You are on page 1of 9

Persepsi Pelajar Terhadap Pengurusan Homeroom Di Mrsm Kuala Kubu Bharu

Nor Samila Ishak¹, Nurzamzatul Islamiah Ahmad Zaidi² & Amelia Noor Jefry³

MRSM Kuala Kubu Bharu

sarmila.ishak@mara.gov.my

Abstrak:

Sistem homeroom merupakan nadi utama yang dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Se-Malaysia. Program homeroom bertujuan mewujudkan perasaan kekeluargaan dan membantu
menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta menimbulkan suasana seperti di rumah
dalam kalangan penasihat homeroom sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri. Namun
begitu, kajian persepsi terhadap homeroom kurang dijalankan. Sehubungan dengan itu, kajian ini
dibuat adalah untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pengurusan homeroom dari aspek penasihat
homeroom, modul aktiviti dan hal lain-lain seperti masa, tempat dan sebagainya di MRSM KKB.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik Persepsi Pelajar Terhadap Pengurusan
Homeroom sebanyak 32 item. Sampel terdiri daripada 156 pelajar lelaki dan 161 pelajar perempuan.
Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Science Social
(SPSS) versi 23. Statistik deskriptif seperti peratusan, kekerapan, dan min juga digunakan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap penasihat homeroom berada di tahap sederhana
iaitu min 3.36 manakala persepsi pelajar terhadap modul/pengisian aktiviti homeroom juga berada di
tahap sederhana iaitu min 3.08. Kajian juga menunjukkan persepsi pelajar terhadap hal lain-lain juga
berada di tahap sederhana iaitu min 3.00. Beberapa aspek perlu diambil perhatian dan tindakan
daripada kajian yang dijalankan bagi penambahbaikan pengurusan homeroom agar menjadi berkesan
dan sistematik.

Kata Kunci: Persepsi, Pelajar, Pengurusan, Homeroom.

1.0 Pendahuluan

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan satu institusi menempatkan pelajar-pelajar
yang terpilih untuk menyambung di peringkat pendidikan menengah dari tingkatan satu
hingga tingkatan lima. MRSM menyediakan pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan
sains dan teknologi. Selain itu, MRSM telah melaksanakan sistem homeroom iaitu satu
sistem teras dan hanya wujud dalam sistem pendidikan MRSM. Menurut Hussain Ibrahim
(1980) sistem ini telah diperkenalkan sejak tahun 1972 serentak dengan penubuhan MRSM
yang pertama iaitu di Seremban, Negeri Sembilan. Program homeroom ini melibatkan semua
pelajar sebagai ahli homeroom yang dibimbing oleh guru penasihat yang dilantik oleh pihak
maktab. Sistem homeroom ini terus diperkembangkan ke MRSM lain yang ditubuhkan
selepasnya. Justeru itu, pihak Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) mengambil
inisiatif sebagai penyeleras homeroom di MRSM Kuala Kubu Bharu dalam menjalankan kajian
mengenai persepsi pelajar terhadap pengurusan homeroom.

2.0 Latar Belakang Masalah

Sistem homeroom ini merupakan satu sistem unik yang mempunyai konsep dan ciri-ciri yang
tersendiri yang hanya dilaksanakan di MRSM sahaja. Hal yang demikian kerana sistem
Homeroom ini berbeza dengan sistem pendidikan kementerian yang lain. Sebelum ini,
menurut Mohd Hussain Ibrahim (1980) dan Md Yusof Md Arshad (1999) menyatakan
bahawa program homeroom telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di Amerika
Syarikat. Menurut Mohd Hussain Ibrahim (1980), sistem ini telah diperkembangkan dan
diselaraskan dengan budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.. Jadi, pihak pengurusan
maktab rendah sains MARA mula melaksanakan program homeroom ini di semua MRSM
Se-Malaysia. Selain itu, homeroom juga dikenali sebagai sebuah keluarga di mana semua
guru berperanan sebagai ibu bapa yang menjaga dan mendidik anak-anak homeroomnya.
Dalam Buku Panduan Guru (2000) Jamaluddin Abdul Hamid menyatakan homeroom juga
merupakan satu unit yang terdiri daripada pelajar di bawah bimbingan guru penasihat yang
akan melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan keperibadian setiap ahli dan hubungan
sosial dengan orang lain. Guru penasihat homeroom juga bertanggungjawab ke atas
perkembangan setiap individu anak homeroom sama ada yang berkaitan dengan
perkembangan akademik, disiplin, kebajikan, emosi serta rekod peribadi.

