You are on page 1of 33

PERBEZAAN INDIVIDU

DAN PEMBELAJARAN
Leow Hui Shi , Leong Yan Tian (S9)
Perbezaan Individu
• Setiap individu merupakan hasil keunikan oleh Tuhan dan tiada
seseorang yang serupa-rupa dengan individu lain.
• Setiap individu mempunyai fizikal, kognitif, sosio-emosi, latar belakang
dan sebagainya yang membezakan diri dengan individu lain.
• Menurut Woodcock(2000), perbezaan individu boleh dibahagi kepada
dua jenis iaitu intraindividu dan interindividu.
Perbezaan intraindividu membawa maksud perbezaan dalaman individu
yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan.
Perbezaan interindividu pula ialah perbezaan yang terdapat antara
seseorang individu dengan individu-individu yang lain.
CIRI-CIRI PERBEZAAN INDIVIDU :
Temperamen
• Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagiannya diwarisi
daripada ibu bapa.
Tahap Tenaga
• Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan berstamina semasa terlibat dalam
sesuatu aktiviti.
Pola Persahabatan
• Merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya.
• Hubungan perapatan vertikal – ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat
istimewa dalam hidupnya.
• Hubungan mendatar – hubungan dengan kawan-kawan.  
Aspek
Kognitif
Aspek Fizikal Aspek Sosial/
Latar Belakang
ASPEK-ASPEK
PERBEZAAN
INDIVIDU :

Aspek
Aspek Emosi
Pendidikan Khas
ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Aspek Fizikal
• Menurut Sheldon (1942), beliau menjelaskan bahawa faktor baka membawa
perbezaan fizikal, iaitu bentuk badan dan tret personaliti yang bersifat positif
atau negatif.
• Bentuk badan:
i. Endomorf (bertubuh bulat). Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri
sendiri tetapi mudah tertekan.
ii. Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat). Bersifat asertif, agresif dan
bertenaga.
iii. Ektomorf (kurus dan tinggi). Bersifat bimbang, suka bersendirian dan
pendiam.
Aspek Kognitif
• Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat,
menaakul, menganalisis serta bakatnya.
• Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan.
• Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan dan pengambilan
masa adalah berbeza.
Aspek Sosial/ Latar Belakang
• Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang
sosio-ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan
keluarga yang tinggi, maka nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal
terjaga dengan rapi.
• Di dalam kelas, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan
sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Aspek Emosi
• Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana
mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan
kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan.
• Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan emosi ini adalah
berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan
sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-
kanak perempuan.
• Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani
dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka.
Aspek Pendidikan Khas
• Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang
disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya, yang terdiri
daripada golongan:
a. Kurang kecerdasan yang berkaitan dengan masalah mental (bermasalah
pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku)
b. Masalah kecacatan deria sama ada pendengaran, penglihatan dan pertuturan
c. Golongan pintar cerdas
• Murid-murid berkeperlun khas memerlukan bahan pengajaran dan
pembelajaran serta amalan di bilik darjah yang lebih khusus supaya proses
pembelajaran mereka lebih berkesan dan bermakna
• Guru-guru memikul tanggungjawab yang berat untuk mengajar kanak-kanak
berkeperluan khas.
KECERDASAN
• Pengertian kecerdasan adalah termasuk kebolehan untuk memperolehi
pengetahuan, keupayaan untuk berfikir di dalam situasi yang kompleks
dan kebolehupayaan bagi menyelesaikan masalah.
• Menurut ahli-ahli psikologi, tahap kecerdasan seseorang individu sama-
sama ditentukan oleh keturunan dan persekitaran.
• Menurut Binet, perbezaan individu semakin ketara pada peringkat tinggi
proses kognitif. Sehubungan itu, pemahaman terhadap kecerdasan dapat
difahami melalui pengamatan terhadap proses berfikir secara kompleks.
• Definisi kecerdasan boleh dilihat daripada pandangan tradisional dan
pandangan moden.
Pandangan Tradisional
• Kecerdasan merujuk kepada kecerdasan jenis logikal atau matematikal dan
linguistik atau verbal sepertimana yang diberi keutamaan dan penekanan oleh
situasi pendidikan.
• Guruhanta memberi tumpuan kepada kedua-dua jenis kecerdasan tersebut
dalam proses P&P bilik darjah, pengujian, pengukuhan dan pemberian ganjaran.
• Dari semasa ke semasa, pemahaman terhadap konsep kecerdasan berubah demi
dengan perkembangan dalam penyelidikan berhubung dengan kecerdasan.
• Pemahaman tradisional terhadap konsep kecerdasan(Intelligence Quotient=IQ)
yang berfokus kepada keupayaan dalam membaca, menulis dan megira terus
berkembang sehingga melibatkan keupayaan dalam hubungan sosial (Social
Quotient=SQ) dan kecerdasan emosi (Emotional Quotient=EQ).
Pandangan Moden
Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
Teori Kecerdasan Emosi Coleman
I. Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg
• Kecerdasan Triarchic mrngandungi tiga kebolehan: analitik, pengalaman dan
praktikal.
a) Kecerdasan analitik : menyelesaikan masalah biasa dan harian. Contohnya :
proses membanding dan menilai
b) Kecerdasan pemikiran pengalaman : cuba menyelesaikan masalah dengan
cara baharu mengikut situasi
c) Kecerdasan praktikal : merujuk pemikiran praktikal apabila kita cuba
menyelesaikan yang dipraktikkan setiap hari.
II. Teori Kecerdasan Pelbagai Howard
Gardner
• Gardner mengemukakan analisis pencapaian manusia dalam lapan
domain yang berbeza untuk mengukuhkan konsep Kecerdasan
Pelbagai.
• Lapan Kecerdasan Pelbagai Gardner dapat dijadikan panduan
kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta
merangsang murid untuk membina masa depan mereka
berdasakan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.
Kecerdasan Kecerdasan
Kecerdasan Logikal- Ruang- Visual
Linguistik Matematikal (Spatial)

