You are on page 1of 18

1.

SISTEM PERTANDINGAN BOLA BALING


1.1 PENGENALAN
Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring,

bola keranjang dan bola sepak. Permainan ini mulai mendapat pengiktirafan antarabangsa
sebagai satu permainan yang diminati. Dari segi populariti, bola baling sudah menjadi
permainan yang setanding dengan permainan-permainan lain.
Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock
Han (Pengarah Sukan Universiti Malaya). Beliau memperkenalkan permainan ini
kepada kumpulan guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di negeri Selangor.
Selepas itu sebuah jawatankuasa kerja, khusus untuk permainan bola baling telah
dibentuk untuk tujuan menjadi badan menyelaras bagi mempopularkan pemainan
ini khusus dalam kalangan pelajar sekolah, maktab dan universiti. Kementerian
Pendidikan serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) mengadakan
pelbagai kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan
bola baling kepada guru-guru.
Tujuannya adalah untuk mengembangkan permainan ini ke sekolah-sekolah di
seluruh negara. Pada tahun 1981 Persatuan Bola Baling Selangor/Wilayah Persekutuan telah
ditubuhkan. Pada tahun 1984 Persekutuan Bola Baling Malaysia telah ditubuhkan
dengan Encik Cheah Hai Su (Pegawai dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan,
Kementerian Pendidikan) telah dilantik sebagai Presiden manakala Encik Kan Tong
Leong sebagai Setiausaha. Pada tahun 1986 Persekutuan Bola Baling Malaysia
telah menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Asia (AHF).
Dalam usaha untuk memasukkan permainan bola baling ke dalam kelendar MSSM,
pelbagai kursus pengenalan, kepengadilan dan kejurulatihan telah dianjurkan oleh
Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya
ialah :i) Kursus Pengenalan/Kepengadilan dan Kejurulatihan telah diadakan di
Institut Aminuddin Baki pada tahun 1985
ii) Kursus Jurulatih Bola Baling MSSM di TLDM, Lumut 1985
iii) Kursus Pengadilan Bola Baling di SM Sains Selangor 1986

dan lain-lain kursus berikutnya.


peringkat umur bawah 15 tahun (Lelaki / Perempuan) yang dikelolakan oleh MSS
Selangor di Kelang. Pada tahun 1988 Pesta Bola Baling MSSM bagi peringkat
umur bawah 18 dan 12 tahun (Lelaki / Perempuan) dikelolakan oleh MSS Negeri
Sembilan di Seremban. Seterusnya bola baling diterima sebagai salah satu
permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan dibawah kelolaan MSS
Malaysia sehingga sekarang.
1.2 Definisi Pertandingan
Mengikut Johnson (1977), pertandingan adalah persaingan bersiri di mana peserta peserta yang mendapat skor yang tinggi mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal pasti sebagai
pemenang pertandingan. Pertandingan juga bertujuan menguji kemahiran pesertanya dalam
sesuatu bidang atau kemahiran. Pertandingan merupakan suatu kaedah yang digunakan
untuk menentukan pemenang-pemenang bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti pendidikan
jasmani atau apa saja aktiviti yang terdapat dalam aktiviti kurikulum atau ko-kurikulum

1.3 Tujuan-tujuan pertandingan


Antara tujuan pertandingan adalah untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta
dalam satu. Selain itu, pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan
nebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan. Tujuan seterusnya sebagai usaha
mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dalam bidang
sukan dan permainan. Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan mereka daripada
kegiatan yang merugikan diri. Tujuan selanjutnya sebagai menguji keupayaan dan kebolehan
para peserta atau para pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk ajar untuk
sesuatu tempoh. Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan atau
permainan. Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di antara ahli-ahli atau
pelajar-pelajar dan juga pertubuhanpertubuhan atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai
tujuan dan matlamat yang sama. Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin
dan menghormati undang-undang.Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak
dan sesuai untuk mewakili pertubuhan atau sekolah dalam pertandingan. Menilai rancanganrancangan latihan yang telah dikendalikan oleh satu-satu pertubuhan atau kelab.Untuk menguji
ketahanan fizikal dan mental para peserta apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin
sebelum itu tidak pernah dikenalinya.Untuk menguji keupayaan jurulatih. Menguji sambutan

orang ramai terhadap pertandingan. Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk
menghadapi pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa akan datang.