3.0 Kenyataan Masalah

Program homeroom telah dijalankan di semua MRSM yang tertumpu kepada guru penasihat
dan pelajar. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada pengurusan dalam program
Homeroom itu sendiri bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap pengurusan homeroom ini.
Pihak pengurusan menginginkan guru penasihat menjalankan peranan dan tanggungjawab
dengan baik dalam menjalankan program homeroom ini. Walaubagaimanapun, terdapat
ketidakseragaman antara guru penasihat dan pelajar dalam homeroom itu sendiri. Sesetengah
guru tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik seperti tidak mengambil berat perihal
anak-anak homeroom. Selain itu, guru penasihat juga mempunyai perselisihan di mana guru
penasihat tidak dapat mencapai objektif yang diinginkan dalam homeroom itu sendiri.
Tambahan pula, sebahagian pelajar juga membandingkan guru penasihat dengan guru
penasihat lain yang boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selain itu, kajian
yang berkait dengan persepsi terhadap pengurusan homeroom amat jarang dijalankan. Justeru
itu, pengkaji melakukan satu kajian untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pengurusan
homeroom di MRSM Kuala Kubu Bharu.

4.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


i. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap guru penasihat homeroom.
ii. Mengetahui persepsi pelajar terhadap modul homeroom.
iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap hal-hal lain yang berkaitan dengan
homeroom.

5.0 Metodologi Kajian


5.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih adalah dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini
menggunakan soal selidik berbentuk soalan tertutup.

5.2 Instrumen Kajian

Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah soal selidik Persepsi Pelajar Terhadap
Pengurusan Homeroom sebanyak 32 item yang terdiri daripada 3 bahagian utama kajian. Soal
selidik ini menggunakan secara talian melalui google form kepada responden. Soal selidik ini
menggunakan skala Likert dengan 4 pilihan jawapan berbeza seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Perincian Skala Likert 1 hingga 4

STS TS S SS
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
5.3 Sampel Kajian

Populasi kajian melbatkan seramai 317 orang pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu terdiri
daripada pelajar tingkatan 1 hingga lepasan SPM 2018 yang mengambil bahagian sebagai
respoden dalam kajian ini.

5.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Dalam kajian ini, nilai kebolehpercayaan keseluruhan item soalan adalah pada nilai alpha
0.901. Oleh itu, tahap kebolehpercayaan bagi instrument kajian adalah tinggi.

5.5 Analisis Data

Data yang diperolehi daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package For Science Social (SPSS) versi 23 dalam bentuk statistik deskriptif seperti
kekerapan, peratusan dan min. Analisis interpretasi tahap skor min dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Ukuran pada jadual 1 digunakan bagi
mentafsir taburan min dan penentuan tahap skor min.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min

Skor Min 1 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00
Tahap Min Rendah Sederhana Tinggi
Sumber: Sumarni, 2000

6.0 Hasil Analisis

Dapatan kajian akan membincangkan hasil dapatan berdasarkan objektif-objektif yang telah
dibentuk.

