You are on page 1of 31

KAEDAH PENGAJARAN

B.MELAYU SEKOLAH RENDAH


BMM 3117
PN.NOR AZIAH BT ABDUL AZIZ

NAMA AHLI KUMPULAN 2

CHONG MEI JIUN


SULIZAH
SYAFFIDA SYADIRA
PUVANISWARY A/P NADARAJAN
SHASI REKHA A/P MARIAPPAN
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
• Teori kecerdasan pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting
kerana teori ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan bidang
pendidikan.
• Setiap insan memiliki pelbagai kecerdasan yang dianugerahi oleh
Tuhan.
• Setiap individu atau murid mempunyai pelbagai cara
berfikir,bertindak dan belajar dan cara ini berbeza antara seorang
individu atau murid dengan individu atau murid yang lain.
• Dalam konteks TKP Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan
seperti yang berikut :

“ An intelligence is the ability to solve problems,or to create products


that are valued within one or more cultural settings “
(Frames of Mind,1983)
Definisi TKP dapat dirumuskan seperti yang
berikut :-

TKP merupakan kebolehan individu menyelesaikan


masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
TKP merupakan kebolehan individu menjanakan
masalah baharu untuk diselesaikan.
TKP merupakan kebolehan individu membuat
sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang
bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis KP
Spiritual /
kerohanian

Verbal
Naturalis
Linguistik

Logik
Intrapersonal
Matematik

Interpersonal
Visual
Ruang

Muzik Kinestetik
Verbal Linguistik

• Kebolehan menggunakan bahasa secara


berkesan dalam lisan dan penulisan.
• Kebolehan mengingat maklumat,dapat
meyakini orang ketika
bercakap,berhujah,berdebat dan berpidato
tentang sesuatu perkara.
• Suka berkomunikasi melalui lisan dan
penulisan.
• Aktiviti –
Mengarang esei,cerita & karya
Pengucapan awam seperti pidato,syarahan,debat
dan forum

Pemberita Guru

Peguam
Logik Matematik

• Kebolehan menggunakan nombor secara


berkesan.
• Cekap menyelesaikan masalah,suka
menganalisis,boleh menguji hipotesis tentang
sesuatu,mengemukakan soalan & jawapan
logik.
• Minat terhadap komputer dan media teknologi
dan suka melakukan percubaan dan
eksperimen.
• Aktiviti –
Membuat banding beza & inferens
Mengkaji teks/meneroka maklumat & sebab
akibat
Belajar mebaca,menulis & mengingat bahasa
isyarat

Jurutera Ahli Sains

Akauntan
Visual Ruang

• Kemampuan mengamati dunia visual & ruang.


• Peka terhadap warna,garis,bentuk & hubung
kait yang terdapat antara unsur-unsur
tersebut.
• Suka melukis,membaca
peta,puzzle,video,foto&bahan-bahan
multimedia.
• Sukakan muzium & planetarium.
• Aktiviti –
Melakar jalan cerita/peristiwa
Berlakon menggunakan bahasa isyarat
Menggunakan pen berwarna untuk menandakan
bahagian yang penting
Mencatat nota dalam bentuk pemetaan minda

Pelukis Kartun

Arkitek Pereka Grafik


Kinestetik

• Kemampuan menggunakan anggota badan


untuk meluahkan idea&perasaan.
• Minat terhadap sukan,drama,tarian & aktiviti
lasak.
• Banyak menggunakan pergerakan badan
untuk berkomunikasi.
• Suka bergerak
• Aktiviti –
Main peranan
Melakonkan cerita/sketsa
Pantomin

Mekanik

Pelakon Ahli Sukan

Penari
MUZIK
Kecerdasan
Berkemampuan untuk mengesan irama dan lagu
termasuk kebolehan mengenal lagu serta membeza
atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi
yang mudah.
Mudah mengingat melodi dan suka bernyanyi
Suka belajar sambil mendengar muzik/ radio.
Aktiviti P & P
• Belajar kod morse
• Menggunakan lirik lagu untuk mengajarkan
tatabahasa
• Menggunakan muzik yang berbeza untuk
mengajarkan kemahiran yang berbeza
• Kerjaya : penyanyi, konduktor pasukan koir, ahli
muzik dan penggubah lagu
INTERPERSONAL
Kecerdasan
Kebolehan memahami persaaan, motivasi, tabiat
serta hasrat orang lain.

Berkemampuan mengamati dan memahami


kehendak orang lain.
Berkebolehan bertindak dengan bijak terhadap
petanda-petanda interpersonal seperti
mimik muka, suara dan lenggok badan.
Aktiviti P & P
• Bercerita secara round robin.
• Menganalisis cerita, berbincang dan merumuskan.
• Berbincang dalam kumpulan untuk menganalisis
dan merumus cwerita/fakta
• Kerjaya : kaunselor, ahli politik, jurujual dan guru
INTRAPERSONAL
Kecerdasan

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,


kelemahan, hasrat dan kehendak termasuklah kemahiran
mengenal pasti bagaimana seseorang itu sama atau berbeza
dengan orang lain.
Berkemampuan mendisiplinkan diri sendiri dan ada
keyakinan diri.
Melayani minat, hobi dan matlamat sendiri serta suka
bersendirian untuk berfikir dan bermuhasabah diri.
Aktiviti P & P
• Menulis karangan autobiografi
• Menulis/mengarang/membuat ramalan tentang
masa depan
• Apresiasi teks yang ada kaitan dengan pengalaman
hidup
• Kerjaya : ahli psikologi, penulis, ahli falsafah, ahli
pemikir
NATURALIS
Kecerdasan
Kebolehan mengenali dan mengklafikasikan
tumbuh-tumbuhan, galian dan haiwan termasuk
pelbagai flora dn fauna

