You are on page 1of 78

PERBEZAAN PEMBELAJARAN

INDIVIDU
1.Kecerdasan 1.Gaya berfikir

2.Teori kecerdasaan 2.Gaya pembelajaran


pelbagai

3. Teori kecerdasaan Implikasi perbezaan


emosi individu terhadap
P&P
DEFINISI PERBEZAAN
INDIVIDU
Ketidaksamaan dalam aspek
perkembangan secara fizikal, mental,
emosi dan sosial di kalangan individu.

Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri


tertentu seperti:
1.Temperamen
2.Tahap tenaga
3.Pola persahabatan
4.Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.
TEMPERAMEN
Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang
sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.

TAHAP TENAGA
Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan
berstamina
semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti.

POLA PERSAHABATAN
Merujuk kepad aktiviti persahabatan dalam kumpulan
rakannya.

Cth:
Hubungan perapatan(vertikal)
ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat istimewa
dalam
hidupnya.

Hubungan mendatar (horizontal)


Hubungan dengan kawan-kawan
Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina,
berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga
personaliti dan emosi.Faktor persekitaran pula,
seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi
keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti
masyarakat.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu
dengan konteks pengajaran dan
pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian
pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,
gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa,
jantina, bakat dan minat.
KOGNITIF/MENTA
JANTINA
L

FIZIKAL PERSONALITI

ASPEK
ASPEK
PERBEZAAN
INDIVIDU
EMOSI SOSIAL

BAHASA DAN
TINGKAH LAKU BANGSA
Masyarakat Asia:
kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga,
harapan yg tinggi.

Sekolah
murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin,
manakala murid perempuan lebih rajin dan
berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran.

Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan


murid perempuan lebih baik daripada lelaki,
manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan
ruang.
Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3
kategori.

Endomorf (bertubuh bulat)


Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri
sendiri
tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)


Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

Ektomorf (kurus dan tinggi)


Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan
mudah diserang penyakit skizofrenia.
Individu adalah berbeza dr segi
kebolehan kognisi (menaakul, berfikir
logik, berbahasa, mengira dan
berimaginasi).
Alfred Binet & Theodore Simon
menghasilkan ujian kecerdasan
bernama Stanford-Binet Intelligece
Test.
Lewis Terman (1916) mengubahsuai
alat ujian Binet dan memperkenalkan
ujian IQ (Intelligence Quotient) .
Personaliti melambangkan ciri-ciri
keperibadian
seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku,
gaya
berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).

Carl Jung membahagikan personaliti


kepada ekstrovert, introvert dan
ambivert.
Cara seseorang menzahirkan perasaan
sama ada secara sedar ataupun tidak.

Cth:
Sensetif
Marah
Gembira
Sedih
Suka
Tahap pergaulan seseorang individu dengan
masyarakat sekelilingnya.Di sekolah guru
boleh mengetahui pola persahabatan
dengan menggunakan simbol-simbol berikut:

Bintang murid popular menerima undian


10 dpd murid yg menyukkainya.
klik bentuk persahabatan 2 atau lebih
murid memilih antara satu sama lain.
Rantai persahabatan yg memilih kawan
secara tersusun A,B,C danseterusnya.
Pencilan Murid tidak mengundi sesiapa dan
orang lain tidak memilihnya.
Singkiran Murid mengundi orang lain dan
orang lain tidak memilihnya.
Dalam sesebuah negara berlaku
percampuran pelbagai etnik dan
bangsa akibat drp migrasi.
Ramai ahli psikologi Amerika
berpendapat tiba masanya
diperkenalkan kurikulum
berbilang budaya dan bahasa
dalam subjek silang budaya.
FAKTOR MEMPENGARUHI
PERBEZAAN INDIVIDU
PENGARUH GENETIK
Fizikal
Mental
Emosi

