You are on page 1of 20

PERBINCANGAN

6.0 PERBEZAAN INDIVIDU

“Setiap individu berbeza dari segi biologi dan genetic”

Dobzhansky.

Kita mungkin telah perhatikan bahawa rakan-rakan kita mempunyai pendekatan berbeza
kepada pembelajaran, kemampuan berbeza untuk mengingati dengan tepat serta mengaitkan
idea-idea dan mengaplikasikannya secara kreatif dalam situasi lain. Perbezaaan di kalangan
rakan-rakan sekelas juga dapat dilihat daripada segi jantina, budaya dan bangsa. Kita dapat
melihat bahawa pelajar lelaki mempunyai sikap dan tingkahlaku berbeza daripada pelajar
perempuan. Selain itu, mereka daripada kaum-kaum tertentu juga menunjukkan ciri-ciri
tingkahlaku yang berbeza berbanding kaum-kaum lain. Kumpulan pelajar-pelajar daripada taraf
sosioekonomi yang sama biasanya menunjukkan beberapa cirri-ciri tingkahlaku yang sama.
Guru-guru dapat mengesan perbezaan individu yang ketara di dalam kelas mereka
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan individu adalah
sebahagian daripada aspek perkembangan individu pelajar.

Perbezaan yang konsisten antara satu kumpulan yang lain dipanggil perbezaan
kumpulan. Perbezaan individu pula ialah cara-cara bagaimana individu yang berada pada tahap
umur yang sama berbeza antara satu sama lain. Perkembangan individu menyumbang kepada
perkembangan pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran
individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan ciri-ciri yang sedia ada dalam
individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing (Hurlock, 1978). Misalnya kebolehan
merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan
atau masalah dalam persekitaran kanak-kanak tersebut maka ia boleh membantutkan
perkembangan kanak-kanak ini. Pengalaman pembelajaran ialah perkembangan yang
melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang
diperolehi melalui pembelajaran.

Dalam konteks yang lebih kecil, dalam unit keluarga itu sendiri menunjukkan cirri-ciri
perbezaan yang ketara. Perbezaan kecenderungan ahli-ahli keluarga terutamanya anak-anak
kadang kala menjadi beban kepada ibubapa. Jika ibubapa gagal memahami perbezaan
tersebut akan member kesan negative kepada anak-anak mereka. Antaranya ialah perasaan iri
hati atau cemburu antara anak-anak kerana salah seorang daripada mereka mendapat
perhatian yang lebih daripada ibubapa mereka. Walaupun kanak-kanak yang dilahirkan kembar
seuri tetapi si kembar tetap menunjukkanperbezaan daripada aspek-aspek yang tertentu.
Antaranya ialah daripada segi perkembangan fizikal, pembentukan tingkahlaku dan kebolehan
intelek. Selain itu, amatlah penting bagi para pendidik memahami bagaimana individu berbeza
di antara satu dengan lain dan kepentingan perbezaan tersebut dalam melaksanakan tugas
pendidikan. Seorang guru boleh menjangkakan wujudnya perbezaan di antara kanak-kanak
dalam bilik darjahnya walaupun sistem persekolahan dan kurikulumm yang seragam
menggalakkan persamaan dalam perkembangan kanak-kanak.

6.1 5 ASPEK PERBEZAAN DALAM SESEORANG INDIVIDU IAITU :


ASPEK KEBOLEHAN/KEMAHIRAN

Kognitif Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik,


menaakul dan mengira

Emosi Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar
dan toleransi terhadap orang lain.

Sosial Kemahiran berinteraksi, bergantung samaada individu tersebut bersifat introvert


atau ekstrovert.

Fizikal Perbezaan dari segi jantina, paras rupa, berat, ketinggian. Jenis dan warna
rambut, warna mata.