6.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden

Jadual 3: Analisis Profil Responden

Faktor Demografi Item Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 156 49.2

Jantina Perempuan 161 50.8

Satu 94 29.7
Dua 50 15.8
Tingkatan
Tiga 32 10.1
Empat 40 12.6
Lima 57 18.0
Lepasan SPM 2018 44 13.9
Jumlah 317 100%

Latar belakang responden dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 156 orang (49.2%) adalah
responden lelaki dan 161 orang (50.8%) adalah responden perempuan. Seramai 94 orang
(29.7%) responden dari tingkatan satu, 50 orang (15.8%) responden dari tingkatan dua, 32
orang (10.1%) responden dari tingkatan tiga, 40 orang (12.6%) responden dari tingkatan
empat dan 57 orang (18.0%) responden daripada tingkatan 5 serta 44 orang (13.9%) daripada
lepasan SPM 2018.

6.2 Bahagian B: Persepsi Pelajar Terhadap Penasihat Homeroom

Jadual 3: Analisis mengkaji tahap persepsi pelajar terhadap penasihat Homeroom.

Kekerapan (Peratusan)
Bil Item STS TS S SS Min S.P. Tahap
(1) (2) (3) (4)
1 Penasihat 7 11 135 164 3.44 0.67 Sederhana
homeroom saya (2.2%) (3.5% (42.6%) (51.7%)
sentiasa memberi
kata-kata motivasi
kepada saya.
2 Penasihat 9 38 185 85 3.09 0.70 Sederhana
homeroom saya (2.8%) (12.0%) (58.4%) (26.8%)
sentiasa berada di
sisi saya ketika
saya dalam
kesusahan.
3 Penasihat 11 31 146 129 3.24 0.76 Sederhana
homeroom saya (3.5%) (9.8%) (46.1%) (40.7%)
suka berkongsi
pengalaman hidup
beliau semasa
aktiviti homeroom
dijalankan.
4 Penasihat 8 14 151 144 3.36 0.68 Sederhana
homeroom saya (2.5%) (4.4%) (47.6%) (45.4%)
selalu memberi
tunjuk ajar kepada
saya jika saya
memerlukan
pertolongan.
5 Penasihat 9 15 150 143 3.35 0.70 Sederhana
homeroom saya (2.8%) (4.7%) (47.3%) (45.1%)
sentiasa memberi
sokongan dan
dorongan kepada
saya.
6 Penasihat 10 13 124 170 3.43 0.72 Sederhana
homeroom saya (3.2%) (4.1%) (39.1%) (53.6%)
selalu sabar
dengan ragam ahli
homeroom saya.
7 Penasihat 13 24 132 148 3.31 0.78 Sederhana
homeroom saya (4.1%) (7.6%) (41.6%) (46.7%)
adalah seorang
yang sporting.
8 Saya sangat 7 7 88 215 3.61 0.64 Sederhana
menghargai (2.2%) (2.2%) (27.8%) (67.8%)
penasihat
homeroom saya.
9 Saya sangat 9 17 139 152 3.37 0.71 Sederhana
menyenangi (2.8%) (5.4%) (43.8%) (47.9%)
karakter guru
penasihat
homeroom saya.
10 Layanan guru 9 11 125 172 3.45 0.69 Sederhana
penasihat (2.8%) (3.5%) (39.4%) (54.3%)
homeroom saya
terhadap ahli
homeroom sangat
baik.
Min keseluruhan 3.36 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan min yang tertinggi daripada 10 item adalah 3.61, SP=
0.64 bagi item 8 iaitu “Saya sangat menghargai penasihat homeroom saya”. Seramai 215
orang (67.8%) menyatakan tahap persepsi yang “Sangat Setuju” manakala seramai 88 orang
(27.8%) bagi skala Setuju. Manakala bagi min yang terendah ialah 3.09, SP= 0.70 bagi item 2
iaitu “Penasihat homeroom saya sentiasa berada di sisi saya ketika saya dalam kesusahan”.
Seramai 85 orang (26.8%) menyatakan tahap persepsi “Sangat Setuju” dan seramai 185 orang
(58.4%) bagi skala Setuju. Manakala bagi skala Tidak Setuju menunjukkan seramai 38 orang
(12.0%) dan seramai 9 orang (2.8%) bagi skala Sangat Tidak Setuju. Min keseleruhan bagi
tahap persepsi pelajar terhadap penasihat Homeroom adalah 3.36 (tahap sederhana).