PENGARUH PERSEKITARAN
Keluarga
Rakan sebaya
Kebudayaan dan kepercayaan
Sumber teknologi
Guru dan sekolah
KONSEP KECERDASAAN
SECARA AM
Kecerdasaan bermaksud kebolehan belajar
mengenai,belajar daripada, memahami dan
berinteraksi dengan persekitaran sebagai
contoh:
1.Penyesuaian terhadap persekitaran/perubahan
2.Kapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmu
3.Kapasiti untuk memperoleh penaakulan dan
pemikiran abstrak
4.Kebolehan untuk memahami hubungan antara
individu
5.Kebolehan menilai
6.Kapasiti untuk pemikiran asli dan produaktif.
KONSEP KECERDASAAN
Istilah kecerdasan mula diperkenalkan
oleh Sir Francis Galton. Galton meyakini
bahawa kebolehan intelek seseorang
adalah bersifat penurunan. Walaupun
beliau gagal membina sebuah ujian
kecerdasan tetapi beliaulah yang
memperkenalkan konsep kecerdasan.

Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam


Sidek Mohd Noah,1998) kecerdasaan
bermaksud kesempurnaan untuk berfikir,
mengerti dan lain-lain seperti ;
kepandaian,kepintaran dan kecerdikan.
,
DEFINISI KECERDASAN
BERDASARKAN TEORI:
Binet (1905), memberikan erti kecerdasan
sebagai kesanggupan yang membolehkan
seseorang itu menyesuaikan diri dan
kebolehan dalam memberikan pertimbangan
yang kritikal terhadap diri sendiri.

Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall


(1844-1924)- Bersetuju bahawa kecerdasan
adalah diwarisi. Perkembangan darjah
kecerdasan (IQ) menusia pada dasarnya
ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang
yang bijak datangnya dari keluarga dan
keturunan yang bijak juga.
PANDANGAN
TRADISIONAL
Kecerdasaan lebih merujuk kepada
kecerdasaan jenis logikal/metamatikal
dan linguistik/verbal sepertimana yang
diberi keutamaan dan penekanan oleh
institusi pendidikan.
Guru hanya memberi tumpuan kepada
kedua-dua jenis kecerdasaan tersebut
dalam proses P&P bilik darjah,
pengujian, pengkuhan dan pemberian
ganjaran.
UJIAN MENGUKUR
KECERDASAAN
Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian
kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece
Test.

Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet


dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence
Quotient) .

Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat


menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgn
kreativiti.
PANDANGAN MODEN
1. Teori kecerdasaan (Triarchic
Sternberg)
2. Teori kecerdasaan pelbagai
(Gardner)
3. Teori kecerdasaan emosi (Goleman)
TEORI KECERDASAAN (Triarchic
Sternberg)
Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8
Disember 1949 di Pennsylvania dan
berkerakyatan Amerika.
Bidang yang diceburi adalah sebagai
psychometrician dan merupakan Dekan
bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti
Tufts. Beliau adalah bekas professor dalam
psikologi dan pendidikan di Universiti Yale.
Menurut beliau, tingkah laku yang cerdas
muncul hasil daripada imbangan tiga
kebolehan iaitu kebolehan analitikal,
kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.
1.Kebolehan analitikal
-merupakan kebolehan menilai, menganalisis&
membandingbeza maklumat yang diterima

2. Kebolehan kreatif
-merupakan kebolehan merekacipta, membuat
penerokaan dan sebagainya.

3.Kebolehan praktikal
-satu tindakan yang membenarkan individu
mengaplikasi sesuatu yang telah dipelajari.
TEORI KECERDASAAN
PELBAGAI (Gardner)
Teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard
Gardner pada tahun 1983.
Beliau merupakan profesor dalam bidang
pendidikan di Harvard Universiti.
Menurut Gardner, kaedah lama untuk
mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Beliau mencipta 8 jenis kecerdasan yang
berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak
dan dewasa.
LAPAN JENIS
KECERDASAAN