1.4 SISTEM PERTANDINGAN


Terdapat beberapa jenis pertandingan yang dilaksanakan. Ia bergantung kepada
undang-undang dan peraturan, kesesuaian acara yang dipertandingkan, kumpulan yang
menyertai pertandingan, peringkat pertandingan, kedudukan kewangan, tampat atau
gelanggang yang ada untuk menjalankan pertandingan dan jumlah masa yang diperuntukkan.
1.5 JENIS JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan sekali gus
Pertandingan kalah mati
Pertandingan kalah mati degan sagu hati
Pertandingan kalah mati dua kali
Pertandingan bentuk pyramid
Pertandingan liga
Pertandingan separuh liga
Pertandingan bentuk tangga
Pertandingan bentuk corong
Pertandingan bentuk serombong
1.5.1 Pertandingan Sistem Liga
Pertandingan menggunakan sistem liga ini bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain
dengan pasukan-pasukan lain. Sistem ini mengambil tempoh yang panjang. Sistem
pertandingan mengambil masa yang lama terutamanya apabila terdapat banyak pasukan
menyertai pertandingan itu.Johan yang diperolehi adalah memang pasukan yang terbaik.
Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola keranjang dan ragbi terutamanya pertandingan
di peringkat dunia.terdapat banyak kebaikan dalam pertandingan sistem liga ini. Antaranya
adalah tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara satu dengan lain sama ada bermain
sekali atau dua kali. Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih banyak
perlawanan. Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat penilaian tentang pemainpemain pasukan sendiri atau pasukan lawan dan kelemahan-kelemahan pasukan lawan.
Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini kerana mungkin ada pasukan yang
sudah tiada peluang untuk menjuarai pertandingan itu. Minat pertandingan dikekalkan Betulbetul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib sahaja.

Kelemahan Sistem Liga


Memakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yang
panjang untuk dihabiskan.
Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistem
kalah mati dan ini akan membebankan pasukan-pasukan
yang bertanding. Kadang-kadang, johan telah diketahui sebelum pertandingan
tamat. Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik

atau sekadar menghabiskan jadual pertandingan sahaja.

Langkah-langkah untuk menentukan jumlah


pasangan perlawanan dalam Sistem Pertandingan
Liga
. Bilangan atau jumlah perlawanan yang
harus diadakan dalam satu-satu
pertandingan menggunakan sistem liga
boleh ditentukan menggunakan formula.
. Jumlah bilangan peserta/pasukan yang
menyertai pertandingan ( N )
. Memberikan setiap peserta satu nombor
dan nombor ini akan digunakan untuk
mewakili setiap peserta dalam
pertandingan itu.
Menentukan jumlah bilangan perlawanan
dalam pertandingan ( L )
L = N ( N-1 )
2
N = Jumlah bilangan peserta/pasukan
yang meyertai pertandingan
. Menentukan bilangan pusingan perlawanan
(M)
M=N-1
. Menyusun pasangan perlawanan
Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Genap
. Jumlah bilangan pasukan
N=6
. Jumlah bilangan perlawanan L
= N ( N-1 ) = 6( 6-1 ) = 30 = 15
222
. Bilangan pusingan perlawanan M
= N-1 = 6-1= 5
Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka
genap adalah senang.
. Pertandingan dijalankan secara berpasangan.
. Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak
bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu
hingga kombinasi yang mula didapati kembali.
1-21-61-51-41-3
6-35-24-63-52-4
5-44-33-22-66-5
Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabila
bilangan penyertaan pasukan yang mengambil

bahagian berangka ganjil.


. Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil
dapat dilakukan dengan mencukupkan
kumpulan supaya menjadi genap.

Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan


akan dijadualkan satu petanding mendapat bye.
. Bye bermaksud pasukan atau peserta yang
perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan
pusingan pertama.
. Proses penyusunan pasangan perlawanan
dimulakan dengan kedudukan bye ditetapkan
pada setiap pusingan

Penyusunan Pertandingan Mengikut


Pusingan Berangka Ganjil
. Jumlah bilangan peserta/pasukan N = 5
. Jumlah bilangan perlawanan L
= N ( N-1 ) = 5( 5-1 ) = 10
22
. Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5

Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan


tuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri.
. Misalnya bentuk liga tujuh pasukan
54321
4-13-52-41-35-2
3-22-11-55-44-3
. Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.
. Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama dan
pasukan lain bermain antara satu sama lain.
. Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.

Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah,


manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.
. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, semua nombor berubah dan
pasukan yang di belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu
bye.
. Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi jumlah
pasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan
melibatkan lima pusingan perlawanan.
. Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah
kurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

Setiap pasukan akan bertanding antara satu


sama lain dan markah atau mata akan
ditentukan.
Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata
. Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu
mengisi satu jadual keputusan pertandingan
untuk mengisi mata.

Pertandingan Separuh Liga


. Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan
dan permainan.
. Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya di
peringkat antarabangsa seperti bola sepak piala
dunia.
. Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
dan pertandingan diadakan secara sistem liga
dalam kumpulan pada peringkat awal.
. Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan

bertanding secara kalah mati di peringkat kedua.

Pertandingan Kalah Mati


Sesuai digunakan apabila:
. masa pertandingan adalah terhad .
. jumlah penyertaan adalah besar.
. sumber kewangan terhad.
. tenaga kerja tidak mencukupi dan
. Tempat/gelanggang terhad.

Kebaikan Sistem Kalah Mati Sekali


. Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif
atau terlalu bersif at defensif.
. Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat
perlawanan akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Ini
sudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat.
. Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.

Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali


. Terdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuah
pasukan mengalami kekalahan. Ini tidak memadai
dengan persiapan dan persediaan yang dilakukan.
. Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta
dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.
. Kemungkinan pasukan yang menjadi juara, tidak benar benar handal kerana kemenangan yang dicapai
mungkin banyak bergantung kepada nasib yang
menyebelahi mereka dalam satu-satu perlawanan.

Kalah mati Tanpa bye


. Bilangan pasukan atau peserta berjumlah asas lapan.
. Bye bermaksud peserta/pasukan perlu menunggu tanpa
memasuki pertandingan pusingan pertama.
. Peserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringkat
pusingan kedua.
. peserta atau pasukan bye akan terus bertanding
dengan peserta atau pasukan yang menang peringkat

pertama

Kalah Mati dengan bye


. bilangan pasukan atau peserta tidak
berjumpa asas lapan.
x8
9?
Untuk melengkapkan jadual
pertandingan bukan asas lapan bye
perlu digunakan.

CARA PENGIRAAN BYE


. Bye ditentukan dengan menggunakan dua
ganda iaitu 2-kuasa satu 2-kuasa dua, 2kuasa tiga, 2kuasa empat
. Pengiraan dilakukan dengan mengambil dua
ganda yang lebih besar daripada jumlah
penyertaan menolak jumlah penyertaan yang
ada.
. Bagi 9 peserta byenya adalah
2-kuasa empat - 9
16 9 = 7 bye

Peraturan-peraturan untuk menentukan


pasukan atau peserta yang menunggu
dalam sesuatu Pertandingan Sistem Kalah
Mati dengan bye.
i. Penanti perlu diletakkan dalam pusingan
awal sahaja (pertama).
ii. Penempatan pasukan dan peserta hendaklah
ditentukan dengan pengundian dan

sismetrikal jika ia merupakan pertandingan


kali pertama.
iii. Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penanti
yang merupakan johan dan naib johan tahun
lepas diletak dahulu dan yang lain melalui
pengundian.

Peraturan-peraturan:
. Pengundian akan diadakan.
. Setiap pasukan atau peserta terus bertanding
jika menang sehingga menjadi johan.
. Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan
terus terkeluar daripada pertandingan sama ada
pertandingan peringkat pertama atau
seterusnya.

Pertandingan Kalah Mati


Dua Kali
. Dilaksanakan dalam bidang sukan dan
permainan.
. Pertandingan ini dapat memberi peluang
kepada pasukan atau peserta yang kalah pada
peringkat pusingan awal meneruskan
permainannya.

Pertandingan Kalah Mati


Dua Kali
. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukan
atau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam
dua perlawanan.
. Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami
kekalahan dua kali, mereka tersingkir daripada
pertandingan tersebut.
. Seterusnya, pertandingan diadakan sehingga
keputusan bagi menentukan johan diperoleh.

You might also like