar untuk kanak-kanak memahami pergerakan berkait rapat dengan bunyi. Oleh itu, tunjukkan kepada kanak-kanak objek yang boleh memperlihatkan getaran seperti getah dan pembaris besi.

Aktiviti lain yang boleh didedahkan kepada kanak-kanak adalah seperti membuat telefon mainan menggunakan tin minuman. Biarkan kanak-kanak meneroka panjang dan jenis tali yang digunakan. Tali yang manakah menghasilkan bunyi yang lebih baik, wayar atau dawai. Selain daripada itu, kanak-kanak juga boleh menguji kepanjangan tali sehingga tahap manakah bunyi tidak lagi kedengaran. Kanak-kanak juga boleh menguji bunyi radio yang dipasang dan diletakkan di tempat yang terbuka, di dalam kabinet, di dalam laci, di dalam bekas kaca yang besar atau dibalut dengan kain. Biarkan kanak-kanak mendengar bunyi tersebut dan minta mereka memberi penjelasan terhadap perbezaan bunyi yang didengari. Setelah melalui kesemua pengalaman ini, galakkan kanak-kanak untuk membuat pemerhatian dengan teliti, membuat inferens dan rekodkan pemerhatian mereka. Selesaikan kesemua projek yang dijalankan ini sehingga mereka dapat membuat kesimpulan tentang bunyi. mencari punca bagaimana sesuatu itu bertindak balas terhadap Gunakan alat permainan kanak-kanak untuk meneroka bagaimana sesuatu benda atau objek itu bergerak di atas tanah. Tanyakan persoalan kepada kanak-kanak, berapa banyak benda yang boleh bergolek dan penggolek manakah yang lebih efisien: roda, guli atau pensel?

Berikan kepada kanak-kanak sebuah kotak yang dipenuhi dengan benda yang berat dan biarkan mereka mencari jalan penyelesaian untuk menggerakkan kotak tersebut di atas lantai. Sediakan penggolek sebagai alat bantu dalam penerokaan mereka.

Selain daripada itu, aktiviti tenggelam timbul juga membantu kanak-kanak mendapat pengalaman bagaimana sesuatu objek itu bergerak di dalam air. Konsep tenggelam timbul diperolehi oleh kanak-kanak melalui pengalaman hidup seharian mereka. Aktiviti yang dijalankan ini hanya untuk mendapatkan pengalaman asas bagi memperoleh konsep formasi yang akan berkembang kemudiannya. Kebolehan kanak-kanak untuk membuat refleksi dan berfikir tentang aksi yang dilakukan adalah penting. Oleh itu, guru perlu

50

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

mempelbagaikan cara penyoalan bagi membolehkan kanak-kanak melakukan reflektif. Bentuk soalan yang baik adalah berbentuk deskriptif, definitif, operasional (fungsi) dan bersebab (causal).

Persoalan deskriptif meminta kanak-kanak memberi penerangan yang terperinci terhadap sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan penerokaan mereka. Bentuk persoalan sebegini adalah penting dan berbentuk fakta kerana ia membimbing kanak-kanak membuat perbandingan.

Persoalan definitif (muktamad) pula lebih kompleks. Ia berfokus kepada ciri-ciri yang umum tentang sesuatu objek atau peristiwa dan bergantung kepada bagaimana ia iklasifikasikan. Ia memerlukan lebih pengalaman tentang bahan dan memerlukan lebih peluang untuk meneroka dan menerangkan tentangnya.

5.5

Menyediakan persekitaran yang selamat

Aspek keselamatan adalah sangat penting terutamanya dalam melaksanakan aktivitiaktiviti sains. Oleh yang demikian seseorang guru perlulah mengambil langkah berjagajaga ketika mengendalikan pengalaman pembelajaran berbentuk sains. Bagi memastikan bahan yang digunakan adalah selamat, guru harus:

asingkan aktiviti yang memerlukan penyeliaan orang dewasa daripada aktiviti yang dapat dilakukan tanpa penyeliaan. Beritahu kanak-kanak tentang aktiviti yang perlu mendapat bantuan orang dewasa.

ajar kanak-kanak cara mengendali sesuatu aktiviti secara betul dan selamat. Beri peringatan supaya bahan yang diberi tidak disalahguna untuk mengurangkan risiko kemalangan.

beri pendedahan tentang apa yang dapat mereka buat sekiranya kemalangan berlaku pastikan pokok atau bunga yang digunakan dalam aktiviti tidak beracun atau menimbulkan alahan (allergy). larang kanak-kanak daripada menghidu kulat atau pokok yang ada spora buat demonstrasi dan beri panduan apabila terdapat aktiviti yang menggunakan benda tajam, panas dan bahaya. elakkan aktiviti yang berhampiran dengan sungai, tasik atau kolam elakkan daripada bermain dengan haiwan liar atau haiwan yang sakit

51

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5.6

Mengajar kanak-kanak menjelajah dan menyiasat dengan selamat

Persekitaran sains yang selamat dan selesa membantu kanak-kanak mendapat pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Dalam memastikan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak meneroka dan menjelajah alam sains, beberapa perkara perlu didedahkan kepada murid supaya tiada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Antaranya ialah:

Peraturan mengenai keselamatan dan perlu dilekatkan sebagai panduan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak diberi penerangan tentang peraturan dan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan sewaktu mengadakan aktivitiaktiviti sains. Guru juga perlu menjadi model dengan menunjukkan tingkah laku yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa berada di luar atau dalam kelas.

