You are on page 1of 29

BMMB3043

KULIAH 1
1. Pengenalan Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (KSSR)
 
• Perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan:
• Reka bentuk kurikulum
• Tunjang KSSR
• Matlamat KSSR
• Objektif KSSR
• Fokus KSSR
Pengenalan
• Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan
enam tunjang, iaitu Komunikasi; kerohanian, sikap dan
nilai, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, fizikal
dan estetika, dan ketrampilan diri.
• Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang
menyokong antara satu sama lain dan disepadukan
dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
• Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal
insan yang seimbang, berpengetahuan dan
berketrampilan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Reka bentuk kurikulum

• Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah


Rendah digubal dengan memberikan penekanan
pada Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) yang perlu dilakukan oleh murid.
• Standard ini dipersembahkan dalam bentuk
modular yang dibahagikan kepada bahagian dan
unit yang mengandungi elemen pengetahuan,
kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh
murid
• Standard Kandungan

• Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat


dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
1.1 Mengajuk dan membunyikan (SK)
1.1.1 Mengajuk
1.1.2

1.2 Mendengar
1.2.3
• Standard Pembelajaran
 
• Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk
memastikan kualiti pembelajaran dan
pencapaian murid bagi setiap standard
kandungan.
 
• Kemahiran Bahasa
 
• Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis.
• Aspek Seni Bahasa (4)

• Aspek seni bahasa merujuk keupayaan


memahami, mengungkap dan menghargai
bahasa yang indah melalui pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.
• Aspek Tatabahasa (5)
 
• Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid
menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat
dalam konteks yang diajarkan secara terancang.
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi
yang merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata. Sintaksis ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur
dan binaan ayat.
Tunjang KSSR
• Tunjang Komunikasi
• Memberi penekanan kepada proses
penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam
bentuk lisan dan bukan lisan semasa
berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus
kepada kemahiran bahasa seperti mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis serta nilai
tambahn menaakul.
• Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
• Memberi penekanan kepada perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang
membangunkan aspek ffizikal ialah Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti,
bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan seni Visual dan Pendidikan Muzik.
• Tunjang Kemanusiaan
• Memberi penekanan kepada penguasaan ilmu
dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara dan global serta
penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam
Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang
diperkenalkan melalui tahap 2 persekolahan.
• Tunjang Ketrampilan Diri
• Memberi penekanan kepada pemupukan
kepimpinan, dan sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi
peluang menyepadukan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik
darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum.
• Tunjang sains dan Teknologi
• Memberi penekanan kepada penguasaan sains,
pengetahuan dan sikap saintifik, pengetahuan,
kemahiran dan nilai matematik, pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi. Disiplin ilmu yan
terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
ialah Sains, matematik, Rekabentuk dan teknologi
(RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK).
 
• Tunjang Kerohanian, sikap dan Nilai
• Memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan,
sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini
merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam.
Matlamat KSSR

• matlamat KSSR -
– melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif
melalui tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan
diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.
Objektif KSSR

• Murid yang mengikuti pengajaran dan


pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk;
• Mendengar, mengecam, mengajuk dan
menentukan arah bunyi persekitaran dengan
teliti dan betul;
• Mendengar, memahami dan menyebut bunyi
bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat
dengan betul;
• Mendengar, memahami dan memberikan respons
berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan
dengan betul;
• Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan
tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan
tidak formal dengan betul secara bertatasusila
• Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula
perkara yang didengar menggunakan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul;
• Berbincang dan mengemukakan pendapat
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila;
• Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat
secara mekanis dengan sebutan dan intonasi
dengan sebutan dan intonasi yang betul;
• Membaca, memahami perkataan, frasa dan
ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
• Membaca dan memahami maklumat yang
tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan
untuk member respons dengan betul;
• Membaca dan menaakul untuk memindahkan
maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;
• Membaca pelbagai bahan bacaan bagi
memperkaya kosa kata dan maklumat untuk
memupuk minat membaca;
• Melakukan aktiviti pra menulis dengan betul;
•  Menulis secara mekanis dengan betul dan
kemas;
•  Membina dan menulis perkaataan, frasa dan
ayat dengan betul;
•  Menulis imlak dengan tepat;
• Mencatat dan menulis untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan bahasa yang santun;
• Menghasilkan penulisan kreatif dalam
pelbagai genre dengan betul;
• Mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
• Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang
diperoleh daripada pelbagai sumber;
• Menggunakan sistem bahasa yang betul
dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;
dan
• Mengahayati dan mengamalkan nilai murni,
bersikap positif, semangat patriotik dan
kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
Fokus KSSR

• SR memastikan selepas enam (6) tahun


persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
bagi setiap  tahap dengan memberi penekanan
kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,
mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul
adalahkeupayaan membuat pertimbangan dan
penilaian dengan menggunakan akal atau logik.
• Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran
menekankan penguasaan asas 4M. 
Penekanan diberikan untuk literasi dan
numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut.  Penekanan
juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah
iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan
TMK
• Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada
pengukuhandan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK,
penguasaankemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan engetahuan, dan perkembangan
sahsiah
Soalan Tutorial
• Secara berkumpulan anda dikehendaki melaksanakan
tugasan berikut

Membuat perkaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan


dengan:
• Reka bentuk kurikulum
• Tunjang KSSR
• Matlamat KSSR
• Objektif KSSR
• Fokus KSSR

You might also like