You are on page 1of 27

7RSLN X Jenis Ujian

dan Penilaian

+$6,/3(0%(/$-$5$1
'LDNKLUWRSLNLQLDQGDVHKDUXVQ\DGDSDW
1.

Menghuraikan enam jenis ujian;

2.

Membezakan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria;

3.

Merumuskan tiga daripada empat jenis penilaian;

4.

Membezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif; dan

5.

Membicarakan tiga daripada lima kaedah pengukuran.

X 3(1*(1$/$1
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat
pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis
maklumat, menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti
aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau
prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik
berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau
psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).
Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon
dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan
mereka. Tajuk ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian
serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan,
khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

  -(1,6-(1,68-,$1
),.,5
Renung sejenak dan berfikir tentang penglibatan anda sebagai seorang
guru, pernahkah anda membuat statistik berhubung dengan jenis-jenis ujian
yang telah anda lakukan ke atas para pelajar anda setiap tahun. Apakah
jenis ujian yang paling kerap anda gunakan. Kenapa?

Dalam pengajaran dan pembelajaran, pencapaian sesuatu objektif pengajaran


boleh dilihat daripada beberapa aspek, seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
Jenis-jenis ujian dan penilaian ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Kebanyakan ujian
yang dijalankan di sekolah tertumpu kepada aspek kognitif. Bagaimanapun,
aspek-aspek afektif dan psikomotor juga wajar diberi pertimbangan, untuk
menghasilkan pendidikan yang seimbang, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ujian domain kognitif yang lazim digunakan guru dalam bilik
darjah ialah kuiz, ujian bulanan atau ujian penggal; tetapi ujian IQ dan ujian
kecerdasan lain jarang digunakan.
Bagi domain afektif pula, kita hanya mendengar pandangan guru terhadap
pelajar seperti kurang personaliti yang baik, kurang berminat untuk belajar atau
tidak berminat terhadap mata pelajaran tertentu. Pandangan ini dibuat secara
tidak formal, iaitu hanya melalui pemerhatian guru berkenaan. Ujian untuk
mengukur personaliti, sikap dan nilai amat kurang digunakan. Bagaimanapun,
selaras dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, kini terdapat alat
yang boleh mengukur aspek-aspek afektif, misalnya ujian personaliti Cattel atau
Eyenseck. Bagi aspek psikomotor pula, penekanan yang lebih diberikan
kepada ujian kecergasan dan pergerakan fizikal, seperti kemampuan berlari,
melompat dan lain-lain. Ujian aspek psikomotor ini banyak digunakan dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, ujian dan penilaian
merupakan komponen penting, yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh
guru. Bagi jenis penilaian pula, ia boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori,
iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Jenis penilaian bagi Penilaian
Formatif termasuklah Penilaian Rujukan Kriteria (PRK) dan Penilaian Diagnostik.
Jenis penilaian bagi Penilaian Sumatif termasuklah Penilaian Rujukan Norma (PRN),
Penilaian Penempatan dan Penilaian Penggredan.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Rajah 3.1: Konsep pengujian dan penilaian

1.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur
sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah
diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian
ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang
diuji. Ujian pencapaian boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis, iaitu
ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma
dibina untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan
pelajar-pelajar lain, yang biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih
luas, seperti UPSR. Ujian rujukan kriteria dibina untuk membandingkan
pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu, seperti kemahiran
menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan.
Pada peringkat bilik darjah/sekolah, ujian pencapaian biasanya dibina oleh
guru/kumpulan guru, manakala pada peringkat kebangsaan, ujian ini
disediakan oleh institusi tertentu, seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM) atau Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Contoh ujian pada peringkat



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

bilik darjah/sekolah ialah ujian diagnosis, ujian bulanan dan ujian penggal.
Contoh ujian pada peringkat kebangsaan pula ialah Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Rajah 3.2
menunjukkan pelajar sedang mengambil ujian.

Rajah 3.2: Ujian pencapaian

Anda digalakkan untuk melihat Laman Web Lembaga Peperiksaan Malaysia


di alamat berikut http://www.moe.gov.my dalam indeks Profil Jabatan
untuk mengetahui sejarah perkembangan peperiksaan di Malaysia.
Maklumat ini boleh memberi anda tentang peranan yang dimainkan
oleh negara bagi membolehkan satu paiwai yang dapat mengukur dan
mengiktiraf pencapaian pelajar.
2.

Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian
yang digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu
atau perbezaan antara individu. Ujian ini banyak berubah mengikut
perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang pengujian
kecerdasan bermula pada tahun 1796. Ujian ini terus berkembang apabila
Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran
mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius. Tokohtokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental
termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan
kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan,


tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka
kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang
potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam
ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di
sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian
Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

/$7,+$1
Nyatakan perbezaan antara tujuan ujian pencapaian dan tujuan ujian
kecerdasan.

3.

Ujian Prestasi

$.7,9,7,
Pencapaian pelajar setiap akhir penggal peperiksaan sering menjadi
perhatian dan ukuran para ibu bapa dalam menentukan prestasi anakanak mereka. Bagaimanakah anda rasa paradigma pemikiran ibu bapa
ini dapat diubah agar tidak terlalu bersifat pencapaian akademik
semata-mata. Apakah langkah- langkah yang anda rasakan mampu
anda lakukan untuk mengubah semua ini sama ada dalam jangka masa
pendek atau dalam jangka masa panjang?
Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur keupayaan/
kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi
objek yang konkrit dan ia memerlukan para pelajar membuat beberapa
tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Lazimnya, ujian ini melibatkan
penggunaan alat yang konkrit, seperti penggunaan gambar dan radas, yang
tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas- pensel.
Contohnya ialah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta pelajar
membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan
gambar yang diberi atau mereka bentuk geometri daripada blok-blok yang
diberikan. Mereka juga boleh diminta untuk menjalankan uji kaji kecil
dengan menggunakan radas tertentu.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan
apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk
mendapatkan maklumat daripada pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

semasa pelajar melaksanakan tugas yang diberikan,


misalnya
perbincangan berkumpulan atau peranan pelajar dalam aktiviti. Manakala
melalui laporan kendiri, pelajar akan menilai diri sendiri melalui soal
selidik tertentu, yang dapat menilai prestasi dirinya. Selain menguji pelajarpelajar biasa, ujian prestasi menggunakan objek adalah sesuai untuk menguji
prestasi pelajar-pelajar yang bermasalah pertuturan. Mereka lebih mudah
diuji menggunakan objek yang konkrit daripada menggunakan penulisan
atau pertuturan.

4.

Ujian Diagnostik

6(0$..(1',5,
Pernahkan anda berhadapan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah menulis dalam keadaan terbalik? Apakah yang anda
faham dengan fenomena yang dihadapi oleh golongan seperti ini?.
Bagaimanakah anda lakukan dalam jangkamasa pendek untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah ini?
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah
yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga
untuk menentukan punca- punca yang menyebabkan masalah itu berlaku.
Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti, maka tindakan lanjutan untuk
mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian
diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina
secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat
dikenal pasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian
bacaan untuk mengenal pasti masalah pelajar mengenal dan menyebut
huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan
ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah
pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan
secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas (lihat Rajah 3.3), ujian
ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventori, pemerhatian dan
tugasan dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ujian diagnostik ialah:

Ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajar.

Ujian ini dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai
pelajar.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Rajah 3.3 Ujian diagnostik


Sumber : http://www.das.org.sg/malay/malay.htm
5.

Ujian Bakat
Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang
bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Pada umumnya, ujian
bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
(i)

ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya


kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota pada tahun 1930
tentang bakat mekanikal seseorang; dan

(ii) ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu.


Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas
untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam
sesuatu bidang. Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon yang
sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan
biasiswa dan sebagainya. Contoh ujian bakat ialah Ujian Kemasukan Ke
Maktab Perguruan (UKELP). Ujian bakat juga boleh digunakan untuk
tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut
kebolehannya.

$.7,9,7,
Berdasarkan kepada keenam-enam jenis ujian ini, manakah yang anda
rasakan boleh diaplikasikan dengan kadar yang segera oleh anda di
sekolah. Pernahkah anda terfikir untuk mengadakan ujian-ujian seperti
itu?



6.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Ujian Personaliti
Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap,
pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti ialah ujian yang
digunakan untuk mengukur personaliti pelajar, seperti sikap, pendirian,
nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi yang
berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga (3) alat yang
dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar, iaitu (1) inventori
laporan kendiri (apa yang pelajar kata tentang dirinya); (2) inventori
sosiometrik (apa yang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang pelajar);
dan (3) teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi
tertentu).
Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama
ada secara lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau
senarai semak. Contoh senarai semak ialah senarai semak berkaitan dengan
masalah yang dihadapi pelajar. Senarai ini memberikan segala masalah yang
mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang menyebabkan dia tidak selesa
belajar. Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga atau kesihatan.
Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada
tingkah laku/personaliti pelajar yang berubah. Selain inventori-inventori
ini, terdapat juga ujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau
berdasarkan teori-teori tertentu, seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan
Edwards Personal Preference Schedule (EPPS).

