You are on page 1of 83

MPU3031 – PENGURUSAN

KOKURIKULUM

INTERAKSI 3
TARIKH : 21 – 25 NOVEMBER 2021
MASA : 8.00 – 10.00 PAGI
PENSYARAH : PN MARIANI BINTI ALI

TAJUK 2 : PENGELOLAAN AKTIVITI & PERTANDINGAN


PENGELOLAAN AKTIVITI
DAN PERTANDINGAN

JENIS-JENIS AKTIVITI
OLAHRAGA TAHUNAN
• Hampir semua sekolah rendah /menengah mengadakan kejohanan
olahraga tahunan yang diadakan di peringkat daerah/ negeri dan
negara.
• Amnya terdapat 3 kategori permainan yang dipertandingkan
• 1. Sukaneka (Tahap 1 cth; pecah belon
• 2. Acara balapan cth; 50 m, 100 m
• 3. Acara padang- permainan cth; lontar cakera
PENGURUSAN LAWATAN
• Satu kaedah pembelajaran yang sangat berfaedah kepada pelajar –
pelajar kerana memperoleh ilmu dan pengetahuan secara langsung•
• Sebelum membuat sesuatu lawatan seseorang perlu mengikuti
beberapa prosedur
PROSEDUR LAWATAN
• 1. Mendapat kebenaran guru besar/pengetua sekolah
• 2. Mengisi borang permohonan lawatan dan mengajukan kepada JPN
• 3. Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan di tempat yang bakal dilawati
• 4. Menguruskan pengangkutan dan penginapan
• 5. Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa
• 6. Mengadakan taklimat dan mengagihkan tugasan kepada peserta
REKREASI
• 1. Penjelajahan Hutan (Jungle Tracking)
• 2. Pendakian Gunung (Mountaineering)
• 3. Selam Skuba (Scuba Diving)
• 4. Wall Climbing
• 5. Rock Climbing
• 6. Abseiling / Flying Fox
• 7. Berkayak
• 8. Berakit
• 9. Memancing
• 10. Menjelajah Gua
• 11. Berbasikal Lasak
• 12. White Water Rafting
PERKHEMAHAN
• Hampir semua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah rendah seperti
program motivasi, kursus-kursus, perkhemahan tahunan unit-
beruniform melibatkan aktiviti perkhemahan
• Kebanyakan pelajar sangat berminat menyertai perkhemahan
• Pergerakan pengakap mempelopori aktiviti perkhemahan(Jambori)
contohnya pada tahun 1907 di Pulau Browsea, England
Prosedur Pengendalian Aktiviti – Kertas
Kerja
• 1. Pendahuluan
• 2. Objektif dan matlamat
• 3. Tarikh dan tempoh perlaksanaan
• 4. Tempat
• 5. Dif perasmian
• 6. Bilangan penyertaan dan kategori (Peserta)
• 7. Bayaran
• 8. Syarat-syarat penyertaan
• 9. Jawatankuasa Kerja
• 10. Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
• 11. Pendapatan dan Perbelanjaan
• 12. Penutup
PENGURUSAN KOKURIKULUM

SISTEM
PERTANDINGAN
UNIT KOKURIKULUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
PERTANDINGAN
DEFINISI :
• Mengikut Johnson (1977), …pertandingan adalah
persaingan bersiri di mana peserta-peserta yang
mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria
tertentu dikenal pasti sebagai pemenang
pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji
kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang atau
kemahiran.
Pengelolaan Pertandingan