Rohani Perbezaan agama, kepercayaan dan nilai.

i. PERBEZAAN FIZIKAL

Perbezaan fizikal merupakan perbezaan lahiriah yang dapat dilihat dengan mata kasar
dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan membuat kerja
tangan. Perbezaan fizikal yang pertama di antara individu iaitu ketinggian tubuh badan.
Perbezaan dari segi bentuk badan yang utama iaitu tubuh badan endomorf, mesomorf, dan
ektomorf. Misalnya ektomorf berbentuk badan kurus, langsing dan dikaitkan dengan introvert
iaitu suka menyendiri dan lebih pendiam. Tubuh badan endomorf pula mempunyai tubuh badan
yang bulat, lemah lembut dan sahsiahnya dikaitkan dengan suka bergaul dengan individu lain.
Jenis tubuh badan mesomorf pula mempunyai tubuh badan dan otot-otot olahragawan dan
sering dikaitkan dengan seseorang yang bertenaga.
Ciri-ciri fizikal luaran adalah seperti warna kulit, warna mata, bentuk muka ( bujur sirih, bulat )
serta cirri-ciri fizikal dalaman seperti memiliki bau badan yang unik sehingga boleh
menimbulkan masalah kepada individu lain.

ii. PERBEZAAN KOGNITIF/MENTAL

Perbezaan kognitif kanak-kanak berbeza dari segi kecerdasan dan kebolehan intelek. Apabila
mendapat keputusan peperiksaan atau ujian dengan cemerlang kanak-kanak akan di kelas
mengikut pencapaian mereka. Jika diteliti dalam sebuah bilik darjah guru akan mendapati
perbezaan individu dalam pembelajaran dan pencapaian. Kanak-kanak A mungkin lebih cekap
dan pantas mengikuti pengajaran guru berbanding kanak-kanak B. Di sini guru boleh menilai
perbezaan mental dan kecerdasan kanak-kanak berdasarkan keputusan ujian dan keupayaan
murid menyelesaikan masalah . Selain itu, harus diingatkan bahawa pencapaian atau prestasi
murid dalam ujian piawai mungkin tidak boleh dijadikan pengukur yang sebenar. Kadangkala
ada kanak-kanak yang berbakat tetapi mempunyai pencapaian rendah dalam akademik. Ada
pula kanak-kanak yang agak lambat mengikuti pelajaran tetapi sebenarnya agak pemalu tetapi
bila disoal secara peribadi kanak-kanak tersebut memahami pengajaran guru.

 KECERDASAN

Dalam membincangkan kebolehan dan perbezaan mental sebenarnya ia juga dikaikan dengan
kecerdasan yang merupakan antara penentu perbezaan individu. Kecerdasan merujuk kepada
kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya
membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Sebenarnya, istilah “kecerdasan” ini
mula-mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton menyakini bahawa kebolehan
intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian
kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “kecerdasan”. Dalam pandangan
Galton, kecerdasan merupakan faktor umum (g faktor) yang memberikan asas kepada
kebolehan-kebolehan spesifik yang lain. Dengan kata lain, sekiranya seseorang secara
umumnya adalah cerdas, ia juga berkemungkinan besar dapat mengembangkan kebolehan-
kebolehan muzik, kesenian dan lain-lain lagi.

Menurut Spearman, kecerdasan mengandungi sifat kebolehan am (atau faktor G) dan


sifat kebolehan khas (atau faktor S). Faktor yang menjadi asas kepada semua fungsi
kecerdasan ialah pengaruh faktor G. Oleh sebab manusia mempunyai berbagai-bagai
kebolehan, kebolehan ini sebenarnya disebabkan oleh faktor S, iaitu kebolehan khas. Sifat
kecerdasan dalam Model Spearman terdiri daripada dua faktor :-

(a) Faktor umum G adalah asas bagi perlakuan mental seperti berjalan,
(b) Faktor khusus S menjelaskan bahawa fungsi mental yang berfokus kepada sesuatu
bidang seperti matematik.

Wechsler (1998) menganggap kecerdasan sebagai agregat atau keupayaan global dan
individu untuk bertindak dan berfikir secara rasional dan bertujuan untuk mengendalikan
persekitaran dengan berkesan. Pada awal 1980, Robert Sternberg pula telah membentuk teori
kecerdasan ‘Triarchic’ kecerdasan pemikiran dan tingkahlaku terdiri daripada 3 aspek yang
penting yang saling mempengaruhi iaitu kognitif, pengalaman dan persekitaran kontekstual.

