You are on page 1of 25

Pertandingan Bola Sepak Terbuka

Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko


Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

1.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM PERTANDINGAN


Pengenalan Pertandingan
Pertandingan atau kejohanan sukan merupakan satu cara yang biasa dan sering
digunakan untuk menentukan pemenang bagi satu-satu acara. Pertandingan boleh
diadakan dalam apa saja peringkat seperti sekolah, daerah, bahagian, negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa.
Tujuan pertandingan ialah sebagai cara atau usaha bagi menguji sejauh mana
pencapaian peserta ataupun pasukan dalam sesuatu sukan yang dipertandingkan. Oleh
hal demikian, para pemenang akan diuji pula dalam peringkat yang lebih tinggi
sehinggalah ke peringkat Olimpik. Perbezaan dan pencapaian inilah yang menjadikan
sesuatu pertandingan itu menarik dan mencabar sehingga mampu menarik minat
penonton yang ramai.
Prosedur Menganjurkan Pertandingan
Sebelum menganjurkan sesuatu perlawanan atau kejohanan suakan, penganjur
perlu menimbangkan beberapa perkara yang merupakan prosedur atau panduan
penting dalam menentukan kejayaan pertandingan itu. Perkara-perkara di bawah
hendaklah difikirkan sebaik keputusan mengadakan pertandingan itu dibuat.
1. Mengetahui tujuan atau matlamat pertandingan.
2. Penyertaan peserta atau pasukan, bilangan peserta yang dijangkakan dan
peringkat umur mereka.
3. Pendaftaran peserta atau pasukan, bayaran dikenakan (jika ada), tarikh tutup
dan pengesahan.
4. Bentuk pertandingan yang dijalankan.
5. Tarikh, tempat dan masa pertandingan.
6. Penubuhan jawatankuasa penganjur serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil.
PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 1

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

7. Sumber kewangan
a) Pertandingan
b) Peralatan dan kemudahan
c) Pegawai-pegawai pertandingan
d) Hadiah/cenderamata
e) Makanan dan minuman
8. Persedian untuk pertandingan, termasuk publisiti.
9. Acara perasmian dan penutup.
10. Tetamu khas untuk perasmian dan penutupan.
Pengenalan Sistem Pertandingan
Sistem pertandingan bermaksud bentuk atau jenis pertandingan yang akan
dijalankan. Dalam menentukan sistem pertandingan, pihak penganjur harus tahu
terlebih dahulu bilangan atau jumlah pasukan yang akan bertanding, tempoh untuk
pertandingan yang dipilih mempunyai kebaikan dan kelemahannya masing-masing.
Sebagai contoh, sesetengah pihak menganggap bahawa sistem liga adalah lebih baik
daripada sistem kalah mati, dan sistem kalah mati pula lebih baik daripada sistem
kumpulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sistem pertandingan itu hendaklaah sesuai
dengan matlamat utama pertandingan itu diadakan.
Terdapat pelbagai bentuk bentuk pertandingan yang biasa digunakan, khususnya
di sekolah-sekolah. Antaranya ialah sistem liga, sistem liga berkumpulan, sistem kalah
mati dengan bye, kalah mati sekali, kalah mati dua kali, kalah mati saguhati, sistem
cabar mencabar, sistem pyramid dan sistem labah-labah.
Pengenalan Sistem Pertandingan Liga
PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 2

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Dalam sistem pertandingan liga kumpulan, pasukan atau peserta yang


bertanding dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tiap-tiap satu kumpulan
mengandungi antara tiga hingga lima pasukan. Setiap pasukan akan bermain dengan
semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Sistem pembahagian mata
adalah sama dengan sistem liga terbuka.
Johan dalam setiap kumpulan akan memasuki pusingan akhir. Jika terdapat tiga
kumpulan, maka berdasarkan kepada johan setiap kumpulan , terdapat tiga pasukan
yang layak. Semua pasukan ini bertanding secara liga kumpulan.
Pasukan akhir ini boleh juga dijalankan secara kalah mati. Penganjur boleh
menetapkan seperti johan kumpulan A bertemu dengan johan kumpulan B, dan johan
kumpulan C bertemu dengan johan kumpulan D. Pemenang daripada perlawanan ini
akan memasuki peringkat akhir.
Kelebihan dan Kelemahan Sistem Liga Berkumpulan
Kelebihan
1. Peluang untuk bermain secara memuaskan.
2. Juara yang muncul benar-bnar handal.
3. Minat pertandingan dapat dikekalkan sepanjang pertandingan.
4. Tiada pasukan yang disingkirkan sehingga selesai pusingan.
5. Tidak perlu menunggu pasukan lain bermain kecuali lawan yang telah
dijadualkan.
Kelemahan
1. Tidak berpeluang bermain dengan semua pasukan kumpulan lain pasukan.
2. Semua pasukan mesti mengekalkan prestasi yang baik pada setiap masa.
3. Melibatkan pasukan yang banyak.
4. Banyak permainan yang mungkin berat sebelah.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 3