…suatu kaedah yang digunakan untuk


menentukan pemenang-pemenang bagi
satu-satu acara sukan atau aktiviti
pendidikan jasmani atau apa saja aktiviti
yang terdapat dalam aktiviti kurikulum
atau ko-kurikulum
Tujuan-tujuan pertandingan:
• untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu
pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan
nebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan.
• Sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli
atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Ini secara tidak
langsung dapat menghindarkan mereka daripada kegiatan yang
merugikan diri.
• Sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau para
pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk
sesuatu tempoh.
• Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau
permainan.
• Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara
ahli-ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhan-pertubuhan atau
sekolah-sekolah lain yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Sambungan tujuan diadakan pertandingan
• Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan
menghormati undang-undang.
• Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan sesuai untuk
mewakili pertubuhan atau sekolah dalam pertandingan.
• Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-
satu pertubuhan atau kelab.
• Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan
dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu tidak pernah dikenalinya.
• Untuk menguji keupayaan jurulatih
• Menguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan.
• Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi pertandingan
yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.
Sistem Pertandingan
• Jenis pertandingan yang dilaksanakan adalah
bergantung pada :
a. Undang-undang dan peraturan asas persatuan
b. Kesesuaian acara yang dipertandingkan.
c. Jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan.
d. Peringkat pertandingan.
e. Kedudukan kewangan.
f. Tempat / gelanggang yang ada untuk menjalankan
pertandingan.
g. Jumlah masa yang diperuntukkan.
Antara jenis pertandingan yang digunakan ialah:

• Pertandingan Sekali Gus.


• Pertandingan Kalah Mati.
• Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati.
• Pertandingan Kalah Mati Dua Kali.
• Pertandingan Bentuk Piramid.
Antara pertandingan ialah :
Sambungan :
• Pertandingan Liga.
• Pertandingan Separuh Liga.
• Pertandingan Bentuk Tangga.
• Pertandingan Bentuk Corong.
• Pertandingan Bentuk Serombong
Sistem Sekali Gus
• Pertandingan diadakan sekali sahaja
• Pertandingan digunakan dalam persatuan, kelab atau
unit beruniform.
• Pasukan yang bertanding diberi markah berpandukan
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
• Kumpulan yang mendapat markah tertinggi
diisytiharkan sebagai pemenang.
Sistem Sekali Gus
• Contoh pertandingan: perkhemahan, kawad kaki, memasak ,
merentas desa, boling tenpin dan sebagainya.
Kumpulan Dialog Mesej/ Pakaian Kerjasama Jumlah
(40%) OBJEKTIF (20%) (10%) (100%)
(30%)

A 29 24 14 7 74

B 28 23 14 7 72

C 32 25 17 8 85

D 29 23 15 7 75

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN


JOHAN: Kumpulan C
NAIB JOHAN: Kumpulan D
TEMPAT KETIGA: kumpulan A
Sistem Pertandingan Liga
• Pertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud
tiap-tiap pasukan akan bermain dengan pasukan-
pasukan lain.
• Sistem ini mengambil tempoh yang panjang.
• Mengambil masa yang lama terutamanya apabila
terdapat banyak pasukan menyertai pertandingan itu.
• Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang
terbaik.
• Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola keranjang
dan ragbi terutamanya pertandingan di peringkat
dunia.
Kebaikan Sistem Liga
• Tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain
sama ada bermain sekali atau dua kali.
• Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak
perlawanan.
• Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian
tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau pasukan lawan dan
kelemahan-kelemahan pasukan lawan.
• Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini kerana
mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang untuk menjuarai
pertandingan itu.
• Minat pertandingan dikekalkan
• Betul-betul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib sahaja.
Kelemahan Sistem Liga

• Memakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yang panjang


untuk dihabiskan.
• Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistem kalah mati
dan ini akan membebankan pasukan-pasukan yang bertanding.
• Kadang-kadang, johan telah diketahui sebelum pertandingan tamat.
Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik atau sekadar
menghabiskan jadual pertandingan sahaja.
Langkah-langkah untuk menentukan jumlah
pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandingan
Liga

• Bilangan atau jumlah perlawanan yang harus


diadakan dalam satu-satu pertandingan
menggunakan sistem liga boleh ditentukan
menggunakan formula.

• Jumlah bilangan peserta/pasukan yang menyertai


pertandingan ( N )

• Memberikan setiap peserta satu nombor dan


nombor ini akan digunakan untuk mewakili
setiap peserta dalam pertandingan itu.
• Menentukan jumlah bilangan perlawanan dalam
pertandingan ( L )

L = N ( N-1 )
2

N = Jumlah bilangan peserta/pasukan


yang meyertai pertandingan

• Menentukan bilangan pusingan perlawanan ( M )


M=N-1

• Menyusun pasangan perlawanan


Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Genap
• Jumlah bilangan pasukan
N=6

• Jumlah bilangan perlawanan L


= N ( N-1 ) = 6( 6-1 ) = 30 = 15
2 2 2

• Bilangan pusingan perlawanan M


= N-1 = 6-1= 5
• Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka genap
adalah senang.