Seterusnya, Sternberg juga mencadangkan bahawa kecerdasan dapat dilihat melalui


kemampuan individu mengadaptasi kepada persekitarannya ataupun mengubah persekitaran
untuk memenuhi keperluan individu tersebut.
Howard Gardner (1983) seorang ahli psikologi mencadangkan teori pelbagai
kecerdasan. Menurut Gardner, terdapat 8 jenis kecerdasan berbeza iaitu, limguistik, muzik,
spatial, logikal, matematik, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal.

ASPEK JENIS KECERDASAN

Linguistik o Kebolehan mempelajari dan menggunakan bahasa secara efektif.


Sensitif kepada bunyi dan maksud perkataan serta fungsi yang
berbeza dalam bahasa.
o Bercerita atau menulis pantun, berhujah dengan yakin.
o Contoh : pemidato, peguam, penulis

Muzik o Kebolehan menghasilkan dan menghargai irama dan muzik.


o Peka kepada pic, melodi, dan nada.
o Contoh : composer, jurutera, pemain piano.

Spatial o Keupayaan menggunakan imaginasi dalam bentuk gambar dan rajah.


o Memerhati persekitaran dengan terperinci dan mengubah objek yang
dilihat.
o Contoh: pelukis, pengukir, arkitek.

Logikal- o Kebolehan mencerap dan menyelesaikan masalah yang melibatkan


matematik operasi matematik.
o Contoh: ahli matematik, saintis.

Kinestetik o Kemahiran memanipulasi objek dan menggunakan otot-otot badan


dengan unik.

Interpersonal o Kebolehan memahami dan berinteraksi dengan individu lain.


o Kebolehan memahami tingkahlaku dan membaca perasaan, hati, niat
dan kehendak seseorang
o Contoh: jurujual.

Intrapersonal o Kebolehan memahami dan menghargai perasaan, menetukan arah


hidup sendiri.
o Kesedaran tentang perasaan, niat dan keperluan diri.

Naturalis o Kebolehan mengenalpasi flora dan fauna dalam alam semulajadi.


o Contoh : ahli biologi, petani, nelayan.
iii. PERBEZAAN SOSIAL

Kelas sosial, latar belakang kebudayaan dan sosioekonomi mempengaruhi kehidupan semua
kanak-kanak dari mula mereka dilahirkan. Dalam penyelidikan, indeks yang selalu digunakan
dalam menetukan status sosioekonomi ialah pekerjaan, tahap pendidikan, dan pendapatan.
Menurut Niles (1981), sepain daripada pendapatan bapa, pendapatan ibu dan ahli keluarga
juga di ambilkira serta tahap pendidikan dan jenis pekerjaan.

Golongan individu yang berada pada status sosioekonomi yang rendah mengalami
kesan-kesan kemiskinan. Oleh kerana kekurangan kewangan dan dibendung oleh kemiskinan
kanak-kanak tersebut mungkin mengalami ketidakseimbangan zat makanan dan seterusnya
kesihatan terganggu. Penyelidikan telah melaporkan secara tekal, kanak-kanak kelas
sosioekonomi bawahan menunjukkan prestasi akademik yang rendah jika dibandingkan
dengan kanak-kanak status sosioekonomi menengah atau atasan. Pola ini kekal di sekolah-
sekolah rendah dan menengah dalam semua matapelajaran. Prestasi kanak-kanak
sosioekonomi rendah lebih rendah kerana kekurangan kemudahan pembelajaran di rumah
serta wujudnya konsep kendiri dan tahap aspirasi rendah dan perkembangan intelek yang
terhad.

