You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TUJUAN
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap
pengajaran guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak
dalam peperiksaan besar.
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah
terbaik.
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

KEPENTINGAN
1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep
dan kemahiran.
2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh
digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain
untuk membimbing pelajar secara individu.
5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN


 Kesahan
 Kebolehpercayaan
 Keobjektifan
 Kebolehtadbiran
 Kebolehtafsiran

>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi
kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan
serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji.
Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan
dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon
menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan.

1
Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat
membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu
dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan
ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam
pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan,
kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam


pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis
dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh
markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan
bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang
calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan
mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu,
maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir
memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya,
keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif
dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya
prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka.
Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah
mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan,
maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran
merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa
berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

2
PENGERTIAN DAN KONSEP

Pengujian

* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi
satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu
gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian
pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:


 Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
 Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
 Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar
sebelum pengajaran.
 Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat
pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai
semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif
atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:


 Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
 Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
 Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
 Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

3
Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau
takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:


1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan
keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku
seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan
berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah
kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu


keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia


menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang
kesan pengajaran mereka.

4
Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid cuba
mendapatkan kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi
dan maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui .
Pembelajar, penuntut atau murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau
cara menyerap minda pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu.

Logiknya mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah :

• Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar
dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna

• Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran
dan pembelajaran

• Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat,
kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

• Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan
memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

• Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik,
pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan.
(Klein, 2000)

Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan
pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) , pentaksiran
sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment
of learning) .

a. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) adalah untuk pendidik dan guru
mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid
dan pelajar, dan mengenalpasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar
ikuti. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan
dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut mendapat
pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang
mereka tahu atau pelajari.

Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk menyalurkan dan
mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi tujuan
mempertingkatkan pembelajaran mereka.

b. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) adalah proses membentuk dan


menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan
murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan
pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.
Apabila pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi
pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan
maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan
mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-
kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri
dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan
mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan murid membina,
mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi serta analisa kritikal yang
dijalankan pelajar dan murid sendiri.

5
c. Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) adalah berbentuk sumatif (summative)
secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan
murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami
kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau
diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan
dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan
bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan agar penerima maklumat
dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut untuk menghasilkan keputusan yang dapat
memberi penjelasan dan kenyataan.

Tiga Tujuan Pentaksiran

Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita memberi
penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan secara
terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza : pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada
pembelajaran (assessment of learning). Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah
disengajakan, untuk menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan
pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi membuat
keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah pentaksiran yang
“sesuai untuk tujuan tertentu”, pendidik dan guru selalunya memikirkan mengenai kurikulum dan juga
mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini timbul :

a) bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini ?;

ii) bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;

iii) apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;

iv) apakah yang sebenarnya saya taksirkan ? ;

v) mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?

Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk
memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar
pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar
dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka
sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan
kebolehan pelajar dan murid akan dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk
pembelajaran, pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi
maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan
yang dihadapi.

Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh
pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu
dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan
maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat menentukan kumpulan, strategi arahan dan sumber
yang dikehendaki.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan satu proses
yang interaktif, dengan pendidik dan guru

• mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

6
• mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

• memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

• mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu
bergerak maju dalam pembelajaran

• menyediakan maklumbalas dan arahan segera

Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan motivasi
dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen terhadap
pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung, mereka telah
menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar dan
murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar
dan murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik.

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran
dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari


sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik
darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran
memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap


matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka
boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian


pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan
pencapaian

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut

Mengapa Mentaksir?
Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran

Apa yang ditaksir ?

tiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum

Kaedah yang digunakan ?

7
Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman

Memastikan Kehendak Kualiti

Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran.

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci.

Maklumbalas terperinci yang tepat

Mengunakan Maklumat

Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum

Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan
memberi panduan untuk memperbaiki prestasi

( Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran )

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

• memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

• membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka

• menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum

• bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas

• membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman


atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal
pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam

mempelajari perkara baru

• menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid
menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

• memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta


menyediakan maklumbalas yang terperinci

• menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi


peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran

Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan
menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam

8
menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang
diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan
pendidik dan guru menyediakan :

• kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran


tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

• kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan

• proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau
kompetensi

• kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

• penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

• kaedah yang telus bagi pentaksiran

• deskripsi mengenai proses pentaksiran

• strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran
kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan
juga halatuju persembahan pembelajaran.

Ciri Pentaksiran Pembelajaran

Pendekatan Tujuan Rujukan Pentaksir

Pentaksiran Kepada Penghakiman mengenai Murid Guru


Pembelajaran penempatan, peningkatan,
penghargaan dan sebagainya

Pentaksiran Untuk Maklumat bagi hasilan Pentaksiran piawai Guru


Pembelajaran pembelajaran guru luar atau harapan

Pentaksiran Sebagai Penilaian kendiri dan Matalamat kendiri dan Murid


Pembelajaran pembetulan sendiri piawai luaran

9
Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran
seseorang bagi tujuan tertentu.

Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

Tujuan pentaksiran

• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Prinsip Pentaksiran

Pentaksiran Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pentaksiran dibilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang
apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang
diperolehi akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran
dibilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk merancang tindakan susulan
dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid.

Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuklah:

• Pemerhatian:
Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran
secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

• Ujian/Kuiz:
Ujian ini boleh dijalankan dalam bentuk kertas, pensil atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan
dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan.
• Persembahan secara lisan:
Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.
• Senarai semak:
kaedah ini merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran , sikap dan nilai
murni.
• Folio:
Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku
skrap dan laporan.
• Esei:
Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.

10
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pada awal 2007, Menteri Pelajaran Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah
mengumumkan hasrat untuk melaksanakan pembaharuan dalam sistem pentaksiran di sekolah untuk
menangani isu berkaitan dengan sistem pendidikan di Negara Malaysia yang terlalu menekankan
kepada peperiksaan. LPM mula melakukan perubahan kepada sistem pentaksiran di sekolah-sekolah
di bawah Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan 2009 yang telah dirintis di 500 buah
sekolah pada tahun 2009, dan mula dilaksanakan dalam sistem pendidikanmulai 2012 (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009). Pentaksiran dan pelaporan merangkumikehendak Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) yangmana dua elemen yang
akan bergerak seiringan dalam menilai seseorang murid di bawah transformasi berkenaan. Pihak
kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UjianPenilaian Sekolah Rendah (UPSR)
adalah berasaskan PBS dan hanya 30 peratus melalui PBP.Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR)
pula, 50 peratus berdasarkan PBS dan 50 peratus lagi dalam PBP manakala untuk Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), 30 peratus berdasarkan PBS sertabakinya melalui PBP (Khan, 2009). Sehubungan
ini, pentaksiran berasaskan dianggap satu alternative kepada guru-guru dalam melaksanakan PBS
yang memerlukan komitmen yangmenyeluruh dari guru-guru mata pelajaran.

PBS kini menjadi sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya
tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan ianya
tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. PBS adalah penilaian
yang dilakukan di peringkat sekolah dan mengandungi kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian,
kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Tujuan utama pentaksiran
adalah untuk membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran mereka, untuk guru-
guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada pencapaian
objektif pembelajaran. PBS mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu (1) Pentaksiran
tentang pembelajaran (pentaksiran sumatif) dan (2) Pentaksiran untuk pembelajaran
(pentaksiran formatif). Menurut Stiggins (2002), kedua-dua jenis pentaksiran ini sama-sama
memainkan peranan yang penting di sekolah.

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, pentaksiran dilakukan dalam
semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi
tujuanperancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar
‘belajar’ (Myran, & Workman, 2002). Menurut Wiggins (1990) pentaksiran adalah proses mengenal
pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-
pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara ‘apa yang dihasilkan’
dengan ‘apa yang dihasratkan’ dari sesuatu program pendidikan. Jurang ini dapat diatasi dengan
segera sekiranya satu sistem pentaksiran yang berasaskan web ini dapat direalisasikan. Pentaksiran
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat
keputusan. Beberapa pakar seperti Wiggins (1990), Kellough & Kellough (1999) dan Martel &
Calderon (2005) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat
yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif
pembelajaran.

Oleh itu menurut Morgan & Watson (2002) melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para
guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yangkukuh bagi

11
meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah, aktiviti
pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa
pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada
hari ini.

Pentaksiran formatif merupakan satu proses yang mana penilaian dijalankan secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi
maklumbalas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru
dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang pelajar dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya (Holmes & Gardner, 2008).

Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu.
Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama
ada pelajar telah menguasai apa yang diajar atau belum. Selain itu, berdasarkan pentaksiran,
guru tahu sama ada pelajar perlu mengulang balik atau mengambil langkah untuk
meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. Pentaksiran berasaskan sekolah juga
menggalakkan hubungan dua hala melalui peluang yang diberi kepada pelajar untuk bertanya dan
seterusnya mendapat bimbingan dan penjelasan lebih lanjut tentang prestasi yang ditunjukkan
danbagaimana meningkatkannya. Hal ini kerana maklum balas daripada pentaksir dapat
diberikan terus kepada pelajar dan dengan kadar yang segera.

Pentaksiran sekolah berfungsi bagi mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid


untuk mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. Melalui proses pentaksiran, guru
dapat mengumpul maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara
berterusan berdasarkan standard prestasi (performance standard). Maklumat yang diperolehi ini
akan melaporkan tahap penguasaan murid dan dengan ini dapat membantu murid memperbaiki
dan meningkatkan pembelajaran mereka. Selain menjadi motivasi kepada murid untuk belajar,
guru juga dapat mengubahsuai strategi pengajarannya. Maklumat ini dapat dikelola,
direkod, diterjemah dan dilaporkan dengan menggunakan pelbagai kaedah, alat dan teknik
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).

12
Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu
bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan
pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian,
pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak
pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan
pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan
kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu
konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras
kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih
berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti

13
aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang
mempunyai kesahan dan keutuhan.

Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi
Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU

14
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang
dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah
diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu
tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis
untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang
diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu
diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang
dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan
inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang
biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang
mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita
seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi
pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah
soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran
dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana
ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian
adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab
semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa
yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan
ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan
kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan
bahasa murid dan lain-lain.

15
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan
pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat
membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain
dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan
dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan
pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran
ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan
yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi
keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian
dengan ujian yang lain.

Rumusan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian.
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam
sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting.

16

You might also like