Rajah 3.4 : Jenis-jenis ujian

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



  2%-(.7,)'20$,1.2*1,7,)
),.,5
Pernahkan anda terlintas dengan kata-kata seperti ini, Belajar tanpa
berfikir, sia-sia, berfikir tanpa belajar merbahaya. Apakah yang boleh anda
nilai dengan kata-kata seperti ini kepada anda sebagai seorang guru dan
juga sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi?

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuranukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan.
Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait
rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran,
maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru
untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati
kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk
menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu
guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi
tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk
merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajarpelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred
pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan
mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut
keupayaan mereka dalam bidang tersebut.
Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti
Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan
Penilaian Sumatif. Ini dapat dilihat dalam Rajah 3.5.

Rajah 3.5 : Jenis-jenis penilaian



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

/$7,+$1
Apakah yang harus guru lakukan dengan maklumat yang diperoleh
daripada ujian atau penilaian yang dijalankan?



3HQLODLDQ5XMXNDQ1RUPD

127$3(17,1*
Keputusan
ujian/peperiksaan
yang
diperoleh
pelajar-pelajar
memberikan beberapa maklumat kepada guru. Pertama, keputusan
yang diperoleh seseorang pelajar itu boleh dibandingkan dengan
keputusan yang diperoleh pelajar lain, yang mengambil ujian/
peperiksaan yang sama. Penilaian secara perbandingan ini dikenali
sebagai Penilaian Rujukan Norma (PRN), iaitu penilaian yang
dibuat dengan membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan
pencapaian pelajar/kumpulan pelajar lain yang mengambil ujian yang
sama. Contohnya, bagaimanakah pencapaian seseorang pelajar dalam
satu ujian kecerdasan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajarpelajar lain yang sama umur dengannya. Oleh sebab PRN bertujuan
untuk membandingkan pencapaian pelajar, ujian untuk PRN biasanya
meliputi kandungan pelajaran yang luas, dan dengan demikian, ia
tidak dapat memberikan maklumat tentang pengetahuan/kemahiran
seseorang pelajar bagi tajuk pelajaran tertentu.

Ujian untuk PRN perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian


yang maksimum di kalangan pelajar. Bagi memastikan tujuan ini tercapai,
tahap kesukaran soalan perlu dikawal. Sekiranya soalan terlalu mudah, maka
semua pelajar akan dapat menjawabnya, sebaliknya jika soalan itu terlalu susah,
maka semua pelajar tidak dapat menjawabnya. Seterusnya, jika soalan itu
sederhana susah, sebahagian pelajar lemah dan sebahagian besar pelajar pandai
dapat menjawabnya. Justeru, ketiga-tiga keadaan tersebut tidak dapat
menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum. Jadi, lazimnya, kesukaran
ujian adalah berdasarkan kepada 25% soalan mudah, 50% soalan sederhana
dan 25% soalan susah. Ini diharapkan dapat memaksimumkan perbezaan
pencapaian antara pelajar lemah dan pandai. Keputusan ujian ini juga dapat
menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam bilik darjah atau tahun/
tingkatannya seperti dalam Rajah 3.6.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Rajah 3.6: Taburan skor ujian rujukan norma

Menurut Popham (1981), PRN diguna untuk menentukan status seseorang


pelajar berpandukan kepada prestasi pelajar lain dalam sesuatu ujian tertentu.
Misalnya, seorang pelajar dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 item
ujian. Skor mentah pelajar ini ialah 50. Kedudukan pelajar ini berbanding dengan
pelajar-pelajar lain boleh didapati daripada jadual norma bagi satu kumpulan yang
ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi memberikan bacaan pangkat peratusan
ke-83 mengikut jadual norma tersebut. Ini bermakna pelajar tersebut mempunyai
pencapaian lebih baik daripada 82 peratus pelajar-pelajar lain dalam kumpulan
norma ini. Dalam konteks ini, jika ramai pelajar mendapat skor yang rendah, maka
markah lulus lazimnya akan rendah juga dan sebaliknya. Dengan demikian,
ada kemungkinan seseorang pelajar yang lemah akan lulus ujian/peperiksaan
sebab terdapat pelajar-pelajar lain yang lebih lemah.



3HQLODLDQ5XMXNDQ.ULWHULD

127$3(17,1*
Ujian/Penilaian Rujukan Kriteria (PRK) mempunyai tujuan yang
berbeza daripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma (PRN). Matlamat
PRK bukanlah untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan
pelajar lain, tetapi ditumpukan kepada membandingkan pencapaian
pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat
dikuasai pelajar atau tidak. Pendekatan ini dipelopori Glaser pada tahun
1963 (Popham, 1971). Menurut Glaser (1973), kriteria yang digunakan
tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai pelajar, tetapi
lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru, iaitu pada aras mana
sepatutnya pelajar perlu capai.



