You are on page 1of 30

!

"#$% Pelaporan

&

dan Isu-isu
Penilaian

%' ( ) * + % , - . / - + ( 0 ( 1 ( 2
!"#$%!&"'()!$"!*!+"#*,#"-.%#&/-*0#",#)#'1
1.

Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian;

2.

Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;

3.

Menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;

4.

Menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta

5.

Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.

! ,-23-2(+(2
Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telah
dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan,
pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan
dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian item
seperti indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan.
Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran
pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut
dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang
diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian.
Kaedah penilaian markah yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Topik
ini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian,
iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa
masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4&5

&64 % ,-+(,71(2%80*(2
)-.(9%9-2:*1*%&64
Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis
dan didokumentasikan, pada pandangan anda apakah signifikasinya
kepada generasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak
memberi laporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk
iktibar generasi seterusnya?
Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya
dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan.
Mereka yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan
diberikan, bergantung pula kepada tujuan penilaian dibuat. Sebagaimana yang
kita sedia maklum, tujuan penilaian antara lain ialah untuk menentukan
kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru,
masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai
dengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya
pembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru,
pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar, pegawai pendidikan daerah
dan bakal majikan.

&6464%

,;<;=#>?%+?"!=?<%,;<#@?#?<

Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untuk


menerima laporan penilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat.
Bahagian ini akan membincangkan siapakah yang sepatutnya menerima laporan
penilaian dan bahagian seterusnya akan menjelaskan format-format laporan
yang sesuai untuk tujuan-tujuan penilaian tertentu. Penerima laporan yang akan
dibincangkan hanyalah meliputi guru, pelajar, ibu bapa, guru kaunselor, guru
besar sekolah, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan pelajar.

4&A

(a)

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Guru

*,%82 89%,-+(0(1
Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka
untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah
pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah
pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan
pencapaian
akhir
pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas,
pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan masalah pembelajaran
pelajar dapat membantu guru untuk membuat keputusan tentang
sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajarpelajarnya.
Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan
melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada
pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap
pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasi pembelajaran
mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlu
mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajarpelajarnya. Ujian diagnostik boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah
pembelajaran pelajar.

Rajah 8.1: Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan


motivasi setiap pelajarnya

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4&B

Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh


digunakan untuk membuat keputusan tentang gred pencapaian akhir
mereka dan untuk memilih pelajar untuk menerima hadiah atas kejayaan
mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dan
kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap,
kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpan
oleh guru.
(b) Pelajar

*,%82 89%,-+(0(1
Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka
sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini
termasuklah pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah
pembelajaran serta kemajuan dan pencapaian akademik mereka.

Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan


untuk mereka membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai.
Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui gaya pembelajaran mereka dan
gaya pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalah pembelajaran
mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaran mereka. (lihat rajah 8.1
dan 8.2)
Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
perlu mengetahui kemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah
kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar
perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaan
atau kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhir tahun
persekolahan.
Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya
perancangan strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik.
Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan
masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perlu diberikan
kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasi
dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar.

4&&

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Rajah 8.2: Laporan penilaian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka

(c)

Ibu Bapa

*,%82 89%,-+(0(1
Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak
mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang
dapat meningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka.
Maklumat ini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan
akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak
mereka.

Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat


membantu ibu bapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anakanak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu
bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anak mereka
untuk membantu mereka membuat keputusan tentang bentuk bantuan
pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai
untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangan
sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mereka mengubah perlakuan di rumah atau di kelas tuisyen kepada sahsiah
yang lebih baik.
Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan
dan perkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa
keputusan untuk memindahkan anak-anak mereka ke sekolah
lebih sesuai. Justeru, laporan berkaitan masalah pembelajaran,

akademik
membuat
lain yang
kemajuan

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4&C

akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar perlu


diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini juga diharapkan dapat
mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

+( *'(2%&64
Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka
dalam pembelajaran?

(d) Guru Kaunselor


Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar
untuk membantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para
pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran,
minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir
pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gaya pembelajaran
dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajar tentang gaya
pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.
Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh
membantu guru kaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar,
sementara maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh
membantu guru kaunselor meningkatkan perkembangan sahsiah pelajar.
Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh
guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunseling dan
juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai
untuk setiap pelajar seperti dalam Rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan
berkaitan pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap,
perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu
diberikan kepada guru kaunselor.