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

KERTAS KERJA

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


[ PPISMP Semester III ]
[ INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN ]

1.0 PENGENALAN
______________________________________________________________________
Menyedari akan pentingnya aktiviti kokurikulum kepada para pelajar di Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan kerjasama Unit Gerko Institut telah
mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Bola Sepak Terbuka Peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Pertandingan ini merupakan kelangsungan kepada pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan oleh IPG Kampus Darulaman pada setiap tahun di IPG Kampus Darulaman
sendiri dan telah menjadi satu wadah kepada pelajar-pelajar menyertai aktiviti-aktiviti
yang berfaedah seperti ini.
Oleh hal demikian, dia atas kesedaran ini, penganjuran pertandingan ini bukan sahaja
diharapkan dapat memberi penganjuran sukan kepada jawatankuasa malah diharap
dapat memberi pengalaman dan gambaran yang jelas kepada pelajar-pelajar yang
menyertai, untuk menghadapi tugas terutamanya dalam sukan ini.
2.0 RASIONAL
______________________________________________________________________
Pertandingan Bola Sepak Terbuka IPG Kampus Darulaman ini dianjurkan adalah
bertujuan untuk memberikan pendedahan serta membimbing pelajar-pelajar untuk

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 4

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam semua aspek pengelolaan


pertandingan terutamanya pertandingan bola sepak ini.
Selain itu juga adalah untuk mengembangkan semangat dan memupuk minat
dikalangan pelajar-pelajar bukan sahaja dalam permainan tetapi juga dalam
penganjuran aktiviti sukan apabila berada di sekolah kelak. Dengan adanya
pertandingan seperti ini, pelajar-pelajar akan mendapat ilmu dan pengalaman yang
bermanfaat untuk diaplikasikan kelak.
3.0 OBJEKTIF
______________________________________________________________________
Memenuhi syarat yang terkandung dalam perancangan kokurikulum Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran
dalam sukan bola sepak.
Merapatkan persaudaraan antara pelajar-pelajar dan membentuk sahsiah
pelajar-pelajar.
Untuk mengaplikasikan segala teori yang dipelajari sewaktu aktiviti kokurikulum
bagi memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar dalam sukan
ini.
Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif yang berterusan
melalui penglibatan yang aktif.
4.0 TEMA PROGRAM
______________________________________________________________________
KE ARAH PENCAPAIAN BERSAMA
5.0 PROGRAM
______________________________________________________________________

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 5

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Program ini dinamakan sebagai Pertandingan Bola Sepak Terbuka Peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
6.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN
______________________________________________________________________
Tarikh

: 3 - 4 SEPTEMBER 2011

Hari

: SABTU & AHAD

Masa

: ( 8.00 PAGI - 5.00 PETANG ) - ( 8.00 PAGI - 3.00 PETANG )

Tempat : Padang Bola Sepak Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman,
Bandar Darulaman, 06000, Jitra, Kedah.
7.0 KUMPULAN SASARAN
______________________________________________________________________
Pertandingan ini terbuka pada semua pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman. Dari semester 1 sehingga semester 8.
Bilangan pasukan yang dibenarkan bermain dalam pertandingan ini hanya 20 pasukan
sahaja. ( 20 pasukan bola sepak )
8.0 SYARAT PENYERTAAN
______________________________________________________________________
8.1

Penyertaan untuk menyertai Pertandingan Bola Sepak Terbuka Peringkat IPG


Kampus Darulaman ini terbuka untuk semua pelajar di institut ini.

8.2

Setiap penyertaan untuk menyertai hendaklah dibuat melalui borang penyertaan


rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur di mana semua maklumat dan
syarat hendaklah dipatuhi.