Kecerdasan Lapan Kecerdasan


Naturalist (Alam Kecerdasan Muzik
Sekitar) Pelbagai Gardner

Kecerdasan
Kecerdasan
Kecerdasan Tubuh
Intrapersonal
Interpersonal Kinestetik
1. Kecerdasan Linguistik
• Keupayaan menggunakan bahasa dengan berkesan.
• Mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur dan berbicara.
• Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu
mempunyai kemahiran berbahasa. Jenis murid-murid ini gemar
memberikan pendapat, suka menulis dan mereka minat dan banyak
membaca.
Pilihan kerjaya : Peyair, pemidato, ahli politik, wartawan
2. Kecerdasan Logikal-Matematikal
Keupayaan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah
matematik dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara
kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
• Murid ini lebih dalam mahir dalam Matematik dan sistem logik serta
berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta
nombor-nombor pengiraan dengan mudah.
• Mereka suka mencari sebab musabab bagi sesuatu yang tidak jelas dan
suka menyoal tentang berbagai-bagai fenomena.
Pilihan kerjaya : Saintis, ahli matematik
3. Kecerdasan Ruang- Visual (Spatial)
• Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu dengan tepat.
• Kecerdasan ini menepati ruang, melukis, membentuk corak,
mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati
dunia visual.
• Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang dunia
sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang
mereka alami.
Pilihan kerjaya : Pengukir, pelukis, juruterbang
4. Kecerdasan Muzik
• Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan mencipta
muzik.
• Kecerdasan ini mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan
menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma, melodi
muzik dan main alat-alat muzik.
• Murid ini gemar belajar dengan diiringi muzik di latar belakang.
Pilihan kerjaya : Penggubah lagu, penyanyi
5. Kecerdasan Tubuh Kinestetik
• Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan mahir.
Kecerdasan ini merangkumi gerak badan gimnastik, kawalan fizikal
badan, kawalan anggota dan mereka suka dalam bidang sukan,
permainan dan mereka cipta gaya menari.
• Murid-murid ini suka bermain permainan dan melibatkan diri dalam
aktiviti sukan.
Pilihan kerjaya : Penari, Ahli gimrama, pemain badminton
6. Kecerdasan Interpersonal
• Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan berhubung
dengan orang lain.
• Mereka yang mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial
termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta
berkomunikasi dengan berkesan.
• Murid ini sering suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka
mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi, bersifat kasihan serta
berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah
mempengaruhi orang lain.
Pilihan kerjaya : Guru, jururawat, pemimpin
7. Kecerdasan Intrapersonal
• Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami emosi dan
perlakuan sendiri.
• Mereka mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan
berkeupayaan mengenali dalaman diri sendiri.
• Murid-murid ini mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan
prinsip-prinsip tersendiri. Mereka mapu menilai dan mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan diri dan biasanya lebih suka bersendirian.
Pilihan kerjaya : Penulis, ahli falsafah, kaunselor
8. Kecerdasan Naturalist (Alam Sekitar)
• Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada isu-isu alam
persekitaran, minat belajar tentang pelbagai flora dan fauna.
• Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan mengategori alam
flora dan fauna.
• Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji pelbagai
corak-corak dan pola-pola persekitaran, mereka sanggup berjuang
habis-habisan untuk mempertahankan sesuatu isu persekitaran.
Pilihan kerjaya: Zoologist, perancang bandar, ahli kaji hayat
Peranan guru :
• Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam
suasana yang selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran
kendiri.
• Guru dapat memberikan bantuan murid-murid menghargai kekuatan
kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah
harian.
• Pendekatan P&P perlu dirancangkan oleh guru mengikut kecerdasan
yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran murid dapat
mengembangkan dan meningkatkan tahap emosi mereka supaya
seimbang (kecerdasan emosi).
III. Teori Kecerdasan Emosi Coleman
• Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat. Ia merupakan gerak balas organisma
terhadap sesuatu keadaan atau rangsangan yang mendorong kepada perubahan
fisiologi.
• Emosi mengandungi tiga komponen yang terdiri daripada perubahan fisiologi, tingkah
laku organisma dan kesedaran kognitif.
• Beliau menyatakan bahawa kecerdasan emosi ialah tuntutan asas dalam penggunaan
akal intelek. Kecerdasan emosi ialah keupayaan mengenal pasti perasaan kita dan orang
lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi dengan baik dalam diri sendiri dan
dalam perhubungan dengan orang lain.
• Coleman membahagikan keupayaan manusia dalam menguruskan emosi kepada dua
bentuk :
1. Kompetensi personal
2. Kompetensi sosial
1. Kompetensi personal
• Kesedaran Kendiri
Memenuhi bisikan hati, mengetahui keadaan dalaman, sedar tentang kekuatan
diri dan had kekuatannya,keupayaan intuisi
• Motivasi Kendiri
Berusaha untuk memperbaiki diri sehingga mencapai satu standard
kecemerlangan, bersedia dengan peluang-peluang yang ada serta gigih memenuhi
hasrat
• Pengurusan Kendiri
Mengurus dalaman, menyedari potensi diri dan menggunakannya sebaik mungkin
2. Kompetensi sosial
• Kesedaran Sosial
Kesedaran terhadap perasaan kehendak dan keutamaan orang lain
Emosi terhadap kesedaran sosial akan mendorong seseorang individu memahami
oran lain dan bersikap empati.
Guru harus membentuk jiwa murid yang kaya dengan perasaan empati dan sentiasa
memahami orang lain seperti mana dia memahami diri dan kehendak diri.