4CD

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Rajah 8.3: Maklumat laporan pelajar kepada guru kaunselor

(e)

Guru Besar Sekolah

*,%82 89%,-+(0(1
Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang
pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang boleh
meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan
pembangunan sahsiah pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian
lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian
akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi dan
sikap pelajar boleh membantu guru besar merancang program untuk
meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran pelajar.
Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu
guru besar merancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar.
Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru besar
untuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan
kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta, mungkin juga, digunakan
untuk menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di
sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat,
motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi
keseluruhan kelas perlu disampaikan kepada guru besar. (lihat rajah 8.4)

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4C4

Rajah 8.4: Guru besar memerlukan laporan untuk menentukan


keberkesanan program yang telah dirancang

(f)

Pegawai Pendidikan Daerah

*,%82 89%,-+(0(1
Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat
tentang pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang
boleh menyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian
akademik dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam
daerah di bawah penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian
lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian
akhir pelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan


perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu PPD merancang
program untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran serta
kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya. Seterusnya,
pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukan
keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran
serta kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaian antara
sekolah-sekolah dalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan
pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan
pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah perlu disampaikan
kepada PPD.

4CE

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

(g) Bakal Majikan

*,%82 89%,-+(0(1
Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar
untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima
pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat ini
termasuklah pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat,
motivasi, sikap dan sahsiah pelajar. Maklumat tentang pencapaian
akademik dan penguasaan kemahiran tertentu oleh pelajar boleh
membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk
melaksanakan sesuatu tugas.

Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu


bakal majikan menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang
pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya. Justeru,
laporan berkaitan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat,
motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakal
majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka.
Sebagai kesimpulannya keseluruhan pelaporan penilaian ini boleh dilihat
dalam Rajah 8.5 di bawah.

Rajah 8.5: Pelaporan penilaian

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

&646E%

"" 4CF

/;<GH$%+?"!=?<%,;<#@?#?<

Beberapa jenis pengukuran dan penilaian telah dikenal pasti, yang perlu dibuat
untuk mencapai pelbagai tujuan penilaian. Penilaian-penilaian ini meliputi
penilaian pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan
masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik, pencapaian
akhir dan perkembangan sahsiah pelajar. Penilaian-penilaian ini perlu disusuli
dengan pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan seperti yang
telah dibincangkan. Ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, seperti gred peratus
(percentage grade), gred abjad (letter grade), gred lulus-gagal (pass-fail grade), senarai
semak (checklist), penjelasan bertulis (written description) dan perjumpaan ibu
bapa (parent conference). Bahagian berikut akan menjelaskan bentuk-bentuk
laporan ini bersama kebaikan dan kelemahan masing-masing.
(a)

Gred Peratus

*,%82 89%,-+(0(1
Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor
antara 0 hingga 100 (iaitu nombor per seratus). Istilah peratus ini
menunjukkan berapa peratus seseorang pelajar dapat menguasai
kandungan pelajaran tertentu (Oosterhof, 2003: 216). Nombor yang
kecil menunjukkan pencapaian yang rendah, sementara nombor yang
besar menunjukkan pencapaian yang tinggi. Gred peratus ini biasanya
digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam
penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atau
tugasan.

Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yang


mudah ditafsirkan dan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan
oleh nilainya masih dalam bentuk nombor. Kelemahan gred peratus
ialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepat peratus
kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada
aras kesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang
lebih sukar, gred peratusnya akan menurun.

4CI

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

(b) Gred Abjad

*,%82 89%,-+(0(1
Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang
biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F,
yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C
sederhana, D rendah dan F gagal. Kebanyakan sekolah dan institusi
pengajian tinggi menggunakan penggredan ini. Gred abjad ini biasanya
digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam
penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhir tahun persekolahan.

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan


gred abjad ini. Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi
gred A. Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudah
ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Ia
juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna,
berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak
kategori. Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak
menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar,
tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila
kita mengubah markah asal kepada gred abjad, kita telah mengkelaskan
markah ini kepada kategori tertentu dan mengubah kategori ini kepada
gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah asal
pelajar.
(c)

Gred Lulus-Gagal

*,%82 89%,-+(0(1
Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam
dua kategori, iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak
memuaskan. Penilai perlu menetapkan markah lulus dan markah gagal,
misalnya markah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada
50% diberikan gred gagal. Kita juga mengubah gred abjad kepada gred
lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred
lulus, sementara F diubah kepada gred gagal.