Shafer (1985) mengemukakan pendapat bahawa perbezaan antara individu kelas


pertengahan dan bawahan bersifat ekonomi. Kebanyakan ibubapa dari golongan status
sosioekonomi (SES) bawahan tidak berupaya membeli kemudahan untuk anak-anak mereka.
Kanak-kanak dari kelas sosioekonomi atasan dijangkakan mendapat gred yang cemerlang di
sekolah, melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjawat jawatan tinggi dalam masyarakat.
Manakala ibubapa daripada kelas SES rendah kurang menegaskan kepentingan pendidikan
dan lebih mengalakkan anak mereka mencari pekerjaan yang tetap tanpa memikirkan nilai
prestasi yang ada pada jawatan tersebut.

Jika dibandingkan pola-pola pemeliharaan kanak-kanak antara golongan SES tinggi


dengan golongan SES rendah, kekerapan perbezaan akan didapati. Eleanor Macoby (1980)
memperoleh dapatan berikut :

I. Ibubapa golongan SES rendah lebih menegaskan anak mereka supaya patuh dan
hormat pada undang-undang dan kebersihan.
Ibubapa golongan SES tinggi lebih menegaskan kebahagiaan perasaan ingin tahu,
berdikari, kreativiti dan disiplin kendiri.
II. Ibubapa golongan SES rendah lebih restriktif dan authoritarian dan menegaskan kuasa.
Ibubapa golongan SES tinggi lebih permisif dan lebih menggunakan konteks disiplin
yang induktif.
III. Ibubapa golongan SES tinggi lebih banyak berbual dengan anak mereka, dengan
menggunakan bahasa yang lebih kompleks daripada ibubapa golongan rendah .
IV. Ibubapa golongan SES tinggi lebih banyak menunjukkan kemesraan dan kasih saying
kepada anak mereka.

Walaubagaimanapun pola-pola pemeliharaan kanak-kanak di barat perlu dikaji sama


ada wujud di Malaysia atau tidak. Sebenarnya dapatan pendekatan pemeliharaan kanak-
kanak diwarnakan oleh keunikan budaya satu-satu kumpulan di satu-satu tempat. Dari segi
personaliti, kanak-kanak yang dididik di kalangan keluarga yang berstatus ekonomi tinggi
bersifat ekstrovert. Mereka menunjukkan minat terhadap sesuatu yang berlaku di sekeliling
mereka. Mereka lebih berfikiran terbuka terutamanya dalam aspek perbualan harian dan
perbincangan dalam bilik darjah. Manakala kanak-kanak yang berasal daripada SES rendah
lebih bersifat introvert. Mereka kurang bergaul dengan rakan-rakan sebaya dan sukar
mengemukakan pendapat apabila dikehendaki. Namun begitu, mereka mempunyai ikatan
persahabatan yang lebih panjang di kalangan rakan-rakan tertentu.

iv. PERBEZAAN EMOSI

Istilah emosi merujuk kepada keadaan kebangkitan dalaman yang berlaku di dalam diri
seseorang. Kebangkitan dalaman yang ini berlaku sebagai reaksi terhadap sesuatu benda
atau situasi yang tertentu. Emosi mengandungi 3 komponen iaitu perubahan fisiologi,
tingkahlaku organism dan kesedaran kognitif. Misalnya, seseorang individu akan mengalami
degup jantung yang cepat jika dia terperanjat. Ini adalah perubahan fisiologi. Jika dia takut, dia
akan lari daripada seekor ular yang menjalar di jalan. Gerakbalas organisma terhadap sesuatu
keadaan dapat diperhatikan. Kesedaran kognitif pula sukar diperhatikan tetapi boleh diukur
melalui pertuturan percakapan dan soal selidik yang dimajukan kepada individu berkenaan.
Setiap individu berbeza tentang perasaannya walaupun dia menghadapi rangsangan yang
serupa.

Danial Goleman telah mengutarakan 4 konstruk yang menggariskan Model


Kompetensi Emosi beliau iaitu :
I. Kesedaran diri – kebolehan mentafsir emosi kendiri dan mengenalpasti kesannya
apabila iai digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusan.
II. Pengurusan kendiri – kebolehan mengawal emosi, menyesuaikan emosi dengan situasi
yang berubah, rajin dan berinisiatif.
III. Kesedaran sosial – kebolehan merasai, memahami dan memberi tindakbalas terhadap
perasaan orang lain.
IV. Kemahiran sosial – keupayan mempengaruhi, memberi inspirasi dan
memperkembangkan individu lain dan mengurus konflik.

