You are on page 1of 3

Tugasan 2

Cabang falsafah logik dalam aliran falsafah umum bagi idealisme, realisme, pragmatisme
dan eksistensialisme.
Salah satu daripada empat cabang falsafah ialah logik. Logik merupakan kaedah yang
digunakan apabila seseorang ahli falsafah berfalsafah. Ia mengkaji peraturan- peraturan bidang
falsafah, iaitu peraturan-peraturan yang membolehkan kita membuat cadangan dan hujah-hujah
perbincangan dengan cara yang betul. Dua bentuk logik yang biasa digunakan ialah formal atau
deduktif dan saintifik atau induktif (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Logik deduktif ialah
cara membuat kesimpulan daripada pernyataan am hingga ke perkara dan kegunaan khusus.
Sebaliknya logik induktif ialah cara membuat kesimpulan daripada perkara-perkara dan kejadian
khusus yang membawa kepada suatu generalisasi am yang tentatif. Oleh kerana generalisasi
tersebut adalah tentatif maka ia sentiasa terdedah kepada persoalan sama ada ia betul atau salah
(Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1984).
Falsafah umum
Sebanyak empat aliran falsafah umum yang utama telah dibincangkan dalam toturial
minggu lalu. Ini termasuklah idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Di antara
keempat-empat falsafah umum ini, dari segi sejarahnya, idealisme dan realisme merupakan dua
aliran fahaman yang terdahulu berkembang di Barat dan saling bertentangan di antara satu
dengan yang lain. Ini diikuti oleh pragmatisme yang membawa arah pemikiran baru dalam
bidang falsafah Barat. Ketiga-tifa mazhab falsafah ini bolehlah dikatakan menpunyai sistem yang
agak lengkap, iaitu setiap aliran membincangkan dengan panjang lebar setiap cabang falsafah,
metafizik, epistemologi danaksiologi (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Eksistensialisme ialah
di antara falsafah baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama. Menurut Daley
(1966), oleh kerana aliran fahaman eksistensialisme terlalu memberi penekanan terhadap
individualisme dan kebebasan individu, maka ahli falsafah yang beraliran eksistensial enggan
mengkategorikan eksistensialisme sebagai satu sistem falsafah.
Logik Mengikut Aliran Idealism
Falsafah beraliran Idealism ini dicetuskan oleh Socrates dan diikuti oleh Plato. Mengikut
Plato, Saya fikir, oleh itu saya wujud, segala realiti adalah kebenaran dan ianya hanya wujud
dalam fikiran manusia. Kewujudan objek-objek fizikal di alam ini hanyalah manifestasi yang
timbul dalam fikiran manusia. Falsafah ini berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir
secara rasional dan logik untuk mengenalpasti apa yang benar. Logik adalah alat untuk
menentukan apa yang harus dilakukan dan tidak boleh digunakan pada setiap kali serta dalam
semua situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil dan sukar berubah. Ia juga kurang berminat
terhadap inovasi, seperti fesyen pakaian yang sentiasa berubah. Menurut Idealist, logik adalah
satu kebenaran yang dicari melalui inkuiri rasional berdasarkan pengalaman yang mendalam
seperti yang dilakukan oleh ahli2 falsafah yang termasyhur satu ketika dahulu. Ini bermakna,
1

segala tanggapan dan persepsi yang timbul adalah lahir daripada pemikiran yang rasional dan
bukannya melalui kajian. Kebanyakan tanggapan yang dikeluarkan tidak semestinya tepat kerana
ia bergantung kepada situasi dan keadaan yang sentiasa berubah. Contoh A) Kebanyakan
penceroboh di Lahad Datu adalah berketurunan Sulu. Hal ini disahkan melalui pemerhatian yang
telah dibuat. B) Tidak semua orang yang berketurunan Sulu di Lahad Datu adalah penceroboh
kerana ada dikalangan mereka yang memiliki kewarganegaraan.. C) Oleh itu, tidak perlu
menahan kesemua orang yang berketurunan Sulu. Jadi, di sinilah letaknya rasional mengapa kes
pencerobohan di Lahad Datu lambat diselesaikan.
Logik mengikut Aliran Realisme
Falsafah ini dipelopori oleh Aristotle. Pada pendapat beliau, realiti yang sebenarnya adalh
terletak kepada apa yang dapat dilihat secara fizikal dengan mata, bukannya melalui idea atau
pandangan. Secara am, ia tertakluk kepada sesuatu yang jelas dan nyata tetapi bukan kepada
sesuatu yang ghaib dan abstrak. Kebanyakkan tokoh falsafah ini bersetuju bahawa persepsi
manusia atau akal manusia boleh dianggap sebagai cermin realiti kerana apa yang dilihat
merupakan satu realiti yang sebenarnya. Akal manusia hanya boleh melihat dan memahami apa
yang terdapat dalam fizikal sahaja. Maka, sistem pemerhatian dan pembuktian secara saintifik
boleh dikirakan yang paling sah bagi pengikut-pengikut realisme. Aliran pemikiran realism amat
bertentangan dengan Idealism. Ini kerana Aliran Realism lebih mementingkan kajian dan
eksperimen berbanding Idealism yang hanya berfikir untuk mendapatkan sesuatu jawapan.
Kebanyakan kajian yang dilakukan oleh ahli Falsafah beraliran Realisme adalah bersifat saintifik
dan mempunyai fakta dan eviden yang jelas dalam menentukan kesahan sesuatu. Falsafah ini
merupakan falsafah yang amat praktikal kerana ia berdasarkan realiti dan boleh dilihat secara
fizikal. Manusia tidak perlu menembus alam yang luas daripada kemampuan pancaindera.
Manusia percaya bahawa pengetahuan manusia yang sedia ada kurang sempurna atau lengkap
maka ini membolehkan manusia meneruskan usaha mereka untuk mencari kebenaran dan premis
yang sedemikian. Contoh : A) Besi akan mengembang apabila dipanaskan. Untuk mencari logik
kepada premis tersebut, maka kajian eksperimen perlu dilakukan. Maka terbukti kebenaran
bahawa besi akan mengembang apabila dipanaskan.
Logik mengikut Aliran Pragmatism
Ahli-ahli falsafah ini percaya bahawa pengalaman manusia menggambarkan realiti.
Segala yang wujud sentiasa berubah dan tidak tetap atau kekal. Jadi, sesuatu idea harus
dipraktikkan dahulu secara objektif untuk mengesahkan kebenaran sesuatu idea.
Mereka menganggap bahawa jika alam ini mempunyai sesuatu tujuan yang tersembunyi daripada
manusia, maka tujuan tersebut dianggap tidak nyata kerana manusia tidak dapat mengalaminya.
Maka, dalam pragmatisme, manusia adalah pengukur utama. Ia terikat ketat dengan cara saintifik
(kaedah yang memerlukan sesuatu andaian dibentangkan dan dikajikan dengan teliti).
Keteguhan falsafah ini terkandung dalam keutamaan yang diberi kepada proses untuk
mendapat kebenaran. Cara saintifik merupakan cara yang anggap paling sesuai untuk mengenali
yang benar atau realiti kerana proses uji-menguji itu sendiri akan menghasilkan apa yang benar.
2