• Pertandingan dijalankan secara berpasangan.

• Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak


bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu hingga
kombinasi yang mula didapati kembali.

1 - 2 1 - 6 1 - 5 1 - 4 1 - 3

6 - 3 5 - 2 4 - 6 3 - 5 2 - 4

5 - 4 4 - 3 3 - 2 2 - 6 6 - 5
Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan
Pertama Kedua ketiga keempat kelima

1 1 1 1 1
melawan melawan melawan melawan melawan
2 6 5 4 3

6 5 4 3 2
melawan melawan melawan melawan melawan
3 2 6 5 4
5 4 3 2 6
melawan melawan melawan melawan melawan
4 3 2 6 5

Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut


Pusingan Berangka Genap
• Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabila
bilangan penyertaan pasukan yang mengambil
bahagian berangka ganjil.

• Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil dapat


dilakukan dengan mencukupkan kumpulan supaya
menjadi genap.
• Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan akan
dijadualkan satu petanding mendapat bye.

• Bye bermaksud pasukan atau peserta yang perlu


menunggu tanpa memasuki pertandingan pusingan
pertama.

• Proses penyusunan pasangan perlawanan dimulakan


dengan kedudukan bye ditetapkan pada setiap
pusingan
Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Ganjil

• Jumlah bilangan peserta/pasukan N = 5

• Jumlah bilangan perlawanan L


= N ( N-1 ) = 5( 5-1 ) = 10
2 2

• Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5


• Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan tuliskan
nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri.
• Misalnya bentuk liga tujuh pasukan

5 4 3 2 1

4 - 1 3 - 5 2 - 4 1 - 3 5 - 2

3 - 2 2 - 1 1 - 5 5 - 4 4 - 3

• Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.


• Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama dan pasukan lain
bermain antara satu sama lain.
• Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.
Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan
Pertama Kedua ketiga keempat kelima

5 4 3 2 1
melawan melawan melawan melawan melawan
bye bye bye bye bye

4 3 2 1 5
melawan melawan melawan melawan melawan
1 5 4 3 2
3 2 1 5 4
melawan melawan melawan melawan melawan
2 1 5 4 3

Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut


Pusingan Berangka Ganjil
Butir-butir penting semasa menyusun pertandingan

• Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah,


manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.

• Dengan jumlah pasukan yang ganjil, semua nombor berubah dan pasukan
yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu bye.

• Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlah pasukan
dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan melibatkan lima
pusingan perlawanan.

• Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah kurang satu
daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
• Setiap pasukan akan bertanding antara satu sama lain
dan markah atau ‘mata’ akan ditentukan.

Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

• Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu mengisi


satu jadual keputusan pertandingan untuk mengisi
mata.
Pasukan Main Menang Seri Kalah Gol Gol Mata
Menang Tewas

Contoh Keputusan Pertandingan Liga


PERLAWANAN SET Mata
A B C D MATA KED
M K M K M K

D
Pertandingan Separuh Liga
• Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan dan permainan.

• Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya di peringkat antarabangsa seperti


bola sepak piala dunia.

• Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pertandingan diadakan


secara sistem liga dalam kumpulan pada peringkat awal.

• Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan bertanding secara kalah mati di
peringkat kedua.
Kumpulan A Kumpulan B

A1(Johan) B1
A2 B2(Johan)
A3 B3
A4(Naib Johan) B4
A5 B5(Naib Johan)
A6 B6

Jadual Pertandingan Separuh Liga


VS A B C

VS D E F

E
•PUSINGAN PERTAMA
F SISTEM SEPARUH LIGA
MANA KALA PUSINGAN
VS G H I
KEDUA DAN
G SETERUSNYA SISTEM
H KALAH MATI
I

VS J K K

L
A1

B5 A1

B5

Tempat Ke -3 Johan

B2

A4 A4 B2

Menentukan tempat ke-3 dan Peringkat Peringkat Akhir


ke-4 Separuh
Akhir

Pertandingan Peringkat Separuh Akhir


dan Akhir
Pertandingan Kalah Mati/Kalah Singkir
Sesuai digunakan apabila:
• masa pertandingan adalah terhad .
• jumlah penyertaan adalah besar.
• sumber kewangan terhad.
• tenaga kerja tidak mencukupi dan
• Tempat/gelanggang terhad.
Kebaikan Sistem Kalah Mati Sekali

• Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif atau


terlalu bersifat defensif.
• Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat perlawanan
akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Ini sudah tentu
menemukan pasukan-pasukan terkuat.
• Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.
Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali

• Terdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuah pasukan


mengalami kekalahan. Ini tidak memadai dengan persiapan
dan persediaan yang dilakukan.
• Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta dengan
lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.
• Kemungkinan pasukan yang menjadi juara, tidak benar-benar
handal kerana kemenangan yang dicapai mungkin banyak
bergantung kepada nasib yang menyebelahi mereka dalam
satu-satu perlawanan.
Kalah mati Tanpa “bye”
• Bilangan pasukan atau peserta berjumlah asas lapan.

• Bye bermaksud peserta/pasukan perlu menunggu tanpa


memasuki pertandingan pusingan pertama.

• Peserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringkat


pusingan kedua.

• peserta atau pasukan bye akan terus bertanding dengan


peserta atau pasukan yang menang peringkat pertama
 A

 B

 C

 E Johan

 F

Carta Aliran Pertandingan Kalah Mati


Asas Lapan
Kalah Mati dengan bye
• bilangan pasukan atau peserta tidak berjumpa asas lapan.
x 8

 9 ?
• Untuk melengkapkan jadual pertandingan bukan asas lapan bye perlu
digunakan.
CARA PENGIRAAN BYE
• Bye ditentukan dengan menggunakan dua ganda iaitu
2-kuasa satu 2-kuasa dua, 2 kuasa tiga, 2 kuasa empat …
• Pengiraan dilakukan dengan mengambil dua ganda
yang lebih besar daripada jumlah penyertaan
menolak jumlah penyertaan yang ada.
• Bagi 9 peserta – byenya adalah
2-kuasa empat - 9
16 – 9 = 7 bye
bye
1
2
bye
2

bye 6
3

bye 3
4

bye
5 8

4
6
1
7
7
bye
8
5
bye
9

Carta Aliran Pertandingan bye


Sembilan Pasukan
Peraturan-peraturan untuk menentukan
pasukan atau peserta yang menunggu
dalam sesuatu Pertandingan Sistem Kalah
Mati dengan bye.

i. Penanti perlu diletakkan dalam pusingan


awal sahaja (pertama).
ii. Penempatan pasukan dan peserta hendaklah
ditentukan dengan pengundian dan sismetrikal
jika ia merupakan pertandingan kali pertama.
iii. Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penanti yang
merupakan johan dan naib johan tahun lepas
diletak dahulu dan yang lain melalui pengundian.
Peraturan-peraturan:

• Pengundian akan diadakan.

• Setiap pasukan atau peserta terus bertanding jika


menang sehingga menjadi johan.

• Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan terus


terkeluar daripada pertandingan sama ada
pertandingan peringkat pertama atau seterusnya.
Pertandingan Kalah Mati
Dua Kali

• Dilaksanakan dalam bidang sukan dan permainan.

• Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada


pasukan atau peserta yang kalah pada peringkat
pusingan awal meneruskan permainannya.
Pertandingan Kalah Mati
Dua Kali
• Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukan atau
peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam dua
perlawanan.

• Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami kekalahan


dua kali, mereka tersingkir daripada pertandingan tersebut.

• Seterusnya, pertandingan diadakan sehingga keputusan bagi


menentukan johan diperoleh.
• Carta aliran bagi kalah mati dua kali
Kebaikan-kebaikan
Pertandingan Liga Pertandingan Kalah Mati
Menghasilkan pemenang yang Menggalakkan perlawanan
multak. yang positif, bukan negatif
atau terlalu bersifat defensive.
Memberi kedudukan kepada Lebih rancak dan
peserta-peserta lain. menyeronokkan kerana
terdapat perlawanan akhir dan
separuh akhir sebelum itu.
Tiada seseorang akan Menjimatkan masa dan
disingkirkan atau dimatikan tempoh pertandingan.
sehingga habis pusingan itu.
Menggunakan gelanggang
dengan kerap dan berkesan.