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4C5

Walaubagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gred A dan B


yang boleh diubah kepada gred lulus, sementara gred C, D dan F diubah
kepada gred gagal. Gred lulus- gagal ini diguna untuk meningkatkan
motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan yang susah. Biasanya,
pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkan rasa malu
apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini juga biasanya
digunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran,
misalnya melakukan eksperimen sains dalam makmal.
Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakkan pelajar menjawab soalan yang
susah atau mengambil kursus yang susah. Kelemahan gred lulus-gagal
ialah, sama seperti gred peratus/abjad, ia tidak menggambar secara tepat
banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung
kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah
asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengelaskan markah ini kepada dua
kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markah
asal pelajar.
Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan
berasaskan gred markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang
menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementara kebolehpercayaan gred
yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel, 1995).

+( *'(2%&6E
Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajar
menggunakan ketiga- tiga gred peratus, gred abjad dan penjelasan gred
(seperti baik, cemerlang).

(d) Senarai Semak


Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang
mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya
dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci dan bermakna, kita
boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya,
gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B),
cemerlang (A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di
sekolah rendah dan menengah rendah.

4CA

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

27 (%,-2 *23
Senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlu
menyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang
melibatkan ketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangan
sahsiah pelajar.

Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna


kepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci
tentang pencapaian pelajar (lihat rajah 8.6). Maklumat ini dapat membantu
guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberi nasihat kepada
pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian mereka
meningkatkan. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan
keputusan ujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/
pengayaan.

Rajah 8.6: Penyediaan senarai semak dapat memperincikan maklumat pelajar

Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru
perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap.
Walaubagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakan sekali sahaja dan
ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas lain dan juga yang akan
datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaian yang menggunakan
bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan
bagi sesuatu mata pelajaran susah diperoleh.
(e)

Penjelasan Bertulis
Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan
tentang kekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif,

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" 4CB

psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar. Seperti


juga. senarai semak, penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalu panjang
sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan juga kelemahan pelajar.
Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumat
tentang kelemahan pelajar.

*,%82 89%,-+(0(1
Penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/
abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan
bertulis tentang kelemahan pelajar sahaja. Walaubagaimanapun,
penjelasan bertulis agak sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu
mempunyai ramai pelajar yang lemah dan bermasalah disiplin.

Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkan


pelapor boleh memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan
penting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru
disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kita disebabkan
ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Seperti juga
senarai semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan
guru kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti
untuk memperbaiki pencapaian/sahsiah mereka.
Kelemahan penjelasan bertulis ialah guru perlu bekerja keras untuk
menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Walaubagaimanapun,
dengan bantuan komputer, pernyataan- pernyataan yang akan digunakan
boleh disimpan dan diambil semula daripada komputer apabila kita
menyediakan penjelasan bertulis.
(e)

Perjumpaan Ibu Bapa

27 (%,-2 *23
Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar
selepas pihak sekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka,
yang mana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru,
pelajar dan ibu bapa, terutama bagi pelajar-pelajar yang bermasalah
pembelajaran, sahsiah atau disiplin. Perjumpaan ini bertujuan untuk
memberitahu ibu bapa dan pelajar tentang masalah yang dihadapi oleh
anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan tentang
tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pelajar.

4C&

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka
dengan melihat contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar. Dalam
perbincangan ini, pihak ibu bapa biasanya ingin mengetahui kekuatan
dan juga kelemahan anak mereka. Justeru, perjumpaan ini kadang kala
mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapa orang guru yang
mengajar pelajar tersebut.
Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara
mendalam tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di
hadapan pelajar itu sendiri. Dengan demikian, pihak ibu bapa memahami
pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan juga memahami
tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akan menjadikan
mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktif
untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat
daripada perjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru kaunselor/
disiplin memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut.
Kelemahan perjumpaan ibu bapa ialah perjumpaan ini mengambil masa
yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semua guru yang
mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan.
Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan
disebabkan masa yang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas
memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan
pelajar belajar di sepanjang waktu persekolahan. Sebagai kesimpulanya
bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkan kepada Rajah 8.7 di
bawah.

