You are on page 1of 55

SISTEM MEKANIKAL

• Sistem mekanikal adalah sistem yang paling


banyak digunakan di dalam kehidupan
seharian
• Sistem mekanikal terdiri daripada beberapa
sistem ringkas.
• Kebanyakan sistem-sistem ringkas ini dapat
didapati pada sebuah basikal
Sistem tuas

Sistem engkol

Sistem gear
SISTEM MEKANIKAL
Sistem-sistem ringkas di dalam sistem mekanikal :
Sistem tuas

Sistem takal
Sistem gear

Sistem pneumatik
Sistem hidraulik
SISTEM TUAS
• Sistem tuas dapat menghasilkan daya yang besar
dari beban atau daya yang kecil.
• Sistem tuas terdiri daripada
satu palang yang diletakkan
pada sangga seperti dalam rajah.
• Contoh peralatan yang menggunakan sistem tuas
ialah gunting,brek basikal dan silinder
dakwat pada mesin pencetak surat
khabar.
SISTEM TUAS
SISTEM TAKAL
• Sistem takal mengandungi roda berlurah
yang di pasang pada aci dan tali sawat.
• Biasanya ia mempunyai dua takal iaitu takal
pemacu dan takal pengikut.
• Sistem takal dapat dilihat pada tiang
bendera, pancing dan mesin gerudi.
SISTEM TAKAL