1. PERKATAAN (linguistic intelligence)


2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-
mathematical intelligence)
3. GAMBAR (spatial intelligence)
4. MUZIK (musical intelligence)
5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal
intelligence)
6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-
kinesthetic intelligence)
7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal
intelligence), and/or
8. PENGALAMAN DENGAN ALAM
SEMULAJADI (naturalist intelligence)
1. KECERDASAN VERBAL -
LINGUISTIK
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada
secara lisan atau tulisan, termasuk keboleban memanipulasikan
ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal,
penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA:
Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang
sastera.
2. KECERDASAN LOGIK -
MATEMATIK
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti

pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara

heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,

mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola

abstrak, penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan

pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan


3. KECERDASAN FIZIKAL -
KINESTATIK
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.
Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan
perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti
jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari,


pelakon, tentera, polis.
4. KECERDASAN VISUAL -
SPATIAL
Kebolehan mencipta gambaran mental dan
mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap
warna, garis, rentuk dan ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema
warna, garis rentuk dan ruang, mencipta
gambaran mental, imaginasi aktif,peta minda,
menvisual secara spatial dan mengorientasi diri
dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.


5. KECERDASAN MUZIKAL-
RITMA
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi
dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Kecendenmgan ini termasukkepekaan terhadap
ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal,
bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu,


pemain muzik.
6. KECERDASAN
INTRAPERSONAL
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan
untuk menilai diri sendiri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi
pemikinm, proses emosi, prnktis mind
fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri
dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah,


Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
7. KECERDASAN
INTERPERSONAL
Kemampuan interaksi sosial
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu,
latilhan empati, latihan kolaboratif, rnernberi
maklurn balas, strategi pernbelajaran
kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara,


Usahawan
8. KECERDASAN NATURALIS

Mengenali, menyusun dan


mengkategorikan pelbagai
pola,bentuk flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli


biologi, Perancang Bandar, Geologist
APAKAH KECERDASAN
EMOSI???
satu perasaan jiwa yang kuat.
-kamus Advance Learners English-Mallay
dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai
perasaan apa sahaja yang meluap-luap.
Contohnya kasih sayang, gembira, takut dan
sebagainya.\

Menurut Danial Goleman dalam bukunya,


Emotional Intellegence (1997), emosi merujuk
kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri
di bawah keadaan psikologikal dan biologikal
serta ada kecenderungan yang berbeza-beza
untuk bertindak.
3 KOMPONEN EMOSI
1. Komponen kognitif pengalaman yang
subjektif di bawah keadaan sedar,
termasuk aspek penilaian.
2. Komponen psikologikal merangsang
dan membangkitkan badan fizikal.
3. Komponen behavorial ciri ekspresi
ditunjukkan secara terbuka.

Oleh itu, emosi digambarkan dengan


bahasa badan fizikal iaitu bukan lisan.
JENIS-JENIS EMOSI
Menurut Goleman 1997,
1. Marah (anger)
2. Sedih (sadness)
3. Takut (fear)
4. Gembira (happy)
5. Sayang (love)
6. Hairan (surprise)
7. Benci (disgust)
8. Malu (shame)
J.D. Mayer dan P.Salovey
(1993),

kecerdasan emosi sebagai kognitif


masyarakat merangkumi 3 katogeri
utama:-
i. Kebolehan membezakan emosi diri dan
orang lain.
ii.Kebolehan mengawal emosi diri dan
menyelaraskan dengan emosi orang lain.
iii.Kebolehan menggunakan maklumat
emosi untuk membimbing pemikiran.
D. Goleman (1995),
Kecerdasan emosi dibahagi 5 iaitu:-

i. Kebolehan memerhati diri.


