You are on page 1of 12

SGDG 1023

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------

NAMA

: SAZILA BT MOHAMAD NATA

NO MATRIK: 821239
KELAS

: KB SEM A 153

PENSYARAH: PUAN WAN ZALINA WAN ZIN


TAJUK

: TUGASAN 2

PENDIDIKAN BERBILANG BUDAYA


The Ron Clark story adalah filem yang bersumberkan kisah benar yang kemudian
diadaptasi menjadi sebuah filem. Watak utama dalam filem ini adalah Ron Clark,
seorang guru yang sangat inovatif, kreatif dan bersemangat. Ron Clark merupakan
seorang guru yang sering memberi inspirasi dan semangat terhadap pelajarnya. Dia
mula mengajar di Snowden Elementary School di Aurora, North California pada tahun
1994 dan merupakan sekolah di kawasan luar bandar. Setelah 4 tahun mengajar di
sekolah tersebut, dan sekolah itu menjadi sekolah yang cemerlang dia kemudiannya,
berpindah mengajar di sekolah Inner Harlem Elementary School iaitu sekolah terletak
di kawasan bandar.
Terdapat pelbagai nilai dan pengajaran di dalam filem Ron Clark seperti
menonjolkan unsur-unsur budaya dari pelbagai bangsa. Mengikut Kamus Dewan (2005)
edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa maksud tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang
melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan
dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Budaya secara ringkas merujuk kepada ciriciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada
persekitarannya. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, menyatakan budaya adalah proses
sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Budaya sebagai proses sosial yang memberi
peluang kepada guru untuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya.
Jika dilihat kepada semua definisi tersebut guru berperanan penting untuk membentuk
budaya di sekolah melalui pendidikan.

Ron Clark memainkan peranan penting membentuk budaya di dalam kelasnya


memandangkan pelajarnya terdiri daripada pelbagai budaya. Sebagai seorang guru, Ron
Clark perlu perihatin dengan budaya pelajarnya agar mudah untuk berinteraksi. Di
dalam kelas Ron Clark terdapat pelajar dari kaum India iaitu Badriyah serta Tasyawn ,
Shameika dan Julio, pelajar yang berkulit hitam. Pembentukan budaya yang berlaku di
sekolah dikenali sebagai pendidikan pelbagai budaya. Menurut Saha (1997) pendidikan
pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada
satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan
pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan
pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi,
pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara
budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Menurut Banks (1989) yang merupakan perintis pendidikan pelbagai budaya pula
berpendapat pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek; konsep, gerakan
dan proses. Pertama dari aspek konsepnya, pendidikan pelbagai budaya boleh difahami
sebagai idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di
dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik dan criteria
yang lain. Ini yang dipraktikkan oleh Ron Clark kepada pelajar pelajarnya. Sebagai
seorang guru, Ron Clark perlu perihatin dengan kepelbagaian budaya pelajarnya agar
mudah untuk mereka berinteraksi. Dia cuba mencipta peraturan yang mengajar
pelajarnya untuk mewujudkan suasana kekeluargaan dan saling tolong menolong antara
satu sama lain. Dua peraturan yang ditekankan oleh Ron Clark adalah We are family
dan we are respect each other. Peraturan yang diterapkan oleh Ron Clark
3

menunjukkan bahawa dia tidak membezakan pelajarnya dari segi jantina, taraf ekonomi
serta asal kaum mereka. Pada permulaanya, pelajar Ron Clark menunjukkan sikap
negatif terhadap peraturan yang cuba di buat oleh Ron Clark. Namun, dengan
kesungguhannya , usaha Ron Clark ia kelihatan berkesan. Pelajarnya, mula memahami
perubahan yang ingin dilakukan olehnya serta menghormatinya sebagai seorang guru.
Seterusnya , dari aspek gerakan pula, pendidikan pelbagai budaya didefinasikan
sebagai usaha untuk mengubah sekolah-sekolah dan institusi pendidikan

sehingga

pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang
sama untuk belajar, (Azwani, Zahara, 2009). Pendidikan berbilang budaya juga
melibatkan tahap sosio ekonomi. Budaya pelajar yang tahap sosioekonomi rendah
berbeza dengan pelajar yang tinggi tahap sosioekonominya. Di dalam filem Ron Clark
menunjukkan perbandingan antara 2 kelas yang berbeza. Kelas Ron Clark dilabelkan
sebagai kelas yang tidak diinginkan kerana sikap pelajarnya yang sangat nakal seperti
biadap dan tidak hormat guru serta pelajarnya mendapat keputusan yang paling tercorot
di sekolah itu. Budaya yang mereka tunjukkan berpunca daripada keluarga yang rendah
taraf ekonomi serta mempunyai keluarga bermasaalah.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, Ron Clark tidak membezakan
pelajarnya walaupun pelajarnya terdiri daripada pelbagai kelas sosial. Kebanyakkan
pelajarnya daripada keluarga yang rendah taraf sosialnya. Contohnya, Shameika, hanya
mempunyai seorang ibu dan adik beradik yang ramai serta tinggal di kawasan
setinggan. Ibunya terpaksa melakukan 2, 3 kerja untuk menampung kehidupan mereka.
Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada Ron Clark untuk mengajar Shameika supaya
berjaya dalam pelajaran. Tasyawn mempunyai keluarga yang tidak bertanggungjawab
4