8.3

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana permohonan penyertaan yang


tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat. Pihak penganjur juga berhak menolak
permohonan pendaftaran mana-mana pasukan tanpa perlu memberi sebab.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 6

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

8.4

Penyertaan pasukan adalah terdiri daripada pemain yang menuntut di Institut


Pendidikan Guru Kampus Darulaman sahaja. Pemain yang diimport daripada
luar tidak dibenarkan sama sekali.

9.0 PENDAFTARAN PEMAIN


______________________________________________________________________
9.1

Pendaftaran pemain bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 18 orang.

9.2

Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan sementara asal yang dikeluarkan


oleh Jabatan Pendaftaran Negara sahaja yang boleh menjadi bukti untuk
pendaftaran pemain tersebut dalam sesuatu perlawanan.

9.3

Pendaftaran pemain sebelum perlawanan hendaklah dibuat di dalam Borang


Perlawanan yang dikeluarkan oleh teknikal pertandingan pada setiap kali
perlawanan.

9.4

Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja layak mengambil bahagian


dalam pasukan tersebut.

9.5

Borang Perlawanan hendaklah diserahkan kepada AJK yang bertugas


Perlawanan 15 minit sebelum pertandingan tersebut bersama Kad Pengenalan
pemain.

10.0 SISTEM PERTANDINGAN


______________________________________________________________________
Pertandingan ini akan dijalankan dalam sistem Liga Berkumpulan. Di mana setiap
satu kumpulan mengandungi 4 pasukan. Terdapat 5 kumpulan yang wujud semasa
pertandingan ini berlangsung.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 7

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Undian akan dibuat oleh setiap wakil pasukan semasa mesyuarat untuk menentukan
kedudukan pasukan dalam kumpulan.
11.0 FORMAT PERTANDINGAN
______________________________________________________________________
11.1

Pertandingan ini akan dijalankan secara liga dalam Lima ( 5 ) kumpulan.

KUMPULAN 1

KUMPULA

Jumlah

Jumlah

Keduduka

Jaringa

Mata

Jumlah

Jumlah

Keduduka

Jaringa

Mata

n
A
B
C
D

KUMPULAN 2

KUMPULA
N

n
E
F
G
H

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 8

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

KUMPULAN 3

KUMPULA

Jumlah

Jumlah

Keduduka

Jaringa

Mata

Jumlah

Jumlah

Keduduka

Jaringa

Mata

n
I
J
K
L

KUMPULAN 4

KUMPULA
N

n
M
N
O
P

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 9

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

KUMPULAN 5

KUMPULA
N

Jumlah

Jumlah

Keduduka

Jaringa

Mata

n
Q
R
S
T

11.2

Tiga mata akan diberikan kepada pasukan yang menang, satu mata kepada
pasukan yang seri dan tiada mata bagi yang kalah.

11.3

Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu permainan, pasukan


lawan akan diberi tiga mata penuh dengan keputusan jaringan tiga gol kosong.
Jika sekiranya mana-mana pasukan menarik diri dari pertandingan perlawanan
yang telah dilalui pasukan tersebut dikira batal.

11.4

Setelah selesai semua perlawanan liga, dimana dua pasukan didapati


memperolehi bilangan mata yang sama, maka perbezaan jaringan akan menjadi
penentuan, iaitu pasukan yang menjaringkan jaringan paling banyak akan
menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika perbezaan jaringan masih sama,

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 10

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

perbezaan jaringan kena diambil kira dimana pasukan yang kurang kena bolos
akan menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih juga seri, perbezaan
jaringan dengan bolos akan diambilkira pasukan yang pernah menewaskan
pasukan lawannya adalah menduduki tempat yang lebih tinggi. Jika masih seri,
undian secara lambung syiling akan dilakukan.

12.0 PERLAWANAN DALAM KUMPULAN


______________________________________________________________________
12.1

Pasukan yang mendapat kedudukan teratas dan mata tertinggi layak untuk
meneruskan permainan ke pusingan akhir. Hanya johan bagi setiap kumpulan
daripada 5 kumpulan layak ke pusingan akhir.