Sekiranya wujud sudut yang menempatkan binatang peliharaan, ia

tidak

seharusnya dikendalikan secara bersendirian oleh kanak-kanak. Mereka perlu memastikan yang guru ada bersama mereka supaya aktiviti mereka diawasi sentiasa. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mudah terbakar . Aktiviti menggunakan bahan seperti pinggan panas dan lilin perlu dikendalikan oleh guru. Kanak-kanak yang mempunyai sebarang alahan harus dimaklumkan kepada guru. Alahan mereka boleh terhadap tumbuhan atau sebarang bahan uji kaji. Kanak-kanak perlu digalakkan menggunakan pelindung seperti goggles sewaktu menjalankan uji kaji. Kanak-kanak tidak dibenarkan berada di kawasan uji kaji tanpa pengawasan guru. Kelas sepatutnya dilengkapi dengan alat pemadam api dan guru perlu tahu cara menggunakannya.

5.7

Menggalakkan kanak-kanak berseronok dengan Sains

Apabila disebut perkataan sains kita selalu menganggap subjek ini adalah sesuatu yang sukar. Oleh yang demikian guru seharusnya melakukan sesuatu supaya sains tidak dianggap subjek yang sukar atau kompleks tetapi suatu usaha untuk kita memahami alam sekitar dengan lebih mendalam. Untuk menggalakkan kanak-kanak berseronok dengan sains, guru bolehlah:

52

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5.7.1

Sediakan meja atau sudut sains di dalam kelas

Sudut ini perlu ada identitinya yang tersendiri serta menarik. Di sini guru boleh sediakan papan kenyataan bagi menampal maklumat tentang sains, hasil kerja murid, poster dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan sains. Selain itu buku-buku berkaitan dengan sains, batu, kulit siput, kanta, alat menangkap serangga, mikroskop juga boleh diletakkan di sudut ini. Sekiranya guru ingin meletakkan akuarium atau terarium, ia harus diletakkan di tempat yang selamat dan dalam kedudukan yang stabil tetapi masih jelas untuk dilihat. Penyusunan dan penggunaan bahan yang fleksibel akan menjadikan sudut ini menarik. Guru perlu sentiasa menukar bahan yang dipamerkan agar murid tidak hilang minat mereka. Dengan demikian kanak-kanak akan sentiasa melawat ke sudut ini untuk mendapatkan surprise apabila guru menggantikan bahan pameran. 5.7.2 Sediakan kotak sains mudah alih

Kotak sains mudah alih ini disediakan untuk kegunaan dalam atau luar kelas. Kotak ini juga boleh dibawa bersama apabila guru mengadakan lawatan ke taman atau tempat menarik yang lain. Antara bahan yang dimasukkan ke dalam kotak ini ialah: 5.7.3 kanta pembesar pita ukur plastik gunting botol atau berkas sudip tanah tali kertas dan pensel

Rancang pembelajaran di dalam kelas

Antara aktiviti sains yang dapat dilaksanakan di dalam kelas ialah: memasak: merasa masakan, masak nasi, agar-agar, puding, buat sushi membancuh warna, percambahan dan membuat pelangi memerhati kesan magnet, litar lektrik, bahan larut dan tidak larut, bahan yang tenggelam dan timbul berbincang tentang fakta atau pengetahuan baru seperti tiga kumpulan makanan ataupun membincangkan kitaran dan habitat haiwan bercerita tentang cerita seperti The Hungry Caterpillar atau Sehelai Daun Nangka

53

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

5.7.4

mengendalikan projek kelas seperti projek percambahan, hidrofonik, tanam setawar atau memelihara haiwan kesayangan memerhati aksi pokok ditiup angin atau pergerakan ikan berenang pemerhatian sesuatu proses seperti roti berkulat, tepung jadi adunan, ais cair Lawatan di sekitar kelas dan di luar kelas