Menurut beliau, setiap konstruk yang tersebut di atas terdiri daripada beberapa kompetensi
yang boleh diperkembangkan dalam diri seseorang.

6.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU DARI SEGI


FIZIKAL, KOGNITIF, SOSIAL DAN EMOSI.

i. Baka

Baka memainkan peranan penting dalam menetukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna
anak mata, tinggi atau rendah seseorang itu. Baka terjadi hasil drp percantuman sel sperma
23 iaitu kromosom (lelaki) dan sel ovum 23 kromosom. Dari segi mental pula, ibubapa yang
cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cergas juga. Dengan ini adalah jelas,
kanak-kanak tersebut akan berbeza daripada kanak-kanak yang kurang cerdas yang
seterusnya akan menjadi pelajar yang lambat di sekolah. Faktor baka menyebabkan setiap
individu berbeza dengan yang lain.
ii. Persekitaran

a) Keadaan kelahiran.

Sekiranya ibu yang bersalin itu mengalami kesulitan ketika hendak bersalin, maka bayi yang
lambat dilahirkan itu mungkin akan mengalami kecacatan mental. Kanak-kanak seperti ini akan
menunjukkan prestasi akademik yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang lain.

b) Sosioekonomi keluarga

Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-
kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang individu. Keadaan seperti ini akan membantu
seseorang itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang pelajar yang berasal
daripada keluarga yang miskin.

c) Asuhan ibubapa

Asuhan dan bimbingan ibubapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang
dengan baik terutamanya dari segi sosioemosi dan mental. Kanak-kanak daripada keluarga
tersebut adalah lebih stabil emosinya kerana mendapat kasih sayang dan perhatian yang
mencukupi dari ibubapa mereka. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak menerima kasih
sayang atau asuhan ibubapa yang sempurna merupakan kanak-kanak kurang bahagia dan
sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian dan prhatian daripada orang dewasa

d) Rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya adalah aspek yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang bercampur dengan rakan sebaya yang bertanggungjawab dan bersopan
santun akan juga menghayati nilai-nilai yang positif.

e) Kebudayaan dan norma

Kebudayaan dan norma satu-satu komuniti boleh menimbulkan perbezaan individu.


Sesetengah kebudayaan mengkehendaki anak-anak perempuan mereka mendirikan
rumahtangga di peringkat umur yang muda. Kebudayaan seperti ini akan menimbulkan
perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan kebudayaan lain yang memang
mementingkan pelajaran lebih daripada perkahwinan.
f) Kemudahan-kemudahan pembelajaran

Kemudahan pembelajaran yang terdapat di satu-satu kawasan akan juga menimbullkan


perbezaan individu. Contohnya sekolah di kawasan bandar biasanya mempunyai kemudahan-
kemudahan yang lengkap seperti makmal sains, perpustakaan, zoo mini dan sebagainya.
Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai kemudahan tersebut memang akan berkembang
dengan lebih cepat dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.

g) Jantina

Perbezaan jantina menimbulkan isu perbezaan individu seperti kanak-kanak perempuan lebih
cepat belajar bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Selain itu,minat, bakat dan nilai juga
berbeza di antara kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. Contohnya kanak-kanak
perempuan lebih gemar menjahit, memasak, mengemas rumah, bermain alat muzik
berbanding dengan kanak-kanak lelaki.