Berkebolehan mengenali artifak budaya dari segi


budaya dan makanan
Memahami alam semula jadi dan kaitan saintifik
Suka berkebun, menanam bunga dan hortikutur
Aktiviti P & P
 Membaca, mengkaji dan mengkategorikan fauna
dan flora
 Aktiviti lawatan dan mendaki gunung
 Melaksanakan projek/kajian yang berkaitan
dengan alam semesta
 Kerjaya : petani, doktor haiwan, pendaki gunung,
pengusaha taman rekreasi, landskap
SPIRITUAL/
KEROHANIAN
Kecerdasan
Mempunyai kecenderungan terhadap perkara-perkara
keagamaan dan kerohanian atau spiritual iaitu yang
berkaitan hati, jiwa dan perasaan

Mempunyai kecintaan terhadap Tuhan dan suka kepada


perkara-perkara yang berkaitan dengan alam dan
kehidupan

Berkebolehan mengupas persoalan jati diri dan


pembangunan insan yang seimbang dari segi roh dan jasad
tau rohani dan jasmani
Aktiviti P & P
 Menganalis nilai-nilai murni dalam petikan
teks/cerita
 Membuat kajian tentang gejala sosial dalam
masyarakat
 Menuliskan karangan yang bertemakan jati diri
 Kerjaya : pendakwah, ustaz dan ustazah, imam
dan kadi
KEPENTINGAN
KECERDASAN PELBAGAI
(TKP) DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Menyokong pembelajaran bersepadu yang
menyeluruh selaras dengan FPK dan KSSR
Membantu murid memperolehi apa yang perlu untuk hidup pada
abad yang akan datang.
• Kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skil (HOTS)
dan Taksonomi Bloom disepadukan dalam TKP
• Aktiviti refleksi dan pemikiran reflektif merupakan kemahiran
intrapersonal yang mampu melahirkan murid atau insan yang
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
• Berupaya menyelesaikan masalah bukan sekadar pencapaian tinggi
dalam ujian setara
• Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan kolaboratif yang
mendokong prinsip usaha kolaboratif dan menekankan kemahiran
interpersonal
• Mencintai dan menjaga alam sekitar
Menerima Persamaan Dan Perbezaan Antara Individu
Dengan Menginsafi Bahawa Setiap Insan Dan Murid
Ialah Unik Dan Belajar Dengan Cara Yang Berbeza

Membantu guru memahami minat dan motivasi


murid dan kepentingan menggunakan pelbagai cara
untuk mengajar agar murid dapat belajar dan
menunjukkan kefahaman mereka terhadap apa
yang dipelajari.
• murid lebih minat dan motivasi untuk belajar
dengan cara yang selesa dengannya.
• Guru perlu mempelbagaikan strategi p &p supaya
lebih ramai murid boleh belajar .
Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi
melalui p&p

Guru dan murid seronok ke sekolah.


Kadar ponteng kelas menurun.
Masa mengajar sesuatu mata pelajaran dikurangkan,
walau bagaimanapun prestasi tetap meningkat.
Skor pencapaian meningkat walaupun bagi ujian
setara.
Nilai moral murid meningkat. Kes salah laku dan
gangguan kelas berkurang/ tidak sama sekali
Meningkatkan pencapaian murid.
Meningkatkan kecerdasan pelbagai
seseorang murid dan menyedari bahawa
potensi murid tidak terbatas dan harus
diperkembangkan

Membantu guru memahami pengaruh budaya


terhadap kecerdasan murid :
Kecerdasan dipupuk dan dipengaruhi oleh faktor
pengalaman budaya dan motivasi.
Murid mengetahui bagaimana mengenal pasti
minat mereka dan bagaimana mereka belajar
dengan lebih berkesan.
Meningkatkan profesionalisme guru dan
menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu
dalam pengajaran dan pembelajaran

• Penerapan kemahiran ini akan:


Menghasilkan guru yang bertanggungjawab dan
akauntabiliti sepenuhnya dalam proses dan isi
kandungan pengajaran
Meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya
sekadar menyebarkan pengetahuan dan maklumat
tetapi menyuntik semangat baharu terhadap profesion
keguruan
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam
pengajaran dan pembelajaran
Mewujudkan suasana kolaboratif dan
kejelikitan antara warga sekolah
 Dapat mewujudkan sekolah yang menerima dan menghargai
perbezaan kecerdasan dalam kalangan murid dan guru.
Oleh itu, guru akan:
 merancang secara kolaboratif dengan menggunakan
kerangka TKP untuk sediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang penuh dengan ransangan dan pengayaan.
 Menghargai sumbangan yang berbeza oleh setiap guru
daripada segi perancangan, organisasi dan pelaksanaan
kurikulum.
 Mengambil tanggungjawab secara kolaboratif terhadap
pembelajaran murid.
Mempelbagaikan cara penilaian dengan
memberikan penekaan kepada penilaian secara
holistik
Penilaian lebih bersifat adil kerana mengambil kira
semua kecerdasan pelbagai dan tidak hanya
tertumpu kepada 2 kecerdasan, iaitu kecerdasan
intelek (IQ) dan kecerdasan emosi(EQ)
Murid dapat peluang menunjukkan kefahaman
mereka tentang sesuatu isi kandungan /kemahiran
dalam pelbagai cara.
Guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan
murid di samping merancang p&p yang berkesan.

You might also like