You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SYED IDRUS

73000 TAMPIN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB


ANJURAN PANITIA SAINS KOMPUTER

PENDAHULUAN

Pertandingan membina laman web ini dianjurkan bagi memahirkan murid dalam
pembelajaran dan pengajaran topik aturcara. Dalam masa sama mencungkil bakat, kemahiran
dan pengetahuan murid dalam pembangunan laman web.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid


ini menguasai kemahiran diri di samping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri
secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;

1.      Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua topik aturcara.

2.      Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.

3.      Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.

5.      Membimbing sikap berdikari dalam diri murid

6.      Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar


SASARAN

Kategori Menengah Atas: Sains Komputer Tingkatan 4

Kategori Menengah Rendah: Pelajar Asas Sains Komputer Tingkatan 3

(33 orang)

1.      PERATURAN PERTANDINGAN

1.1     Ahli Kumpulan

1.1.1        Terdiri daripada 3 orang murid dalam satu kumpulan

1.2     Perkakasan

1.2.1        Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan. Murid juga
digalakkan menggunakan komputer atau laptop masing-masing.

1.3     Pengadilan

1.3.1        Setiap kumpulan diminta membangunkan laman web pendaftaran kelab untuk tujuan
pengadilan.

1.3.2        Ketua kumpulan perlu membentangkan konsep rekaan laman web kumpulan mereka.

1.3.3        Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.      BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1     Butiran ;

2.1.1        Tarikh : 11 Nov 2020 – 10 Dis 2020


2.1.2        Tempoh: Sebulan

3. ANGGARAN PERBELANJAAN

No Hadiah Bilangan Harga Jumlah


seunit
1 Hadiah Tempat pertama 2 RM 50.00 RM 100.00
2 Hadiah Tempat kedua 2 RM 30.00 RM 60.00
3 Hadiah Tempat ketiga 2 RM20.00 RM 40.00
Jumlah RM 200.00

4. PENUTUP

Diharapkan cadangan KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB ini


dapat memenuhi objektif yang dinyatakan. Semoga program ini mendapat sokongan dan
penyertaan penuh daripada pelajar.

Ulasan Pengetua

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________________________

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………..
(MASTURA MOHD AZLIM) ……………………………..
Ketua Panitia Sains Komputer
LAMPIRAN:
Aplikasi Digunakan:

1. Appserv

2. Notepad++

You might also like