Aktiviti begini dapat memberi pengalaman sebenar (first hand experience) kepada kanakkanak dan diakui sebagai kaedah pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Aktiviti yang dijalankan di luar kelas dapat disambung di dalam kelas seperti mengutip daun, bunga dan objek lain untuk diteliti dan dikongsi di dalam kelas. Antara aktiviti yang dapat dijalankan ialah: melihat habitat cacing atau siput babi mengumpul benda hidup dan mati melihat sarang semut, labah-labah, burung dan anai-anai eksperimen geseran mengukur bayang-bayang masak telur dengan cahaya matahari mengenal pasti cuaca bermain air mengumpul benda berat dan ringan lawatan ke zoo lawatan ke ladang / kebun

Aktiviti jangka panjang di luar kelas adalah seperti berkebun, menanam bunga, memelihara haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, ikan, burung, kura-kura, hamster dan tanaman akua. Kanak-kanak akan diberi peluang untuk menyiram, memberi makanan,

membersihkan kandang, membaja, membuat batas dan memetik hasil tanaman. Semua aktiviti ini dapat dipelbagaikan bergantung kepada lokasi dan keluasan prasekolah tersebut. 5.8 5.8.1 5.8.2 5.8.3 Mengajar konsep asas dan sikap sains Konservasi Menghormati benda hidup Menghormati persekitaran

54

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 6
6.1 Sinopsis

Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains

Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Di samping itu

pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan muridmurid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa iaitu sebelum, semasa dan selepas. 6.2 Hasil Pembelajaran 1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains. 2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains. 3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains.

6.3

Kerangka Tajuk

Merancang aktiviti Pembelajaran Awal Sains

Sebelum : Memperkenalkan aktiviti

Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses Sains

Selepas: Membincang, membuat refleksi

55

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

6.4

Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memikirkan bagaimana seorang guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains? Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal sains kepada murid prasekolah?

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah? Dengan ringkas ianya merangkumi: kemahiran saintifik menyiasat alam hidupan menyiasat alam bahan menyiasat alam fizikal

Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau sebaliknya? Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas? Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak mengajar awal sains di kelas prasekolah.

Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran secara keseluruhan termasuk pembelajaran sains.

56

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu: sebelum semasa dan selepas

6.4.1

Sebelum : Memperkenalkan aktiviti

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang aktiviti pembelajaran awal sains ialah: Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan: relevan dan berdasarkan pengalaman murid konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah serta hands-on tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi

memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya, kandungan standard pembelajaran menyiasat alam bahan. Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran tercapai dengan maksima; samada: aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen aktiviti bentuk permainan aktiviti bentuk projek aktivti bentuk kuiz aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan aktiviti bentuk menonton video

Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan yang perlu disediakannya.

57

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

6.4.2

Semasa:

Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses Sains

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti pembelajaran awal sains ialah: Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik dengan: menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai meminta memerhati perubahan tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu mengenai pemerhatiannya Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana: 6.4.3 murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan kreatif dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru penglibatan murid sepenuhnya mula merosot Membincang, membuat refleksi

Selepas:

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti pembelajaran awal sains ialah: Guru mengadakan sesi perbincangan: bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah lalui sepanjang aktiviti sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan ingin tahu Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan: perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen, permainan, projek dsb) serta menjelaskan kemusykilan mereka dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kesimpulan dapat dicapai Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:

58

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

rumusan / kesimpulan setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep sains yang diajar pada hari berkenaan perkara ini dicapai dengan aktiviti hands-on, minds-on, serta penerokaan yang mendalam

Rumusan: Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains, beliau perlu ikut beberapa panduan; iaitu: bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai sikap toleransi yang tinggi sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus mencuba

Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains. http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub

59

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 7

Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach)

7.1

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat perancangan untuk melaksanakan pendekatan berasakan projek supaya proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Di samping itu pendekatan ini akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid-murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek ini, guru harus tahu bahawa mereka seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga fasa iaitu fasa I, fasa II dan fasa III . 7.2 Hasil Pembelajaran

1.
2.

Mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran Sains dan matematik di prasekolah Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran komponen kognitif iaitu matematik dan sains.

7.3

Kerangka Tajuk

Penggunaan Pendekatan Projek

Fasa I: Perancangan

Fasa II: Pelaksanaan

Fasa III: Perkongsian

7.4

Penggunaan Pendekatan Projek

Pendekatan Projek merupakan salah satu pendekatan yang memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Ini adalah kerana projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai ialah pembinaan pengetahuan dan

60

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

pengalaman pembelajaran.

Ia dipengaruhi oleh teori konstruktivis .