6.3 Bahagaian C: Persepsi pelajar terhadap modul aktiviti Homeroom


Jadual 4: Analisis mengkaji tahap persepsi pelajar terhadap modul aktiviti homeroom.

Kekerapan (Peratusan)
Bil Item STS TS S SS Min S.P. Tahap
(1) (2) (3) (4)
1 Modul pertemuan 16 39 149 113 3.13 0.81 Sederhana
homeroom membantu (5.0%) (12.3%) (47.0%) (35.6%)
mengeratkan hubungan
saya dan ahli homeroom.
2 Modul aktiviti homeroom 18 62 166 71 2.91 0.80 Sederhana
meningkatkan keyakinan (5.7%) (19.6%) (52.4%) (22.4%)
saya
3 Saya berasa seronok 16 57 159 85 2.99 0.80 Sederhana
dengan modul aktiviti- (5.0%) (18.0%) (50.2%) (26.8%)
aktiviti homeroom yang
disediakan.
4 Modul homeroom 10 44 184 79 3.05 0.71 Sederhana
membantu saya dalam (3.2%) (13.9%) (58.0%) (24.9%)
menambahkan ilmu
pengetahuan saya.
5 Modul homeroom dapat 10 28 168 111 3.20 0.72 Sederhana
mengasah bakat saya (3.2%) (8.8%) (53.0%) (35.0%)
dalam berkomunikasi
sesama ahli homeroom.
6 Saya suka pertemuan 6 47 106 158 3.31 0.79 Sederhana
homeroom tanpa (1.9%) (14.8%) (33.4%) (49.8%)
menggunakan modul
homeroom yang ditetapkan
semasa pertemuan
homeroom.
7 Modul homeroom dapat 14 53 181 69 2.96 0.75 Sederhana
membantu saya menjadi (4.4%) 16.7%) (57.1%) (21.8%)
seorang yang kreatif.
8 Modul pertemuan 11 59 179 68 2.96 0.73 Sederhana
homeroom di maktab saya (3.5%) (18.6%) (56.5%) (21.5%)
adalah teratur dan
terancang.
9 Saya suka melibatkan diri 7 26 157 127 3.27 0.70 Sederhana
dalam aktiviti homeroom. (2.2%) (8.2%) (49.5%) (40.1%)
10 Modul aktiviti pertemuan 11 43 177 86 3.07 0.73 Sederhana
homeroom dapat (3.5%) (13.6%) (55.8%) (27.2%)
membantu saya
meningkatkan potensi diri.
Min keseluruhan 3.08 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan min yang tertinggi adalah 3.31, SP= 0.79 bagi item 6
iaitu “Saya suka pertemuan homeroom tanpa menggunakan modul homeroom yang
ditetapkan semasa pertemuan homeroom”. Seramai 158 orang (49.8%) menyatakan tahap
persepsi yang “Sangat Setuju” manakala seramai 106 orang (33.4%) bagi skala Setuju.
Manakala bagi min yang terendah ialah 2.91, SP= 0.80 bagi item 2 iaitu “Modul aktiviti
homeroom meningkatkan keyakinan saya”. Seramai 71 orang (22.4%) menyatakan tahap
persepsi “Sangat Setuju” dan seramai 166 orang (52.4%) bagi skala Setuju. Manakala bagi
skala Tidak Setuju menunjukkan seramai 62 orang (19.6%) dan seramai 18 orang (5.7%) bagi
skala Sangat Tidak Setuju. Min keseleruhan bagi tahap persepsi pelajar terhadap modul
aktiviti adalah 3.08 (tahap sederhana).

6.4 Bahagian D: Persepsi pelajar terhadap hal lain-lain yang berkaitan dengan
Homeroom.
Jadual 5: Analisis mengkaji persepsi pelajar terhadap hal lain-lain yang berkaitan dengan
Homeroom.