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Menurut Popham (1981), ujian rujukan kriteria (URK) diguna untuk


menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku
yang ditetapkan. Justeru, ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria/tingkah
laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga adalah lebih terperinci/mendalam
dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang terperinci ini
boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang pelajarnya bagi
tajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat ini, guru boleh merancang dan
melaksanakan program pemulihan untuk pelajar-pelajarnya atau memperbaiki/
mengubah kaedah pengajaran supaya pelajar mudah menguasai/mencapai
sesuatu objektif pengajaran.

/$7,+$1
Adakah ujian diagnostik boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan
kriteria? Berikan sebab-sebabnya.



3HUEH]DDQDQWDUD3HQLODLDQ5XMXNDQ1RUPD
GDQ.ULWHULD

Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan Kriteria
(URK) ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Sebagaimana yang kita ketahui, URN
bertujuan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar/kumpulan
pelajar lain; sementara URK bertujuan untuk membandingkan pencapaian
pelajar dengan kriteria tertentu. Seterusnya, soalan-soalan URN mempunyai
aras kesukaran yang mudah, sederhana dan susah; sementara soalan-soalan
URK mempunyai aras kesukaran yang hampir sama, bergantung kepada objektif
pengajaran. URN juga digubal untuk menentukan gred pencapaian pelajar;
sementara URK tiada menetapkan sebarang gred, tetapi menyatakan lulus/
gagal sahaja. Dari segi cakupan kandungan, URN terdiri daripada soalansoalan berbentuk am dan mencakupi sukatan pelajaran yang luas; sementara
URK terdiri daripada soalan-soalan yang lebih mendalam dan tertumpu kepada
tajuk-tajuk tertentu.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Jadual 3.1: Perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria
Perkara
Konsep

Tujuan

Ujian Rujukan Norma


Ujian yang membandingkan
pencapaian pelajar dengan
pelajar/ kumpulan pelajar lain.

Membandingkan pencapaian
antara pelajar /kumpulan
pelajar.

Menentukan pencapaian
sama ada lulus/gagal,
lemah/ sederhana/ cemerlang.

Memilih pelajar untuk tujuan


pengiktirafan memberi sijil.

Ujian Rujukan Kriteria


Ujian yang membandingkan
pencapaian pelajar dengan kriteria
tertentu yang telah ditetapkan.

Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran


yang telah dipelajari
mengikut kriteria yang telah
ditetapkan.

Memperbaiki pengajaran dan


pembelajaran berdasarkan
keputusan ujian.

Soalan

Bermula dengan soalan yang


mudah kepada sederhana dan
lebih sukar dan mempunyai
indeks diskriminasi yang tinggi.

Soalan yang hampir sama


peringkat kesukaran dengan
berpandukan kepada kriteria/
objektif pelajaran tertentu.

Ciri-ciri

Penentuan gred bagi menentukan

ujian

pencapaian pelajar dalam pelbagai

Tiada gred ditetapkan, tetapi


memadai dengan penyataan
lulus/ gagal sahaja.

Ciri-ciri

peringkat.
Cakupan

Meliputi tajuk/kandungan

kandung

pembelajaran yang lebih luas.

Contoh

Peperiksaan akhir penggal, UPSR,

ujian

PMR, SPM, STPM



Tertumpu kepada tajuk-tajuk


tertentu yang lebih khusus.
Ujian pendek, tugasan, latihan,
soal jawab dalam bilik darjah.

3HQLODLDQ)RUPDWLI

127$3(17,1*
Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan,
iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk
yang diajar. Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan
pelajar, guru atau ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan
pencapaian antara pelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif
dapat mengurangkan ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang
tidak membandingkan pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah
soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Guru sepatutnya memberi penerangan kepada pelajar dan ibu bapa tentang tujuan
penilaian formatif, iaitu sebagai ujian diagnostik yang dapat mengesan masalah
yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Maklumat yang diperoleh seharusnya
terus digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya,
manakala pelajar akan mengetahui kelemahan mereka. Daripada kelemahan
ini, guru dan pelajar dapat mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran,
yang akhirnya akan membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan penggal atau akhir tahun.
Bagi memastikan pelaksanaan penilaian formatif ini berkesan, prosedur berikut
perlu diberi perhatian oleh guru:
1.