ii.Kebolehan mengurus emosi.
iii.Kebolehan menggalak diri.
iv.Kebolehan mengawal perasaan yang
teruja.
v.Menguasai teknik menjalin hubungan
interpersonal.
Salovey,
Beliau menggunakan kecerdasan peribadi
yang dihuraikan oleh Gardner untuk
merangka difinisi kecerdasan emosi
dengan mengembangkan kebolehan
mereka kepada 5 bidang seperti berikut:-
i. Kebolehan memahami emosi diri sendiri.
ii.Kebolehan mengurus emosi.
iii.Kebolehan memotivasi diri.
iv.Kebolehan membaca emosi orang lain
(empati)
v.Kebolehan mengurus hubungan.
KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah usaha berterusan
yang dilakukan oleh setiap insan untuk
menguasai ilmu, nilai dan kemahiran.
Pembelajaran itu sendiri adalah satu
fungsi berkombinasi 'multi-faceted
experience'.
Proses pembelajaran berlaku apabila
individu mula berfikir dan mengalami
apa juga jenis perubahan hasil daripada
pemikiran tersebut.
KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono ( 1976 )
- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia
melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi
tertentu.

Dewey ( 1910 ) menegaskan :


- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana
terdapat situasi keraguan atau masalah
tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti
psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami
untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam
situasi yang dihadapi.
BERFIKIR MENURUT ISLAM,
berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan
tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan
beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
kesimpulannya
Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan
minda untuk mencari makna dan penyelesaian
terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang
tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara
iaitu membuat pertimbangan dan keputusan
serta refleksi yang logikal dan munasabah
terhadap proses yang dialami.
PROSES BERFIKIR
Berfikir melibatkan pengendalian operasi
mental tertentu dalam minda seseorang.
Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
I. Operasi Kognitif
- Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan
setiap hari, seperti mengelas, membanding,
membuat urutan dan lain-lain.
II.Operasi Meta kognitif
- Merupakan operasi yang mengarah dan
mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu
memandu dan membimbing segala aktiviti
pemikiran manusia di antara komponen-
komponen berfikir.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
1.Pemikiran Konvergen

Guilfort 1976,
Satu jenis daya berfikir yang membolehkan
seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada
dengan integrasi logik dan susunan demi
menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.
Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan
pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip,
teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

Pemikiran konvergen tertumpu ke arah


mencari satu jawapan atau satu cara
tertentu yang dikenali sebagai pemikiran
tertumpu atau pemikiran berpandu
(pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis)
Proses pemikiran yang terlibat dalam
menjawab soalan ini ialah menenangkan,
menyatakan, membanding dan membeza.
Pemikiran Konvergen berdasarkan
pengetahuan / pengalaman sedia
ada,jawapan Tunggal dan masalah tertutup.
2. Pemikiran Divergen.
Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan
memerlukan seseorang itu berfikir secara
kreatif tentang sesuatu maklumat.
Ia merujuk kepada berfikir dalam
penyelesaian sesuatu masalah dari
berbagai-bagai sudut.
Menurut Davidoff (1976), pemikiran
divergen memerlukan jawapan yang
banyak dan pelbagai.
Idea yang terhasil adalah asli dan
bernilai. Individu yang berfikiran
divergen diangap individu yang kreatif.

Pemikiran divergen juga dikenali


sebagai pemikiran mendatar atau
lateral dan mempunyai unsur instuisi
dan celik akal supaya masalah terbuka
dapat diselesaikan dengan pelbagai
cara yang unik dan luar biasa.
3. Pemikiran Reflektif
Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif
memerlukan penggunaan pengalaman-
pengalaman sedia ada untuk menimbang
kemungkinan-kemungkinan tindakan
alternatif yang boleh jaya untuk mencapai
objektif penyelesaian masalah serta
menetapkan keputusan bagi tindakan
seterusnya.

Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat


pemikiran reflektif adalah berhubung rapat
dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
4. Pemikiran Kritis dan
Kreatif
Pemikiran ini merupakan renungan
kembali refleksi Pemikiran Meta
kognitif.Iaitu perkaitan dengan
pengalaman-pengalaman sedia ada.
KONSEP GAYA
PEMBELAJARAN
Suatu Cara atau stail pembelajaran
Dalam konteks pendidikn: cara pelajar
memberi tumpuan dan tindakan untuk
memproses, memperolehi
maklumat/ilmu/ pengalaman baru
Menurut ahli pisikologi mazhab kognitif:
pelbagai cara membuat persepsi dan
memproses maklumat untuk
membentuk konsep dan idea yang
sebenar.
Peterson (1971): Gaya pembelajaran
merupakan pendekatan yang
digemari oleh pelajar

Dunn dan Dunn (1978) dalam buku


teaching Students Through Their
Individual Learning Styles:cara
seseorang individu menumpukan
perhatian untuk memahami dan
mengingati sesuatu maklumat atau
kemahiran baru.
GAYA PEMBELAJARAN DUNN
& DUNN
Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
(1974) berfokus kepada 18 elemen
yang mempengaruhi kebolehan belajar
seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen
itu dapat diklasifikasikan kepada 4
kategori, iaitu
1.Persekitaraan
2.Emosional
3.Sosiologikal
4.Fizikal.
Model Gaya Pembelajaran Dunn
& Dunn berasaskan prinsip-
prinsip berikut
Kebanyakan individu :mampu dan boleh
belajar
Setiap individu mempunyai gaya
pembelajaran tertentu.
Gaya pembelajaran individu bertindak balas
dengan iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan gaya pembelajaran,
seorang dapat mengoptimumkan proses
pembelajarannya.
GAYA PEMBELAJARAN FIELD
DEPENDENCE
Mempersepsikan secara global
Mengkategorikan konsep secara
umum
Berorientasikan sosial
Lebih di pengaruhi oleh kritikan
Memerlukan penentuan
matlamat dan pengukuhan
luaran
Syor Tugasan
Pembelajaran FD
Sediakan satu persekitaran pembelajaran
sosial di mana murid-murid berpeluang
untuk berinteraksi dengan orang lain
Bekalkan bahan sokongan seperti
advance organizers
Pastikan arahan yang diberi jelas dan
bersifat eksplisit
Gunakan banyak contoh dan ilustrasi
Utamakan kaedah berpusatkan murid
dengan penekanan kepada pengukuhan
positif
GAYA PEMBELAJARAN FIELD
INDEPENDENCE
Mempersepsikan secara analitikal
Mengkategorikan konsep secara
khusus
Orientasi yang tidak bersifat peribadi
Kurang dipengaruhi oleh kritikan
Mempunyai matlamat dan
pengukuhan yang ditentukan sendiri
Syor tugasan
pembelajaran FI
Menyediakan satu persekitaran
pembelajaran yang berdikari
dengan menggunakan kaedah
inkuiri penemuan.
Bekalkan murid-murid dengan
bahan rujukan dan bahan resos.
Beri bimbingan yang minimum
GAYA PEBELAJARAN KOLB
TERDAPAT 4 GAYA PEMBELAJARAN

DIVERGER

GAYA
PEMBELAJARAN
ASSIMILATOR
CONVERGER

ACCOMODATOR
DIVERGERS
Berupaya mengasimilasi pelbagai
maklumat untuk dijadikan satu entiti yang
bersepadu .
Boleh menjana banyak idea
Mempunyai imiginasi yang tinggi
Berfikiran terbuka
Boleh berinteraksi dengan orang lain

Syor Tugasan Pembelajaran


Menyiapkan tugasan terbuka
Pembelajaran bersifat individualistik
Menyelesaikan situasi-situasi yang kabur
CONVERGERS
Cekap menyelesaikan masalah terutamanya
yang berkaitan dengan tugasan teknikal
Cekap membuat penaakulan deduktif
Berupaya mengaplikasi idea terhadap situasi
praktikal
Bersifat prakmatik dan realistic
Berfokus dan boleh membuat keputusan