Dalam falsafah ini, timbulnya kehendak sosial dan individu di mana idea tindakan yang baik
timbul daripada kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat.
Falsafah ini turut menghasilkan konsekuen awam. Nilaian akhir dibuat apabila terdapat kesan
sesuatu tindakan atau objek atas masyarakat. Setiap tindakan wujud hanya dalam konteks
pengalaman manusia. Tindakan tersebut akan dikatakan baik apabila masyarakat menganggap
tindakan tersebut berguna. Sebagai contoh, A) Kereta Hibrid dicipta untuk penjimatan petrol, B)
Ia memberi kesan yang baik dalam mengurangkan kos sara hidup masyarakat.
Kesimpulannya dalam falsafah pragmatisme ini, ia penting untuk menghasilkan pelajar
yang berdikari kerana dapat mewujudkan motivasi melalui pengalaman sendiri. Yang penting
sekali, dalam pendidikan, segala pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah terarah
dan adanya hala tuju.
Logik mengikut Aliran Eksistensialisme
Eksistensialisme adalah set sistem falsafah berkaitan dengan kebebasan, pilihan dan
tanggungjawab individu. Ini adalah disebabkan apabila seseorang itu membuat sebarang
keputusan, ia adalah berdasarkan pengalaman dan kepercayaannya sendiri tanpa sebarang faktor
luaran mempengaruhinya. Kesemua pilihan tersebut adalah unik dan dibuat tanpa objektif yang
sebenar. Eksistensialisme menyimpulkan pilihan manusia adalah subjektif kerana individu
akhirnya membuat keputusan sendiri tanpa bantuan undang-undang, etika dan tradisi. Oleh
kerana individu membuat pilihan sendiri, mereka bebas tetapi mereka juga harus
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pilihan tersebut. Individu mesti menerima
tanggungjawab tersebut sepenuhnya terhadap sikap dan tidak kira bagaimana kesukarannya. Ini
adalah berkaitan dengan keberaniaan seseorang itu menanggung risiko. Jika seseorang hidup
bermakna, mereka mesti berjaga-jaga sepenuhnya terhadap karakter sebenar situasi manusia dan
berani menerimanya. Segala keputusan atau penghujahan yang dibuat hanyalah sekadar
bergantung kepada pengalaman individu tetapi ia tidak boleh diterima umum kerana pengalaman
setiap individu adalah berbeza. Manusia mempunyai pengalaman yang berlainan antara satu
sama lain. Dalam Pendidikan, aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran
kendiri dan bukan mencari ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan
individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Setiap palajar akan belajar mengikut
pengalaman masing. Kelemahan ketara yang akan timbul ialah wujudnya tafsiran yang berbeza
terhadap sesuatu ilmu pengetahuan. Contohnya, apabila empat orang dengan mata tertutup
mentafsirkan seekor gajah . A) Individu A akan mentafsirkan gajah itu seperti batu.(berdasarkan
pengalamannya menyentuh badan gajah yang keras) B) Individu B akan mentafsirkan gajah itu
seperti pokok kelapa (berdasarkan pengalamannya menyentuh kaki gajah. C) Individu C akan
mentafsirkan gajah itu seperti tali ( kerana memegang ekornya). Individu D pula mentafsirkan
gajah itu menpunyai hidung yang panjang (berdasarkan pengalaman dia memegang belalai).
Berdasarkan contoh di atas, ini membuktikan bahawa logik dalam eksistensialisme setiap
individu akan mentafsirkan sesuatu mengikut fahaman dan pengalaman masing-masing.
Kesimpulannya logik dalam aliran eksistensialisme menunjukkan setiap individu
menpunyai hak untuk membuat tafsiran mengikut pengalamannya sendiri.

You might also like