Rajah 8.7: Bentuk-bentuk laporan penilaian

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

&646F%

"" 4CC

J!<G!K%,;@?"!=?<%L?<%1;$!L%,;<#@?#?<

Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh pelaporan penilaian, yang dinamakan


Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS), iaitu pelaporan penilaian
berasaskan penaksiran yang dibuat oleh pihak sekolah. Pelaporan penilaian
ini ialah untuk pelajar sekolah rendah yang dimasukkan dalam sebuah buku
rekod penilaian yang bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Gred yang
dimasukkan pada setiap semester ialah gred abjad, iaitu A (Cemerlang, 80
-100%), B (Baik, 60-79%), C (Memuaskan, 40-59%), D (Perlu Pembaikan, 20-39)
dan E (Perlu Perhatian Khusus, 0-19%). Ada juga guru yang mencatatkan gred
peratus (markah) bersebelahan gred abjad [misalnya, A (88)].
Walaubagaimanapun, guru hanya mengisi gred bagi pecahan pencapaian utama
sahaja (seperti Pengetahuan, Latihan Amal, Kebolehan), sementara pecahan
lain tidak diisi (seperti Teori, Minat dan Sikap, Sikap). Seterusnya, Guru mata
pelajaran memberi komen tentang pencapaian dan tindakan lanjutan bagi mata
pelajarannya. Guru kelas pula memberi komen tentang pencapaian keseluruhan
mata pelajaran dan tindakan lanjutan keseluruhan. Akhirnya, rekod penilaian
pelajar menunjukkan kemajuan akademik dan sahsiah pelajar serta pertumbuhan
fizikal pelajar, iaitu berat dan tinggi pelajar, bermula daripada Tahun 1 hingga
tahun semasa.
Jadual 8.1: Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah
Semester 1

Semester 2

Mata Pelajar
Gred

Komen

Gred

Komen

Bahasa Melayu
Lisan Bacaan/
Pemahaman Karangan/
Bertulis Keseluruhan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Bahasa Inggeris
Lisan Bacaan Keterangan
Kefahaman Keseluruhan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Matematik
Kertas 1 (Objektif)
Kertas 2 (Subjektif)
Keseluruhan
Sains
Pengetahuan
Kemahiran Belajar
Kemahiran Sosial dan
Sikap

EDD

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Pendidikan Muzik
Latihan Amal
Teori
Minat dan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Kajian Tempatan
Pengetahuan Kemahiran
Belajar
Kemahiran Sosial dan
Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru_____

Pendidikan Seni
Kebolehan
Kemahiran
Menggunakan Media
Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru_____

Kemahiran Hidup
Kebolehan
Sikap

Nama Guru ____

Nama Guru ____

Pend. Jasmani &


Kesihatan
Kebolehan Kemahiran
menggunakan Media
Sikap

Nama Guru ____

Nama Guru ____

Pendidikan Agama
Islam
Pengetahuan Bacaan AlQuran Hafalan Al-Quran
Sikap
Amalan
Pendidikan Moral
Pengetahuan Sikap
Amalan

Jawatan Yang Dipegang


1.
2
3.
4.
5.
Kedatangan
Kelakuan
Berat
Jumlah Markah
Peratus

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" ED4

Gred
Kedudukan
Komen Guru Kelas

Nama Guru Kelas


_________

Nama Guru Kelas


_________

Tandatangan Guru
Kelas
Tandatangan Guru
Besar & Cop
Tandatangan Penjaga

+( *'(2%&6F
Beri satu kekangan pelaporan
perjumpaan ibu bapa.

penilaian

menggunakan

kaedah

&6E % ,-2*+(*(2%9-2:*1*M%3818%:(2%,*(N(*
Penilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri,
penilaian guru dan penilaian piawai seperti dalam Rajah 8.8. Setiap kelompok
penilaian ini mempunyai tujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuan
menentukan sama ada dirinya sendiri benar-benar memahami apa yang
dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/ peperiksaan. Penilaian
guru pula bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang
diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya.

EDE

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Rajah 8.8: Kelompok penilaian

Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapaian seseorang


pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar lain di seluruh negara, dan
seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran
dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian piawai juga diguna untuk
menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorang pelajar.
Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagian
berikut.

&6E64%

,;<#@?#?<%9;<L#=#

Penilaian kendiri ialah proses seseorang individu mentadbir alat pengukuran


tertentu, menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara
sendiri. Contoh alat pengukuran tersebut ialah soalan latihan, contoh kertas
ujian/peperiksaan, soal selidik/inventori. Seperti yang dijelaskan lebih awal,
terdapat pelbagai penilaian yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran
mereka, termasuk penilaian pengetahuan/kemahiran asas, diagnostik, formatif,
sumatif, minat, motivasi, sikap, aptitud, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan
kerjaya. Soalan latihan, misalnya, boleh diguna oleh pelajar untuk menentukan
pengetahuan/kemahiran asas, masalah pembelajaran, kefahaman formatif atau
pencapaian akhir pelajar. Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat,
motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah, bidang pengajian dan kerjaya masa
depan pelajar.