dan sering dipukul oleh bapanya, namun Ron Clark tidak peduli akan status sosial
keluarganya tetapi dia berusaha untuk memastikan Tasyawn berjaya dalam pelajaranya.
Ron Clark, memberi peluang dan ruang yang sama kepada pelajar-pelajarnya walaupun
mereka berbeza jantina, kelas sosial dan kaum untuk sama-sama belajar. Akhirnya,
pelajar pelajar Ron Clark menunujukkan potensi yang cemerlang kerana Ron Clark
mengaplikasikan pendidikan berbilang budaya dengan betul.
Matlamat pendidikan pelbagai budaya adalah menyediakan pelajar dengan
alternatif kepada budaya, etnik dan bahasa yang berbeza. Keduanya , untuk membina
pemahaman tentang budaya yang pelbagai. Ketiga,

menyediakan pelajar dengan

kemahiran , sikap dan pengetahuan berfungsi dalam komuniti yang sama budaya atau
lain budaya serta mengurangkan diskriminasi dalam perbezaan etnik , agama dan
budaya berbeza. Sebelum memulakan kelas pertamanya, Ron Clark membuat lawatan
home visit home ke setiap rumah pelajarnya. Langkah ini penting untuk Ron Clark
mengenalpasti bagaimana latar belakang keluarga pelajarnya yang datang dari pelbagai
budaya, sikap dan agama. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi pendidikan pelbagai budaya, antaranya adalah faktor jantina, etnik, kelas
sosial dan agama.
Faktor yang pertama adalah kelas sosial iaitu golongan atau kumpulan dalam
masyarakat berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu seperti taraf hidup,
kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan. Menurut Syed Ismail (2013) kelas sosial
dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa ,
politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran. Namun perbezaan kelas sosial banyak mempengaruhi pencapaian
5

akademik para pelajar. Keluarga yang tinggi taraf sosialnya akan mempunyai anak yang
cemerlang. Manakala keluarga yang rendah taraf ekonominya, mempunyai anak yang
kurang cemerlang. Perbezaan ini jelas dapat dilihat di dalam cerita Ron Clark bahawa
terdapat 2 kelas yang mempunyai karakter pelajar yang berbeza. Kelas yang cemerlang,
para pelajarnya mempunyai tingkahlaku yang baik, hormat guru serta mengikut
peraturan sekolah yang ditetapkan. Manakala, pelajar pelajar Ron Clark sangat nakal,
tidak berdisiplin, melanggar peraturan sekolah , tidak hormat kepada guru serta
bermasaalah dalam pelajaran. Punca para pelajarnya bersikap demikian adalah kerana
mereka mempunyai keluarga yang bermasaalah. Contohnya, Julio sering bergaduh di
sekolah , dan ini mungkin berpunca daripada perasaan rasa rendah diri atau berdendam
dalam dirinya kerana sering dipukul dan diabaikan oleh keluarga. Struktur keluarga
yang mempunyai masaalah akan memberi kesan terhadap tahap pembelajaran pelajar.
Impak kelas sosial pelajar memberi kesan terhadap kualiti pembelajaran.
Perbezaan jantina turut menjadi faktor dalam budaya dan pembelajaran. Guru
mugkin bersikap pilih kasih terhadap pelajar mengikut jantina. Pelajar lelaki yang
bersikap agresif dan lebih nakal menyebabkan guru kurang untuk berinteraksi dengan
mereka berbanding dengan pelajar perempuan. Guru lebih senang berinteraksi dengan
pelajar perempuan kerana mereka lebih patuh kepada arahan dan lebih berdisiplin
semasa proses pembelajaran. Tetapi Ron Clark membezakan jantina di dalam kelasnya.
Baginya, setiap pelajar harus diberi peluang yang sama rata dalam proses pembelajaran.
Perbezaan jantina dalam budaya boleh dilihat melalui watak Badriyah, seorang pelajar
dari India. Mengikut budayanya, lelaki lebih mendominasi dan perempuan tidak
mempunyai kebebasan untuk bersuara. Oleh sebab itu, Badriyah menjadi seorang
6