Kekerapan (Peratusan) S.P


Bil Item STS (1) TS (2) S (3) SS (4) Min S.P. Tahap
1 Masa pertemuan bersama 41 111 106 59 2.58 0.93 Sederhana
ahli homeroom seminggu (12.9%) (35.0%) (33.4%) (18.6%)
sekali adalah cukup bagi
saya.
2 Saya suka pertemuan 58 82 99 78 2.62 1.04 Sederhana
homeroom 2 minggu (18.3%) (25.9%) (31.2%) (24.6)
sekali.
3 Masa pertemuan 46 106 117 48 2.56 1.03 Sederhana
homeroom selama satu (14.5%) (33.4%) (36.9%) (15.1%)
jam adalah cukup bagi
saya.
4 Saya berasa selesa 9 51 157 100 3.10 0.76 Sederhana
dengan suasana tempat (2.8%) (16.1%) (49.5%) (31.5%)
pertemuan homeroom.
5 Tempat pertemuan 7 53 182 75 3.03 0.70 Sederhana
homeroom sangat sesuai (2.2%) (16.7%) (57.4%) (23.7%)
dengan aktiviti yang
dijalankan.
6 Waktu pertemuan rasmi 22 51 177 67 2.91 0.80 Sederhana
homeroom pada pukul (6.9%) (16.1%) (55.8%) (21.1%)
2.40pm hingga 3.40pm
pada setiap hari isnin
adalah masa yang sesuai
untuk pertemuan rasmi
homeroom.
7 Alatan/bahan-bahan 14 46 205 52 2.93 0.69 Sederhana
modul yang disediakan (4.4%) (14.5%) (64.7%) (16.4%)
adalah sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan.
8 Bahan-bahan modul yang 11 51 206 49 2.92 0.67 Sederhana
digunakan adalah cukup (3.5%) (16.1%) (65.0%) (15.5%)
bagi saya.
9 Saya suka dengan 11 30 140 136 3.26 0.77 Sederhana
presiden dan timbalan (3.5%) (9.5%) (44.2%) (42.9%)
presiden yang telah
dipilih mengikut undian.
10 Pada pendapat saya, 2 10 132 173 3.50 0.59 Sederhana
fungsi dan peranan guru (0.6%) (3.2%) (41.6%) (54.6%)
homeroom seharusnya
lebih fleksibel dan tidak
hanya berfokus pada
pertemuan rasmi
homeroom sahaja.
11 Saya sentiasa menunggu 7 38 156 116 3.20 0.73 Sederhana
pertemuan homeroom (2.2%) (12.0%) (49.2%) (36.6%)
bersama penasihat dan
ahli homeroom saya.
12 Hubungan saya dengan 2 22 140 153 3.40 0.64 Sederhana
rakan ahli homeroom (0.6%) (6.9%) (44.2%) (48.3%)
saya sangat baik.
Min keseluruhan 3.00 Sederhana

Berdasarkan Jadual 5 menunjukkan min yang tertinggi daripada 12 item adalah 3.50, SP=
0.59 bagi item 10 iaitu “Pada pendapat saya, fungsi dan peranan guru homeroom seharusnya
lebih fleksibel dan tidak hanya berfokus pada pertemuan rasmi homeroom sahaja”. Seramai
173 orang (54.6%) menyatakan tahap persepsi yang “Sangat Setuju” manakala seramai 132
orang (41.6%) bagi skala Setuju. Manakala bagi min yang terendah ialah 2.56, SP=1.04 bagi
item 3 iaitu “Masa pertemuan homeroom selama satu jam adalah cukup bagi saya”. Seramai
48 orang (15.1%) menyatakan tahap persepsi “Sangat Setuju” dan seramai 117 orang (36.9%)
bagi skala Setuju. Manakala bagi skala Tidak Setuju menunjukkan seramai 106 orang
(33.4%) dan seramai 46 orang (14.5%) bagi skala Sangat Tidak Setuju. Min keseluruhan bagi
tahap persepsi pelajar terhadap hal lain-lain adalah 3.00 (tahap sederhana).

