You are on page 1of 35

BENTUK PENTAKSIRAN PSV

PSVK3063
(Kumpulan 4)
Nama Pensyarah:
Pn. Rahmah Binti Mohd. Maulot
Disediakan oleh (PKP1):
Nur Ain Binti Mohd Zain
Siti Nor Hamizah Binti Hasbullah
Elora Ann Inja Anak Ram Juta
PENILAIAN SUMATIF
Ciri-ciri Penilaian Sumatif

Lebih Untuk
Digunakan untuk
menumpukan menentukan
menentukan
menilai tahap pencapaian
keberkesanan
penguasaan pelajar pada
sesuatu
pelajar dalam akhir sesuatu
kurikulum secara
satu-satu topik penggal
keseluruhan
pembelajaran persekolahan
Langkah-langkah Membentuk
Ujian Sumatif
Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan:
objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya.
Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang
ingin diuji.
Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan
Mengumpul item secara sistematik.
Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama.
Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya.
Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran
kognitif.
Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan
kertas ujian.
Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian
markah murid-murid
Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya
murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang
dikemukakan.
Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis
kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal
dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta
dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item
berkenaan.
Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi
mengetahui:
aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan
Tujuan Penilaian Sumatif
Membantu murid-murid secara individu dalam
meningkatkan pencapaian.
Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan
pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang
diadakan.
Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh
pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh
pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus
baru yang berkaitan.
Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza
mengikut kumpulan.
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif
Dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti
pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk
belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Kelebihan:
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan
diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan
penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau
tidak menguasai sesuatu isi unit pelajaran.
Kelemahan:
Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.
Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam
mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal
selidik dan temuduga.
Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh
ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat
tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian Peserta
Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang
daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa
yang sama ia membuat pemerhatian.
Menggunakan kaedah pemerhatian ini, penyelidik memainkan dua
peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat


mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini
menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai.
Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat
yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di
peringkat awal.
Pemerhatian Bukan Peserta
Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang
sesuai untuk membuat pemerhatian
Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin
kepada pemerhati untuk membuat
Pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau
individu yang diperhati.
Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat
rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari
akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah
laku yang tulen dan tidak berpura-pura.
Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada
ketepatan maklumat yang dikumpul.
Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang
lebih tepat.
Domain
1) Psikomotor
-Lakaran, alat dan bahan, gerak kerja, warna, hasil karya
2) Kognitif
-Faham arahan guru,prosedur aktiviti kerja
3) Afektif
-Nilai apreasiasi, keseronokan,minat, ketelitian, penjagaan
alat bahan
4) Sosial
-Kerjasama, tolak ansur, interaksi, hormat menghormati
Kebaikan Kaedah Pemerhatian

Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih


terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada
dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.

Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka


atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh


daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji
bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
Kelemahan Kaedah PemerhatianSampel yang
diperhati
mungkin
berlakon apabila
tingkah laku
mereka diperhati
dan diteliti.

Pemerhati
mungkin bias
terhadap sampel
Sampel mungkin
yang
merasa tidak
diperhatikan
selesa dan
disebabkan
senang hati
faktor lain
apabila tingkah
seperti
laku mereka
perbezaan ras,
diperhati.
budaya,
fahaman, dan
nilai.
Pemerhati yang
tidak
bertanggungjaw
ab mungkin akan
membuat
pemerhatian
yang tidak
konsisten dan
sesuka hati
mereka.
Portfolio

Apa Itu Portfolio?


Portfolio merupakan koleksi hasil
kerja pelajar yang memberi gambaran
tentang sejarah usaha pelajar dan
pencapaiannya dalam bidang
tertentu.
Koleksi termasuk penglibatan pelajar
dalam pemilihan bahan kandungan,
garis panduan pemilihan, kriteria dan
bukti refleksi kendiri pelajar.

(Arter & Paulson, 1990)


Melalui portfolio Pendidikan Seni
Visual, semua pihak dapat melihat :
Penyataan
perasaan pelajar
Himpunan rakaman
Contoh hasil kerja semasa proses
urutan proses
pelajar pembelajaran
hasilan kerja pelajar
Pendidikan Seni
Visual

Hasil penulisan,
Petunjuk keupayaan ilustrasi atau
dan refleksi pelajar gambar yang
tentang proses menjadi sebahagian
kerja serta hasil peristiwa penting
kerja seni untuk dikongsi
bersama pihak lain
Secara umumnya bentuk portfolio yang
dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian
Pemerhatian dan pengamatan
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang
sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum
mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model
Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan keempat-empat
aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar
dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang
bentuk, bergantung kepada keupayaan dan
kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan
Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan
portfolio dalam bentuk seperti:

Jurnal Diari Laporan

Ataupun
mungkin
disket/cakera
Kompilasi Beberapa
padat terdapat
catatan yang helaian kertas
beberapa
dijilid yang dikokot
kegunaan
portfolio
secara umum.
Tujuan Portfolio
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil
kerja dan pencapaian pelajar
Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria
sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil
kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang
pelajar dengan pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio

Kecerdasan linguistik seperti :


Catatan pra penulisan
Draf projek penulisan
Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan ruang-visual seperti:
Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah,
peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan interpersonal seperti :
Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru
dan pihak lain
Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal
seperti:
Catatan jurnal
Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
Sampel latihan refleksi kendiri
Soal selidik
Carta kemajuan
Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
REKOD ANEKDOT
Rekod Anekdot
Maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut
tahap dan boleh disambung oleh guru lain.
Melalui pemerhatian terus
Mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau
bermasalah
Catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.
Pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat
tingkah laku murid yang wujud pada masa
pemerhatian.
Mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku
murid
Kaedah Merekod Naratif / cerita
Rekod anekdot adalah rekod mengenai satu sahaja peristiwa.
Ia merupakan satu catatan ringkas yang merekod tentang satu kejadian atau
tingkah laku yang penting sahaja.
Rekod anekdot menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa,dan
siapa secara objektif sesuatu kejadian yang berlaku.
Guru boleh menerangkan peristiwa, tingkah laku atau insiden dengan
perkataan atau menggunakan gambar
Oleh itu guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan pada
tempat yang mudah dicapai.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa,
tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru.
Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu
murid tersebut.
Contoh Rekod Anekdot
Kelebihan Rekod Anekdot
Membantu guru memahami murid berkenaan
Guru boleh menerangkan peristiwa, tingkah laku atau
insiden yang berlaku pada murid
Guru boleh mengetahui perubahan yang berlaku dalam
tingkah laku murid
Membantu guru memahami perkembanagn murid dari
semasa ke semasa
Kelemahan Rekod Anekdot
SENARAI SEMAK
Merupakan senarai item yang disediakan untuk
mengenalpasti perkembangan dari segi pengetahuan,
kemahiran,sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan digunakan untuk
menentukan sama ada:
sesuatu tingkah laku/ciri dapat diperhatikan
sesuatu perlakuan telah dilakukan
kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
Prosedur Senarai Semak
Perkara yang perlu diperhatikan :
Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat
Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Digunakan untuk melihat/ menilai tingkah laku mudah dalam konteks
semula jadi
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tidak menunjukkan darjah hasil pembelajaran dan tingkah laku murid.
Pemerhatian dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang
lebih tekal.
Senarai semak boleh menilai murid secara individu, kumpulan atau
kelas.
Sekian, Terima Kasih..

You might also like