13.0 PERLAWANAN AKHIR


______________________________________________________________________
13.1 JOHAN KUMPULAN 1
13.2 JOHAN KUMPULAN 2
13.3 JOHAN KUMPULAN 3
13.4 JOHAN KUMPULAN 4
13.5 JOHAN KUMPULAN 5
KUMPULA
N

Johan

Johan

Johan

Johan

Johan

Jumlah

Jumlah

Kump

Kump

Kump

Kump

Kump

Jaringan

Mata

Johan
Kumpulan
1
Johan

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 11

Keduduka
n

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Kumpulan
2
Johan
Kumpulan
3
Johan
Kumpulan
4
Johan
Kumpulan
5
PUSINGAN AKHIR
13.6

Semua johan kumpulan daripada 5 kumpulan tadi akan dikumpul dalam satu
kumpulan untuk bertanding mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan
keempat.

13.7

Mana-mana pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira sebagai johan
atau pemenang keseluruhan. Diikuti naib johan bagi mata kedua tertinggi dan
seterusnya.

14.0 MASA PERMAINAN


______________________________________________________________________
14.1

Liga Perlawanan Dalam Kumpulan


Masa perlawanan ialah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan rehat
tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.
Perlawanan Akhir
Masa perlawanan akhir ialah 45 minit bagi setiap separuh masa dengan
rehat tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 12

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Jika

perlawanan

berkeputusan

seri

maka

sepakan

penalti

akan

digunapakai.
15.0 JADUAL PERMAINAN
______________________________________________________________________
15.1

Memandangkan jumlah pasukan yang akan menyertai adalah genap maka


tempat pasukan A tidak akan bergerak dan lain-lain pasukan beredar di keliling
pasukan A hingga kombinasi yang mula didapati kembali.
Dengan setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan.

(1) A - B (2)

(1) E - F (2)

(1) I - J (2)

(1) M - N (2)

(1) Q - R (2)

(4) D - C (3)

(4) H - G (3)

(4) L - K (3)

(4) P - O (3)

(4) T - S (3)

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Kumpulan 5

JADUAL PERLAWANAN
KUMPULAN 1

Bil.

Tarikh

Masa

Tempat

Pasukan

Perlawana

Lawan

Pusingan

Pasukan

n
1

3.9.2011

8.00 Pagi

Padang

2
3

3.9.2011

8.40 Pagi

Padang

4
5
6

3.9.2011

9.10 Pagi

Padang

(1) A

(2) B

(4) D

(3) C

(1) A

(4) D

(3) C

(2) B

(1) A

(3) C

(2) B

(4) D

KUMPULAN 2

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 13

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Bil.

Tarikh

Masa

Tempat

Pasukan

Perlawana

Lawan

Pusingan

Pasukan

n
7

3.9.2011

9.40 Pagi

Padang

10.10

(1) E

(2) F

(4) H

(3) G

(1) E

(4) H

(3) G

(2) F

(1) E

(3) G

(2) F

(4) H

Pasukan

Lawan

Pagi
9

3.9.2011

10

10.40

Padang

Pagi

11.10
Pagi
11

3.9.2011

12

11.40

Padang

Pagi

12.10 T.H

KUMPULAN 3

Bil.

Tarikh

Masa

Tempat

Perlawana

Pusingan

Pasukan

n
13

3.9.2011

14

12.40 T.H

Padang

1.10

(1) I

(2) J

(4) L

(3) K

(1) I

(4) L

(3) K

(2) J

(1) I

(3) K

Petang
15

3.9.2011

16

1.40

Padang

Petang

2.10
Petang
17

3.9.2011

2.40

Padang

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 14

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

18

Petang

(2) J

(4) L

Pasukan

Lawan

Pusingan

3.10
Petang

KUMPULAN 4

Bil.

Tarikh

Masa

Tempat

Perlawana

Pasukan

n
19

3.9.2011

20

3.40

Padang

Petang

(1) M

(2) N

(4) P

(3) O

(1) M

(4) P

(3) O

(2) N

(1) M

(3) O

(2) N

(4) P

Pasukan

Lawan

10

4.10
Petang
21

3.9.2011

22

4.40

Padang

Petang

11

5.10
Petang
23

3.9.2011

24

5.40

Padang

Petang

12

6.10
Petang

KUMPULAN 5

Bil.
Perlawana

Tarikh

Masa

Tempat

Pusingan

Pasukan

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 15

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

25

4.9.2011

26
27

Padang

8.40 Pagi
4.9.2011

28
29

8.00 Pagi

9.10 Pagi

Padang

9.40 Pagi
4.9.2011

30

10.10

Padang

Pagi

(1) Q

(2) R

(4) T

(3) S

(1) Q

(4) T

(3) S

(2) R

(1) Q

(3) S

(2) R

(4) T

13

14

15

10.40
Pagi

PERLAWANAN AKHIR

Bil.