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" EDF

Rajah 8.9: Penilaian kendiri pelajar boleh membantu bidang kerjaya yang sesuai

Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajar
dengan bantuan daripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkan
pelajar sendiri mungkin tidak berkeupayaan untuk menyemak jawapan atau
menilai ukuan yang diperoleh. Bantuan ini diperlukan terutama apabila pelajar
menggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar seperti minat,
motivasi, sikap, kecerdasan, aptitud dan kecenderungan kerjaya. Kesilapan
semasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuat
interpretasi, yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya,
kesilapan menginterpretasi bidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajar
memilih bidang pengajian/kerjaya yang tidak sesuai dengannya. Justeru,
penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alat yang mengukur
pencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/
peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yang
diberikan oleh pelajar.
Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukan
panduan tentang cara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduan
tentang cara menginterpretasi ukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciri
dalaman seseorang boleh didapati secara atas talian. Contohnya, University of
Waterloo Career Development Manual boleh membantu seseorang mengenal
pasti kerjayanya berasaskan minat, nilai dan kemahiran seseorang itu. Manual
Waterloo ini memberi gambaran lengkap tentang siapa diri seseorang itu
dan bagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai dengan
peluang kerjaya yang sedia ada.

EDI

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berhubung dengan proses Manual


Waterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/
index2.asp. Ciri-ciri penilaian yang dilakukan secara atas talian ini banyak
membantu pelajar untuk mengukur pencapaian dan sahsiah pelajar itu sendiri.

&6E6E%

,;<#@?#?<%3H=H

Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan


mentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran
yang diperoleh dan melaporkan penilaian tersebut. Semua proses ini perlu
dilakukan dengan betul, iaitu dibuat secara profesional. Justeru, guru yang
melaksanakannya perlu mengetahui prinsip-prinsip pengukuran dan penilaian,
selain pakar bidang mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru yang ingin
menilai pengetahuan/kemahiran asas, kekuatan/kelemahan, kemajuan formatif
dan pencapaian akhir pelajar dalam matematik hendaklah guru matematik
yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai masalah
pembelajaran/ pencapaian matematik. Seterusnya, guru yang ingin menilai
minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjaya
pelajar hendaklah guru yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur
dan menilai ciri-ciri dalaman pelajar, misalnya, guru kaunselor. (lihat rajah 8.9)

Rajah 8.9 : Guru perlu dibekalkan dengan kemahiran pengukuran

dan penilaian secara menyeluruhnya


Prinsip-prinsip am pengukuran dan penilaian, yang banyak dibincangkan
sebelum ini, boleh digunakan oleh guru untuk menggubal dan mentadbir
kertas ujian/peperiksaan serta menyemak jawapan dan menilai ukuran yang
diperoleh. Ujian/peperiksaan ini meliputi ujian/kuiz untuk peringkat kelas atau

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" ED5

peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubal sendiri oleh seorang


guru atau beberapa orang guru. Ciri utama sesuatu ujian/ peperiksaan ialah
kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iaitu sejauh mana sesuatu ujian/peperiksaan
dapat mengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelum seseorang guru itu
menyediakan kertas ujian, dia perlu tahu/menentukan tujuan ujian itu diadakan,
misalnya, menentukan pengetahuan/kemahiran asas pelajar untuk tajuk baru
tertentu. Langkah seterusnya ialah menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajuk dan objektif pengajaran.
Seterusnya, berpandukan kepada JPU ini, guru akan menyediakan soalansoalan ujian. Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalam bidang
yang sama tentang kesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkah seterusnya
ialah membuat ujian/kajian rintis terhadap soalan-soalan yang disediakan dan
membuat pembetulan yang diperlukan. Indeks kesukaran dan diskriminasi
perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengan tujuan ujian itu
diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikut panduan pengujian
tertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapan yang diberikan pelajar
dan akhirnya membuat laporan penilaian.
Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yang
diperoleh dapat digunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai.
Sekiranya tujuan ujian ialah untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas,
maka keputusan ujian akan dapat menentukan sama ada seseorang pelajar itu
mempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak. Sekiranya tidak,
guru perlu mengulang/mengajar semula pengetahuan/kemahiran asas tersebut,
sebelum mula mengajar tajuk baru.