Tidak perlu menunggu peserta


lain bermain kecauli berlawan.
Kelemahan
Pertandingan Liga Pertandingan Kalah Mati
Mengambil masa yang panjang. Terdapat satu perlawanan
sahaja, jika sesebuah pasukan
mengalami kekalahan.
Memerlukan perbelanjaan yang Pertemuan antara sesebuah
besar. pasukan atau peserta dengan
lawan bergantung kepada nasib
cabutan undi.
Menggunakan tenaga kerja yang Kemungkinan pasukan yang
banyak juara tidak benar-benar
handalsatu-satu perlawanan.
Peserta menjadi kurang minat
jika johan diketahui
sebelumpertandingan tamat
Risiko kecederaan kepada
peserta.
Sistem Cabar-Mencabar
• Pertandingan bentuk piramid, tangga, serombong, mahkota, corong dan
sarang labah-labah semuanya adalah jenis pertandingan cabar-mencabar.
• Semua pertandingan cabar-mencabar menggunakan prinsip asas yang
sama, iaitu peserta yang berpangkat lebih bawah akan mencabar peserta
yang berpangkat lebih tinggi daripadanya dengan tujuan menukar tempat
pangkatnya.
• Dengan cara ini semua peserta akan cuba menaik pangkat hingga
mendapat tempat yang di atas sekali.
• Pertandingan ini memerlukan semua peserta meneruskan pertandingan
untuk satu jangka masa yang tertentu.
• Tiada seorang peserta pun tersingkir
Sistem Piramid
Sistem Pertandingan Bentuk Corong
Sistem Pertandingan Bentuk Serombong
Penyediaan Awal
• Menyediakan Kertas Kerja
• Penubuhan Jawatankuasa Induk, Kerja dan Pengelola
• Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatanakuasa pengelola
• Surat-menyurat
• Melaksanakan Pertandingan dan
• Mesyuarat ‘Post-Mortem”
Menyediakan Kertas Kerja
• Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti.
Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan
dengan aktiviti kokurikulum.

• Pendahuluan • Bayaran
• Objektif • Syarat-syarat penyertaan
• Tema • Jawatankuasa Kerja
• Tarikh dan tempoh pelaksanaan • Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
• Tempat • Perbelanjaan
• Dif perasmian • Pendapatan
• Bilangan penyertaan dan kategori • Penutup
Mengendalikan Semua
Surat-Menyurat
• Surat Siaran/ Surat Tawaran
• Surat kebenaran ibu-bapa
• permit pihak tertentu seperti polis (perkhemahan,
pengembaraan)
• Jabatan Pengankutan Jalan
• Persuruhjaya Daerah, Pengawai Penjaga (OC), Pengerusi Daerah
• Kebenaran Ibu Bapa
• Peraturan Keselamatan
Anggaran Pembelanjaan
1. Jenis aktiviti dan pertandingan.
2. Bilangan hadiah dan pemenang.
3. Kos bagi setiap hadiah.
4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan
sebagainya.
5. Kos tambang.
6. Sewa tapak dan penginapan (jika
berkhemah, melawat).
7. Cenderahati
8. Kain rentang, poster dan sebagainya
9. Sewa khemah dan sebagainya.
10. Bayaran pengadil
Atur Cara
• 2.00 ptg : Ketibaan ibu bapa
• 2.30 ptg : Ketibaan dif jemputan
• 2.45 ptg : Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri...
• 2.50 ptg : Ucapan pengerusi majlis
• 2.55 ptg : Doa oleh Ust. .....
• 3.00 ptg : Ucapan Guru Besar En. ......
• 3.15 ptg : Ucapan Yang Dipertua PIBG En .......
• 3.30 ptg : Ucapan Pengarah Pendidikan Ybhg. Dato’
......
• 3.40 ptg : Pertandingan di sambung semula
• 4.00 ptg : Upacara penyampaian hadiah kepada
pemenan
• 5.00 ptg : Minuman dan bersurai
Buku Program
• dokumentasi kegiatan atau aktiviti kokurikulum di
sekolah.
• Satu salinan buku program disimpan di dalam fail.
• Muka surat dan helaian buku program tersebut boleh
diubahsuai dengan jenis aktiviti.
Perkara Dalam Buku Program
• Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan masa, tempat,
nama dif perasmian dan cogan kata).