Menentukan tajuk pengajaran


Guru perlu menentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam
satu tahun persekolahan. Langkah yang terbaik ialah menyusun tajuk-tajuk
ini mengikut peringkat kesukaran. Sekiranya sesuatu tajuk itu mempunyai
cakupan yang luas, maka ia perlu dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil
supaya pelajar-pelajar dapat menguasai semua tajuk kecil terlebih dahulu,
sebelum meneruskan pengajaran ke tajuk lain. Sekurang- kurangnya,
sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu mengadakan ujian formatif untuk
menilai penguasaan pelajar bagi tajuk yang telah diajar.

2.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan


Guru perlu menentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran
yang perlu dikuasai pelajar. Misalnya, pelajar dapat mengenal warna,
simbol dan membaca mengikut keperluan tajuk berkenaan. Setelah aspekaspek berkenaan ditentukan, maka guru perlu pula menentukan tahap
penguasaan pelajar terhadap aspek-aspek yang ditentukan itu. Misalnya,
apabila 80% hingga 90% pelajar menguasai sesuatu tajuk, ini menunjukkan
bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai tajuk tersebut.

3.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk


Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk
pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif
pengajaran. Setelah penyusunan elemen mengikut tahap perlakuan dibuat,
guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan
dan tidak terpisah.

4.

Membina soalan ujian


Selepas menghubungkaitkan elemen-elemen berkenaan, misalnya, ada
sepuluh elemen dalam sesuatu tajuk, maka setiap elemen berkenaan
seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan
ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap
elemen-elemen ini. Antara contoh bentuk-bentuk soalan ujian yang boleh
dilakukan adalah seperti dalam Rajah 3.7 di bawah.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Rajah 3.7 : Contoh bentuk-bentuk soalan ujian

5.

Mencadangkan tindakan susulan


Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran,
penilaian formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas
ujian dibuat, tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan
ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk,
sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semula tajuk berkenaan,
atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasai tajuk
tersebut.

Sebagai kesimpulannya perlaksanaan penilaian formatif ini dalam dirumuskan


melalui Rajah 3.8.



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Rajah 3.8: Perlaksanaan penilaian formatif

/$7,+$1
Adakah ujian formatif boleh dianggapkan sebagai ujian rujukan kriteria?
Berikan sebab-sebabnya.



3HQLODLDQ6XPDWLI

127$3(17,1*
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran
(akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian
akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih
menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu
tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian
pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang juga dapat
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian

Secara amnya, tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu pelajar


meningkatkan pencapaian, tetapi untuk memberikan gred kepada mereka.
Gred yang diperoleh pelajar boleh digunakan untuk membuat perbandingan
pencapaian di kalangan pelajar. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk,
sama ada pelajar akan berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.
Sebelum memulakan mata pelajaran baru, pelajar dikehendaki menduduki
ujian untuk menentukan sama ada mereka telah menguasai kemahiran asas yang
diperlukan. Sekiranya mereka sudah mencapai peringkat tertentu, barulah
mereka dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran baru.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Bagi memastikan keberkesanan penilaian sumatif, langkah-langkah berikut


harus diberi penekanan semasa menggubal ujian sumatif seperti dalam Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Perlaksanaan penilaian formatif

1.

Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)


Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk
pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan soalan. Jadual ini juga dapat
memastikan kesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran yang ingin disampaikan.

2.

Membina soalan
Soalan-soalan hendaklah dibina berpandukan kepada JPU, dan haruslah
menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kertas soalan perlu
mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab.

3.

Mengumpul soalan secara sistematik


Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya, misalnya soalan objektif
diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong, atau esei berjawapan
pendek. Soalan ini juga boleh disusun mengikut tajuk atau kesukarannya.

4.

Menguji soalan melalui kajian rintis


Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalansoalan bagi memastikan ujian mempunyai kesahan yang tinggi. Selain itu,
aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira.



5.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Menyiapkan skema pemarkahan


Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.
Ia menjadi panduan semasa memeriksa jawapan, yang dapat menyelaras
permarkahan supaya tidak berlaku bias dalam pemberian markah.



3HUEH]DDQDQWDUD3HQLODLDQ)RUPDWLIGDQ
6XPDWLI

Perbezaan antara Penilaian Formatif (PF) dan Penilaian Sumatif (PS)


ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Sebagaimana yang kita ketahui, PF bertujuan
untuk mengesan penguasaan/ kelemahan pelajar bagi tajuk pengajaran tertentu
yang dibuat sepanjang proses pengajaran. PS pula bertujuan untuk menentukan
pencapaian pelajar pada penghujung penggal/akhir tahun persekolahan. PF boleh
dibuat secara formal atau tidak formal; sementara PS pula dibuat secara formal.
Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan
mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran
(mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Tujuan utama
PS ialah untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menempatkan pelajar
ke dalam kumpulan yang sesuai, memberi pengiktirafan (sijil, hadiah) atau
membaiki kurikulum.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Rajah 3.10: Contoh skema permarkahan

W





723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Jadual 3.2 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif


Perkara

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Konsep

Penilaian yang boleh dibuat secara


formal/ tidak formal untuk
mengesan penguasaan/
kelemahan pelajar bagi setiap
tajuk pengajaran.