&6E6F%

,;<#@?#?<%,#?O?#

27 (%,-2 *23
Penilaian piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir
alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran
yang diperoleh dan melaporkannya yang diuruskan oleh badanbadan tertentu, misalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia. Seperti
yang dijelaskan lebih awal, tujuan utama penilaian piawai ialah
menyelaraskan pencapaian seseorang pelajar dengan menggunakan
satu peperiksaan sahaja untuk seluruh negara.

Sebagai mana yang kita ketahui, penilaian guru adalah berasaskan kertas
peperiksaan yang digubal oleh guru, yang sememangnya amat berbeza. Ini
menyebabkan gred yang diperoleh seseorang pelajar tidak boleh dibandingkan

EDA

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

dengan gred yang diperoleh pelajar lain yang mengambil kertas peperiksaan
lain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawai untuk
membandingkan pencapaian pelajar. Contohnya, gred A yang diperoleh pelajar
sebuah sekolah di negeri Selangor adalah setara dengan gred A yang diperoleh
pelajar di sebuah sekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaian
piawai juga boleh digunakan untuk menilai ciri-ciri dalaman pelajar. Oleh sebab
alat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal, maka kehadiran alat-alat
piawai dapat membantu pihak sekolah untuk menilai ciri-ciri tersebut.
Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedur
peperiksaan perlu dibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPU
dan soalan peperiksaan perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Ujian/kajian
rintis juga perlu dibuat supaya kertas soalan dapat difahami pelajar dengan jelas,
masa menjawab soalan mencukupi dan soalan tidak terkeluar daripada sukatan
pelajaran. Seterusnya, kerahsiaan kertas peperiksaan perlu dikawal dengan baik
supaya kertas peperiksaan tidak bocor.
Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yang
sama di semua pusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan,
tindakan untuk menjelaskan maksud soalan kepada pelajar, pembetulan kepada
soalan yang didapati salah, jarak antara meja, pengawasan peniruan dan
sebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya untuk
menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di semua pusat
peperiksaan.

27 (%,-2 *23
Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan,
kawalan perlu dibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM)
kepada jawapan pelajar. Kawalan ini perlu dibuat memandangkan
bilangan pemeriksa yang terlibat dalam pemeriksaan skrip jawapan
adalah ramai dan cara mereka memberi markah akan berbeza. Ini boleh
menimbulkan ketidakadilan dalam pemberian markah kepada pelajar.

Langkah pertama untuk menyelaras pemberian markah ialah menyediakan


skema pemarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang mungkin
bersama markahnya sekali bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan
berbentuk esei. Selain itu, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan juga perlu
diadakan dengan dihadiri oleh semua pemeriksa. Latihan memeriksa beberapa
sampel jawapan peperiksaan perlu dibuat untuk menyelaraskan pemberian
markah bagi jawapan-jawapan yang berbeza. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat
menentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripada

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" EDB

jawapan yang terdapat dalam skema jawapan. Akhirnya, kemasukkan markah


ke dalam komputer perlu disemak supaya markah yang dimasukkan adalah
sama dengan markah yang diperoleh pelajar seperti yang tercatat dalam kertas
jawapan.

+( *'(2%&6F
Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di
Malaysia.

&6F % *)8P*)8%/-19(* (2%,-238981(2%:(2%


,-2*+(*(2
Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan
penilaian, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan
penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi
pelajar-pelajar khas.

&6F64%

,;<G?LQ#=?<%8R#?<%.;@?@H#%9!>"HG;=

Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah, beraneka pilihan, mengisi


tempat kosong); komputer boleh diguna untuk melaksanakan hampir semua
proses peperiksaan. Ini termasuk menjana soalan, memilih soalan daripada bank
soalan, menyediakan kertas ujian selepas soalan dijana/dipilih, mengeluarkan
kertas soalan yang disimpan di dalamnya, mengawal masa ujian, memeriksa
jawapan, memberi markah, menjumlah dan menilai markah, menjana laporan
penilaian, menyimpan rekod penilaian dan menjana laporan kemajuan pelajar.
Semua proses ini dapat dilaksanakan oleh komputer dengan cepat dan tepat
bagi ujian berbentuk objektif. Bagi ujian ini, komputer boleh digunakan dengan
mudah untuk memeriksa jawapan, disebabkan jawapan kepada ujian ini adalah
tepat atau terdiri daripada dua/tiga jawapan tertentu. Jawapan-jawapan ini
boleh dimasukkan dalam ingatan komputer untuk menyemak jawapan.
Penggunaan komputer untuk ujian berbentuk objektif tidak menimbulkan
apa-apa isu, malah penggunaannya bertambah pesat disebabkan komputer
dapat menjimatkan masa dan memberi keputusan yang tepat. Sebaliknya,
penggunaan komputer untuk memeriksa jawapan berbentuk esei masih lagi
terhad disebabkan ketepatan pemeriksaan jawapan masih dipersoalkan. Di sini,
komputer hanya diberi beberapa kata kunci sebagai panduan untuk memeriksa