• Kata alu-aluan (Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar,


Pengerusi Jawatankuasa Kerja/Pengelola)

• Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan Jawatankuasa Kecil.

• Program/Jadual keseluruhan aktiviti.

• Atur cara majlis perasmian.

• Iklan (jika ada).


Peraturan Dan Langkah
Keselamatan
• Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan di
sekolah, pihak penganjur perlu mengambil kira
peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
Peraturan Dan Langkah-langkah
Keselamatan

Ia dibahagikan kepada 3 bahagian

• 1) Peserta

• 2) Penonton

• 3) Jurulatih dan Pegawai Sukan


Peserta perlu:

• Mematuhi semua peraturan dan undang-undang


permainan.
• Menghormati keputusan pengadil
• Mematuhi arahan jurulatih.
• Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan.
• Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
• Menghormati pasukan lawan.
Peserta perlu:
• Mematuhi semua peraturan dan undang-undang
permainan.
• Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi.
• Bermain dengan adil dan berlaku jujur.
• Elak daripada bermain kasar.
• Bermain sebagai satu pasukan.
Penonton perlu:
• Menghormati keputusan pengadil.
• Menghormati pemain dan pegawai pertandingan dan
pegawai keselamatan.
• Menjada disiplin dan maruah diri.
• Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah.
• Menjaga kebersihan padang atau tempat
pertandingan.
Jurulatih dan Pegawai Sukan:
• Mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
setiap masa.
• Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua
atlet.
• Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain.
• Menghormati permainan yang bersih.
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan
• Taklimat mengenai aktiviti pertandingan yang
dilaksanakan.
• Taklimat dan mesyuarat dengan guru penasihat atau
jurulatih .
• Memberi peluang dan masa untuk membuat latihan
asas.
• Mengetahui latar belakang peserta .
• Menyediakan kemudahan alat kecemasan .
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan
• Memikirkan perkara yang boleh menyebabkan
kemalangan.
• Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh.
• Kebenaran ibu bapa dan penjaga perlu diperoleh.
• Menyediakan borang-borang markah
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan

• Memastikan semua alat pertandingan yang digunakan


selamat .

• Menyediakan hakim, pegawai dan urusetia yang


seimbang dan cukup .
Semasa Melaksanakan Pertandingan

• Memastikan tempat dan peralatan pertandingan


selamat digunakan.
• Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa
berada di tempat pertandingan.
• Mengedarkan borang pemarkahan kepada
pengadil/ hakim.
• Memastikan semua peserta melapor diri
Semasa Melaksanakan Pertandingan

• Menyediakan peralatan pertandingan yang


secukupnya.
• Mengawasi dan memantau pelaksanaan
pertandingan.
• Memastikan langkah-langkah keselamatan telah
diambil.
• Memberi taklimat kepada peserta .
• Memastikan peserta memakai pakaian yang selesa
dan sesuai
Semasa Melaksanakan Pertandingan
• Membuat pemeriksaan yang rapi terhadap alat-alat
yang digunakan.
• Menunjuk ajar teknik menggunakan alat dengan
betul.
• Memastikan hakim dan pegawai yang mencukupi.
• Memastikan pegawai dan hakim mengisi borang-
borang markah.
• Menyemak bilangan peserta cukup .
Semasa Melaksanakan Pertandingan

• Memastikan semua peserta adalah sihat.


• Mengemas kini borang-borang markah dan
memberitahu keputusan kepada peserta.
• Memastikan peralatan yang digunakan adalah
cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal.
Selepas Pertandingan Dilaksanakan

• Membersihkan kawasan yang digunakan.


• Membayar semua bil dan pembelanjaan.
• Memastikan barang-barang/ peralatan yang
dibawa cukup.
• Memastikan semua peralatan yang dipinjam
dipulangkan.
Selepas Pertandingan Dilaksanakan

• Memastikan semua peralatan dan barang disimpan


di tempat yang asal.
• Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil
kepada peserta.
• Membuat laporan.
• Menghantar surat penghargaan.

You might also like