Penilaian yang dijalankan


secara formal bagi menentukan
pencapaian pelajar di akhir
pengajaran, seperti pada
hujung penggal/akhir tahun.

Waktu

Sepanjang proses pengajaran dan


pembelajaran berlansung.
Formal: Ujian pensel-kertas
Tidak formal: Pemerhatian, soal
jawab,tugasan, latihan.
Dibuat secara individu/
kumpulan.

Pada akhir penggal atau akhir


tahun persekolahan.
Formal: Ujian pensel-kertas,
ujian lisan.
Ditadbir secara berkumpulan

Tujuan

Selepas tahap kemajuan/


penguasaan pelajar ditentukan,
tindakan susulan perlu diambil
untuk mengatasi kelemahan
pelajar.

Selepas pencapaian pelajar


ditentukan bagi tempoh
persekolahan tertentu, gred
pencapaian diberikan kepada
pelajar.

Selepas

Mengatasi kelemahan pelajar


dengan mengulang semula topik
atau mengadakan pemulihan.
Menjalankan aktiviti pengayaan
bagi pelajar yang tiada masalah.

Menempatkan murid mengikut


pencapaian. Memberi
pengiktirafan sijil, hadiah
dan sebagainya. Membaiki
kurikulum.

penilaian
kaedah

penilaian
dijalankan

/$7,+$1
Apakah perkaitan antara ujian sumatif dengan penilaian sumatif?
Adakah ujianpencapaian boleh dianggapkan sebagai ujian sumatif?
Jelaskan.

  .$('$+3(1*8.85$1
Sebagaimana yang telah dijelaskan terlebih awal, pengukuran sesuatu konstruk/
pemboleh ubah (seperti pencapaian akademik, personaliti, sikap, kemahiran) boleh
dibuat melalui kaedah pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional
(professional judgement) atau potfolio. Salvia dan Ysseldyke (2004) menjelaskan
dengan terperinci tentang teknik-teknik yang digunakan bagi kaedah yang
disebutkan. (lihat Rajah 3.10)

1.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang
kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang
dilakukan oleh seseorang dan orang- orang lain yang berkenaan serta keadaan
di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh dibahagikan kepada dua (2)
bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian sistematik.

Rajah 3.10 : Kaedah pemerhatian

2.

Pemerhatian tidak-sistematik merujuk kepada pemerhatian secara


rawak/terbuka, iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku
tertentu. Ia biasanya tidak boleh diulang dan maklumat yang diperoleh
boleh dijadikan panduan untuk pemerhatian sistematik.

Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan


tingkah laku yang ingin di perhati sebelum membuat pemerhatian.
Pemerhati kemudiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu
tingkah laku itu berlaku.

Kaedah pemerhatian mempunyai batasan tersendiri, seperti pentafsiran


terhadap tingkah laku mungkin tidak tepat, pemerhatian memerlukan
masa yang panjang dan wujud kesan pemerhatian itu sendiri
kepada orang yang diperhatikan (expectancy).

Kaedah Lisan
Kaedah lisan ialah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dan merekod
apa yang maklumkan oleh individu yang menjadi subjek dan oleh orang-orang
lain yang berkenaan tentangnya. Kaedah lisan ini boleh dibahagikan kepada
dua (2) bentuk, iaitu temu bual dan skala penaksiran (rating scale) (lihat
Rajah 3.11).



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Rajah 3.12: Kaedah lisan

3.

Temu bual terbuka merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat


melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu;
manakala temu bual berstruktur cuba mendapatkan maklumat
melalui perbualan tertumpu kepada set soalan tertentu.

Skala penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan


maklumat dengan menggunakan satu set soalan yang memerlukan
seseorang memberi jawapan dalam skala tertentu, seperti skala Likert
atau anggaran kekerapan.

Contoh skala Likert ialah respons Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju,
Sederhana Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Contoh anggaran
kekerapan ialah respons Tidak Pernah, Kadang-kadang, Sederhana
Kerap, Kerap dan Sangat Kerap.