ED&

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

jawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatan


ukuran pencapaian.
Walaubagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujian
ejaan, tatabahasa, kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat
menyemak ejaan dan tatabahasa semasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu,
komputer berupaya mengesan ketepatan suara apabila kita menyebut sesuatu
perkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberi maklum balas tentang
peratus ketepatan sebutan.

*,%82 89%,-+(0(1
Penggunaan komputer untuk mentadbir ujian dapat membantu guru,
terutama jika bilangan pelajar adalah agak ramai. Ia juga membenarkan
pelajar mengambil ujian secara individu atau berkumpulan dan
pelajar boleh mengulangnya sebanyak kali yang diperlukan. Selain itu,
ujian juga boleh diambil secara jarak jauh melalui internet, tanpa perlu
menjadualkan masa ujian dan menghadkan bilangan calon.

Walaubagaimanapun, kita berhadapan dengan isu pengesahan identiti calon


yang mengambil peperiksaan. Persoalannya ialah adakah orang yang menjawab
soalan peperiksaan itu adalah calon sebenar atau orang lain yang menjawab
untuknya. Isu ini masih belum berjaya ditangani dengan baik. Sebaliknya, jika
para pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakan penilaian kendiri,
isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuan
penilaian kendiri adalah amat penting dalam proses pengajaran-pembelajaran.

&6F6E%

,;<SH$H=?<%L?<%,;<#@?#?<%Q?S#%.?G?%,;@?R?=?<%
;=G;<GH

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukuran


dan penilaian bagi mata-mata pelajaran tertentu, seperti seni visual/muzik,
kemanusiaan, bahasa, matematik atau sains. Sebahagian daripada masalah
pengukuran dan penilaian boleh diselesaikan sekiranya objektif pengajaran/hasil
pembelajaran dinyatakan secara jelas dan tepat.
Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain kognitif
(pengetahuan tentang seni visual, seperti definisi, contoh, sejarah), psikomotor
(proses membina sesuatu objek visual), afektif (apresiasi seni visual) dan juga
objek visual yang dihasilkan. Isu pengukuran dan penilaian bidang seni visual
ini ialah pengukuran dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/ peribadi
sehinggakan pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" EDC

penilaian yang dipersetujui bersama. Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan


skema permarkahan dan memeriksa jawapan/proses/hasil/apresiasi.
Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; seperti
geografi, sejarah, pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaian
berkaitan fakta, konsep, prinsip, kemahiran (seperti membaca peta, menganalisis
dokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan- soalan tentang agama akan menjadi
sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasa menggubal soalan. Seterusnya,
penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasa melibatkan pengukuran
dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah, ejaan, kesusasteraan),
psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis, komunikasi), afektif (sikap,
nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru, pengukuran dan penilaian bidang
ini perlu dibuat secara menyeluruh dan teliti, yang tentunya akan mengambil
masa yang panjang dan menggunakan tenaga yang banyak.
Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domain
kognitif (konsep, pemahaman, kemahiran berfikir, rumus), psikomotor
(pengiraan, melukis graf/rajah, mengukur), afektif (apresiasi, sikap, nilai) dan
hasil (graf, rajah, model). Isu utama pengukuran dan penilaian bidang ini ialah
penguasaan bahasa dan kemahiran berfikir. Ujian berbentuk pengiraan/lukisan,
sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyak
melibatkan kemahiran berfikir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiran
berfikir hanya boleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahaman
soalan akan timbul disebabkan ia amat bergantung kepada penguasaan bahasa
seseorang pelajar. Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains
menimbulkan isu kefahaman pelajar. Walaupun pelajar dapat menjawab soalan
ujian dengan baik disebabkan jawapan dalam bidang sains merupakan fakta,
pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teori sains yang ingin disampaikan.
Pelajar menjawab soalan secara hafalan/mekanikal sahaja.