Syor Tugasan Pembelajaran


Mengesahkan keaslian maklumat
Membuat ramalan
Menyediakan kerangka
latihtubi
ASSIMILATOR
Bersifat logikal dan tidak berputar belit
Bersistematik
Bersifat analitikal dan cekap melakukan
tugasan berbentuk kuantitatif
Cekap dari segi membina teori
Cekap membina penaakulan induktif

Syor Tugasan Pembelajaran


Memilih dan mengesahkan sumber
maklumat
Menganalisis idea utama
Membuat ramalan
Membuat kesimpulan
ACCOMODATOR
Berorientasikan tindakan dan hasil
Gemar menimba pengalaman baru
Suka mengambil risiko
Cenderung kepada bidang kesenian
Berfikiran terbuka dan berorientasikan manusia
Melibatkan diri secara peribadi
Berupaya untuk menyesuaikan diri terhadap situasi
baru

Syor Tugasan Pembelajaran


Menjana contoh peribadi
Memberi contoh konkrit
Mengaplikasi maklumat
Menggunakan urutan daripada konkrit kepada
abstrak
Faktor yang mempengaruhi
gaya pembelajaran
1. Ransangan persekitaran(sunyi, bising,
kondusif, formal/tdk formal dll)
2. Ransangan emosi(marah, tenang,
gembira, sedih)
3. Ransangan sosial(persaingan antara
rakan sebaya, keinginan belajar
bersendiri)
4. Ransangan psikologi (impulsif -
reflektif; global analitik)
5. Ransangan fisiologi(auditori,visual)
1) KESEDIAAN BELAJAR
Setiap murid di dalam kelas
mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan yang
berbeza. Ini bermakna kesediaan
belajar mereka juga berbeza.

Perkara ini perlu diberi pertimbangan


oleh guru, agar murid yang
mempunyai tahap kesediaan belajar
rendah tidak terabai dan ketinggalan .
2) OBJEKTIF P&P
Guru harus mengambil objektif yang
sesuai dengan murid dalam merangka
objektif P&P

Guru boleh menyediakan latihan atau


aktiviti yang sesuai dengan kumpulan
yang berbeza keupayaan supaya murid
yang lambat tidak terus tertinggal dan
murid yang pandai tidak merasa bosan.
3) TINGKAHLAKU
MENGGANGU
PEMBELAJARAN
Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering
mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu
perhatian orang lain semasa P&P.

Contohnya:

Bertindak agresif,(bising,vandalisme)
Proaktif s(membuat sesuatu yang belum disuruh)
4. PERBEZAAN GAYA
BELAJAR
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya
murid-murid belajar.

Belajar sambil mendengar muzik ,


Secara visual
Secara menyendri
Secara berkumpulan
Proses maklumat secara global
Sebagai seorang pendidik, kita perlu
peka dan memahami perbezaan
pelajar, kita juga digalakkan
menggunakan kaedah kaedah
pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pelajar semasa
pelaksanaan P&P.
STRATEGI MENAGANI PERBEZAAN
INDIVIDU DAN GAYA
PEMBELAJARAN
1) Kaedah 6) Mempelbagaikan bentuk
Kumpulan penilaian
2) Pengayaan dan
pemulihan 7) Mempelbagaikan Strategi

P&P
3) Pengajaran 8) Mempelbagaikan BBM
4) Pembelajaran
terancang
Koperatif 9) Peneguhan Positif
10) Pengagihan tugas
5) P&P individu
mengikut minat dan
BIBLIOGRAFI

http://mahirppb.tripod.com/gaya.html
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd
1/article100.pdf
http://www.scribd.com/doc/18120594/ap
akah-kecerdasan-itu
http://www.scribd.com/doc/14247055/Teo
ri-Kecerdasan-Triarchic-Sternberg-
http://www.scribd.com/doc/19007163/
KECERDASAN-PELBAGAI

You might also like