Selain berkongsi batasan kaedah pemerhatian, kaedah lisan


mempunyai dua batasan lain, iaitu ingatan menjadi tidak tepat apabila
jarak masa adalah lama antara peristiwa yang berlaku dengan temu
bual, dan kedua maklumat yang diberi mungkin tidak benar.

Kaedah Penulisan

$.7,9,7,
Pernahkah anda mengisi borang soal selidik yang diminta oleh
kumpulan-kumpulan tertentu atas tujuan-tujuan tertentu? Bentukbentuk soalan yang terdapat dalam borang soal selidik tersebut
mempunyai beberapa kriteria tertentu. Sekiranya anda ingin
membuat soal selidik berhubung dengan pencapaian para pelajar
anda, apakah objektif utama yang ingin anda lihat?

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Kaedah penulisan ialah kaedah pengumpulan maklumat yang biasa


digunakan untuk mendapatkan ukuran bagi sesuatu konstruk. Kaedah ini
mengunakan teknik penulisan sebagai respons kepada satu set soalan ujian
atau satu set pernyataan soal selidik. Respons yang ditulis menjadi rekod
kepada maklumat yang diberikan oleh subjek tentang dirinya atau orangorang lain yang berkenaan. Kaedah penulisan ini boleh dibahagikan kepada
dua (2) bentuk, iaitu ujian dan soal selidik/inventori (lihat Rajah 3.12).

Rajah 3.12: Kaedah penulisan

4.

Ujian merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat daripada


jawapan kepada satu set soalan untuk mengukur pencapaian tertentu;
manakala soal selidik/inventori adalah teknik mendapatkan maklumat
daripada jawapan kepada satu set pernyataan tertentu.

Maklumat daripada ujian dapat dibahagikan kepada dua (2) jenis,


iaitu kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif ialah markah ujian,
sementara maklumat kualitatif ialah bagaimana pelajar mendapat
markah tersebut (seperti soalan mana yang dijawab).

Maklumat kuantitatif ini boleh ditafsir berasaskan kepada dua rujukan,


iaitu pertama, membandingkan markah pelajar dengan markah pelajar
lain (Penilaian Rujukan Norma) atau, kedua, membandingkan markah
pelajar dengan kriteria tertentu (Penilaian Rujukan Kriteria).

Kaedah Pertimbangan Profesional


Kaedah pertimbangan profesional ialah kaedah pengumpulan maklumat
melalui pendapat ahli/kumpulan profesional yang mempunyai kepakaran
dalam bidang tertentu, apabila orang yang bertanggungjawab untuk
menilai, tidak mempunyai kepakaran tersebut. Kepakaran yang diperlukan
mungkin dalam bidang pendengaran, penglihatan, masalah pembelajaran,
pemulihan bacaan dan sebagainya. Contoh-contoh pertimbangan
profesional serta kekuatan dan kelemahan kaedah ini diberikan di bawah.



5.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Pertimbangan daripada pakar neurologi perlu dijadikan asas apabila


guru ingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar boleh
dikategorikan sebagai pelajar khas terencat akal.

Pertimbangan daripada pakar kaunseling kerjaya perlu dijadikan asas


apabila guru ingin membuat keputusan sama ada seseorang pelajar itu
sesuai mengikuti sesuatu aliran pengajian.

Kaedah ini adalah terbaik sekiranya pakar bidang memberi pertimbangan


secara jujur/profesional, tetapi akan memberi kesan yang buruk sekiranya
mereka memberi pertimbangan yang tidak tepat/tidak jujur.

Kaedah Potfolio
Pendekatan baru dalam penilaian ialah pendekatan yang dikatakan kurang
objektif, analitik dan kuantitatif; iaitu ia lebih subjektif, kualitatif dan
holistik. Antaranya ialah penilaian potfolio (portfolio evaluation). Kaedah
potfolio ialah kaedah pengumpulan maklumat melalui pendapat penilai
terhadap satu set hasil kerja pelajar. Potfolio melibatkan pengumpulan
hasil kerja pelajar yang berkait dengan pengetahuan/kemahiran yang
ingin dinilai. Ia mula digunakan untuk menilai kemahiran seni, seperti seni
lukis, pemodelan, fotografi dan seni muzik. Sekarang kaedah ini digunakan
untuk menilai pengetahuan/kefahaman, seperti penulisan, pembacaan dan
matematik. Kekuatan dan kelemahan penilaian potfolio ini diberikan seperti
berikut:

Penilaian biasanya dibuat bagi objektif pengajaran yang lebih tinggi


(analisis, sintesis, penilaian). Bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk
menilai pencapaian pada peringkat yang lebih rendah (pengetahuan,
kefahaman, aplikasi), terutama bagi pelajar khas.