Pendekatan ini

dipraktikkan secara bersepadu atau gabung jalin dengan disiplin lain untuk memberi satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kanak-kanak. Guru sebagai pemudah cara membantu murid semasa pelaksanaan projek di samping mengembangkan idea kanak-kanak, memberi respons terhadap soalan-soalan yang dikemukakan, melibatkan mereka dalam aktiviti perbincangan dan mencabar pemikiran mereka. Murid pula akan mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. 7.4.1 Fasa Perancangan Menetapkan projek yang ingin dilaksanakan (Biologi / Fizikal) Menyediakan senarai tugasan/ berbincang tentang cara pelaksanaan Menyediakan bahan atau peralatan

7.4.2

Fasa Pelaksanaan Memerhati kajian /melakukan aktiviti Mengemukakan soalan Membincangkan aktiviti dalam kumpulan

7.4.3

Fasa Perkongsian Membuat generalisasi / kesimpulan Mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam kehidupan Mengaplikasi pengetahuan Mencetus pengalaman baru

61

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Tajuk 8 Pengintergrasian Pelajaran Awal Sains Dengan Aktiviti Seharian.

8.1 Sinopsis

Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat pengintegrasian pelajaran awal sains dengan aktiviti seharian supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Di samping itu pengintegrasian ini akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid-murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengintegrasian ini, guru harus tahu bahawa mereka seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan konsep Intergrasi Awal Sains, kepentingan intergrasi Awal Sains, mata pelajaran yang diintergrasikan dan perancangan pengintegrasian pelajaran sains dengan aktiviti harian. . 8.2 Hasil Pembelajaran

1.

Mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran Sains dan matematik di prasekolah Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran komponen kognitif iaitu matematik dan sains.

2.

8.3

Kerangka Tajuk

Pengintergrasian Pelajaran Awal Sains Dengan Aktiviti Seharian.

Konsep Integrasi Awal Sains

Kepentingan intergrasi Awal Sains

Mata pelajaran yang diintergrasikan

Perancangan pengintegrasian pelajaran sains dengan aktiviti harian

62

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

8.4

Konsep Intergrasi Awal Sains. Di peringkat prasekolah aktiviti mengembangkan kemahiran sains dan matematik diajar secara berintegrasi dengan bidang lain.

Satu cara mengorganisasi pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya. Kaedah ini menyatukan topik-topik dengan pengalaman sekolah seorang kanak-kanak Berasaskan individu dan harus diamalkan dalam persekitran pembelajaran yang bebas. Berorientasikan kaedah penyelesaian masalah.

Tujuan Integrasi Awal Sains Kamii dan De Vries (1978) mencadangkan dua matlamat program pendidikan sains untuk kanak-kanak : Membolehkan kanak-kanak menjana idea, masalah dan soalan Menghubungkan objek dengan peristiwa dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan Matlamat ini memberi implikasi pendekatan hands on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang messing about (Hawkins, 1965) Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran membaca kanakkanak Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji hubungan kesan dan akibat Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni

8.5

Kepentingan intergrasi Awal Sains

Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains penting bagi perkembangan konsep2 saintifik serta perkembangan intelek yang lain (Vygotsky, 1984) Pengalaman sains seharusnya dimulakan pada peringkat awal lagi (Harlan & Jelly, 1989)

63

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenal pasti perkaraperkara yang perlu dan penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang menarik minat mereka.

8.6

Matapelajaran yang diintegrasikan :-

Contoh Integrasi Sains Memerhati tentang pokok Mengira benihnya Perbandingan antara benih Daun dan kulit pokok digunakan dalam kraf tangan dan lukisan Create a tree diary Ranting digunakan dalam pembinaan Drama dan nyanyian dan lain-lain

Contoh Air Memerhati air menyejat Membaca buku cerita tentang air Menyiram pokok: Air diperlukan oleh tumbuhan Campurkan air dengan semua jenis cecair: susu, jus limau, minyak, sabun, madu Perhatikan sama ada air diserap oleh semua bahan Perbincangan tentang Semasa hujan mana air pergi? Air dalam bekas yang berlainan bentuk Bermain dengan air Membandingkan paras air dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz

Percambahan Fikiran Rancang tema dan subtema berasaskan awal sains yang boleh disepadukan dengan tunjang tunjang prasekolah untuk dilaksanakan. Bagaimanakah pembelajaran awal sains yang dilaksanakan di prasekolah berupaya diintegrasikan di dalam aktiviti harian kanak-kanak ?

64

PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

8.6

Perancangan pengintegrasian pelajaran sains dengan aktiviti harian Bagi peringkat prasekolah, sains adalah cara kanak-kanak menerangkan dunianya. Sains pada kanak-kanak adalah : ramalan (saya fikir) pemerhatian (saya lihat) kesimpulan (saya tahu atau pelajari) Kanak-kanak belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir berhubung aktiviti yang dilakukan, hands-on dan minds-on Melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan dan perlu berbincang berhubung pemerhatian dan penemuan pengetahuan daripada aktiviti yang kanak-kanak lakukan Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di sekelilingnya. Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran, bukan melalui pengajaran konsepkonsep sains. Pembelajaran seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.

Tunjuk cara Pilih rancangan bertema awal sains yang bermakna dan menarik serta laksanakan satu slot pengajaran 40 minit.

SELAMAT BELAJAR.

65

You might also like