SISTEM TAKAL
SISTEM ULIR SKRU
• Sistem yang menggunakan geligir berpintal
yang seragam bentuknya untuk mengangkat
atau memindahkan beban
• Gambar menunjukkan beberapa
jenis ulir skru
SISTEM GEAR
• Gear digunakan untuk memindahkan daya
dan mengubah daya kilas pergerakan mesin.
• Pemindahan ini berlaku melalui aci yang di
sambungkan kepada gear.
• Gear mempunyai gigi yang akan bercantum
dengan pasangannya dan pasangan gear
mestilah mempunyai gigi yang sama.
SISTEM GEAR
1. Pada asasnya terdapat 5 jenis gear iaitu:
• Gear taji (spur gear)
• Gear helik (helical gear)
• Gear serong
• Gear belitan
• Gear rak dan pinan
GEAR TAJI
• Juga di panggil spur gear.
• Gear taji adalah gear yang biasa digunakan dalam
banyak kelengkapan.
• Gear taji mempunyai barisan gigi yang lurus dan
disusun secara selari dalam bentuk membulat.
• Adakalanya gear taji digunakan dengan banyak
sekali di dalam satu- satu kelengkapan untuk
mengurangkan daya kilasan pada gear.
GEAR TAJI
• Walaupun gear ini adalah gear yang paling
biasa digunakan dalam sistem gear, namun
gear taji ini kurang digunakan di dalam
pembinaan enjin kereta.
• Ini adalah kerana gigi gear yang lurus akan
menghasilkan bunyi yang agak bising
apabila pasangan gear ini bertemu.
GEAR TAJI
Gear taji di
dalam mesin
basuh
GEAR HELIK
• Gear helik adalah satu lagi jenis gear yang biasa
digunakan.
• Gear helik mempunyai gigi yang menyerong pada
sudut tertentu dan disusun secara selari dalam
bentuk membulat.
• Potongan gigi yang sebegini menjadikan gear
helik dapat bergerak dengan lebih lancar dan
kurang bising.
• Gear ini banyak digunakan di dalam sistem gear
pada enjin kereta
GEAR HELIK
GEAR HELIK
GEAR SERONG
• Juga dikenali sebagai bevel gear
• Digunakan apabila arah putaran aci perlu di
ubah arah putaran.
• Gear serong ini biasanya di temukan pada
sudut 90 darjah.
GEAR SERONG
GEAR SERONG
GEAR BELITAN
• Gear belitan digunakan apabila reduksi gear yang
lebih besar diperlukan.
• Belitan akan dapat memusingkan gear dengan
mudah namun gear tidak akan dapat memusingkan
kembali belitan.
• Ini adalah kerana sudut pada belitan adalah sangat
sempit jadi apabila gear cuba hendak memutarkan
kembali belitan, daya geseran antara kedua-
duanya akan menyebabkan ia terkunci.
• Gear ini amat berguna kepada kenderaan di mana
ia akan berfungsi seperti brek apabila
kenderaan tidak bergerak
GEAR RAK DAN PINAN
• Gear ini digunakan untuk menukar
pergerakan membulat kepada pergerakan
lurus.
• Contoh yang paling mudah ialah pada
stereng kereta.
SISTEM PNEUMATIK
• Pneumatik adalah perkataan bahasa Inggeris yang
dipinjamkan daripada bahasa Yunani yang
bermaksud nafas.
• Pada mulanya ia berkaitan sains gerakan dan ciri
udara.
• Kini pneumatik merangkumi ciri aksi dan
penggunaan gas yang meliputi angin yang berada
pada tekanan lebih tinggi atau tekanan lebih
rendah daripada tekanan atmosfera.
SISTEM PNUEMATIK
• Pneumatik bereti kajian mengenai sistem, mesin
dan peranti yang dikendalikan oleh tekanan udara
atau vakum (tiada udara)
• Kawalan pneumatik digunakan secara meluas
dalam industri pembuatan, proses perhubungan,
pengangkutan dan pembinaan.
• Komponen pneumatik terdiri daripada pemampat,
penerima udara, silinder, injap dan motor udara.
PEMAMPAT UDARA
• Sistem pneumatik bergantung kepada pembekalan
udara termampat pada tekanan yang sesuai.
• Komponen terpenting bagi sistem pneumatik
adalah pemampat. Pemampat adalah mesin yang
menyedut udara, gas atau wap dan
mengeluarkannya pada tekanan lebih tinggi
daripada tekanan asal.
• Pemampat terbahagi kepada 2 iaitu :
a) Pemampat turbo
PEMAMPAT UDARA
• Digunakan untuk menghasilkan udara bertekanan
rendah pada kuantiti yang banyak.
b) Pemampat anjakan positif
• Pemampat yang biasa digunakan
• Sangat sesuai untuk menghasilkan udara mampat
pada pelbagai tekanan.
• Dua jenis- pemampat salingan
• pemampat berputar
PEMAMPAT PNUEMATIK
PEMAMPAT PNUEMATIK
GAMBAR SKEMATIK
PEMAMPAT UDARA
PENERIMA UDARA
• Penerima udara akan dipasang selepas
pemampat udara.
• Ia berfungsi untuk menerima udara mampat
dan menyamakan tekanan pada keseluruhan
sistem agihan udara.
• Selain itu penerima udara juga mempunyai
penapis yang akan mengasingkan air
daripada pemeluwapan udara mampat.
PENERIMA UDARA
PENAPIS UDARA
SILINDER UDARA
• Silinder ialah peranti yang menukarkan
tenaga statik udara mampat ke tenaga
mekanik.
• Ia digunakan sebagai penggerak untuk
menjalankan kerja. Gambar menunjukkan
beberapa jenis silinder pneumatik.
SILINDER UDARA
INJAP UDARA
• Injap kawalan arah
– Digunakan sebagai peranti untuk memula, menamat
dan mengarah aliran udara.
• Injap sehala
– Membenarkan udara mamapat melaluinya satu arah
sahaja.
• Injap kawalan tekanan
– Berfungsi untuk mengawal tekanan udara mampat yang
melaluinya
• Injap kawalan aliran
– Digunakan untuk mengatur aliran udara mampat.
INJAP UDARA
MOTOR UDARA
• Motor udara menukarkan tenaga pneumatik
kepada tenaga mekanik.
• Ia juga dikenali sebagai penggerak berputar.
• Terdiri daripada 3 jenis iaitu motor udara
omboh, motor udara ram dan motor udara
gear.
• Gambar menunjukkan jenis-jenis motor
pneumatik.
MOTOR UDARA
MOTOR UDARA
SISTEM HIDRAULIK
• Salah satu sistem yang banyak digunakan pada
masa kini adalah sistem hidraulik.
• Sistem hidraulik adalah satu sistem yang berfungsi
berasaskan tekanan di dalam cecair.
• Ini adalah kerana menurut prinsip tekanan, apabila
cecair dikenakan daya pada satu titik tekanan itu
akan tersebar ke seluruh cecair.
• Prinsip inilah yang digunakan di dalam sistem
hidraulik.
SISTEM HDRAULIK
• Terdapat 4 komponen utama di dalam
sistem hidraulik iaitu:
– Tangki simpanan bendalir
– Pam
– CecairInjap
– Penggerak
SISTEM HIDRAULIK
Tangki simpanan bendalir
• Tangki simpanan bendalir mempunyai 3 fungsi
utama iaitu:
– Sebagai tempat simpanan dan bekalan bendalir.
– Membantu pengasingan udara dan bendasing.
– Menghilangkan haba 
• Isipadu tangki hendaklah dapat menampung
kesemua bendalir dalam sistem hidraulik.
• Tangki bendalir biasanya mempunyai penapis,
penyaring dan palam buangan bermagnet.
SISTEM HIDRAULIK
SISTEM HIDRAULIK
• Pam
• Digunakan untuk menukarkan tenaga mekanik ke
tenaga hidraulik.
• Terdapat 2 jenis pam iaitu :
– pam anjakan positif-
• memberi aliran berdenyut di mana keluarannya tidak
dipengaruhi oleh tekanan sistem.
– pam anjakan tak positif
• menghasilkan aliran berterusan
• mudah mengalami kebocoran dalaman
SISTEM HIDRAULIK
Pam hidraulik
SISTEM HIDRAULIK
Pam hidraulik
SISTEM HIDRAULIK
Injap
• Digunakan untuk mengawal
tekanan bendalir, udara alir dan
arah aliran bendalir.
• Terdapat 3 jenis injap di dalam
sistem hidraulik :