&6F6F%

,;<SH$H=?<%L?<%,;<#@?#?<%Q?S#%";@?R?=%9K?T

Pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas memerlukan prosedur yang


berbeza daripada pelajar-pelajar biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yang
bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran,
cacat anggota dan sebagainya. Pelajar- pelajar khas ini, disebabkan kecacatan,
menghadapi pelbagai masalah apabila mereka menduduki peperiksaan. Bagi
mereka yang bermasalah penglihatan, mereka tidak dapat melihat soalan ujian
dan juga menulis jawapan. Satu penyelesaiannya ialah menggunakan alat Braille
untuk membaca dan menulis. Kaedah kedua ialah menggunakan ujian lisan,
iaitu guru membaca soalan dan pelajar menjawab juga secara lisan. Keduadua kaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana jangka masa ujian/
peperiksaan perlu disesuaikan.

E4D

!"#$% &

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Rajah 8.11: Pengukuran pelajar masalah penglihatan

Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran pula, mereka didapati sukar


memahami perkataan dan istilah-istilah abstrak, yang terkandung dalam soalan
peperiksaan. Keupayaan mereka membaca, menulis dan memproses maklumat
juga adalah lambat (Mohd. Hanafi, 2005). Selain itu, mereka juga tidak dapat
mendengar arahan yang dibuat semasa ujian/peperiksaan dijalankan, yang
turut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambat membaca,
menulis dan memproses maklumat, maka jangka masa ujian/peperiksaan perlu
disesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilah
abstrak, maka mereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut.
Kajian Mohd. Hanafi (2005) menunjukkan pencapaian pelajar bermasalah
pendengaran meningkat apabila jangka masa peperiksaan ditambah dan terus
meningkat apabila soalan peperiksaan diterjemahkan kepada bahasa isyarat.

Rajah 8.12: Pelajar bermasalah anggota

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" E44

Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran,


mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami,
berfikir dan menulis jawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilah
abstrak dalam soalan peperiksaan. Justeru, untuk mengukur pencapaian sebenar,
mereka juga perlu diberi masa tambahan dan penjelasan kepada istilah-istilah
abstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota, mereka perlu
diberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruang
peperiksaan yang selesa untuk mereka.
Begitu juga, sekiranya mereka cacat pada bahagian tangan, yang menyebabkan
mereka lambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Dengan
pertambahan masa dan penterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharap
lebih ramai pelajar-pelajar khas akan mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan, seperti mana dalam peperiksaan UPSR tahun 2005.

+( *'(2%&65
Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekak
tidak berupaya memahami istilah abstrak.

18.8)(2
Topik ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yang
patut menerima laporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa,
guru, guru kaunselor/disiplin, guru besar sekolah dan pegawai pendidikan
daerah. Seterusnya, topik ini menjelaskan bentuk laporan penilaian yang
meliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak, penjelasan
bertulis dan perjumpaan ibu bapa. Selain itu, topik ini juga menjelaskan tentang
tiga jenis penilaian, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai.
Akhirnya, beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yang
meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi
mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.

E4E

!"#$% &

Gred Abjad
Gred Lulus-Gagal
Gred Peratus
Penilaian Bertulis
Penilaian Guru

#'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

Penilaian Kendiri
Pelaporan Penilaian
Penilaian Piawai
Perjumpaan Ibu Bapa
Senarai Semak

80*(2%4
1.

Jelaskan maksud pelaporan penilaian.

2.

Jelaskan kepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibu


bapa.

3.

Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa


ujian?

80*(2%E
1

Jelaskan maksud penjelasan bertulis sebagai satu bentuk laporan


penilaian.

2.

Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasan bertulis


ini?

3.

Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajaran


tertentu dan perkembangan sahsiah pelajar.

18089(2
Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian
pendidikan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (1992). Perangkaan pendidikan
1990, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

!"#$% & #'()#"*)+ ,)+ $-./$-. #'()#"*)+

"" E4F

Cheeseman, H.R. (1948). Education in Malaya. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.


Ebel, R.L. (1965). Measuring educational achievement. Upper Saddle River, NJ:
Prentice Hall.
Grondlund, N.E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York:
Macmillan Company.
Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for effective teaching: Using contextadapted planning. Boston: Pearson-Allan & Allyn and Bacon.
Mohd. Hanafi Mohd. Yasin. (2005). Perbandingan pencapaian pelajar pendidikan khas
(pekak) menggunakan tiga format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Oosterhof, A. (2003). Developing and using classroom assessments.
Upper Saddle River, New Jersey: Merrill and Printice Hall.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html
http://www.testpreview.com/modules/verbs.html

http://www.testpreview.com/modules/nouns.html
http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.h

You might also like