Tarikh

MK = JOHAN KUMPULAN

Masa

Tempat

Perlawana

Pasuka
n

Lawan

Pusingan

Pasukan

n
31

4.9.2011 11.10 Pagi

Padang (4) JK4

(1) JK1

32

11.40 Pagi

(3) JK3

(2) JK2

33

4.9.2011 12.10 T.H

Padang (3) JK3

(5) JK5

34

12.40 T.H

(2) JK2

(1) JK1

Padang (2) JK2

(4) JK4

(1) JK1

(5) JK5

(1) JK1

(3) JK3

(5) JK5

(4) JK4

35
36

4.9.2011 1.10
Petang

16

17

18

1.40
Petang
37
38

4.9.2011 2.10
Petang

Padang

19

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 16

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

2.40
Petang

16.0 WAKTU BERMULA PERLAWANAN


______________________________________________________________________
16.1

Waktu sepak mula bagi semua perlawanan liga akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan dan akan diedarkan kepada semua pasukan
sebelum perlawanan pertama bermula.

16.2

Jawatankuasa perlawanan berhak meminda sepak mula bagi mana-mana


perlawanan dengan memaklumkan kepada kedua-dua pasukan terlibat.

17.0 KELEWATAN
______________________________________________________________________
17.1

Setiap pasukan bersedia berada di padang 15 minit sebelum perlawanan


bermula.

17.2

Masa tidak lebih daripada 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat
berada di atas padang. Selepas daripada tempoh tersebut Pengadil berhak
untuk memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir.

18.0 PEMAIN GANTIAN


______________________________________________________________________
18.1

Mana-mana 3 pemain daripada pemain simpanan boleh digantikan dalam masa


sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang
digantikan tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk
mengambil tindakan penalti.

19.0 PAKAIAN PASUKAN SERTA ALATAN PERMAINAN


______________________________________________________________________
19.1

Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian atau pada pendapat Pengadil


pakaian kedua-dua pasukan sukar dibezakan maka pasukan tuan rumah iaitu

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 17

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

pasukan yang disebut dahulu di dalam Jadual Pertandingan hendaklah


menukarkan warna pakaian mereka.
19.2

Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set pakaian (jersi).

19.3

Shin-guard wajib dipakai oleh semua pemain sehingga tamat perlawanan.

19.4

Setiap pasukan hendaklah

membawa sebiji bola yang sesuai untuk

pertandingan (Matchball) yang akan dipilih oleh Pengadil sebagai bola


perlawanan.
20.0 HADIAH
______________________________________________________________________
21.0

Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut :


( EMAS ) JOHAN
1

( PERAK ) NAIB JOHAN


2

( GANGSA ) KETIGA
3

Hadiah yang disediakan merupakan medal dan trofi untuk 3 pasukan.


21.0 PENUTUP
______________________________________________________________________
Perancangan bagi pengajuran pertandingan ini dilakukan dengan teliti dan rapi dengan
harapan dapat memperlihatkan kejayaan dalam penganjuran acara sukan dan
diharapkan dapat memberi kesan yang positif kepada semua yang terlibat.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan semua oleh pihak amat kami alu-alukan bagi
menjayakan lagi pertandingan ini. Sesungguhnya, kejayaan penganjuran ini akan
mencerminkan keterampilan dan budaya kerja cemerlang di kalangan pelajar-pelajar
yang bakal menjadi anak bangsa yang berkualiti.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 18

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

Disediakan oleh,

...........................
DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DINGGUN
Setiausaha
Pertandingan Bola Sepak Terbuka Peringkat IPG Kampus Darulaman
IPGM KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARULAMAN
Disahkan oleh

.
SAMSON LIAN JUK
Pengerusi Program Pertandingan Bola Sepak Terbuka
Peringkat IPG Kampus Darulaman
IPGM KAMPUS DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARULAMAN

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 19

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

3.0 RUMUSAN
Konklusinya dalam sistem pertandingan terdapat pelbagai jenis sistem
permainan yangboleh digunapakai, salah satu daripadanya ialah sistem liga
berkumpulan. Sistem liga berkumpulan meletakkan kumpulan yang mempunyai mata
terbanyak sebagai pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan. Sistem ini juga
membenarkan pasukan untuk bertemu semua pasukan dalam kumpulan yang sama.
Sekiranya dapat mengutip mata dengan banyak maka pasukan tersebut melayakkan
diri ke pusingan akhir.
Tambahan pula dalam pengelolaan pertandingan bola sepak sistem ini
kebiasaannya digunapakai bagi tujuan memberi kepuasan bermain kepada pasukan
dalam satu kumpulan. Tidaklah seperti sistem kalah mati yang membenarkan pasukan
perlu menang dan terus menang serta sekiranya kalah akan tersingkir. Di samping itu,
pengelolaan pertandingan bola sepak ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam
memberi gambaran awal tentang penyediaan kerja kerja pengelolaan sukan yang betul.
Selain itu, dengan adanya penulisan kertas kerja seperti ini dapat membantu
para pelajar untuk mengenal dan membuat kertas kerja yang betul dan baik semasa di
sekolah kelak. Memandangkan aktiviti-aktiviti sebegini kerap dianjurkan di sekolahsekolah, maka tidak mustahil untuk kita sebagai bakal guru akan terlibat dalam proses
penyiapan kertas kerja di sekolah kelak. Pada masa yang sama kami dapat memahami
beberapa aspek berkaitan kertas kerja yang sebelum ini kami tidak ketahui.
Sebagai penyimpul kata, dapat dikatakan bahawa kertas kerja pengelolaan
sukan perlu mengandungi beberapa agenda bagi memastikan pertandingan yang bakal
dikelolakan nanti dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Kerjasama
daripada beberapa pihak dilihat amat membantu dalam proses menjalankan
PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 20

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

pertandingan bola sepak terbuka ini. Justeru kertas kerja ini tidak akan dapat
diselesaikan tanpa bantuan daripada rakan-rakan yang lain.

4.0 REFLEKSI INDIVIDU


4.1 Samson Lian Juk
Saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana atas bantuan dan bimbingan-Nya
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya bersama-sama dengan rakanrakan sekumpulan yang lain.
Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Pn Choong kerana
tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau beri sepanjang proses kami melaksanakan
tugasan kerja kursus ini. Segala bantuan daripada Puan amatlah berharga dan tidak
ternilai.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa
sahaja yang membantu kami dalam melaksanakan kerja kursus ini secara langsung
mahupun tidak.
Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat mempelajari bahawa
seseorang guru itu mampu mengelolakan sesuatu pertandingan di sekolah dengan
berkesan kelak. Tambahan pula, saya dapat mengenal dan mengetahui cara membuat
kertas kerja dengan betul dan baik.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahawa penulisan kertas kerja bukan
hanya terbatas pada program tertentu sahaja malah juga dapat digunakan dalam
pengelolaan pertandingan seperti pertandingan bola sepak ini.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 21

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

4.2 Ahmad Fadzlee Bin Donald


Tugasan GERKO ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan
saya perlu mengambilnya KKP opsyen saya . Meskipun saya tidak sebarang
peperiksaan bagi opsyen ini, saya perlu menyiapkan KKP untuk tujuan mendapatkan
markah bagi keseluruhan keputusan peperiksaan nanti.
Selain itu, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,
antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan
dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang
tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan.
Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan
komputer saya.
Di samping itu tugasan ini juga banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk
mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian yang saya jalankan ini. Namun,
banyak pengalaman yang dapat saya perolehi semasa mencari maklumat-maklumat ini.
Hal ini kerana dapat membuatkan saya lebih mahir dan cekap menggunakan
kemudahan internet dengan sebaiknya.
Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai
tugasan KKP GERKO ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap
menyelidik bagaimana cara nak mengelolakan sesuatu pertandingan. Sikap ingin
mengetahui juga dapat memberi saya sedikit sebanyak mengenai cara untuk
mengadakan pertandingan secara berkesan di sesebuah tempat mahupun sekolah.
Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 22

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

4.3 Daryllichelle Dayang Anak Dinggun


GERKO

merupakan

sesungguhnya,ia

memberi

satu

bidang

sejuta

yang

manfaat

sangat

kepada

luas
yang

pecahannya

dan

mempelajari

dan

menguasainya.Ini merupakan kesimpulan awal yang dapat saya nyatakan dalam


proses melaksanakan tugasan ini bersama rakan sekumpulan saya. Ilmu dan
pengetahuan yang dapat diperolehi melaluinya sangat bernilai sebagai bekalan kepada
kami sebagai bakal guru di masa hadapan kelak.
Seterusnya,sepanjang menyiapkan tugasan yang diberi ini, terdapat banyak ilmu
dan pengetahuan yang telah saya perolehi. Walaunpun mengalami pelbagai masalah
dan kesukaran, saya berjaya juga mengatasinya dengan bantuan pensyarah
pembimbing dan rakan-rakan saya. Tanpa mereka saya tidak mungkin dapat
menyiapkannya. Kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan mudah atau
sempurna dengan usaha sendiri.

Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini,saya

telah berganding bahu dengan rakan sekumpulan saya dalam mencari maklumat dan
menyelesaikan kertas kerja ini dengan sebaiknya.
Selain itu,saya telah mendapat pelbagai ilmu berguna sepanjang menjalankan
tugasan ini. Saya turut membuat rujukan sendiri dan juga bertanya kepada pensyarah
dan juga rakan-rakan saya berkaitan kertas kerja mengelolakan pertandingan bola
sepak. Saya turut mendapat banyak pengetahuan hasil kunjungan saya ke
perpustakaan demi mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan ini bersama rakan
sekumpulan saya.
Kesimpulannya,saya sedar dan yakin bahawa kami semua telah mendapat
sejuta manfaat melalui melalui pelaksanaan tugasan ini. Paling penting,kami telah
mempelajari betapa pentingnya peranan seorang guru dalam menyediakan kertas kerja
PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 23

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

di sekolah kelak. Sebagai seorang bakal guru,saya sedar bahawa saya memainkan
peranan yang besar bagi melakukan penulisan kertas kerja dan mengelolakan
pertandingan seperti ini.
4.4 Nur Ettika Bte Mohd Razali
Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus GERKO yang
telah diamanahkani ini. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang
telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang
membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam dan mengorbankan masa bermain.
Tambahan lagi saya telah banyak mengikuti bidang akitiviti GERKO ini. Pada mulanya
saya menganggap bidang GERKO ini semata-mata berfokus pada bermain sesuatu permainan
sahaja. Namun setelah mengkaji bidang ini dengan lebih mendalam melalui tugasan ini barulah
saya sedari bahawa terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengelolakan sesuatu
pertandingan.
Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari beberapa teknik membuat kertas kerja
berkaitan pengelolaan pertandingan bola sepak. Kemahiran ini sangat berguna dan
mendatangkan banyak faedah terutamanya dalam membantu guru-guru untuk menyiapkan
kertas-kertas kerja mereka. Tuntasnya, guru dapat mengaut pelbagai ilmu melalui proses
penulisan dan penghasilan kertas kerja pengelolaan sukan dan permainan ini.
Sebagai tambahan, saya serba sedikit dapat membuat pemaparan grafik berkaitan
sistem liga yang mana boleh digunakan untuk mengurus perlawanan antara psaukan-pasukan
bola sepak. Grafik ini bukan sahaja dapat membantu dalam menjimatkan masa malah
memudahkan sistem pertandingan dijalankan tanpa sebarang halangan.

Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau
dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kertas
kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini
terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan
untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 24

Pertandingan Bola Sepak Terbuka


Anjuran PPISMP Semester 3 Dengan Kerjasama Unit Gerko
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Darulaman.

RUJUKAN
Rujukan Buku
Helen Ten Hong Beng, Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan Sukan,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1992.
Rujukan Internet
Contoh Kertas Kerja Pengelolaan Sukan Bola Sepak
http://www.scribd.com/doc/22299033/4-Lampiran-Pengelolaan-BolaSepak
http://portal.mpklang.gov.my/esukan/pdf/bola_sepak.pdf
http://www.slideshare.net/MohdAizat/edit-kertas-kerja
Contoh Syarat Permainan Bola Sepak
http://www.mpklang.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9970b7f30f9c-4a88-aecb-4a8952b1a164&groupId=10131
http://www.sukma2002.com.my/others/rules/Bolasepak.pdf
Proses Pengelolaan Pertandingan Bola Sepak
http://jurnalpendidikan.com/permainan/proses-pengelolaanpertandingan.html
http://www.scribd.com/doc/54085817/Kertas-Kerja-an-Futsal

PPISMP Semester 3 PK ( MP ) BM / PJ / PSV 1 [ Kumpulan 3 ]

Page 25

You might also like