a)   Injap kawalan tekanan


Digunakan untuk mengawal tekanan
pada bendalir.
SISTEM HIDRAULIK
Injap
• Pelbagai jenis injap digunakan
untuk pelbagai kegunaan

• Terdapat 3 jenis injap di dalam


sistem hidraulik :
a)   Injap kawalan tekanan
Digunakan untuk mengawal
tekanan pada bendalir.
SISTEM HIDRAULIK
b) Injap kawalan aliran
Mengawal kadar gerakan
dan suapan alat dan mesin
c) Injap kawalan arah
Mengawal arah aliran
bendalir. Injap ini
mempunyai berbilang
kedudukan dan laluan.
SISTEM HIDRAULIK
Injap kawalan aliran pada sebuah jentera pengorek

Kedudukan
injap kawalan
arah pada
sebuah jentera
SISTEM HIDRAULIK
• Penggerak
– Penggerak ialah peranti yang menukarkan
tenaga hidraulik kepada tenaga mekanik.
Penggerak akan di sambungkan kepada benda
kerja.
– Penggerak akan digerakkan oleh bendalir dari
pam. Daya yang terhasil dari gerakan bendalir
akan dipindahkan ke beban
SISTEM HIDRAULIK
– Terdapat 2 jenis penggerak iaitu :
Penggerak lelurus
Digunakan dalam tugas seperti pengapitan,
penekanan, pergerakan mengufuk, dan suapan.
Contoh: silinder/pelantak
SISTEM HIDRAULIK
Penggerak berputar
Digunakan untuk memutarkan benda kerja,
pengindeksan dan pengecuk.
Contoh penggerak berputar ialah motor
hidraulik

You might also like