6.3 PERANAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perbezaan individu member impak yang besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya menyedari peranan mereka di dalam kelas bagi mengurangkan masalah
perbezaan individu . Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :
1. Pemulihan

Aktiviti pemulihan harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang tidak menguasai sesuatu
matapelajaran tertentu. Kanak-kanak berkenaan mungkin mengalami kelewatan dalam
menguasai pembelajaran di dalam kelas ataupun mengalami masalah kesihatan. Oleh itu,
aktiviti pemulihan yang diadakan oleh guru-guru mempunyai suatu tujuan yang khusus iaitu
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi di samping membantu kanak-kanak
tersebut memperbaiki kelemahan diri. Aktiviti yang dijalankan akan member kesan yang positif
dalam peningkatan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.

2. Penggayaan

Penggayaan bertujuan memperbanyakkan atau mengembangkan pengalaman dan


pengetahuan serta kemahiran murid dalam sesuatu bidang ilmu. Penggayaan hanya diberikan
kepada pelajar-pelajar tertentu yang berjaya menguasai atau mencapai matlamat yang
ditetapkan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Matlamat yang ditetapkan
mungkin dalam bentuk penguasaan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu.

Bagi tujuan menghasilkan aktiviti pengajaran yang menyeronokkan, guru haruslah


mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih mencabar kepada kanak-
kanak supaya ia dapat membentuk keyakinan diri serta melahirkan sifat kepimpinan.

3. Teknik projek

Teknik projek amat sesuai diberikan kepada kumpulan yang mempunyai persamaan daripada
prestasi pencapaian atau kemajuan dalam sesuatu isi kandungan pelajaran. Kandungan
sesuatu projek perlu mengambilkira proses perkembangan minat dan kebolehan pelajar. Teknik
projek boleh membentuk sikap positif dalam diri pelajar.

4. Kaedah Dalton

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru bagi
mengurangkan masalah perbezaan individu. Dalam kaedah ini, prinsip terpenting adalah
prinsip kebebasan berinteraksi dalam kumpulan atau antara individu. Kanak-kanak juga
digalakkan memilih tugasan sendiri yang berkaitan dengan minat mereka. Tugas guru
hanyalah membimbing mereka supaya mencapai objektif sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Bagi tujuan member kemudahan kepada guru dan kanak-kanak, seharusnya
mereka mengadakan suatu kontrak perjanjian yang bertujuan menjamin tugasan yang
diberikan dengan sempurna dan memenuhi criteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, kedua-dua
pihak harus menyediakan rekod kemajuan harian atau mingguan. Rekod kemajuan ini
seharusnya diselaraskan mengikut kemampuan pelajar.

5. Kaedah kumpulan

Kaedah kumpulan merupakan satu kaedah yang berkesan bagi mengurangkan masalah
perbezaan individu dalam kelas. Kanak-kanak dibahagikan dalam beberapa kumpulan
berdasarkan pencapaian atau kebolehan akademik dan diberikan aktiviti penggayaan dan
dalam masa yang sama guru boleh menumpukan perhatian kepada kumpulan yang lemah
dalam membimbing mereka.

6. Bimbingan dan kaunseling

Mereka boleh mendapatkan pandangan atau nasihat daripada guru tentang kekuatan dan
kelemahan mereka dalam pencapaian akademik mahupun dalam aspek kemahiran tertentu.
Guru boleh member bimbingan dalam memperbaiki kelemahan diri mereka di samping memberi
nasihat untuk mengembalikan keyakinan diri mereka.

7.0 KONSEP KENDIRI

Setiap individu adalah unik. Tidak ada seorang individu dilahirkan menyerupai atau menyamai
antara satu sama lain. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai personality mereka yang
tersendiri. Konsep kendiri merupakan kecenderungan seseorang untuk bertingkahlaku.
Ramai yang mengatakan personaliti adalah sesuatu yang dilahirkan bersama-sama dengan
individu tersebut tanpa dipengaruhi oleh persekitaran. Shaffer, (1985) menyatakan konsep
kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang
asing yang memiliki satu set cirri yang unikatau istimewa.

7.1 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI


Konsep kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Konsep
kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang
asing memiliki satu set cirri-ciri yang unik atau istimewa (Shaffer, 1985). Ia membawa maksud
bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya. Anggapan dan
pendapat itu adalah berasaskan kepekaan serta kesedaran tentang kekuatan dan
kelemahannya. Kesedaran itu lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau reaksi individu lain
di sepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu tersebut.