7.0 Perbincangan

Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap penasihat homeroom berada di
tahap sederhana. Hasil dapatan menunjukkan hampir keseluruhan pelajar (95.6%) yang
menyatakan “saya sangat menghargai penasihat homeroom saya”. Daripada kajian ini,
kemungkinan penasihat homeroom menjalankan peranan sebagai pengganti ibu bapa di
sekolah dengan baik dan menganggap anak-anak homeroom sebagai anak sendiri. Walau
bagaimanapun, 270 responden (85.2%) menyatakan setuju bagi item “Penasihat homeroom
saya sentiasa berada di sisi saya ketika saya dalam kesusahan”. Ini disebabkan oleh penasihat
homeroom yang kurang meluangkan masa dan jarang bersama dengan anak homeroom ketika
sesi pertemuan dijalankan.

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap modul
aktiviti homeroom berada di tahap sederhana. Kebanyakan pelajar kurang bersetuju bagi item
“Modul aktiviti homeroom meningkatkan keyakinan saya” kerana modul yang ditetapkan
kurang memberi impak yang positif kepada pelajar untuk berinteraksi dengan ahli homeroom
yang lain. Manakala, ramai pelajar yang menyatakan setuju bagi item “Saya suka pertemuan
homeroom tanpa menggunakan modul homeroom yang ditetapkan semasa pertemuan
homeroom”. Ini berdasarkan hasil kajian, pelajar menyatakan modul yang disediakan kurang
menarik dan kurang mencabar. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti homeroom di luar
yang fleksibel dan berkonsepkan permainan.

Dapatan kajian bagi tahap persepsi pelajar terhadap hal-hal lain juga adalah di tahap
sederhana. Kajian mendapati hampir keseluruhan pelajar (96.2%) yang menyatakan “Pada
pendapat saya, fungsi dan peranan guru homeroom seharusnya lebih fleksibel dan tidak
hanya berfokus pada pertemuan rasmi homeroom sahaja”. Menurut Abu Bakar Ab Wahab
(2006), peranan dan fungsi guru homeroom tidak semestinya berfokus pada pertemuan rasmi
sahaja, akan tetapi peranan guru homeroom berperanan sebagai ibu atau bapa angkat,
pembimbing, kaunselor, fasilitator dan tempat rujukan dalam segala hal bagi anak-anak
homeroomnya. Selain itu, seramai 162 pelajar menyatakan item “Masa pertemuan homeroom
selama satu jam adalah cukup bagi saya”. Berdasarkan hasil kajian, pelajar menyatakan masa
sesi pertemuan homeroom perlu dipanjangkan bagi memberi ruang kepada guru penasihat
dan anak-anak homeroom merapatkan ukhwah dan saling berkongsi antara satu sama lain.

8.0 Kesimpulan

Hasil dapatan mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap pengurusan homeroom adalah
berada di tahap sederhana. Kebanyakannya pelajar menghargai guru penasihat masing-
masing dan menyukai layanan guru penasihat terhadap anak-anak homeroomnya. Jadi secara
keseluruhannya, sistem homeroom ini telah disambut dengan baik oleh guru, pelajar dan
pihak pengurusan yang terlibat. Sehubungan dengan itu, sistem homeroom ini perlu
diteruskan sebagai satu program yang penting dalam sistem pendidikan di MRSM. Oleh itu,
program homeroom, haruslah diperkasakan dengan melaksanakan pelbagai program yang
boleh meningkatkan dan memberi nilai modal insan sama ada guru-guru penasihat atau pun
pelajar-pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu.

Rujukan

Abu Bakar Ab Wahab, 2006. Keperluan Latihan Profesional di Kalangan Guru-Guru


Penasihat Homeroom di Maktab Rendah Sains Mara: Satu Kajian Tinjauan, Tesis
Master: UKM

You might also like