pendiam. Namun, Ron Clark seorang guru yang perihatin apabila dia memanggil
Badriyah untuk memberikan semangat serta yakin akan kebolehannya.
Etnik pula membawa maksud kumpulan manusia atau bangsa yang mempunyai
ciri-ciri kewarganegaraan, budaya dan bangsa yang sama. Guru-guru perlu peka
sekiranya di dalam kelas terdapat pelajar dari pelbagai etnik supaya proses komunikasi
dan interaksi dapat dilakukan dengan baik.
Pendidikan berbilang budaya sebenarnya merupakan satu pendekatan untuk
mencapai ketaksamaan dalam pendidikan dengan mengambil kira keperluan pelajar
yang berbeza dari segi individu dan budaya. Dalam konteks ini, guru memainkan
peranan penting untuk mengurangkan jurang ketaksamaan dalam pendidikan dengan
memahami setiap perbezaan setiap individu dari aspek budaya, etnik, jantina dan
agama.
Kesimpulannya, Ron Clark berjaya dalam mengaplikasikan prinsip pendidikan
berbilang budaya di dalam kelasnya kerana akhirnya pelajar pelajar berjaya
menunjukkan potensi dan keputusan yang cemerlang.

PENDIDIKAN LUAR BANDAR


Sekolah luar bandar bermaksud sekolah yang terletak di kawasan luar bandar
seperti kampong dan pendalaman. Luar bandar bermaksud kawasan yang kurang
kemudahan dari segi infrastrukutur , teknologi, tahap kehidupan yang rendah dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan sekolah luar bandar mempunyai banyak kekurangan

berbanding sekolah di kawasan bandar. Taraf pendidikan pelajar di sekolah luar bandar
juga mempunyai banyak perbezaan iaitu ketinggalan dengan pelajar di sekolah bandar.
Di permulaan cerita, Ron Clark mengajar di sekolah Snowden Elementary School
di Aurora, North California. Sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di
kawasan luar bandar. Bilangan pelajar dan guru di sekolah tersebut adalah kurang
berbanding dengan sekolah di bandar. Infrastrastruktur di sekolah tersebut agak kurang
tersedia berbanding dengan sekolah di bandar. Guru-guru juga kurang berpengalaman
dan terlatih dalam mengendalikan pelajar yang kurang pandai dari segi pembelajaran.
Contohya, apabila Ron Clark menegur seorang pelajar lelaki kenapa dia berdiri di
dalam tong sampah. Dia menjawab Teacher said I cant learn so I should go to trash.
Cara hukuman yang dikenakan adalah salah dan ini menunjukkan guru tersebut kurang
berpengalaman untuk mengendalikan pelajar yang bermasaalah. Seorang guru yang
berkualiti sepatutnya bersikap professional dalam menangani pelajar yang mempunyai
kesukaran dalam pelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasi oleh guru
untuk mengajar pelajar yang lemah dalam pelajaran.
Setelah 4 tahun mengajar di Snowden Elementary School , dan mendapat gelaran
guru terbaik, Ron Clark memutuskan untuk berhenti mengajar di situ. Dia membuat
keputusan berpindah ke bandar untuk mengajar di sekolah bandar dan akhirnya dia
diterima mengajar di

INNER HARLEM ELEMENTARY SCHOOL. Bilangan pelajar di

sekolah tersebut lebih ramai berbanding sekolah luar bandar. Terdapat banyak kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah antaranya televisyen yang mana Ron Clark gunakan untuk
mengajar di dalam kelas ketika dia masih di rawat di hospital.

Namun, dia dapati banyak

perbezaan sikap pelajar antara sekolah bandar dan luar bandar terutamanya pelajar di bandar
kurang berdisiplin, tidak hormatkan guru dan bermasaalah dalam pelajaran.
Terdapat tiga teori yang dikaitkan dengan pendidikan luar bandar iaitu teori
fungsionalisme, teori konflik dan teori simbolik interaksionisme. Teori fungsiolisme
menyatakan kesemua institusi dalam masyarakat mempunyai fungsi masing-masing bagi
mengekalkan keseimbangan dan kestabilan masyarakat. Walaubagaimanapun, proses perubahan
sosial pasti berlaku dalam masyarakat. Oleh itu setiap institusi harus memainkan fungsi mereka
agar seiring dengan perubahan tersebut (Zakiah, 2001). Jadi mengikut teori fungsionalisme
sekolah bandar dan luar bandar perlu diberi tumpuan yang sama oleh pihak berwajib agar hasrat
pembagunan negara boleh tercapai. Ini kerana fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu
pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan masyarakat.
Namun, terdapat jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar yang mana
bercanggah dengan teori fungsionalisme iaitu memastikan semua pelajar mendapat peluang
yang sama untuk menyumbang kepada masyarakat. Hal ini berlaku adalah disebabkan beberapa
faktor. Infrastruktur di sekolah bandar lebih baik daripada sekolah luar bandar. Perkara ini
mempengaruhi pencapaian murid-murid kerana penggunaan dan pendedahan ICT di sekolah
luar bandar agak ketinggalan berbanding di bandar. Ini disebabkan oleh masalah peruntukan
yang kecil untuk sekolah luar bandar. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu memainkan peranan
agar jurang perbezaan antara sekolah luar bandar dan di bandar tidak terlalu ketara dan
memastikan setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan
matlamat yang ditetapkan.
Manakala teori konflik pula menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara
individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat yang bersaing untuk
mendapatkan kepentingan masing-masing. Persoalan dalam konteks ini adalah adakah sekolah