Penilaian juga sesuai untuk menilai kecekapan/keberkesanan strategi


yang dipilih dan kemahiran yang diguna untuk menghasilkan sesuatu
objek, yang biasanya merupakan sebuah karya asli (penilaian ini
dipanggil juga penilaian autentik).

Penilaian menggalakkan kerjasama/kerja berkumpulan antara pelajar


dan juga dengan guru yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang
terbaik serta melatih pelajar untuk berfikir dan membuat refleksi tentang
kerja yang mereka lakukan.

Penilaian menjadi tidak sah disebabkan oleh beberapa perkara seperti


hasil kerja yang dikumpul tidak sesuai dengan aspek yang hendak
dinilai, hasil kerja tersebut bukan karya asli pelajar, atau penilainya
bukan pakar dalam aspek yang hendak dinilai.

Sebagai kesimpulannya, terdapat 5 teknik-teknik kaedah pengukuran yang


boleh dinyatakan dalam kaedah pengukuran seperti dalam Rajah 3.13.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Rajah 3.14: Teknik-teknik kaedah pengukuran

/$7,+$1
Berikan satu contoh pertimbangan profesional seseorang guru
terhadap pelajarnya. Jelaskan mengapa tindakan ini dianggapkan sebagai
pertimbangan profesional guru.

58086$1
Topik ini telah membincangkan tentang jenis ujian dan jenis penilaian. Jenis ujian
meliputi ujian pencapaian, kecerdasan, prestasi, diagnostik, kecekapan, bakat,
personaliti, rujukan norma dan rujukan kriteria. Jenis penilaian pula meliputi
Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif
dan Penilaian Sumatif. Seterusnya, tajuk ini juga menjelaskan tentang kaedah
pengukuran melalui pemerhatian, lisan, penulisan, pertimbangan profesional dan
potfolio. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain Penilaian Sumatif,
Penilaian Formatif yang diadakan sepanjang proses pengajaran adalah amat
penting kepada guru dan juga pelajar.
Penilaian formatif dapat menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar bagi setiap
tajuk yang diajar. Maklumat yang diperoleh daripada penaksiran formal dan tidak
formal dapat membantu guru untuk mengadakan aktiviti/program pemulihan,
termasuk mengubah pendekatan/kaedah pengajaran, untuk membantu pelajar
lemah agar mereka terus maju. Bagi pelajar yang berjaya pula, mereka boleh diberi
aktiviti/program pengayaan agar mereka mencapai kejayaan yang lebih baik/
cemerlang. Maklumat daripada Penilaian Formatif juga penting kepada pelajar,
kerana melaluinya pelajar mengetahui kelemahan mereka, dan seterusnya,
mereka akan cuba mengatasi kelemahan diri sendiri.



723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif
Ujian Kecekapan
Ujian Kecerdasan
Ujian Bakat
Ujian Diagnostik

Ujian Pencapaian
Ujian Personaliti
Ujian Prestasi
Ujian Rujukan Kriteria
Ujian Rujukan Norma

8-,$1
1.

Jelaskan apakah ujian bakat dan tujuannya.

2.

Adakah ujian kecerdasan boleh dianggap sebagai ujian sumatif? Berikan


sebabnya.

3.

Berikan beberapa keadaan yang boleh menyebabkan penilain potfolio tidak


sah.

8-,$1
1.

Jelaskan maksud ujian formatif.

2.

Berikan beberapa tujuan ujian ini.

3.

Pilih satu tujuan ujian ini dan jelaskan prosedur membina soalannya.

58-8.$1
Abu Bakar Nordin. (1987). Developing scale in affective domain. Occasional papers
no.5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bloom, B.S. (1989). Taksonomi objektif pendidikan, buku pedoman 1: Domain kognitif
(ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bloom, B.S., Hasting, J.T., & Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and
summative evaluation of student learning. New York: Harper and Row
Publisher.

723,. -(1,68-,$1'$13(1,/$,$1

W



Grondlund, N. E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York:


Macmillan Company.
Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for Effective Teaching: Using
Context- Adaptive Planning. Boston:Pearson-Allan & Allyn and Bacon.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., & Masia, B.B. (1965). Classroom testing: Construction.
Illinois: F.E Peacock Publisher Inc.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian kendalian sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Haji Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya
pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Popham, W.J. (1981). Modern educational measurement. Englewood Cliffs NJ: Printice
Hall. Glaser, R. (1973). A Creterion-Referenced Test, dlm. Popham, W.J (ed.)
Criterion-referenced measurement, An introduction. New Jersey: Educational
Technology Publication.
Salvia, J. & Ysseldyke, J.E. (2004). Assessment In Special and Inclusive Education
(9th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

You might also like