Aktiviti yang menjurus ke arah kesedaran sosial : kerja-kerja sukarela, lawatan ke


rumah anak yatim,rumah orang tua
Aktiviti dalam bilik darjah : aktiviti bercerita dan main peranan
• Pengurusan Sosial
Menyesuaikan diri untuk meningkatkan minat pihak lain untuk
bertindak
Seseorang individu yang memiliki kehebatan dalam pengurusan sosial
akan tampil dengan penuh berkeyakinan dan aura sebagai seorang
pemimpin kepada masyarakat.
Guru harus menjadi seorang pengurus sosial yang berkesan dalam
kelas seperti kebijaksanaan dalam menguruskan konflik.
Aktiviti dalam pembelajaran koperatif mampu memupuk kesepaduan
dan kesefahaman antara murid yang berbilang kaum.
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU
DALAM P&P
Aspek Fizikal
• Murid-murid mempunyai kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan kegiatan atau
permainan yang melibatkan psikomotor dan otot seperti menulis, bermain bola, menari
dan sebagainya.
• Penyelarasan psikomotor dan kebolehan bertambah selari dengan peningkatan umur
mereka.
• Ini akan membawa bersamanya kuasa kepada mereka untuk mengekalkan perhatian,
penyelarasan otot, kepantasan dan ketepatan kawalan.
• Pelajar yang mempunyai koordinasi yang baik di antara otot mata, tangan dan
sebagainya dapat menulis dengan cepat dan cantik jika dibandingkan dengan sesiapa
yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot.
• Penyelarasan psikomotor dan kebolehan yang baik memudahkan pelajar untuk belajar
sesuatu yang baharu dalam P&P.
Aspek Emosi
• Murid-murid yang mempunyai emosi stabil dapat memberikan tumpuan sempurna
terhadap pengajaran guru dalam kelas kerana tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara lain.
• Penumpuan seperti ini akan membantu mereka membentuk konsep-konsep yang jelas
dan memperoleh kejayaan akademik.

Aspek Sosial
• Murid yang bersifat ekstrovert biasanya lebih aktif dalam aktiviti P&P dan selalu
mengemukakan pertanyaan jika mereka kurang memahami.
• Murid yang bersifat introvert biasanya berseorang dan menarik diri daripada penyertaan
dalam P&P.
• Mereka juga berasa malu dan takut untuk tanya soalan ketika menghadapi pelbagai
keraguan.
• Oleh itu, murid yang bersifat ekstrovert biasanya dapat mencapai keputusan yang
cemerlang tetapi murid yang bersikap introvert juga dapat lakukan jika mereka
mempunayai cara belajar yang sesuai dengan diri sendiri.
Aspek Latar Belakang
• Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga mempunyai
hubungkait yang rapat dengan kemajuan seseorang anak.
• Sebagai contoh, kebanyakan anak-anak di bandar mencatatkan
keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang berbanding dengan anak-
anak di kawasan luar bandar.
• Mereka didedahkan dengan persekiratan yang mendorong mereka untuk
belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, mereka mempunyai
berbagai-bagai kemudahan pebelajaran seperti komputer berinternet,
buku-buku rujukan dan mampu mengunjungi kelas tambahan.
• Guru perlu memberikan perhatian terhadap tahap mereka supaya
mereka dapat menambah baik dari semasa ke semasa.
Aspek Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
• Golongan yang memerlukan pendidikan khas terdiri daripada tiga
kumpulan:
i. Kurang kecerdasan yang berkaitan dengan masalah mental
ii. Masalah kecacatan deria
iii. Golongan pintar cerdas
• Murid-murid dalam setiap kumpulan memerlukan guru mengajar
dengan cara yang berbeza.
• Dengan cara yang betul, mereka juga dapat belajar seperti orang
biasa dan mencapai keputusan yang cemerlang.
Terima Kasih
Tutorial :
Charade Show
Pelatih dibahagikan kepada kumpulan kecil.
Setiap kumpulan cuba melakonkan aspek-aspek
perbezaan individu dalam kelas dan kumpulan
lain meneka karakter yang dilakonkan.
-Aspek Fizikal
-Aspek Kognitif
-Aspek Sosio-emosi
-Latar Belakang
-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

You might also like