luar bandar juga mendapat peruntukan yang sama dengan sekolah bandar.

Sebab utama

berlakunya teori konflik adalah persaingan mendapatkan sumber yang terhad. Ini kerana sumber
yang terhad dalam sesebuah organisasi seperti sekolah merangkumi peruntukan keawangan,
kemudahan infrastruktur dan guru-guru terlatih. Dalam cerita Ron Clark, tujuan utama dia
berpindah ke sekolah bandar kerana sekolah dibandar kekurangan guru-guru yang berkualiti
untuk mengajar.
Sebab yang kedua berlaku teori konflik adalah terdapat matlamat yang berbeza. Perbezaan
matlamat ini berlaku antara kumpulan atau individu dalam sesebuah organisasi. Perbezaan ini
wujud disebabkan oleh individu dalam organisasi tersebut mempunyai matlamat tersendiri.
Buktinya, Mr. Turner merupakan seorang pengetua sekolah, INNER HARLEM ELEMENTARY
SCHOOL . Teori konflik berlaku apabila Mr Turner mempunyai matlamat yang berbeza dengan
Ron Clark. Mr. Turner lebih mementingkan akan gred sekolah semata mata untuk menjaga
reputasinya sebagai seorang pengetua tanpa memahami keperluan pelajarnya apabila dia berkata
people who give me score will get my respect. . Manakala Ron Clark lebih bersikap mengambil
berat akan pelajarnya serta memandang tinggi keupayaan pelajarnya untuk cemerlang dalam
ujian.
Sebab yang ketiga berlaku teori konflik adalah disebabkan perbezaan pendapat. Pendapat
yang berbeza antara individu boleh berlaku berhubung dengan kerja atau sebaliknya. Hal ini
menyebabkan berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi. Dalam filem Ron Clark, jelas
menunjukkan bahawa dia sering berbeza pendapat dengan Mr. Turner. Konflik berlaku apabila
dia mengubah suasana bilik darjah bertujuan menarik minat pelajarnya tetapi tidak disukai oleh
Mr. Turner. Ron Clark juga menghadapi konflik dengan ibu Shameika apabila dia tidak
dibenarkan memberi kelas tambahan kepada anaknya.

10

Teori interaksionisme simbolik adalah bersifat mikro. Dalam konteks pendidikan teori ini
menumpukan untuk memahami masalah guru-guru dan pelajar pelajar luar bandar.
Contohnya , pihak yang berwajib hendaklah memahami kehendak dan keperluan pelajar luar
bandar. Mereka juga perlu diberikan kemudahan yang cukup dari aspek infrastruktur yang
lengkap, guru-guru yang terlatih serta bilangan guru yang mencukupi. Manakala teori
interaksionisme lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh
masyarakat yang terlibat terutama guru dan murid. Mereka juga melihat kepada aspek
organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah. Contohnya mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.
Kesimpulannya, Ron Clark berjaya mengaplikasikan ketiga-tiga teori dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya apabila setiap pelajarnya berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan. Sikap dan tingkahlaku pelajarnya juga menjadi semakin baik. Hubungan Ron
Clark dengan ibu bapa pelajar juga semakin baik apabila melihat anak-anak mereka berjaya
dalam akademik hasil usaha didikan yang berkesan daripada Ron Clark.

11

Rujukan
AzwaniIsmail,ZaharaAziz(2009),PendidikanPelbagaiBudayaDalamSistemPendidikandiMalaysia,

http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP20092/5.pdf,Diaksespada1August2016

Banks, J. A & Cherry A., McGee (1989). Multicultural education; Issues and perspectives.
Boston: Ally and Bacon Press.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Saha, L. J. (1997). International encyclopedia of the Sociology of Education. United


Kingdom: Pergamon Press.
Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subkhi Miskom. (2013) . Budaya dan Pembelajaran,
Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn . Bhd.
Zakiah. (2001) . Masaalah sosial remaja. Tinjuan daripada perspektif sosiologi. Sintok,
Kedah.

12

You might also like