Crow & Crow (1983) berpendapat, personality biasanya digunakan untuk menghuraikan
perawakan fizikal seseorang, corak pertuturanatau daya penarik yang dimilikinya. Stewart &
Friedman (1987) berpendapat konsep kendiri adalah tanggapan individu tentang identitinya
sebagai seorang individu bermula dengan kepekaan bayi terhadap bahagian-bahagian
anggotanya pada umur 2 tahun pengiktirafan kanak-kanak tentang perbezaan daripada individu
lain.

Menurut Burns ( 1982) konsep kendiri adalah salah satu keseluruhan persepsi atau
tanggapan seseorang pada dirinya. Habibah & Noran (1997) menyatakan pengaruh terhadap
tindakan yang bakal diambil oleh seseorang pelajar, konsep kendiri juga mempengaruhi impian
pelajar pada amasa hadapan dan harapan yang dibina oleh mereka.

7.2 KOMPONEN KONSEP KENDIRI

Ruth Strong dan Philip (1964) membahagikan konsep kendiri kepada 4 dimensi

1. Konsep kendiri asas, iaitu persepsi individu terhadap kebolehan, status dan peranan
dirinya.

2. Konsep kendiri peralihan, iaitu persepsi kendiri yang ditunjukan oleh kendiri pada satu-
satu ketika.

3. Konsep kendiri sosial, iaitu individu memikirkan apa yang dilihat oleh orang lain
terhadapnya.
4. Konsep kendiri idea atau unggul, iaitu konsep kendiri yang dikehendaki atau diingini oleh
individu.

7.3 JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri kepada 2 jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Kedua-
dua ini mempunyai perbezaan yang nyata iaitu konsep kendiri positif mempunyai kelakuan dan
tingkahlaku yang baik dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya individu yang
mempunyai konsep kendiri yang negatif memiliki tingkahlaku yang tidak disenangi oleh orang
lain. Nilai-nilai diri yang dilihat adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah dilalui dan
matlamat hidup jangka masa depan. Ia mempunyai kedua-dua nilai iaitu positif dan negatif.

 Konsep Kendiri Positif

Individu yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai kelakuan dan tingkahlaku yang
baik dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya, individu yang mempunyai konsep
kendiri yang negatif memiliki tingkahlaku yang tidak disenangi oleh orang lain.

 Ciri konsep kendiri positif

Individu yang berkonsep kendiri positif mempunyai penerimaan kendiri dan mempunyai
kefahaman tentang diri sendiri. Konsep kendiri yang positif adalah stabil dan mempunyai ruang
untuk menerima dirinya samada positif atau negatif. Contohnya, ‘ saya seorang peramah dan
suka bergaul tetapi ada ketikanya saya cepat iri hati dengan kelebihan orang lain.’ Individu ini
dapat menerima semua fakta tentang dirinya tanpa menjadikan fakta tersebut sebagai
ancaman pada dirinya. Selain itu, individu tersebut boleh menerima kritikan individu lain serta
sudi memberi pandangan dan pendapatnya jika timbul atau terdapat keadaan yang tidak logikal
atau rasional.

 Konsep Kendiri Negatif

Seseorang individu yang sentiasa mengalami kegagalan samada dalam bidang akademik atau
kokurikulum biasanya mempunyai konsep kendiri yang negatif. Begitu juga kanak-kanak yang
selalu di marah atau dikritik oleh ibubapa, guru atau rakan-rakannya. Kanak-kanak seperti ini
jarang menerima kasih sayang atau perhatian juga mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Kanak-kanak ini kebiasaannya mempamerkan tingkahlaku yang negatif seperti tidak puas hati,
marah, cepat kecewa dan sebagainya. Masalah tingkahlaku ini akan menyebabkan dirinya
kurang diterima oleh rakan-rakan, guru ataupun orang dewasa yang lain.

 Ciri Konsep Kendiri Negatif

Mereka yang mempunyai konsep kendiri negatif kurang mempercayai diri sendiri dan ragu-ragu
dalam menyatakan pendapat atau idea. Konsep kendiri yang negatif membuat jangkaan
prestasi yang tidak realistik dan penghargaan kendiri yang rendah pada peringkat
perkembangan kanak-kanak. Situasi ini harus dibantu oleh ibubapa dan guru untuk
membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai pandangan yang realistik dan
positif terhadap diri mereka.

8.0 MOTIVASI

Motivasi ialah proses intervensi atau keadaan dalaman seseorang yang mendorongnya untuk
bertindak. Reber, (1987) dan Woolfolk (1995) pula menyatakan bahawa motivasi bukan hanya
dorongan untuk bertindak tetapi juga mengarah dan meneruskan sesuatu tingkah laku.
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru
perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi yang timbul dari dalam ataupun
dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi
memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari
dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi intrinsik’.
Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran
adalah ‘motivasi ekstrinsik’.

 Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik merupakan kecenderungan untuk mencapai atau mengatasi cabaran-cabaran


kerana minat atau menggunakan keupayaan yang ada. Seseorang yang bermotivasi intrinsik
tidak memerlukan insentif luaran, sama ada dalam bentuk ganjaran atau dendaan, untuk
berkerja. Kerja berkenaan sudah merupakan ganjaran kerana kepuasan yang dirasai.

 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik pula ialah kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana inginkan
ganjaran luaran seperti markah dan gred, ataupun mengelak daripada dendaan.
(Woolfolk,1995). Ringkasnya, perbezaan asas antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah
sebab-sebab sesuatu tingkah laku itu dilaksanakan, samaada berpunca dari dalam atau luar.

9.0 TEORI PERSONALITI

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita dapat
mendengar kenyataan-kenyataan seperti ’Encik A memang mempunyai personaliti yang baik’,
’Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal’. Secara umum personaliti bermaksud
sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka.
Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon.
Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak
dipersembahkan. Pada pandangan Mishel (1989) personaliti adalah pola-pola atau tingkah
laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini
bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan
personaliti mereka yang sebenar.

Carl Jung (1975 – 1961) berpendapat bahawa manusia bukanlah mangsa kepada
warisan baka dan persekitaran. Malah manusia adalah aktif di dalam menentukan corak hidup
mereka sendiri. Pernyataanya ini menolak dakwaan rakan karibnya, Freud Sigmund yang
menyatakan bahawa seks berperanan dalam menentukan perkembangan personaliti seseorang
itu. Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan
mereka. Segala tindak tanduk seseorang bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa - peristiwa
masa lampau tetapi juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di masa hadapan. Konsep ini
disebut sebagai  teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey (1966).

9.1 KLASIFIKASI PERSONALITI

Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga
kumpulan yang besar seperti berikut :
 Ekstrovert
 Introvert
 Ambivert

Ekstrovert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks,
gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada
perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak
mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Introvert
Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar
berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum
menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang
bersedia untuk menanggung risiko.
Ambivert
Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai
introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai
trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

9.2 KATEGORI - EXTRAVERTS ATAU INTROVERTS


 

CIRI –CIRI EXTROVERT CIRI-CIRI INTROVERT

 Tertarik dengan persekitaran luar  Terperangkap dalam dunianya


 Suka berkomunikasi secara verbal tersendiri
 Menyampaikan idea secara  Cenderung untuk berkomunikasi
langsung dalam penulisan
 Suka pembelajaran secara  Suarakan pandangan dengan
perbincangan refleksikan idea tersebut
 Minat yang meluas  Belajar dengan cara refleksi dan
 Sosial dan suka menonjolkan diri latihan mental
 Sedia mengambil inisiatif dalam  Memfokus secara mendalam kepada
pekerjaan dan perhubungan. kehendak diri sendiri
 Menyendiri dan memendam perasaan
 Mengambil insiatif apabila sesuatu isu
atau situasi penting kepada diri
sendiri

You might also like